Categories
Berita Semasa

Serangan baru oleh Israel di Tebing Barat

Rabu, 16-08-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) melancarkan serangan baru ke atas warga Palestin dan harta mereka di Tebing Barat pada petang Khamis.

Di Qalqilya, IOF menahan seorang kanak-kanak Palestin setelah menyerangnya di kawasan Al-Hasamis.

Di Ramallah, pertelingkahan tercetus di kawasan timur kampung Al-Mughair setelah diserbu oleh IOF dan ditembak. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas menentang kenyataan Netanyahu mengenai negara Palestin.

Jumaat, 11-08-2023 – Jurucakap Hamas, Jihad Taha berkata Perdana Menteri rejim Zionis Israel Benjamin Netanyahu membuat kenyataan untuk menghalang pembentukan Negara Palestin mengesahkan niat  rejim dan tingkah laku fasis terhadap ke atas warga Palestin dan hak rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa , jurucakap Hamas menyatakan perbincangan keamanan dan normalisasi yang berkaitan dengan negara haram Israel adalah proses penipuan  yang disasarkan untuk mengambil masa untuk menjarah dan merampas tanah milik Palestin dalam mengembangkan tanah peneroka haram.

Jurucakap berkata jawapan dari komuniti antarabangsa untuk menghadapi kenyataan fasis adalah untuk menyokong warga Palestin dan menyediakan segala bentuk sokong dalam usaha dan penentangan ke atas penjajahan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Enam orang tahanan Palestin teruskan mogok lapar

Jumaat, 11-08-2023 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, enam orang tahanan Palestin mogok lapar pada tempoh berbeza bagi membantah penahanan berterusan mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, PPS menekankan yang tahanan Sultan Khaluf, 42, telah mogok lapar sejak ditahan pada 3 Ogos 2023, dan menambah yang Khaluf adalah bekas tahanan yang telah mogok lapar selama 67 hari ketika ditahan sebelum ini.

“Tahanan-tahanan Saif Hamdan, 29, Saleh Rubaeyyah, 22, dan Usamah Khalil, 23, meneruskan mogok lapar mereka untuk hari kesepuluh,” PPS menjelaskan, dan menambah yang mereka sedang ditahan secara bersendirian di penjara Nafha. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel tidak benarkan tahanan pesakit kanser dibebaskan awal

Rabu, 09-08-2023 – Satu mahkamah Israel pada Isnin menolak pembebasan awal seorang tahanan Palestin yang sakit kanser, Walid Daqqa. 

Dalam satu kenyataan akhbar, isteri Daqqa berkata, keputusan itu dilakukan tanpa perbicaraan oleh Jawatankuasa Pembebasan Awal Israel, dan menyatakan yang keluarganya akan menyerahkan petisyen membantah keputusan mahkamah itu.

Manakala Kementerian Hal Ehwal Tahanan berkata, penolakan pembebasan awal Daqqa merupakan sebahagian daripada pelaksanaan arahan Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel, Itamar Ben Gvir. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Aktivis dari Jerusalem menyeru untuk menentang dasar pengusiran Israel

Rabu, 09-08-2023 – Aktivis dari Jerusalem, Ra’edah Saed, pada hari Isnin menyeru rakyat Palestin untuk berprotes menentang dasar pengusiran warga Jerusalem dari Masjid Al-Aqsa oleh pihak Israel.

“Regik Zionis Israel (IOA) semakin meningkatkan pengeluaran perintah pengusiran terhadap penduduk Jerusalem,” tegas Saed, menambah bahawa kadang-kadang aktivis Jerusalem diusir dari Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama Jerusalem selama setahun.

Dari pihaknya, Sheikh Najeh Bakirat, timbalan ketua Pentadbiran Awqaf Islam di Jerusalem yang Dijajah, menegaskan kembali penolakannya terhadap perintah pengusiran Israel yang dikeluarkan oleh IOA, dan menekankan bahawa perintah-perintah sedemikian tidak akan melemahkan tekad rakyat Palestin untuk mempertahankan hak-hak dan tapak-tapak suci mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin Syahid Ditembak Di Tebing Barat

Rabu, 09-08-2023 – Remaja Palestin, Ramzi Fathi Hamed yang berusia 17 tahun, meninggal dunia hari ini, Isnin (7/8/2023). Beliau cedera parah sejak tiga hari lalu setelah ditembak penduduk pendatang Yahudi berdekatan pintu masuk Silwad sebelah timur Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.

Pengarah Kompleks Perubatan Palestin, Dr. Ahmad Al-Bitawi mengatakan bahawa mangsa Ramzi Hamed meninggal dunia pagi ini akibat pendarahan paru-paru yang teruk setelah ditembak dengan peluru tajam di dada dan perut.Sumber tempatan mengatakan bahawa remaja lelaki, Ramzi Hamed ditembak oleh seorang pengawal penempatan Yahudi di kereta yang dipandu ketika dia berada di Jalan Waar Al-Adas di Silwad.

Dia menambah bahawa Ramzi terkena dua peluru, salah satunya meledak di perutnya dan mengakibatkan dia meninggal dunia tiga hari setelah kejadian. Ramzi Hamed adalah korban ke-219 yang dibunuh oleh tentera penjajah Zionis dan penduduk pendatang Yahudi sejak awal tahun 20223 ini dan korban ke-13 dari daerah Ramallah dan Al-Bireh.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi melanggar seorang kanak-kanak Palestin di timur Bethlehem

Selasa, 08-08-2023 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera teruk pada petang Ahad setelah seorang pendatang Yahudi melanggarnya, di timur kota Bethlehem, Tebing Barat.

Sumber tempatan mengenalpasti kanak-kanak itu sebagai Jibril Sawarkah, berusia empat tahun.

Sumber tersebut menyebut, kanak-kanak itu dilanggar lari di kampung Kisan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF melakukan serbuan ganas, dan penahanan di Tebing Barat.

Isnin, 07-08-2023 – Polis rejim zionis (IOF) melancarkan serbuan dan kempen penahanan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada subuh Jumaat.

Mereka menahan dua warga Palestin termasuk seorang bekas tahanan, setelah menceroboh bandar Biddu dan Al-Eizariya di Baitulmuqaddis.

Seorang lagi warga Palestin ditahan di kem pelarian Al-Aroub di al-Khalil.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Empat warga Palestin ditahan di Baitulmuqaddis, Lembah Jordan.

Jumaat, 04-08-2023 – Polis rejim menahan tiga orang pemuda di Baitulmuqaddis, termasuk dua saudara pada petang Selasa.

Sumber dari Baitulmuqaddis melaporkan yang polis rejim menyerang rumah keluarga syahid Muhannad Mazraa yang telah melakukan serangan tembakan di bandar Al-Eizariya, dan menahan dua adik-beradik lelakinya.

Seorang pemuda juga turut ditahan di pintu masuk penempatan Ma’aleh Adumim, timur Baitulmuqaddis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

OIC memberi amaran terhadap pencabulan Israel  ke atas hak umat Islam di Masjid Al Aqsa

Jumaat, 04-08-2023 – OIC memberi amaran terhadap pencabulan Israel  ke atas hak umat Islam di Masjid Al Aqsa. Dalam rumusan mesyuarat ke 18, kesemua wakil  kementerian luar mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pencerobohan dan provokasi berterusan ke atas masjid al Aqsa sebagai satu tindakan yang serius dalam pencabulan undang-undang antarabarangsa dan mencemari tapak sejarah dan status asal perundangan.

Dalam kenyataan turut mengutuk tindakan pencerobohan berulang kali di Masjid al-Aqsa oleh Menteri keselamatan yang berfahaman pelampau kanan ,  pegawai kerajaan dan ahli Knesset dan ianya jelas sebagai usaha bertersuan dalam provokasi ke atas negara Islam.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Sheikh Bakirat Beri Amaran Bahaya Besar Ancam Masjid Aqsa

Jumaat, 04-08-2023 – Sheikh Najeh Bakirat, timbalan ketua Pentadbiran Waqaf Islam di Jerusalem, menggesa rakyat Palestin memperhebat kehadiran mereka di Masjid Aqsa, bagi menggagalkan percubaan dan keinginan peneroka Yahudi ekstrim untuk mempersembahkan korban haiwan selain upacara Talmud di tapak suci umat Islam.

Kenyataan akhbar pada Selasa memberitahu, Sheikh Bakirat memberi amaran tentang bahaya besar yang mengancam Masjid Aqsa, berikutan terdedah kepada keganasan Israel yang semakin meningkat.

Beliau menyeru agar mengambil langkah segera untuk menentang perbuatan Israel di Masjid Aqsa, seterusnya melindunginya daripada peyahudian.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Para pendatang Yahudi membina penempatan baru di barat laut Jericho

Rabu, 02-08-2023 – Para pendatang Yahudi membina penempatan baru di barat laut Jericho pada petang Isnin.

Sejumlah pendatang Yahudi memasang rumah bergerak setelah menyerbu kawasan dekat bulatan al-Tayiba sebagai langkah merampas tanah Palestin di kawasan itu.

Manakala tentera rejim zionis (IOF) memecah masuk ke kawasan arkeologi di bandar Sebastia town, ke barat laut Nablus.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa memberi amaran mengenai rancangan pengyahudian di Masjid Al-Aqsa

Rabu, 02-08-2023 – Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa telah mengeluarkan amaran mengenai langkah-langkah besar yang diambil oleh pihak penjajah Israel untuk merosakkan Masjid Al-Aqsa, dan mengutuk ketidakberkesanan antarabangsa terhadap pelanggaran Israel terhadap Masjid tersebut.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Isnin, Fakhri Abu Diab, seorang ahli Lembaga Penyeliaan Al-Aqsa, menyatakan bahawa Israel sedang mengambil langkah-langkah lebih lanjut untuk mengubah status quo di Masjid Al-Aqsa.

“Pihak penjajah Israel telah menjalankan penggalian di Masjid Al-Aqsa untuk melaksanakan rancangan pengyahudian dan menghapuskan tanda-tanda Islamik Masjid tersebut,” tegas Abu Diab.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamadeh: Pencerobohan ke atas Masjid Aqsa adalah sebahagian daripada perang agama

Selasa, 01-08-2023 – Muhammad Hamadeh, jurucakap Hamas untuk Baitulmuqaddis telah menekankan yang pencerobohan pendatang Yahudi ke atas Masjid Aqsa merupakan sebahagian daripada perang agama terhadap rakyat Palestin dan tempat suci mereka.

Hamadeh pada Khamis menyelar pencerobohan berulang pendatang ke Masjid Aqsa, dan menegaskan yang rakyat Palestin akan terus mempertahankan tanah mereka hingga tiada lagi penjajahan.

“Pencerobohan Masjid Aqsa oleh para pendatang Yahudi merupakan provokasi ke atas perasaan orang Islam seluruh dunia”, Hamadeh berkata, menyeru seluruh negara Arab dan Muslim untuk melindungi Masjid dengan apa cara sekalipun, dan mengakhiri normalisasi dengan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di bandar Jenin

Jumaat, 28-07-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Yabad, Jenin pada petang Rabu dan menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah warga Palestin, lalu mencederakan seorang pemuda, demikian menurut sumber tempatan.

Dalam perkembangan lain, polis rejim menahan seorang bekas tahanan ketika serbuan di rumahnya di Wadi al-Jouz di Baitulmuqaddis, satu sumber tempatan berkata.

Polis rejim turut menahan seorang pemuda dari kedainya di Baitulmuqaddis, warga tempatan melaporkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati