Categories
Berita Semasa

Abu Obeida: Pejuang kami memusnahkan 60 kenderaan tentera Israel dalam masa 3 hari

Selasa, 22-11-2023 – Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida, menegaskan bahawa pejuangnya telah memusnahkan 60 kenderaan tentera Israel dalam tempoh tiga hari di Semenanjung Gaza, termasuk 10 kapal pengangkut berperisai.

“Pejuang kami menyasarkan pasukan infantri dengan peluru anti-personnel pada hari Sabtu lalu, menyebabkan kecederaan yang banyak,” katanya sambil menambah pejuang Al-Qassam mendengar jeritan tentera musuh yang menjerit meminta tolong.

Berlaku pertempuran sengit yang berterusan dengan tentera musuh di beberapa barisan di Semenanjung Gaza, katanya.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera Ansar Allah merampas kapal Israel di Laut Merah

Selasa, 22-11-2023 – Pasukan bersenjata Yaman, yang diketuai Ansar Allah, merampas sebuah kapal Israel di Laut Merah dan membawanya ke perairan Yaman, serta menahan krunya.

“Pasukan bersenjata Yaman mengadakan operasi ketenteraan di Laut Merah, yang menghasilkan penangkapan sebuah kapal Israel. Ia dibawa ke perairan Yaman. Pasukan bersenjata Yaman melayan kru kapal itu menurut nilai agama Islam,” jurucakap Gerakan Ansar Allah Yahya Saria berkata.Saluran televisyen Al Jazeera melaporkan, kapal itu memiliki 52 orang kru, dengan kewarganegaraan tidak dinyatakan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Authoriti Kesihatan Gaza menafikan dakwaan puak Zionis mengenai Hospital Al-Shifa

Selasa, 22-11-2023 – Hamas dan Kementerian Kesihatan di Gaza menjawab balas dakwaan jurucakap tentera Israel mengenai penahanan tawanan Zionis di Kompleks Perubatan Al-Shifa, dan Hamas mengesahkan bahawa dakwaan itu datang untuk menutup pembohongan dan kegagalan mereka.

Hamas menegaskan bahawa kenyataan tentera penjajah mengenai penggunaan Hospital Shifa untuk menahan tawanan Zionis adalah mengelirukan dan palsu untuk menutup kegagalan keselamatan dan ketenteraannya.

Hamas berkata dalam satu kenyataan pada petang Ahad: Tentera pendudukan Nazi meneruskan kempen pembohongan dan maklumat palsu dalam kenyataan mereka tentang tawanan Zionis yang dibawa ke Hospital Shifa, dan didakwa menemui mayat seorang askar wanita yang mendakwa telah dibunuh di hospital.

Beliau menegaskan bahawa Briged Qassam dengan jelas mengesahkan bahawa keadaan kesihatan tawanan Zionis yang cedera telah disusuli dan dirawat di hospital, dan kemudian kembali ke tempat tawanan mereka, jadi tidak ada yang baru dalam apa yang dikatakan oleh jurucakap tentera Zionis kecuali untuk cuba menutup pembohongan mereka dan tuntutan mereka bahawa Hamas mengambil Hospital Shifa sebagai pengkalan tentera untuk membwri arahan dan sebagai pusat kawalan.

Beliau berkata: Tentera penjajah sendiri, yang membunuh rakyatnya dengan pengeboman udara pada 7 Oktober, menurut siasatan polis Zionis yang diterbitkan dalam akhbar Haaretz dan media Ibrani, mereka adalah orang yang menyebabkan pembunuhan beberapa tahanannya, dan Briged Qassam juga telah mengumumkan butiran pembunuhan kumpulan tahanan dalam serbuan Zionis tersebut

 Beliau menegaskan bahawa puak Zionis tidak layak untuk mengesahkan apa-apa dan mengeluarkan kesimpulan, sementara mereka jugalah  yang melakukan jenayah perang terhadap hospital, dan kami telah berulang kali meminta pembentukan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat pembohongan puak penjajah ini mengenai serangan terhadap hospital di mana penjajah ala-  Nazi ini menjadikannya berek tentera setelah mereka secara paksa mengarahkan kakitangan perubatan dan pada pesakit mengosongkan hospital terbabit dengan ancaman senjata dan ugutan kasar.

Ar-Rishq: Mata ganjaran untuk kami.

Izzat al-Rishq, ahli biro politik Hamas, berkata: “Kami berkata dari awal bahawa Pejuang Pembebasan telah memindahkan ramai tahanan zionis ke hospital untuk rawatan dan pembedahan, terutama selepas sebahagian daripada mereka cedera akibat pengeboman pesawat perang penjajah terhadap mereka, dan kami mempertaruhkan pejuang kami untuk memastikan bahawa tahanan yang cedera menerima rawatan terbaik di hospital-hospital di Semenanjung Gaza.”

“Kami telah menerbitkan banyak gambar mengenai perkara itu; dan kini jurucakap tentera mereka membentangkannya seolah-olah mereka telah menemui sesuatu yang hebat.

Beliau menegaskan bahawa apa yang dikatakan oleh jurucakap tentera penjajah mengutuk mereka sepenuhnya, kerana ini adalah kelebihan untuk kita dan bukan kekurangan ke atas kita, menekankan bahawa menjaga tahanan dan memberi mereka rawatan perubatan yang mungkin adalah poin bagi kita dan bukan sebaliknya.

Kementerian Kesihatan memberi respon:

Sebaliknya, Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa gambar dan video yang disampaikan oleh jurucakap tentera Israel tidak dapat disahkan.

Kementerian Kesihatan menambah dalam satu kenyataan: Memandangkan apa yang dilaporkan oleh penjajah Israel, ini mengesahkan bahawa hospital-hospital Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan perubatan kepada semua orang yang layak, tanpa mengira jantina dan bangsa mereka.

Beliau menegaskan bahawa mengira kesahihan apa yang disebutkan dalam video itu, ini bermakna hospital menyediakan perkhidmatan yang diperlukan melalui portal terbaik, iaitu rawatan intensif.

Beliau menegaskan bahawa akibat sekatan yang tidak adil dan menghalang kemasukan ubat-ubatan, alat perubatan dan diagnostik, alat ganti, memotong bekalan elektrik dan mencegah kemasukan bahan api, yang telah lama kita beri amaran terhadap mereka. Kalaupun versi mengenai “kematian” yang dimaksudkkan adalah betul, mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemerosotan dan keruntuhan perkhidmatan kesihatan, yang membunuh beratus-ratus orang yang cedera dan sakit, dan yang sepatutnya boleh dirawat dan menyelamatkan nyawa mereka.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Razisatul

Categories
Berita Semasa

Gaza: Bayi Pramatang dipindahkan dari Hospital Al-Shifa

Selasa, 22-11-2023 – Satu pasukan kumpulan perubatan dan kemanusiaan berjaya mengeluarkan 31 bayi pramatang dari Hospital Al-Shifa di utara Gaza pada hari Ahad, Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengumumkan.

Mereka dipindahkan keselatan Gaza ke Hospital Emirates di Rafah oleh ambulans PRCS sebagai langkah awal untuk menyediakan persediaan bagi kemasukan mereka ke Mesir, kata kumpulan itu.

Pemindahan itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pejabat PBB untuk Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan, dan organisasi PBB lain.

Hanya sehari sebelumnya, pasukan penilaian kemanusiaan bersama PBB, yang dipimpin oleh WHO, memasuki Al-Shifa untuk melihat sendiri keadaan fasiliti yang mencemaskan itu, kata kumpulan-kumpulan itu.

Bagi pihaknya, Dana Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF) berkata, “Hari ini, 31 bayi yang bergantung pada hidup diselamatkan dari Hospital Al-Shifa di utara Gaza dan dipindahkan ke selatan Gaza.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis (IOF) menahan 57 warga Palestin di seluruh Tebing Barat

Isnin, 20-11-2023 – Rejim Zionis (IOF) melancarkan kempen penangkapan berskala besar di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada awal pagi Khamis lalu; selaras dengan dasar membalas dendamnya terhadap rakyat Palestin yang telah dilakukan tanpa henti selama 41 hari berturut-turut.

IOF dilaporkan telah menahan 57 rakyat Palestin di seluruh kawasan berbeza di Tebing Barat selepas menyerbu dan menimbulkan kekacauan di dalam rumah.

Di Ramallah, tujuh rakyat Palestin telah ditangkap selepas sekumpulan besar tentera Israel menyerbu bandar al-Mughir, menceroboh jalan sepanjang 100 meter, menduduki bumbung rumah, dan menyekat lalu lintas di bandar itu.

Di Qalqilya, enam lelaki telah ditangkap dari kawasan yang berbeza di muhafazah, manakala di Jenin, IOF mengerahkan tenteranya merentasi bandar dan pekan termasuk ladang zaitun.

Terdahulu, pada petang Rabu, IOF menyerbu Jenin dan merobohkan tugu Abu Jandal di pintu masuk bandar Yabad.

Di Bethlehem, empat rakyat Palestin ditahan di bandar Housan, di bahagian barat bandar, selepas IOF menyerbu bandar itu dan menjadikan beberapa rumahnya sebagai pos pemerhatian tentera dan menyekat lalu lintas.

Di kem Dheisheh di selatan, IOF memecah masuk rumah keluarga syahid Moataz Zawahra di kawasan Al-Finiq dan mengoyakkan gambarnya sebelum melukis bendera Israel. Pertempuran meletus di kawasan itu tanpa kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, dua rakyat Palestin cedera dan satu pertiga ditahan di Tubas dalam pertempuran yang tercetus selepas IOF menyerbu kem pelarian al-Faraa di selatan. IOF melepaskan peluru, gas pemedih mata dan bom gegaran ke arah rakyat Palestin semasa konfrontasi.

Di Nablus, empat rakyat Palestin telah ditahan di beberapa tempat yang berbeza di muhafazah. Sumber tempatan melaporkan, IOF secara ganas menyerbu dan menimbulkan kekacauan di dalam beberapa rumah selepas memecahkan pintu mereka.

Di al-Khalil, 17 rakyat Palestin telah ditahan, manakala di Jericho, dua lagi ditahan di Jalan Ain al-Sultan ketika mereka sedang menunggang motorsikal.

Terdahulu, pada malam Rabu, IOF telah menyerbu bandar Jericho dan melepaskan bom suar ke atas kem pelarian Aqabat Jabr di selatan, dan menahan dua lelaki muda yang menunggang motorsikal di pusat bandar Jericho.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel memusnahkan rumah asy-syahid Khairy Alqam di daerah timur Baitulmaqdis Silwan, selatan Masjidil Aqsa pada pagi Rabu.

Isnin, 20-11-2023 – Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, pasukan rejim Israel mengepung sebuah bangunan di kejiranan Ras al-Amud di Silwan sebelum menyerbu sebuah apartmen di mana keluarga asy-syahid Alqam tinggal dan menyediakannya untuk diletupkan.

Pusat itu berkata bahawa pasukan rejim itu bertindak mengosongkan pangsapuri yang terletak di tingkat tiga bangunan empat tingkat, sebelum meletupkannya.

Pada Januari lalu, mahkamah tinggi Israel meluluskan perobohan pangsapuri milik keluarga asy-syahid Alqam ini selepas dia melakukan operasi menembak pada bulan yang sama di dalam penempatan haram Navi Yaqoub. Dia menembak mati tujuh peneroka haram sebelum dia syahid semasa pertempuran dengan tentera Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah

Categories
Berita Semasa

Ratusan Mangsa Dikebumikan Di Dalam Kubur Besar Di Hospital Al-shifa Yang Dikepung

Jumaat, 17-11-2023 – Para pekerja hospital Al-Shifa mengebumikan kira-kira 150 mayat warga Palestin dalam sebuah kubur besar di kompleks yang terkepung itu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada hari Selasa, 15 November.

Ia dilakukan setelah tembakan penembak hendap dan serangan bom Israel terus berlanjutan di halaman dan lorong-lorong hospital serta sekitar bangunannya.

Seorang jurucakap kementerian berkata, mereka memerlukan “enam jam kerja yang berterusan” bagi mengebumikan semua yang mati, dan menambah bahawa jumlah kematian kemungkinan akan meningkat disebabkan kegagalan hospital untuk menyediakan rawatan perubatan yang sewajarnya.

“Kami terpaksa mengebumikan mereka dalam kubur beramai-ramai,” kata pengarah hospital Al-Shifa, Mohamed Abu Salmiyah. Tambahnya lagi, tujuh bayi yang lahir tidak cukup bulan dan 29 pesakit unit rawatan rapi adalah antara yang dikuburkan akibat kehabisan bekalan api untuk jana kuasa hospital.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah

Categories
Berita Semasa

Lebih 300 Peguam Bergabung Pertahankan Rakyat Palestin

Jumaat, 17-11-2023 – Seorang peguam veteran Perancis yang juga berpengaruh , Gilles Devers, berjaya menghimpunkan lebih 300 pasukan peguam dari negara-negara berbeza hanya dalam 10 hari bagi mendakwa rejim Zionis atas jenayah perangnya terhadap rakyat Palestin.

Pasukan peguam ini masih membuka laluan kepada lebih ramai peguam menyertai usaha berkenaan.

Dalam kenyataan akhbar kepada wartawan, Devers telah memberikan jaminan kepada rakyat Palestin untuk mempertahankan mereka. Beliau juga berikrar untuk memastikan pengakhiran yang buruk kepada rejim Zionis.

“Sebelum ini tiada sesiapa mempertahankan anda. Kini, pasukan kami yang akan memastikan nasib anda dipertahankan di mahkamah antarabangsa dan negara.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

Abdul-Rahman Mar’iee, tahanan ke-5 meninggal dunia di penjara Zionis.

Khamis, 16-11-2023 – Palestenian Commission of Detainees’ and Ex-Detainees’ Affairs atau Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin berkata Selasa bahawa seorang tahanan Palestin yang disahkan meninggal dunia semalam di penjara Megiddo, Israel, adalah Abdul-Rahman Mar’iee, 33 tahun, seorang penduduk pekan Qarawat Bani Hassan berdekatan dengan bandar Salfit, di Tebing Barat.

Menurut Suruhanjaya itu, Mar’iee telah diculik pada 25 Februari, 2023 dan telah ditahan tanpa dibacarakan atau penghukuman. Beliau telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

“Syuhada Mar’iee telah terdedah kepada pembunuhan terancang. Pihak lawan bukan sahaja membunuh beliau, tetap juga berkeras tidak ingin memberitahu siapa beliau semalam. Menurut peguam, pihak lawan akan melaksanakan autopsy terhadap jasad beliau,” tambah Suruhanjaya lagi.

Dalam kenyataan pada Isnin, perkhidmatan penjara Israel memaklumkan bahawa tahanan yang tidak diberitahu namanya, berumur 33 tahun yang berasal dari Tebing Barat, meninggal dunia selepas kesihatannya terjejas.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida

Categories
Berita Semasa

Human Rights Watch: Israel tiada bukti yang Hamas menggunakan hospital sebagai markaz ketenteraan.

Khamis, 16-11-2023 – Human Rights Watch berkata bahawa Israel tidak memberikan sebarang bukti yang menunjukkan penggunaan kemudahan perubatan Hamas di Semenanjung Gaza dan menggesa siasatan ke atas serangan Israel terhadap kemudahan tersebut sebagai jenayah perang.

Dalam satu kenyataan, organisasi itu menegaskan bahawa “bukti perisikan” yang didakwa itu tidak mewajarkan mereka untuk menafikan penggunaan hospital dan ambulans yang berada di bawah perlindungan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Serangan berulang-ulang Israel ke atas kemudahan perubatan, kakitangan dan pengangkutan yang telah memusnahkan sistem penjagaan kesihatan Gaza dan perkara ini mesti disiasat sebagai jenayah perang.

Pertubuhan itu berkata, siasatan dibuat keatas serangan beberapa hospital dan kawasan yang berhampiran antara 7 Oktober sehingga 7 November. Beliau bercakap dengan saksi pelarian, 16 pekerja perubatan dan pegawai hospital di Gaza, menganalisis dan mengesahkan data sumber terbuka, termasuk video yang disiarkan di media sosial dan imej satelit, serta pangkalan data WHO.

Pertubuhan itu membuat kesimpulan bahawa dakwaan Israel itu tidak dapat disahkan dan tidak mendapati sebarang maklumat yang mewajarkan serangan ke atas hospital Gaza. Hospital dan kemudahan perubatan lain adalah binaan awam dengan perlindungan khas di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, atau undang-undang perang. Pertubuhan itu menggesa Israel menamatkan serangan yang menyalahi undang-undang serta sekatan ke atas wilayah itu, yang merupakan jenayah perang.

Pertubuhan itu menggesa Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan negara-negara lain menggantung bantuan ketenteraan kepada Israel selagi tenteranya terus melakukan pelanggaran serius dan meluas terhadap orang awam Palestin.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam memusnahkan 15 kenderaan dan membunuh 9 tentera Zionis semasa pencerobohan mereka di Gaza.

Khamis, 16-11-2023 – Briged Al-Qassam, sayap tentera pergerakan Hamas, mengumumkan hari ini, Selasa, bahawa pejuangnya membunuh 9 tentera Zionis dari jarak sifar, dan memusnahkan beberapa kereta kebal di kawasan pencerobohan ke Semenanjung Gaza, sambil menyasarkan orang ramai dengan bom
mortar.

Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mujahidinnya membunuh 7 tentera Zionis dari jarak sifar,
pada petang Selasa, di paksi utara Kota Gaza, dan menyerang pengangkut tentera Zionis dan kereta
kebal di tempat yang sama dengan peluru “Al-Yassin 105” yang membunuh mereka

Briged Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka menyasarkan 3 kenderaan Zionis di barat Kota
Gaza dengan peluru berpandu “Al-Yassin 105”.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin

Categories
Berita Semasa

Amnesty: Kes-kes penyeksaan yang mengerikan terhadap tahanan Palestin

Rabu, 15-11-2023 – Pihak berkuasa Israel telah meningkatkan penggunaan penahanan pentadbiran secara mendadak, satu bentuk penahanan arbitrari terhadap rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat yang diduduki; lanjutan kepada langkah kecemasan yang memudahkan perlakuan tidak berperikemanusiaan dan merendahkan layanan terhadap banduan; dan gagal menyiasat insiden penyeksaan dan kematian dalam tahanan sejak empat minggu lalu, kata Amnesty International pada Khamis.

Sejak 7 Oktober, tentera Israel telah menahan lebih 2,200 lelaki dan wanita Palestin, menurut Kelab Tahanan Palestin.

Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditahan dalam tahanan pentadbiran tanpa pertuduhan atau perbicaraan meningkat daripada 1,319 kepada 2,070 di antara 1 Oktober dan 1 November .

Keterangan daripada tahanan yang dibebaskan dan peguam hak asasi manusia, serta rakaman video dan imej menggambarkan beberapa bentuk penyeksaan dan penganiayaan terhadap banduan telah dikenakan oleh tentera Israel sejak empat minggu lalu. Antaranya adalah pukulan teruk dan penghinaan terhadap tahanan, termasuk dengan memaksa mereka menundukkan kepala, melutut di atas lantai semasa pengiraan banduan, dan menyanyikan lagu Israel.

“Sepanjang bulan lepas, kami telah menyaksikan perubahan ketara dalam penggunaan penahanan pentadbiran oleh Israel – penahanan tanpa pertuduhan atau perbicaraan yang boleh diperbaharui selama-lamanya – yang sudah berada pada paras tertinggi 20 tahun sebelum peningkatan terbaru dalam permusuhan pada 7 Oktober. Penahanan pentadbiran adalah salah satu alat utama di mana Israel telah menguatkuasakan sistem apartheid terhadap rakyat Palestin. Testimoni dan bukti video juga menunjukkan banyak insiden penyeksaan dan layanan buruk lain oleh tentera Israel termasuk pukulan teruk dan penghinaan yang disengajakan terhadap rakyat Palestin yang ditahan dalam keadaan teruk,” kata Heba Morayef, Pengarah Serantau Amnesty untuk Timur Tengah dan Afrika Utara.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah

Categories
Berita Semasa

Hamas Menyeru Protes Untuk Menuntut Dihentikan Kebuluran Dan Pembunuhan Beramai-ramai

Rabu, 15-11-2023 – Gerakan HAMAS telah menggesa peningkatan protes Pro-Palestin di seluruh dunia diteruskan bagi menuntut Rejim Zionis menghentikan pencerobohan di Semenanjung Gaza yang telah menyebabkan kanak-kanak bergelut dengan kehausan dan kelaparan.

HAMAS berkata dalam satu kenyataan pada hari Khamis, “Gesaan ni dibuat berdasarkan pencerobohan biadap dan pengeboman Rejim Zionis yang berterusan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza selama 34 hari berturut-turut. Ia juga bagi membantah peningkatan jenayah kejam Rejim Zionis di kala pemotongan bekalan elektrik, bahan api dan makanan ke Semananjung Gaza ini sehingga menyebabkan ramai kanak-kanak menghadapai kematian akibat kebuluran dan kehausan.

” Kami memperbarui seruan kami kepada seluruh rakyat Palestin, negara Arab dan Islam serta seluruh rakyat yang bebas di dunia untuk meningkatkan pergerakan dan mengekalkan protes ini di seluruh bandar, ibu kota dan dataran serta semua pelusuk dunia dalam menyokong pembebasan hak rakyat Palestin, pengembalian dan penentuan nasib sendiri serta mengecam pencerobohan Rejim Zionis dan sokongan Amerika Syarikat”, tambah kenyataan itu.

HAMAS mengisytiharkan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang akan datang sebagai hari solidariti bagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza untuk memberi tekanan kepada Rejim Zionis serta pentadbiran Amerika Syarikat untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam di Gaza.

Protes itu dirancang untuk diadakan dengan membawa slogan ” Hentikan kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai.. Kebebasan untuk Palestin,” tambahnya.

Selamna 34 hari berturut-turut, Rejim Zionis telah melancarkan perang berdarah di Semenanjung Gaza memusnahkan bangunan kediaman di atas penduduk mereka dan melakukan beribu-ribu serangan udara mengakibatkan 40,000 syahid, cedera dan hilang di bawah runtuhan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Muhammad Khusairi

Categories
Berita Semasa

10,818 Rakyat Palestin Terbunuh Dalam Kekejaman Israel Ke Atas GazaTermasuk 4,412 Kanak-kanak Dan 2,918 Wanita

Rabu, 15-11-2023 – Ketika pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Semenanjung Gaza berlanjutan selama lebih sebulan, jumlah kematian telah meningkat kepada lebih 10,818 mangsa, termasuk 4,412 kanak-kanak, 2,918 wanita, dan 667 orang tua.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan 26,905 warga lain telah cedera setakat ini.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudra, mengesahkan bahawa Rejim Zionis telah melakukan 20 pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh 24 jam yang lalu, meragut 249 nyawa.

Secara keseluruhan, 1,118 pembunuhan beramai-ramai oleh Rejim Zionis telah dilakukan terhadap orang awam Palestin sejak bermulanya pencerobohan.

Al-Qudra menegaskan bahawa 2,650 orang masih hilang di bawah runtuhan, termasuk 1,400 kanak-kanak.

Beliau juga menekankan bahawa menyerang orang awam bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat, yang menjamin perlindungan awam semasa perang, dan resolusi Perhimpunan Agung PBB sepatutnya melindungi orang awam Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meletupkan rumah tahanan Muhammad Al-Zalbani

Rabu, 15-11-2023 – Rejim Penjajah Israel (IOF) meletupkan rumah tahanan Muhammad Al-Zalbani di Kem Pelarian Shuafat di Baitulmaqdis pada pagi Rabu. IOF menuduh pemuda itu menikam seorang askar Israel pada Februari 2023.

Tentera IOF menyerbu kem Shuafat dan mengenakan sekatan di sekeliling rumah tahanan Muhammad Al-Zalbani sebelum merobohkannya. Mereka menanam bahan letupan di dalam rumah sebelum meletupkannya.

Sebilangan besar askar IOF mengepung kem Shuafat dari semua arah, ketika penembak tepat mengambil kedudukan di atas bumbung rumah, menembak ke arah pemuda di kem. Pertempuran ganas meletus di kem berikutan pencerobohan IOF. Konfrontasi semakin sengit antara pemuda dan askar IOF semasa mereka berundur dari kem berikutan perobohan rumah Al-Zalbani.

Konfrontasi semakin sengit antara pemuda dan askar IOF semasa mereka berundur dari kem berikutan perobohan rumah Al-Zalbani.

Pencerobohan IOF ke dalam kem itu berlaku serentak dengan keluarnya pelajar dari sekolah mereka. Lorong-lorong kem itu menyaksikan pemeriksaan oleh askar wanita, yang menyebabkan pelajar perempuan digeledah secara provokatif dan memalukan.

Tentera IOF juga menyerang seorang wanita dan anak perempuannya semasa pencerobohan ke dalam kem. Klip video yang tersebar menunjukkan ketakutan gadis itu ketika dia berpaut pada ibunya kerana takut dengan tingkah laku ganas tentera.

Semasa pencerobohan, tentera penjajah mengoyakkan gambar syuhada dan cuba memadamkan imej mereka.

Pada Februari 2023, Muhammad Al-Zalbani menikam seorang pegawai Israel di dalam bas di pusat pemeriksaan pintu masuk kem pelarian Shuafat di Jerusalem yang dijajah, mencetuskan kekeliruan. Beberapa saat kemudian, seorang pengawal keselamatan Israel tersilap melepaskan tembakan ke arah pegawai itu dan membunuhnya.

IOF melaksanakan dasar merobohkan rumah pejuang penentang sebagai sebahagian daripada “dasar hukuman kolektif,” yang terbukti tidak berkesan dalam menghentikan operasi penentangan di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah