
Rabu, 15/04/2009 – Radio Hebrew melaporkan pada hari Selasa bahawa Israel dan Amerika akan mengadakan latihan ketenteraan bersama di gambarkan sebagai yang terbesar yang akan menguji keupayaan 3 peluru berpandu yang dibina oleh Amerika untuk Israel.

Rabu, 15/04/2009 – Radio Hebrew melaporkan pada hari Selasa bahawa Israel dan Amerika akan mengadakan latihan ketenteraan bersama di gambarkan sebagai yang terbesar yang akan menguji keupayaan 3 peluru berpandu yang dibina oleh Amerika untuk Israel.

Rabu, 15/04/2009 – Akibat ketegangan memuncak antara antara Mesir dan parti Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan berikutan tuduhan bahawa Hezbollah merancang untuk melakukan serangan terhadap Israel melalui Mesir disamping Mesir melaksanakan penahanan terhadap sesiapa yang dipercayai merancang serangan itu, pihak keselamatan Mesir telah mengerahkan tentera ke sempadan Israel dan Gaza, manakala Israel melakukan perkara yang sama di wilayahnya.

Rabu, 15/04/2009 – Hamdi Shaath, pemimpin jawatankuasa kerajaan yang ertanggungjawab menguruskan deligasi ke Gaza, melaporkan satu konvoi yang menghantar bantuan dari rakyat Syria kepada Gaza telah bergerak meninggalkan Syria Isnin lalu menuju ke Gaza.

Rabu, 15/04/2009 – HAMAS menegaskan bahawa rancangan untuk memulakan semula dialog nasional Palestin di Kaherah pada 26 April ini masih lagi berjalan, sambil mengharapkan agar Fatah menyertai dialog tersebut dalam keadaan tangkapan terhadap kader dan penyokong HAMAS di Tebing Barat telah dihentikan, di samping ia tidak lagi menuntut komitmen terhadap syarat ditetapkan pihak antarabangsa sebagai pendahuluan untuk meneruskan persepakatan.


Selasa, 14/04/2009 – Berpuluh-puluh peneroka Yahudi datang beramai-ramai ke sekitar masjid suci al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan cuba untuk menjalankan ritual ibadah mereka sempena peristiwa Yahudi Passover menurut laporan sumber tempatan.

Selasa, 14/04/2009 – Pihak Zionis-Israel telah membebaskan seorang pemuda Yahya Hisham Maqbul yang berasal dari Nablus. Yahya telah dipenjara selama 6 tahun. Beliau yang yang juga bekerja dalam bidang IT telah ditangkap pada 20 Apr 2003 setelah rumahnya telah diserbu oleh tentera Zionis-Israel. Segala peralatan rumahnya dihancurkan oleh Zionis-Israel. Yahya menyatakan setiap tahanan telah dizalimi dan dinafikan hak mereka.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Selasa, 14/04/2009 – Pemimpin Hamas Dr. Kholil Hayyah menyebutkan Fatah telah mensyaratkan supaya mengakui Zionis-Israel sebagai pra-syarat untuk duduk berbincang. Syarat itu akan memaksa seluruh rakyat Palestin tunduk dan akur kepada Zionis-Israel. Ini suatu yang mustahil kerana Hamas ditubuhkan antaranya untuk menentang Zionis-Israel. Dalam kenyataannya, “Hamas dan seluruh rakyat Palestin tidak akan taat dengan kesepakatan PLO dengan ZIonis-Israel. Selain itu, tidak ada sebuah kerajaan yang memaksa untuk mengikuti apa yang telah direncanakan oleh kerajaan sebelum daripada itu.
Selasa, 14/04/2009 – Ahli Parlimen Switzerland, Joseph Zisyadis dan beberapa personaliti anti pengepungan Eropah mengisytiharkan niat mereka bagi menyertai konvoi “Harapan” yang memulakan perjalanan dari Itali ke Semenanjung Gaza awal bulan depan bagi melahirkan sokongan mereka terhadap rakyat Gaza yang mengalami tekanan.

Isnin, 13/04/2009 –HAMAS menafikan wujud ketegangan dalam hubungannya dengan Kaherah akibat apa yang dinamakan sebagai ‘sel Hizbullah’ di Mesir, sambil menegaskan HAMAS tidak pernah sama sekali menjadi anasir yang memudaratkan keamanan nasional Mesir.

Khamis, 09/04/2009 –Gerry Adams, pemimpin parti Sinn Fein dari Ireland meminta pengepungan ditarik balik di Semenanjung Gaza sambil merasa terkejut dengan penghapusan etnik di wilayah tersebut. Dalam sidang akhbar selepas lawatan di Ezbet Abed Rabbo, utara Gaza Adams menyatakan apa yang telah terjadi di Gaza adalah salah dan menambah rakyat Gaza berhak untuk hidup dalam aman.

Khamis, 09/04/2009 – Pasukan Keselamatan Palestin telah menahan 3 ahli Hamas di utara Tebing Barat bandara Tulkarem, termasuk seorang yang baru dibebaskan pada hari Selasa dari penjara Israel.
Khamis, 09/04/2009 – Laporan hak asasi manusia menegaskan kempen Zionis untuk menyahudikan bandar al-Quds yang dijajah semakin meningkat pada bulan Mac lalu melalui operasi pembunuhan, peruntuhan rumah, rampasan tanah dan bangunan, serta pembinaan tembok besar yang memisah dan mengepung para penduduk.
Rabu, 08/04/2009 – Yayasan al Aqsa menyatakan bahawa pihak Zionis-Israel telah mencuri batu masjid al-Aqsa dan di letakkan di Knesset. Terdapat bukti fotografi yang membenarkan kejadian itu. Selain itu, batu-batu yang dicuri telah di bawa ke tempat lain yang tidak diketahui. Seorang pemimpin Harakah Islamiyah, Syaikh Kamal al Khatib mengatakan, jelas sekali Zionis-Israel merupakan pencuri bahan sejarah, perosak geografi dan memutarbelit sejarah. Namun tidak mengejutkan kerana memang Zionis-Israel adalah “pakar” dalam kerja-kerja jijik itu.
Zionis-Israel telah mencuri khazanah Islam dan Arab. Hingga ini, mereka masih belum dapat membuktikan terdapatnya kuil yang mereka war-warkan.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif