Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerang dua kanak-kanak perempuan dan seorang wanita tua di selatan Bethlehem

Isnin, 15/11/2010 – Dua kanak-kanak perempuan berumur 10 dan 11 tahun tercedera di selatan kota Bethlehem pada pagi Khamis apabila seorang pendatang Yahudi yang bersenjata daripada penempatan Tekoa membaling batu dengan ganasnya kepada mereka.

Saksi mata berkata, pendatang yang bersenjata lengkap itu memaki orang Arab dan Muslim. Sumber-sumber tempatan yang lain melaporkan segerombolan tentera Israel dan pengawal sempadan menyerbu kampung Al-Lawziya di kota itu pada hari yang sama serta bertembung dengan pelajar-pelajar sekolah.

Beberapa pelajar terkena semburan gas pemedih mata serta beberapa yang lain pengsan apabila tentera penceroboh menyembur bom tangan dan peluru getah kepada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Fayyad Mengaku Zalim kepada Penyokong HAMAS di Tebing Barat

Isnin, 15/11/2010 – Presiden Bahagian Undang-undang Kerajaan Palestin di Ramallah, Salaam Fayyad mengaku bahawa kewujudan pencabulan hak asasi manusia di penjara Tebing Barat di bawah kawalannya, dan menjamin semua yang mencabul hak asasi itu akan dihukum.

Fayyab berkata ketika temu bual radio tempatan pada Rabu untuk mengaitkan siuasi hak asasi manusia dan menguatkan kesedaran tentang mematuhi standard dan asas hak asasi manusia.

Organisasi Hak Asasi telah mengadu bahawa kerajaan Fatah telah menyalah guna dan tidak mematuhi prosedur undang-undang apabila menahan penduduk, dan Pihak Berkuasa Palestin menghukum penduduk Palestin di Mahkamah Tentera, suatu tindakan yang melanggar undang-undang asas Palestin, yang dianggap oleh Oragnisasi Hak Asasi sebagai perlembagaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Helikopter tentera Israel, kereta kebal kepung rumah warga Palestin di selatan Gaza

Isnin, 15/11/2010 – Helikopter tentera Israel dan kereta kebal telah mengepung sebuah rumah penduduk Palestin di Al-Jadida Abasan, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada Khamis lalu, lapor sumber tempatan.

Mereka mengatakan helikopter melancarkan tiga peluru berpandu dan melepaskan tembakan mesingan berat ke rumah itu dan dalam masa yang sama, kereta kebal yang ditempatkan di lintasan sempadan, menembak beberapa kubu di situ.

Sumber mengatakan mangsa korban mengalami penderitaan tetapi Adham Abu Salmiya, penyelaras perkhidmatan perubatan dalam sebuah kenyataan kepada PIC menafikan kehadiran dari setiap mangsa yang terkorban.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pesawat pejuang dan kereta kebal Israel serang rumah penduduk Palestin

Isnin, 15/11/2010 – Pesawat dan kereta kebal Israel, Khamis (11/11) menggempur sebuah rumah di wilayah Farahin kota Absan Timur daerah Khan Yunis (Selatan Semenanjung Gaza).

Sumber tempatan melaporkan bahawa helikopter pejuang tersebut melepaskan tiga bom yang diarahkan ke sebuah rumah. Pada masa yang sama kereta kebal tempur Israel melepaskan tembakan ke arah rumah tersebut. Wartawan Infopalestina menyebutkan bahawa tidak ada yang terkorban atau cedera dalam serangan ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Tiada hubungan dengan Israel sehingga mereka meminta maaf

Sabtu, 13/11/2010 – Perdana Menteri Turki Recep Erdogan telah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memulihkan hubungan yang normal dengan Israel sehingga mereka meminta maaf atas “serangan biadab” terhadap kapal Mavi Turki Marmara yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza akhir bulan Mei lalu .

Erdogan memberitahu 24 saluran TV Perancis bahawa Israel harus meminta maaf dan membayar pampasan barulah diskusi boleh bermula. Hubungan Turki dengan Israel telah diburukkan lagi dengan serangan Israel yang membunuh sembilan warga Turki dan banyak lagi yang mengalami kecederaan.

“Israel adalah satu-satunya pihak yang perlu bertanggung jawab atas hubungan dingin yang berlaku kini,” ia menegaskan dan menambah, “Bagaimana kita boleh mengampuni serangan udara dan laut terhadap sebuah kapal yang mengibarkan bendera Turki dan membawa penumpang dari pelbagai negara yang ingin membantu yang orang lain “.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas Cela Penahanan Ahli Politik Tertinggi PLC

Sabtu, 13/11/2010 – Hamas mengecam sekuat-kuatnya kerajaan Israel atas penangkapan ahli Majlis Tertinggi Perundangan Palestin Mahmoud Al Ramahi pada hari Rabu dan menyeru pembebasannya.

Hamas mengutuk dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan Rabu itu tindakan itu sebagai satu “kejahatan”, dan menambah bahawa pihak berkuasa Israel berusaha untuk melenyapkan sahutan orang yang berjuang untuk melindungi dan mengembalikan hak-hak kebangsaan Palestin.

Kumpulan pejuang itu mengatakan kerajaan Israel bertanggung jawab penuh atas nyawa dan kesejahteraan Dr Ramahi, menyeru Pihak Berkuasa Palestin dan pihak Fatah untuk menamatkan semua bentuk penyelarasan keselamatan, yang memberikan ruang untuk lebih jenayah dilakukan oleh Israel terhadap tanah dan orang-orang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peguam Baitulmaqdis mendedahkan rancangan Israel untuk memusnahkan kota suci

Sabtu, 13/11/2010 – Kerajaan Israel sedang merancang untuk memusnahkan keseluruhan kota Baitulmaqdis dan mendirikan sebuah kota baru bervisikan Zionis menerusi pelan yang dinamakan Jerusalem 2020,” demikian menurut peguam Baitulmaqdis Ahmed Al-Ruwaidi dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, perancangan menyeluruh tersebut meliputi penempatan-penempatan baru di kota itu dan ia merupakan transformasi lengkap kepada kota lama Baitulmaqdis.

Tembok-tembok di kota lama akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan taman, jambatan serta kuil Yahudi di kawasan Silwan, Sheikh Jarah, Wadi Al-Jawz, dan Al-Sawanah, beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel kuasai lembah utara Jordan

Sabtu, 13/11/2010 – Tentera Zionis Israel telah menyerbu dan menawan kawasan utara lembah Jordan. Dipercayai seluas 200 hektar di Ain Halwah telah di rampas dan kemudiannya digabungkan dengan penempatan Zionis yang ada di situ.

Saksi menyatakan Zionis Israel telah menyerbu dengan kenderaan berat dan membuat halangan. Keadaan juga di awasi ketat oleh pihak tentera. Selain itu, terdapat warga Palestin yang diusir dan rumah mereka dihancurkan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Amerika Berhasrat Menggunakan Kuasa Veto Kepada Wilayah palestin Jika Israel Membekukan Penempatan Selama 3 Bulan

Sabtu, 13/11/2010 – Seorang Pegawai Politik Senior Israel berkata bahawa pentadbiran Amerika mungkin akan menggunakan hak vetonya menentang keputusan untuk mengiktiraf wilayah Palestin jika Israel membekukan penempatan penduduk Yahudi di sesetengah kawasan di Tebing Barat hanya untuk 3 bulan.

Pegawai itu menambah bahawa hasrat itu akan menjadi sebahagian daripada pakej yang telah ditawaran kepada Israel oleh AMerika, termasuk memberi jaminan akan mengekalkan sokongan tentera ke atas negara dalam kawasan itu dan akan menentang semua usaha antarabangsa untuk mengharamkan negara Israel.

Sumber yang lain memberitahu bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu sesuatu yang dikatakan sebagai kempen besar-besaran untuk menghalang pengiktirafan Israel dalam dunia ini. Netanyahu menyatakan demikian dalam lawatannya ke Washington dan bertemu dengan pegawai-pegawai Amerika.

Netanyahu berkata demikian kerana sebahagian media Israel memberitahu kebimbangan bahawa halangan untuk mengiktiraf Israel merupakan satu masaah yang membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa Israel masih bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya.

Radio berbahasa Hebrew juga memetik Menteri Perang, Ehud Barak berkata bahawa cubaan untuk menghalang pengiktirafan Israel seluruh dunia merupakan satu bahaya yang besar yang mengancam masa depan Israel.

Dalam konteks yang lain, kerajaan Israel mengumumkan bahawa aktiviti penempatan dan penaklukan wilayah dan rumah Palestin di timur Jurusalem tidak akan berhenti, dan menegaskan bahawa polisi ini selari dengan polisi kerajaan Israel sebelum ini sejak 40 tahun yang lalu.

Setiausaha kerajaan Israel, Zvi Hauser menyatakan bahawa keputusan terakhir untuk membina 1300 penempatan di kejiranan Palestin di timur Jurusalem telah diambil tiga minggu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Pertemuan Damsyik agak rumit

Sabtu, 13/11/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah menegaskan sesi dialog kebangsaan di ibukota Syria, Damsyik tidak akan menyelesaikan semua masalah yang tertangguh antara Hamas dan Fatah.

Semasa kunjungan pemeriksaan dari perkhidmatan kesihatan di Gaza pada Rabu lalu, beliau berkata komplikasi yang digambarkan adalah tidak mudah serta masih menghalang kemajuan disamping lebih banyak masa dan usaha yang diperlukan oleh semua pihak untuk mencapai perjanjian damai secara menyeluruh.

“Kami tidak mahu berprasangka, dan kami akan menunggu keputusan … mungkin kita akan mencapai hasil positif yang akan merungkaikan isu-isu yang tertangguh atasnya akibat faktor keselamatan,” diterangkan premier.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang hancurkan seluruh Al-Quds

Sabtu, 13/11/2010 – Peguam Al-Quds, Ahmed Ar-Roudi menegaskan bahawa pihak Zionis merancang untuk memusnahkan seluruh Al-Quds dan menggantikannya dengan Al-Quds Baru versi Zionis melalui pelan rancangan mereka yang dinamakan sebagai “Pelan Al-Quds 2020″.

Ar-Roudi dalam kenyataan yang diterima Pusat Informasi Palestin hari Rabu (10 November) menjelaskan lagi bahawa Al-Quds Baru ini akan dilengkapi dengan seni bina yang baru dan akan berbeza sama sekali dengan infrastruktur Al-Quds sekarang melalui rancangan ‘Pusat Negara.”

Dan di antara bandar bersejarah ini dengan tembok lama disekelilingnya hanya akan tinggal sedikit kesan-kesan lama kerana bakal digantikan dengan taman-taman Yahudi, jambatan-jambatan dan haikal (temple) yang akan merentasi seluruh Al-Quds, Silwan, Syeikh Jarrah, Wadi El-Jouz dan Sawwaneh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen dan osman

Categories
Berita Semasa

Projek dalam pembinaan untuk memperluaskan penempatan haram Ariel dengan 800 unit rumah

Jumaat, 12/11/2010 – Sumber media Israel mengatakan rancangan sebuah persekitaran penempatan baru di penempatan Yahudi Ariel di Nablus, Tebing Barat sedang dilakukan sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan untuk memperluaskan penempatan sehingga mengelilingi kota kejiranan Salfit.

Harian Haaretz Israel melaporkan pada hari Rabu bahawa rencana itu merangkumi 800 unit perumahan baru bertujuan untuk memperluaskan penempatan Ariel.

Rencananya akan dilancarkan jika diluluskan oleh Ariel perancangan bandar dan jawatankuasa perumahan. Tambah media itu lagi, mereka mendakwa bahawa hal itu tidak memerlukan perjanjian yang dibuat oleh kementerian peperangan kerana tanah tersebut konon-kononnya “dimiliki oleh negara dan pemilik persendirian Yahudi swasta.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pertempuran sengit antara penduduk Jerusalem dan pihak keselamatan rejim Zionis

Jumaat, 12/11/2010 – Polis penjajah rejim Zionis menyerbu kawasan kediaman Isawiye yang terletak di pinggir Bandar Jerusalem yang dijajah (OJ) pada Selasa lalu. Mereka turut memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja yang menutup salah satu pintu masuk dengan menggunakan bongkah-bongkah simen.

Menurut saksi kejadian, pertempuran sengit telah berlaku antara penduduk Palestin yang tinggal di kawasan tersebut dengan polis rejim Zionis.

Pada malam tadi juga berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dengan polis rejim Zionis yang mengiringi pengutip-pengutip cukai yang bertindak menceroboh beberapa buah kedai dan rumah bagi menuntut cukai yang terlalu tinggi yang dikenakan ke atas penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin untuk pertama kali di laluan Beit Hanoun

Jumaat, 12/11/2010 – Belasan warga Palestin dan antarabangsa berdemonstrasi pada Selasa berdekatan laluan sempadan Beit Hanoun (Erez) di utara Semenanjung Gaza untuk pertama kalinya mengibarkan bendera Palestin di pintu masuk.

Peristiwa bersejarah itu berlaku ketika demonstrasi mingguan yang dijalankan oleh Inisiatif Tempatan dalam satu rangka penentangan terhadap pendudukan Israel serta arahan ketenteraannya.

Para pembantah daripada Inisiatif Tempatan yang disertai oleh 4 orang penyokong warga asing telah berjaya tiba di pintu masuk laluan di mana mereka mengibarkan bendera Palestin di kawasan timur Beit Hanoun. Ia merupakan kejayaan yang terbaru buat inisiatif kerana mereka pertama kali berjaya tiba di pintu masuk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang luaskan penempatan di Nablus

Jumaat, 12/11/2010 – Sumber media Israel menyatakan rancangan baru Zionis-Israel untuk meluaskan penempatan Zionis di daerah Nablus. Projek peluasan penempatan Zionis ini akan menyebabkan bandar Salvet menjadi terkepung. Penempatan baru itu bakal memuatkan 800 unit rumah. Selain itu projek ini dijangka akan dijalankan secara besar-besaran.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair