Rabu , 17-03-2021 – Sekumpulan pelampau pendatang Yahudi dengan dikawal oleh tentera menceroboh Kampung Burin, selatan Nablus, dan memusnahkan sebahagian rumah warga Palestin yang sedang dalam pembinaan.
Menurut sumber tempatan, beberapa pemuda menghalang pendatang tersebut dan bertelingkah dengan tentera yang mengiringi mereka di kawasan timur Burin di mana rumah tersebut terletak.
Warga dari keluarga Muntasir Mansour turut menderita akibat terdedah kepada gas pemedih mata apabila polis rejim menyerang rumah mereka ketika kejadian di Burin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu , 17-03-2021 – Pihak berkuasa rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah meluluskan penyitaan puluhan dunum tanah Palestin di Bethlehem, selatan Tebing Barat.
Pengarah Pejabat Pihak Berkuasa Penentangan Tembok dan Penempatan, Hassan Brijieh mengatakan bahawa rejim Zionis telah meluluskan rancangan penempatan yang akan merampas beberapa tanah yang berdekatan dengan penempatan Beitar Illit A, Lembangan No. 3 dan Lembangan No.4 di kawasan Mersyah dan Khirbat al-Kabra dari tanah Nahalin. Selain itu, Lembangan No. 3 di daerah Wadi Abu Al Hamra dari tanah perkampungan Husan di sebelah barat juga akan disita.
Brijieh mnegaskan bahawa keputusan ini bertujuan untuk mengubah tanah-tanah sasaran ini untuk menjadi tempat awam dan jalan raya untuk peneroka haram dan penempatan Yahudi.
Dalam perkembangan lain, rejim Zionis juga telah memusnahkan sebilangan besar tanah di kawasan Palestin di Khirbet Zanuta, di sebelah timur kota Dhahriya, di selatan al-Khalil.
Fayez Khedirat, ketua Majlis Desa mengatakan bahawa jentolak rejim Zionis mulai memusnahkan tanah milik keluarga Al-Tal, di sebelah timur Zanuta, untuk memberi laluan kepada kawasan industri Israel yang disebut “Majlis Daerah Penempatan”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu , 17-03-2021 – Bot peronda Israel menyerang bot nelayan Palestin dan menembak meriam air ke arah mereka di perairan bandar Gaza dan Khan Yunis pada hari Ahad.
Sumber tempatan melaporkan bot peronda Israel menembak menggunakan mesingan ke bot nelayan ketika berada dalam lingkungan 6 batu natutika dari persisiran Sudaniya , barat daya dari banda Gaza. Pasukan keselamatan laut Israel juga mensasarkan nelayan dengan tembakan meriam air yang mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada salah satu bot nelayan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin , 15-03-2021 – Pihak berkuasa regim Zionis Israel (IOA) pada hari Selasa memberitahu warga Palestin tentang niatnya untuk merobohkan 10 bangunan di kampung al-Jib, di barat laut Yerusalem.
Aktivis tempatan Samer Abu Hamoud mengatakan bahawa regim Zionis Israel (IOF) menyerbu desa Jib, memasang pemberitahuan perobohan di 10 bangunan, termasuk rumah, kedai dan tempat perkahwinan di tembok pemisah, dan memotretnya.
IOA membenarkan tindakan itu dengan mendakwa bangunan tersebut sebagai tidak berlesen.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Isnin , 15-03-2021 – Seorang remaja Palestin telah cedera akibat letupan bom yang ditinggalkan oleh rejim Zionis Israel di Tubas.Menurut laporan dari keluarga remaja 15 tahun, bom api meletup di tangan mangsa dan mangsa mengalami kecederaan melecur di tangan dan muka.
Beliau telah di bawa ke hospital. Bom yang meletup di tangan remaja adalah peninggalan oleh pasukan rejim zionis Israel selepas serbuan di kota tersebut pada 2 hari lepas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin , 15-03-2021 – Tentera laut rejim pada pagi Isnin menyerang warga Palestin dan bot mereka di pantai Semenanjung Gaza.
Menurut jawatankuasa nelayan tempatan, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah bot nelayan ketika mereka berada di dalam lingkungan enam batu nautika dari perairan kota Gaza.
Sekurang-kurangnya satu bot nelayan mengalami kerosakan akibat serangan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin , 15-03-2021 – Polis rejim Zionis Israel pada pagi Rabu lalu telah menculik Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Islam Tinggi di Baitulmaqdis Yang Diduduki, dari kediamannya di kejiranan as-Suwannah di timur Baitulmaqdis.
Menurut ahli keluarganya, pasukan polis mengepung kediaman Sheikh Sabri sebelum petugas perisikan menyerbu kediaman tersebut dan menyeret Sheikh Sabri ke sebuah pusat tahanan di kota suci itu.
