
Rabu, 07/10/2009 – Syeikh Ra’ed Salah, ketua Gerakan Islam di wilayah yang dijajah tahun 1948, member amaran bahawa setiap tindakan bodoh yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terhadap Masjid Aqsa akan mencetuskan api yang membakar segala sesuatu dan semua orang , didahului olehnya. Syeikh Salah menyeru rakyat Palestin untuk hadir secara istiqamah dan awal ke Masjidi Aqsa untuk melindunginya daripada setiap serangan Israel.













