Categories
Berita Semasa

Rusia tuntut Zionis segera batalkan sekatan terhadap Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Kementerian Luar Rusia menyeru regim Zionis agar membatalkan segera sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza dengan mengambil langkah-langkah berkesan bagi mengurangkan tragedi dan kesengsaraan kemanusiaan yang berlaku di Gaza yang telah dikepung untuk tahun keempat berturut-turut.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia berkata, Menteri Luarnya, Sergei Lavrov melalui panggilan telefon telah meminta rakan sejawatannya dari regim Zionis, Avigdor Lieberman, agar segera membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza itu. Melalui panggilan telefon itu juga, perbincangan turut dijalankan mengenai perkembangan terkini rundingan tidak langsung antara pihak berkuasa Ramallah dan regim Zionis.

Kenyataan tersebut juga mengatakan bahawa Lavrov yang menerima panggilan tersebut daripada rakan sejawatannya itu turut menegaskan kepentingan usaha secara kolektif bagi menggerakkan usaha rundingan di Timur Tengah berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, supaya rundingan-rundingan yang dijalankan dapat membawa kepada keamanan dan kestabilan bagi Israel dan juga negara lain di Timur Tengah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel melancarkan kempen kebencian terhadap Arab

Rabu, 23/06/2010 – Lebih daripada setengah juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah yang diduduki sejak 1948 sangat gembira untuk hidup dengan tenang selama setahun dengan kurangnya gangguan daripada pendatang Israel, di mana dunia telah mengiktiraf pendatang-pendatang tersebut untuk menduduki wilayah ini dan mendiaminya serta mengganggu penduduk asal.

Penduduk Palestin yang telah menduduki wilayah ini sejak 1948 telah berjaya membuang imej rasis setelah sekian lama dituduh sebagai pencetus semangat perkauman yang meningkatkan serangan ke atas mereka oleh pendatang Israel, dan mereka tidak mahu lagi serangan itu berterusan.

Sejak tahun 2000, di mana mula tercertusnya Intifada II, yang telah mengorbankan 13 nyawa remaja Palestin di wilayah yang diduduki mereka sejak 1948, pendudukan mereka telah membuktikan kebenaran bahawa serangan dan semangat perkauman yang jelas ke atas penduduk minoriti Palestin yang tidak pernah berhenti sejak 1948.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rahina

Categories
Berita Semasa

Parlimen Eropah menuntut penghentian kepungan keatas Gaza

Rabu, 23/06/2010 – Parlimen Eropah mengeluarkan resolusi bersama menuntut penghapusan segera kepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza, serta (menuntut supaya) membuka laluan laut, di samping mengutuk pembunuhan Zionis ke atas aktivis keamanan antarabangsa yang berada di kapal armada, kebebasan dua minggu yang lalu.

Rami Abdoh, salah seorang ahli “kempen Eropah untuk menghapuskan kepungan atas Gaza,” berkata dalam satu kenyataan eksklusif yang dibuat pada petang Khamis (17-6) untuk “Pusat Maklumat Palestin”: “Parlimen Eropah mengeluarkan resolusi yang menuntut penghapusan segera kepungan keatas semenanjung Gaza dan membuka laluan laut, dengan majoriti 470 suara (yang menyokong) berbanding 56 suara yang membangkang. ”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Sabri : Pengusiran Perwakilan al-Quds adalah permulaan kepada dasar Penghijrahan

Rabu, 23/06/2010 – Pengerusi Hal Ehwal Islam dan Khatib Masjid al-Aqsa, Syeikh Sabri menganggapkan keputusan pasukan penjajah Zionis mengusir Perwakilan Penduduk dari bandar Baitulmaqdis, sebagai langkah permulaan kepada dasar penghijrahan yg merupakan pelaksanakan kepada resolusi ketenteraan (1195) yang zalim.

Dia berkata “Jika pasukan penjajah berjaya dalam pelaksanaan resolusi ini, serta mengusir empat tokoh, ianya akan diikuti dengan langkah-langkah penghijrahan yang lain, seperti yang telah didedahkan oleh media baru-baru ini tentang kewujudan senarai 300 tokoh Baitulmaqdis, dengan matlamat untuk mengusir mereka dari kota al-Quds dan merampas kad pengenalan mereka,” dengan menegaskan lagi “bahawa kewarganegaraan (Palestin) adalah hak syar`ie yg suci dari Allah tuhan semesta alam dan bukannya dari kerajaan penjajah zionis ataupun dari mana-mana pihak berkuasa yg lain”.

Di sisi lain, Syeikh Sabri membuat kenyataan kepada (media)” Pusat Maklumat Palestin ” bahawa Keputusan kerajaan Zionis untuk membina 1600 penempatan baru (mereka) di Baitulmaqdis, adalah menunjukkan bahawa kerajaan Zionis, akan meneruskan dasar penempatan (mereka), dan tidak peduli kepada semua tekanan yang memerintahkan untuk membekukan kegiatan penempatan, dan menegaskan (lagi) bahawa pihak berkuasa Zionis tidak peduli terhadap rundingan damai atau tidak peduli terhadap proses keselamatan yg adil, dan ini menyebabkan ketegangan berterusan di kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Mitchell akan berjumpa Barak pada Khamis ini

Selasa, 22/06/2010 – Sumber Israel memaklumkan bahawa Diplomat Amerika ke Timur Tengah, George Mitchell akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan kerajaan haram Zionis, Ehud Barak dan beberapa pegawai rejim Zionis pada Khamis ini.

Mitchell akan tiba di negara itu pada malam Rabu untuk memulakan rundingan baru dengan pegawai-pegawai rejim Zionis, bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan beberapa orang pegawai Palestin sebelum menuju ke Mesir. Jurucakap Menteri Luar kerajaan haram Zionis memaklumkan bahawa Mitchell akan cuba membawa rundingan damai antara rejim Zionis dan Palestin setapak maju ke hadapan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Abbas kepada diplomat AS : Kepungan mesti dihentikan

Selasa, 22/06/2010 – Bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Jumaat lepas memberitahu diplomat AS, George Mitchell bahawa AS mesti memberi tekanan kepada rejim Zionis untuk menghentikan kepungan ke atas Semenanjung Gaza.

“(Bekas) Presiden Abbas menekankan dalam mesyuarat itu betapa pentingnya usaha AS diteruskan untuk menghentikan kepungan ke Gaza,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada wartawan AP selepas perjumpaan yang diadakan di Ramallah. Ramallah merupakan pusat pentadbiran Fatah di Tebing Barat yang dijajah Zionis.

Beliau menegaskan bahawa dengan menghentikan kepungan itu, rundingan damai antara rejim Zionis dan Palestin akan membuka lembaran baru yang lebih baik. Rundingan itu telah terhenti sejak rejim Zionis menyerang Gaza selama 22 hari berturut-turut sejak Disember 2008.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Terdesak Mencari rekrut, Warga Asing Jadi Sasaran

Selasa, 22/06/2010 – Ia dahulunya kibbutz, imej-imej kutip buah-buahan dan kehidupan bersama yang menarik ramai sukarelawan Yahudi ke Israel. Sekarang ramai yang mencari suatu jenis perkhidmatan yang berbeza, iaitu yang melibatkan persediaan/senaman sebelum subuh, satu dos kem latihan dan kemungkinan beberapa tindakan barisan hadapan.

Satu organisasi baru giat mengambil beberapa orang Yahudi yang bukan warga Israel, kebanyakannya daripada Amerika, untuk berkhidmat dalam tentera Israel lantaran ia menghadapi ancaman-ancaman pada pelbagai barisan hadapan dalam sebuah rantau yang sebahagian besarnya bermusuh dengannya..

“Kami merasakan bahawa Israel berjuang untuk hidupnya, ” kata Jay Schultz, pengarah eksekutif Aish Malach, sebuah badan Israel yang baru ditubuhkan untuk membantu mendaftarkan warga asing yang berminat. Untuk ramai orang, katanya, “ini merupakan langkah/perkara yang betul pada masa yang sesuai.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : yusra

Categories
Berita Semasa

Mengurangkan Pengepungan Gaza: Penipuan dan Tidak Dapat Diterima

Selasa, 22/06/2010 – Pada 17 Jun, Pengarang Haaretz; Barak Ravid dan Tajuk Utama Reuters, “Israel akan mengurangkan kepungan terhadap tanah Gaza, berkata:

“Kabinet Pertahanan Israel bersetuju untuk mengurangkan kepungan di Genting Gaza pada hari Khamis, susulan kepada serangan ganas terhadap bantuan kemanusian flotilla yang terikat kepada penguasaan Hamas.” Dan sebetulnya, ia adalah kerjajaan yang sah.

Satu kenyataan rasmi menyebut:

Kabinet Keselamatan telah mengadakan perbincangan secara menyeluruh selama dua hari yang lepas tentang penyesuian pada polisi Israel terhadap Gaza. Ia bersetuju untuk:

* Liberisasikan sistem yang mana harta benda awam dibenarkan memasuki Gaza.

* Mengembangkan kemasukan bahan untuk projek-projek awam di bawah penyeliaan antarabangsa.

* Meneruskan prosedur keselamatan sedia ada untuk menghalang kemasukan senjata atau bahan-bahan peperangan.

* Kabinet akan menentukan langkah-langkah tambahan untuk menambah baik polisi ini pada masa-masa hadapan.

* Israel menyasarkan komuniti antarabangsa akan berusaha untuk membebaskan Gilad Shalit, tentera Israel yang ditawan pada 25 Jun 2006 berhampiran Kerem Shalom, di tenggara Rafah – satu tentera berbanding ribuan orang awam Palestin, yang ditawan oleh Israel di bawah keadaan yang sangat teruk, termasuk seksaan dan perlakuan kejam yang lain.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  Faizul

Categories
Berita Semasa

Presiden Mubarak Bertemu Mitchell

Selasa, 22/06/2010 – George Mitchell, Utusan Khas Amerika Syarikat untuk Timur Tengah, bertemu pada hari Sabtu dengan Presiden Mesir Mohammad Hosni Mubarak di Mesir, sebagai sebahagian daripada kunjungannya ke wilayah yang merangkumi Israel, Jordan dan Palestin.

Mereka membincangkan dalam pertemuan mereka usaha-usaha untuk menghidupkan kembali rundingan tidak langsung antara Palestin dan Israel, untuk mencapai penyelesaian antara dua negara, dan menghapuskan pengepungan di Gaza. Mitchell berkata kepada Mubarak hasil perbincangan dengan Israel dan Palestin, menunjukkan kepastian Presiden Palestin pada keperluan untuk mengangkat pengepungan yang dikenakan Israel di Jalur Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Jerman mengecam sekatan ke atas menterinya ke Gaza.

Selasa, 22/06/2010 – Negara Jerman telah membidas tindakan Israel yang menghalang Dirk Niebel (gambar), Menteri Pembangunan Jerman dari memasuki Semenanjung Gaza. Menteri tersebut telah merancang untuk berjumpa dengan pelarian palestin di Gaza semasa lawatan beliau ke kawasan bergolak itu.

Menurut Niebel, lawatannya ke Gaza tidak patut dihalang kerana ia boleh memberikan gambaran kepada masyarakat dunia bahawa Israel telah menukar strategi politiknya ke atas permasaalahan di Gaza.

Niebel telah merancang untuk melawat wilayah Palestin yang dikuasai oleh Hamas untuk berjumpa dengan pekerja bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sana.

Sementara itu di Jerman, Guido Westerwelle, Menteri Luar Jerman telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jerman kesal dengan keputusan pihak berkuasa Israel yang menghalang kemasukan menterinya ke Gaza. Selain itu, Jerman juga menegaskan bahawa ia dan negara-negara Kesatuan Eropah mahu melihat sekatan ke atas Gaza itu dihentikan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Kapal Khas Wanita Ke Gaza Dalam Waktu Terdekat

Selasa, 22/06/2010 – Sebuah pertubuhan wanita untuk pembebasan Gaza bekerjasama dengan gerakan Eropah Campaign bertekad akan mengirimkan kapal khas perempuan ke Gaza dalam waktu terdekat ini. Ia adalah sebahagian dari usaha untuk membantu 1.5 juta rakyat Gaza yang sedang terkepung di sana.

Dalam pernyataannya, Ahad (20/6) kepada wartawan Shafa, pertubuhan wanita ini menyeru semua wanita di dunia untuk menolak sekatan zalim dan bergabung bersama usaha mereka.Mereka juga menyeru agar golongan wantita membuang tanggapan bahawa sejarah kewanitaan di dunia yang umumnya pasif, kepada bergerak aktif semaksimum mungkin untuk menyokong kapal bantuan kemanusiaan tersebut.

Mereka menyatakan kebersamaan dengan wanita-wanita Gaza, para tawanan wanita dan semua yang teraniaya di seluruh pelosok negeri. Pertubuhan ini meminta semua wanita yang ingin bergabung dengan kapal ini memberi sumbangan dan mewar-warkan usaha tersebut serta mendorong semua pihak untuk bergabung dalam gerakan tersebut.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Fatah memang berazam mahu ambil tindakan ketenteraan terhadap HAMAS

Selasa, 22/06/2010 – Penganalisis politik, Hani al-Misri  (gambar) dalam satu sidang akhbar mengenai ‘Media Palestin dan peranannya menperdalamkan perpecahan Palestin’ di Ramallah, pada hari Sabtu (19/6) mendedahkan: “bahawa beberapa orang pegawai tinggi Fatah memberitahunya bahawa Fatah berazam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap HAMAS di Genting Gaza sebelum serangan ketenteraan dilancarkan beberapa bulan pada tahun 2007.

Beliau menambah: “Mereka juga berkata kepada saya, tunggulah sehingga bulan Julai atau September, kami akan memperlihatkannya kepada kamu.” Beliau seterusnya berkata: “Tetapi HAMAS telah mendahului mereka dalam hal tersebut.”

Kenyataan tersebut dibuat ketika perbincangan tentang istilah ‘tindakan penyelesaian ketenteraan’ yang digunakan HAMAS terhadap kejadian yang berlaku pada pertengahan tahun 2007 itu, manakala Fatah pula menggunakan istilah ‘rampasan kuasa’ yang dilakukan HAMAS terhadap mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merobohkan rumah di Jerusalem.

Selasa, 22/06/2010 – Pekerja dari bandar Baitulmuqaddis dan pegawai Polis Sempadan Israel telah menceroboh masuk ke beberapa buah rumah yang dimiliki keluarga Salah di Beit Safafa, Baitulmuqaddis Timur Khamis lalu dan menyerahkan perintah untuk memusnahkan rumah-rumah tersebut.

Pesanan tersebut ditujukan kepada Ismail Ali Salah, saudaranya Mahmoud, Mohammad Salah dan Tahani Mohammad Suleiman. Ismail Salah menyatakan bahawa pekerja bandar dan tentera Israel masuk ke rumahnya pada Khamis pagi dan berkata kepada keluarganya yang mereka harus pindah ke “Ramallah ataupun Hebron”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel mencederakan seorang pejuang Palestin

Isnin, 21/06/2010 – Menurut saksi dan pegawai perubatan, seorang pejuang Palestin telah mengalami kecederaan apabila kereta kebal tentera Israel menembak kedudukan mereka di semenanjung Gaza.

Kejadian itu berlaku di kawasan di mana pejuang Palestin pernah melalukan serangan ke atas Israel sebanyak dua kali bulan lepas. Jurucakap tentera Israel dilaporkan berkata pihak tentera telah melepaskan beberapa tembakan ke arah pejuang Palestin yang disyaki sedang memasang bahan letupan di pagar sempadan.

Sempadan Gaza kebiasaanya sudah kembali tenang sejak serangan ganas tentera rejim ke atas Gaza pada January 2009. Walau bagaimanapun, sekali-sekala terdapat kejadian pertempuran kecil di kawasan sempadan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Syria menyatakan serangan Israel telah meningkatkan risiko peperangan

Isnin, 21/06/2010 – Presiden Syria Bashar al-Assad dipetik sebagai berkata didalam satu temubual yang disiarkan pada hari Khamis, kerajaan “pyromania” Israel telah meningkatkan risiko peperangan serantau selepas serangan terhadap flotilla bantuan Gaza.

Serangan pada 31 Mei yang membunuh 9 aktivis Turki “telah memusnahkan peluang untuk berdamai pada masa hadapan”, Assad menyatakan dalam sesi temubual bersama BBC. Beliau juga berkata kejadian tersebut telah “membuktikan bahawa kerajaan Israel adalah satu lagi kerajaan pyromania dan kamu tidak akan mencapai keamanan dengan kerajaan seperti ini.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  rahina