Rabu, 15/04/2009 – Kementerian Pertanian Palestin tujuan Zionis-Israel menghancurkan kapal-kapal nelayan Gaza adalah sebagai penerusan kezaliman. Tindakan Zionis-Israel jelas bertentangan dengan undang-undang dah kemanusiaan. Zionis-Israel mendakwa kapal-kapal nelayan Gaza membawa senjata api.

Rabu, 15/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menceroboh laman al-Aqsa yang dilakukan beberapa kali oleh beberapa orang perampas dan pelampau Zionis dalam masa beberapa hari yang lalu. Ia menegaskan langkah provokasi tersebut hanyalah percubaan untuk menjadikan seluruh kawasan itu berada dalam keadaan peperangan sebenar yang bermatlamat mempertahankan tempat suci Islam dan tempat Rasulullah saw diisra’kan.

Rabu, 15/04/2009 – Radio Hebrew melaporkan pada hari Selasa bahawa Israel dan Amerika akan mengadakan latihan ketenteraan bersama di gambarkan sebagai yang terbesar yang akan menguji keupayaan 3 peluru berpandu yang dibina oleh Amerika untuk Israel.
Hezbollah menyerang Israel ?

Rabu, 15/04/2009 – Akibat ketegangan memuncak antara antara Mesir dan parti Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan berikutan tuduhan bahawa Hezbollah merancang untuk melakukan serangan terhadap Israel melalui Mesir disamping Mesir melaksanakan penahanan terhadap sesiapa yang dipercayai merancang serangan itu, pihak keselamatan Mesir telah mengerahkan tentera ke sempadan Israel dan Gaza, manakala Israel melakukan perkara yang sama di wilayahnya.

Rabu, 15/04/2009 – Hamdi Shaath, pemimpin jawatankuasa kerajaan yang ertanggungjawab menguruskan deligasi ke Gaza, melaporkan satu konvoi yang menghantar bantuan dari rakyat Syria kepada Gaza telah bergerak meninggalkan Syria Isnin lalu menuju ke Gaza.

Rabu, 15/04/2009 – HAMAS menegaskan bahawa rancangan untuk memulakan semula dialog nasional Palestin di Kaherah pada 26 April ini masih lagi berjalan, sambil mengharapkan agar Fatah menyertai dialog tersebut dalam keadaan tangkapan terhadap kader dan penyokong HAMAS di Tebing Barat telah dihentikan, di samping ia tidak lagi menuntut komitmen terhadap syarat ditetapkan pihak antarabangsa sebagai pendahuluan untuk meneruskan persepakatan.
(Gambar) Apa kata Rabi Yahudi ?


Selasa, 14/04/2009 – Berpuluh-puluh peneroka Yahudi datang beramai-ramai ke sekitar masjid suci al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan cuba untuk menjalankan ritual ibadah mereka sempena peristiwa Yahudi Passover menurut laporan sumber tempatan.

Selasa, 14/04/2009 – Pihak Zionis-Israel telah membebaskan seorang pemuda Yahya Hisham Maqbul yang berasal dari Nablus. Yahya telah dipenjara selama 6 tahun. Beliau yang yang juga bekerja dalam bidang IT telah ditangkap pada 20 Apr 2003 setelah rumahnya telah diserbu oleh tentera Zionis-Israel. Segala peralatan rumahnya dihancurkan oleh Zionis-Israel. Yahya menyatakan setiap tahanan telah dizalimi dan dinafikan hak mereka.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Selasa, 14/04/2009 – Pemimpin Hamas Dr. Kholil Hayyah menyebutkan Fatah telah mensyaratkan supaya mengakui Zionis-Israel sebagai pra-syarat untuk duduk berbincang. Syarat itu akan memaksa seluruh rakyat Palestin tunduk dan akur kepada Zionis-Israel. Ini suatu yang mustahil kerana Hamas ditubuhkan antaranya untuk menentang Zionis-Israel. Dalam kenyataannya, “Hamas dan seluruh rakyat Palestin tidak akan taat dengan kesepakatan PLO dengan ZIonis-Israel. Selain itu, tidak ada sebuah kerajaan yang memaksa untuk mengikuti apa yang telah direncanakan oleh kerajaan sebelum daripada itu.
Selasa, 14/04/2009 – Ahli Parlimen Switzerland, Joseph Zisyadis dan beberapa personaliti anti pengepungan Eropah mengisytiharkan niat mereka bagi menyertai konvoi “Harapan” yang memulakan perjalanan dari Itali ke Semenanjung Gaza awal bulan depan bagi melahirkan sokongan mereka terhadap rakyat Gaza yang mengalami tekanan.

Isnin, 13/04/2009 –HAMAS menafikan wujud ketegangan dalam hubungannya dengan Kaherah akibat apa yang dinamakan sebagai ‘sel Hizbullah’ di Mesir, sambil menegaskan HAMAS tidak pernah sama sekali menjadi anasir yang memudaratkan keamanan nasional Mesir.
Kepungan Gaza patut ditarik balik.

Khamis, 09/04/2009 –Gerry Adams, pemimpin parti Sinn Fein dari Ireland meminta pengepungan ditarik balik di Semenanjung Gaza sambil merasa terkejut dengan penghapusan etnik di wilayah tersebut. Dalam sidang akhbar selepas lawatan di Ezbet Abed Rabbo, utara Gaza Adams menyatakan apa yang telah terjadi di Gaza adalah salah dan menambah rakyat Gaza berhak untuk hidup dalam aman.

Khamis, 09/04/2009 – Pasukan Keselamatan Palestin telah menahan 3 ahli Hamas di utara Tebing Barat bandara Tulkarem, termasuk seorang yang baru dibebaskan pada hari Selasa dari penjara Israel.