Polis menahan Syeikh Sabri sehari sebelum para jemaah Muslim berpusu-pusu menuju ke Masjid Al- Aqsa untuk memperingati ulang tahun peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Dua hari yang lalu, Sheikh Sabri telah menggesa para jemaah Muslim untuk berarak beramai-ramai ke Masjid untuk berdoa dan mengikuti ceramah mengenai peristiwa tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin , 15-03-2021 – Puluhan pendatang yahudi menyerbu masuk Masjidil Aqsa al-Mubarak, Rabu (10/3) yang dikawal pasukan penjajah Israel.
Menurut sejumlah sumber di al-Quds, sekitar 66 pendatang Yahudi dipimpin ekstrimis Yahuda Ghalik, memasuki perkarangan Masjidil Aqsa, bersama 4 orang polis Israel yang memasuki ruang solat di al-Aqsha.
Sumber yang sama menyatakan bahawa pasukan Israel menutup pintu gerbang Maghoribah, selepas kumoulan Yahudi tersebut memasuki perkarang Al Aqsa. Pintu-pintu lain di Al Aqsa juga dipenuhi pasukan keselamatan Yahudi.
Minggu lalu, seramai 437 pendatang Yahudi memasuki perkarangan al-Aqsa di samping puluhan tentera Israel.
Pada Rabu pagi, pasukan Israel menangkap ketua lembaga tinggi Islam yang juga imam dan khatib Masjidil Aqsa, Syekh Ikrimah Shabri, dari rumahnya di kawasan Showanah.
Sebelumnya Syekh Ikrimah Shabri menyeru Muslimin untuk beramai-ramai hadir ke Masjidil Aqsa pada Khamis, bersamaan dengan peringatan Israk dan Mikraj, dengan tetap mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan umum memandangkan wabak Corona masih tersebar luas.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis , 11-03-2021 – Puluhan warga Palestin pada pagi Isnin menganjurkan protes sambal duduk di Masafer Yatta, selatan al-Khalil, untuk menolak tindakan rampasan tanah oleh pihak rejim dan pembinaan penempatan Yahudi.
Ramai ahli keluarga Buhais, Adais, dan Abu Zahra mengadakan protes di tanah al-Ain Al-Baida dan Khilah Al-Adra, timur Yatta, bagi membantah rampasan tanah oleh IOA.
Para warga menghalang jentolak pendatang daripada meratakan tanah yang dirampas, tetapi sejumlah besar tentera rejim tiba dan memberi perlindungan kepada para pendatang dan kenderaan mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis , 11-03-2021 – Sekitar 30 pendatang Yahudi menyerbu masuk perkarangan Masjidil Aqsa, Selasa (9/3) dengan dikawal pasukan polis Israel.
Menurut beberapa sumber tempatan, para pendatang Yahudi menyerbu masuk al-Aqsa melalui pintu gerbang Maghoribah, kemudian menggelilingi perkarangan masjid secara provokatif.
Dalam konteks lainnya, pasukan penjajah Israel menangkap sejumlah warga Palestin, dalam operasi penggeledahan dan penyerbuan sejumlah kawasan berbeza di Tebing Barat dan al-Quds terjajah.
Di Hebron, pasukan penjajah Israel menangkap Hani Syakir Fakhuri, Adi Hamidan Syurbati (26), Abdul Hadi Abu Khalaf setelah melakukan penggeledahan di rumah mereka.
Sejumlah sumber melaporkan, pasukan Israel menangkap seorang warga lainnya di Hebron, kemudian menggeledah sejumlah rumah, salah satunya rumah Siraj Fakhuri.
Di Jenin, pasukan Israel menangkap seorang pemuda, Mohammad Munir Thohayina dari kota Sailah Harisiyah dan menangkap Shalih Shabri dari kota Arabah.
Pasukan polis Israel juga menangkap 2 orang pemuda, Daud Husam Mutib dan Mohammad Umar Najib Umri dari kota Sailah Harisiyah ketika keduanya berada di tempat kerja di wilayah Palestin 48.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis , 11-03-2021 – Selasa lalu, seorang gembala Palestin cedera dalam letupan bom tentera Israel di sebelah timur bandar Yatta di selatan al-Khalil.
Fuad al-Amoor, koordinator jawatankuasa perlindungan dan ketabahan di al-Khalil, mengatakan bahawa gembala tersebut, Ali Atalah, membawa kawanan biri-birinya untuk meragut rumput ketika letupan itu berlaku.
Dia menambah bahawa Atallah dikejarkan ke hospital kerajaan Aleya di mana keadaannya disifatkan sebagai sederhana.
Rejim Zionis sering melakukan latihan ketenteraan di tanah Palestin dan kemudiannya meninggalkan bahan letupan yang tidak meletus, yang kemudiannya meletup dan terkena petani dan gembala Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu , 10-03-2021 – Tentera Rejim Zionis Israel pada hari Khamis telah mengeluarkan notis perobohan kediaman kepada tujuh warga Palestin dan mengalihkan rumah pasang siap milik warga Palestin di Bethelem.
Pegawai tempatan Rateb al-Jabour mengatakan tujuh warga Palestin menerima notis keatas kediaman mereka di kawasan Ma’in di timur Yatta di al-Khalil.Tentera rejim zionis telah memusnahkan berdozen buah rumah dan bangunan di kawasan Ma’in pada tahun lepas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu , 10-03-2021 – Tentera rejim zionis pada Rabu mengarahkan warga Palestin di kampung Birin, Masafer Yatta, selatan al-Khalil, agar berhenti menuntut penggunaan tanah mereka.
Menurut sumber tempatan, pentadbiran awam Israel menyampaikan notis ketenteraan kepada penduduk tempatan di kampung Birin, dan mengarahkan mereka agar berhenti menuntut atau mengusahakan tanah mereka atas alasan tanah itu milik negeri.
Pegawai tempatan Rateb Jabour berkata, tentera rejim mendakwa tanah tersebut dimiliki oleh rejim sejak 1982.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu , 10-03-2021 – Presiden Otoriti Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan keadaan darurat 30 hari sejak Khamis, 4 Mac dalam menghadapi penyebaran virus covid-19 di wilayah Palestin.
Kementerian Kesihatan Palestin, May Al-Keilah kelmarin Rabu mengumumkan bahawa sebanyak 15 kes kematian akibat virus tersebut dan 2017 kes penularan baru serta 1152 kes sembuh dalam tempoh 24 jam terakhir.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Kamal Skakhrah mengatakan, kenaikan besar dalam jumlah mereka yang terinfeksi dan penyebaran luas covid-19 salah satu penyebabnya adalah varian baru virus tersebut.
Dalam pernyataanya di radio, peningkatan itu terlihat melalui ramainya pesakit ke hospital dan meningkatnya kes meninggal dunia akibat terinfeksi virus ini.
Ia mengisyaratkan varian virus baru ini sudah tersebar di Palestin, termasuk Afrika dan Britain.
Di sisi lain, pemberian vaksin di Palestin pun sudah dimulakan. Walaupun dalam Undang-undang antarabangasa vaksinasi di Palestin menjadi tanggungjawab pemerintah penjajah Israel, namun pihak penjajah tidak menjalankan kewajiban sepatutnya. Akhirnya, pihak Otoriti Palestin bekerjasama dengan PBB, Russia dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan vaksin.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu , 10-03-2021 – Gerakan Hamas pada hari Rabu lalu menyambut baik keputusan pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk membuka siasatan rasmi terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin yang dijajah.
“Keputusan berani ini adalah langkah penting untuk mencapai keadilan bagi rakyat kami dan menghukum para pemimpin penjajah atas kejahatan mereka,” kata jurucakap Hamas Hazem Qasem dalam kenyataan media pada hari Rabu.
Qasem mendesak ICC untuk menolak sebarang tekanan yang berkemungkinan menghalangnya daripada menyelesaikan misinya.
Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, pendakwa ICC Fatou Bensouda mengumumkan pelancaran siasatan ini dan mengatakan bahawa ia akan dilakukan “secara bebas, tidak berat sebelah dan objektif, tanpa rasa takut atau pilih kasih.”
“Hari ini, saya mengesahkan pelancaran siasatan oleh pejabat pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang mengambil kira keadaan di Palestin,” kata Bensouda, dan turut menambah bahawa ICC secara khusus akan menyiasat tuduhan sejak 13 Jun 2014 tersebut.
Dalam hal ini, pentadbiran AS telah mengulangi pendiriannya menyokong Israel tanpa berbelah-bahagi dan mengumumkan tentangannya terhadap siasatan ICC tersebut.
“Amerika Syarikat menentang sekeras-kerasnya dan sangat kecewa dengan keputusan ini. ICC tidak mempunyai bidang kuasa dalam hal ini,” kata setiausaha negara AS Antony Blinken. “Kami akan terus mempertahankan komitmen kami terhadap Israel dan keselamatannya.”
Dia mendakwa bahawa “rakyat Palestin tidak memenuhi syarat sebagai sebuah negara berdaulat, maka ia tidak memenuhi syarat untuk memperoleh keanggotaan sebagai sebuah negara, menglibatkan diri sebagai sebuah negara, atau mewakilkan bidang kuasa ke ICC.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul