
Jumaat, 11/09/2009 – Pihak berkuasa Israel Selasa lalu telah merobohkan semua khemah di kampung tidak dikenali, Tawil Abu Jarwal untuk kali ke-31 sambil meninggalkan para penduduk di bawah panas matahari.

Jumaat, 11/09/2009 – Pihak berkuasa Israel Selasa lalu telah merobohkan semua khemah di kampung tidak dikenali, Tawil Abu Jarwal untuk kali ke-31 sambil meninggalkan para penduduk di bawah panas matahari.

Jumaat, 11/09/2009 – HAMAS menyatakan masih belum ada koordinasi dari Fatah dalam rangka lawatan mereka ke Gaza. Dalam satu kenyataan, wakil HAMAS Fauzi Barhum menegaskan beberapa syarat dan peraturan haruslah dipenuhi oleh Fatah. Ini kerana kunjungan tersebut dimaklumkan adalah untuk membincangkan permasalahan yang masih tertunggak.

Rabu, 09/09/2009 – Beberapa pembangkang Israel dari kumpulan ‘Peace Now’ adalah satu-satunya pembangkang yang hadir untuk bersama-sama dengan ratusan peneroka-peneroka Israel, menteri-menteri kerajaan dan ahli-ahli Knesset(Parlimen) yang menjalankan upacara pecah tanah Isnin lalu, di bawah perlindungan dan sokongan penuh polis Israel, mereka merancang penempatan baru yang dipanggil Mevaseret Adumim.

Rabu, 09/09/2009 – Seorang pimpinan HAMAS dan ahli parlimen dalam Majlis Perundangan Palestin, Mushir al-Misri menegaskan bahawa cadangan Mesir adalah pandangan seimbang yang boleh menjadi titik tolak kepada perdamaian dan penamatan sebarang konflik Palestin.

Rabu, 09/09/2009 – Hatem Abdul Qader, merupakan petugas untuk Isu-isu Baitulmaqdis dalam Wilayah Palestin, dipetik sebagai berkata semasa beliau di Ramallah pada Isnin, Amerika Syarikat ( AS ) terus lemah dan tidak mampu menghentikan aktiviti penempatan haram Yahudi di situ.Abdul Qader menambah, negara-negara Arab mesti membawa isu penempatan ini ke Kaunsel Keselamatan atas sebab keengganan Israel menghentikannya.

Rabu, 09/09/2009 – Para peneroka Israel Isnin lalu telah mencabut 50 pokok zaitun berhampiran pusat bandar Ramallah, Tebing Barat, menurut sumber Palestin.

Rabu, 09/09/2009 – Pegawai penjara Israel Negev enggan benarkan rawatan kepada tahanan Palestin yang menghidap penyakit gangren selama lima bulan demikian didedahkan saudara tahanan tersebut.

Selasa, 08/09/2009 – Menurut sumber di kem pelarian Al Jalazoun, timur bandar raya Tebing Barat melaporkan bahawa pada petang Sabtu lalu,dua adik-beradik dari keluarga Ayyash telah ditembak dan dibunuh dalam satu konflik antara mereka dan keluarga Al Masry.

Selasa, 08/09/2009 – Seorang pimpinan HAMAS, Dr Solah al-Bardawil (gambar) berkata pusingan dialog akan datang akan menyaksikan pandangan dan cadangan Mesir yang akan dibentangkan kepada semua fraksi Palestin sebagai percubaan bagi mendekatkan pandangan mereka dan menamatkan perpecahan yang berlaku.

Selasa, 08/09/2009 – Gerakan yang diberi nama, “The Peace Now”, pada hari Ahad mengumumkan bahawa Kerajaan Zionis-Israel telah memulakan pembinaan penempatan baru kaum Yahudi di Lembah Jordan. Gerakan yang tertua di Israel dan mendapat sokongan Parlimen itu menyatakan, Kerajaan Israel telah menyiapkan pembinaan sebuah yayasan bagi menampung penempatan ini di mana merangkumi 100 buah rumah baru.

Selasa, 08/09/2009 – Penganjur Pesta The foto Noorderlicht telah membuang foto yang menggambarkan rakyat Palestin sebagai mangsa kezaliman dalam satu pameran foto yang akan diadakan di Belanda. Ia berikutan tekanan daripada agensi berita Associated Press yang membekalkan beberapa gambar untuk pameran tersebut.

Selasa, 08/09/2009 – Briged Al-Qassam, sayap pejuang Hamas, melaporkan seorang pejuangnya, Sameh Al Beitar, terbunuh dalam satu misi jihad di kejiranan Al Sabra, Gaza. Bagaimanapun mereka tidak melaporkan bagaimana beliau terbunuh dan misi yang dibawa oleh beliau.Tentera Israel tiada kaitan dengan insiden tersebut.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

Jumaat, 04/09/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyatakan pada Khamis sewaktu pertemuannya dengan Ketua Kerajaan Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapater, bahawa beliau sukar menempuh hari mendatang dalam menentukan kehadiran dalam pertemuan tiga penjuru antara Presiden AS, Barack Obama dan Presiden Israel, Benjamin Natanyahu.

Jumaat, 04/09/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah memutuskan untuk membatalkan rancangan lawatan beliau ke Amerika Syarikat selepas diberitahu yang Presiden AS, Barack Obama, tidak akan bertemu dengannya.
Walaupun Ramadhan sudah masuk ke pertengahan, namun kami tetap meletakkan ucapan salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini yang telah bersama sama berkhidmat secara sukarela demi menyediakan berita terkini dari bumi suci lagi di berkati, Palestin. Moga Ramadhan tahun ini benar2 memberikan impaks baru kepada umat Islam dalam berjuang membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.
-gunx
(klik Read More utk ucapan eksklusif dari warga kerja Pkini)