Categories
Berita Semasa

Pemimpin Revolusi Iran: Operasi Kami Adalah Respons Kajahatan Israel

Rabu , 24-04-2024 – Pemimpin Revolusi mengatakan dalam pernyataannya, “Rakyat Islam Iran yang terhormat, yang mencintai para syuhada, sebagai tanggapan atas pelbagai kejahatan rejim Zionis,termasuk serangan terhadap Kedutaan Besar Republik Islam Iran di Damsyik dan syahidnya para pemimpin dan penasihat ketenteraan Iran, para pahlawan Angkatan Udara dengan sokongan kekuatan lain dan dalam rangka menghukum rejim jenayah Zionis sepanjang Operasi “Janji-Nya Benar,” dengan simbol suci “Ya Rasulullah,” sebuah operasi militan luas terhadap sasaran di wilayah penjajah Israel dengan puluhan roket dan dron.

”Pemimpin Iran menambah, “Perrincian operasi ini yang dijalankan dengan persetujuan Dewan tertinggi Keselamatan Nasional dan di bawah pengawasan Staf Umum Angkatan Bersenjata serta sokongan dari mereka yang bersemangat dari Republik Islam Iran dan sokongan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata akan segera menarik perhatian rakyat Iran yang heroik dan masyarakat bebas di dunia.”

Selain itu, pada hari Ahad lalu, Pemimpin Revolusi Iran memperingatkan Amerika Syarikat bahawa sokongan atau penglibatan apa pun dalam mensasarkan kepentingan Iran akan menghasilkan respons tegas dan penyesalan daripada Iran.

Pemimpin Revolusi Iran mengatakan dalam pernyataannya, “Kami memperingatkan pemerintah Amerika bahawa sokongan atau penglibatan apa pun yang merugikan kepentingan Iran akan menghasilkan tanggapan tegas dari Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran.

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip

Categories
Berita Semasa

Wanita Tebing Barat diculik atas dakwaan niat untuk menyerang tentera zionis Israel.

Rabu , 24-04-2024 – Rejim Zionis Israel menculik seorang wanita Palestin pada pagi Isnin di pos kawalan tentera di Barat Laut bandar Nablus dalam dakwaan cubaan beliau untuk melancarkan serangan. Saksi kejadian melaporkan askar rejim Zionis menahan seorang wanita di pos kawalan Deir Sharaf sebelum membawanya ke tempat yang tidak dikenal pasti. Media yahudi mendakwa wanita yang ditahan itu memegang pisau dan cuba menikam askar di pos kawalan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Majlis Perbandaran Gaza memberi amaran: Lambakan sisa buangan dan ancaman serangga berbahaya memburukkan lagi masalah penyebaran penyakit kulit

Isnin, 15-04-2024 – Majlis Perbandaran Gaza telah mengulangi amarannya tentang bahaya penyebaran penyakit kulit akibat peningkatan mendadak kewujudan serangga hasil daripada pencerobohan dan perang pemusnahan yang dilakukan oleh Israel di Semenanjung Gaza, serta lambakan sisa buangan di jalanan dan limpahan kumbahan ke dalam kolam pengumpulan air hujan di kejiranan Sheikh Radwan.

Majlis Perbandaran menegaskan dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis bahawa pengumpulan lebih daripada 90,000 tan sisa di jalanan dan kemusnahan infrastruktur di bandar, bersama-sama dengan penutupan stesen kumbahan, telah menyebabkan kebocoran air sisa ke jalanan, menyebabkan peningkatan ketara dalam pembiakan nyamuk berbahaya.

Ia menjelaskan bahawa kekurangan bekalan racun serangga yang diperlukan dan suhu tinggi telah menyebabkan peningkatan dalam pembiakan serangga, “mengakibatkan peningkatan penyakit kulit di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, serta gangguan tidur akibat gigitan nyamuk.”

Majlis Perbandaran menyeru institusi dan organisasi tempatan serta antarabangsa, terutamanya Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan semua entiti yang berkaitan, untuk membantu memerangi pembiakan serangga dan mengehadkan kesannya.

Ia juga menyebut bahawa pencerobohan dan perang pemusnahan yang dilakukan oleh rejim Zionis sejak 7 Oktober tahun lalu telah menyebabkan bencana kesihatan dan alam sekitar yang besar di Gaza, serta kehabisan sumber bahan api, membawa kepada kelumpuhan kerja perbandaran dan gangguan perkhidmatan penting, terutamanya perkhidmatan kutipan sisa, kumbahan dan air.

Tentera rejim Zionis meneruskan pencerobohannya di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober dengan sokongan Amerika dan Eropah, di mana pesawat tenteranya mengebom hospital, bangunan, menara, dan rumah orang awam Palestin, lantas membunuh kebanyakan penduduk yang terperangkap di dalam binaan-binaan tersebut , sambil juga menghalang kemasukan air, makanan, ubat, dan bahan api.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Ada Notis Awal Identiti Pekerja Terbunuh Dalam Serangan KonvoiAmal

Isnin, 15-04-2024 – The World Central Kitchen (WCK) mengesahkan bahawa Rejim Zionis mempunyai notis awal mengenai nama dan kewarganegaraan pekerja bantuan yang terbunuh akibat serangan udara Israel ketika dalam perjalanan konvoi amal tiga kereta di Gaza minggu ini.

WCK menegaskan bahawa serangan udara Israel menyasarkan pasukan bantuannya di Gaza dengan beberapa serangan selepas rejim itu mengetahui terlebih dahulu pelan tindakan
mereka.

Badan amal makanan itu berkata dalam satu kenyataan pada hari Khamis bahawa Rejim Zionis menyasarkan tiga kenderaan yang membawa orang awam dan membunuh pekerjanya, sambil menekankan bahawa rejim itu “mengetahui lebih awal jadual perjalanan kami dan misi bantuan kami.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru embargo persenjataan dikenakan ke atas Israel

Isnin, 15-04-2024 – Francesca Albanese, pegawai pelaporan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan hak asasi manusia di Palestin, mengulangi penekanannya tentang keperluan untuk mengenakan embargo persenjataan disertai sekatan-sekatan lain ke atas Israel berhubung dengan perang penghapusan etnik yang dipeloporinya di Jalur Gaza.

Di dalam pesanan video pada Rabu, Francesca memperbaharui pendakwaannya terhadap Israel sebagai pencetus peperangan penghapusan etnik; mengakibatkan keadaan kelangsungan cara kehidupan normal tidak lagi wujud di Gaza, serta beliau menambah lagi, bahawasanya tekanan trauma menyeluruh yang tiada terhitung akan kesan buruknya ini bakal ‘diwarisi’ dan dialami juga oleh generasi-generasi yang akan datang.

Pakar PBB itu menyeru perihal perlunya langkah-langkah yang kukuh diambil terhadap Israel, dan juga tentang kesegeraan embargo persenjataan diperintahkan ke atas Israel, sekaligus bersama dengan tindakan dan juga sekatan-sekatan ekonomi dan politik yang perlu bagi memastikan gencatan senjata yang serta-merta dan berlanjutan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul

Categories
Berita Semasa

Bilangan tahanan Tebing Barat meningkat kepada 7,990.

Isnin, 15-04-2024 – Rejim Israel telah menahan sekurang-kurangnya 30 warga Palestin di Tebing Barat, termasuk wartawan Asmaa Harb dan ibu martir Ahmed Hilal Ghithan, selain bekas tahanan.

Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin mengatakan dalam satu kenyataan bersama pada hari Rabu bahawa ‘kempen penangkapan tertumpu pada wilayah-wilayah Yerusalem dan Ramallah, sementara penangkapan selebihnya terbahagi di wilayah-wilayah Al-Khalil, Betlehem, Tubas, Jenin, Qalqilya, dan Jericho.’ Selain itu, rejim Israel turut menahan beberapa pekerja dari Gaza di Ramallah.

Kenyataan itu menegaskan bahawa pihak rejim terus ‘menjalankan operasi pencerobohan dan pemusnahan berskala besar di bandar-bandar Tebing Barat, kem pelarian, dan bandar-bandar, disertai dengan tindakan sabotaj di rumah rakyat, selain pembantaian kejam terhadap tahanan dan keluarga mereka.’

Kenyataan itu mengesahkan bahawa ‘bilangan tangkapan selepas 7 Oktober tahun lepas telah mencapai lebih daripada 7,990, dan jumlah ini termasuk mereka yang ditangkap dari rumah mereka, di pusat pemeriksaan tentera, di bawah tekanan, dan mereka yang diambil sebagai tebusan.’

Ia menyatakan bahawa “kempen penangkapan yang sedang berlangsung dan meningkat berada dalam kerangka pencerobohan menyeluruh terhadap rakyat kami dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlangsung di Gaza setelah 7 Oktober, yang mensasarkan semua kategori termasuk kanak-kanak, wanita, orang tua, dan orang sakit dengan cara yang belum pernah terjadi sebelumnya.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah

Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda Palestin ditembak dan dibunuh selepas serangan menikam di Timur Ashdod

Khamis , 04-04-2024 – Seorang pemuda Palestin telah mati ditembak setelah dikatakan melancarkan serangan di sebuah pusat membeli belah di Gan Tavne di timur Ashdod pada petang Ahad. Sumber media yahudi melaporkan tiga warga Israel cedera dalam serangan tersebut. Segerombolan pihak keselamatan tiba sebagai bantuan di lokasi mencari seorang lagi suspek.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

GMO: Bilangan wartawan yang terbunuh oleh IOF meningkat kepada 137

Khamis , 04-04-2024 – Wartawan Palestin Abdel Wahab Awni terbunuh pada hari Ahad selepas tentera Israel mengebom rumahnya di kem pelarian Maghazi di tengah-tengah Gaza, Pejabat Media Kerajaan (GMO) menyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad.

Selepas pembunuhan jurugambar dalam serangan udara Israel, GMO mengatakan bahawa bilangan wartawan yang terbunuh sejak permulaan perang kini meningkat kepada 137.

Bilangan rekod wartawan telah terbunuh di kawasan yang terkepung sejak 7 Oktober.

Serangan udara terkini yang menargetkan wartawan di Gaza berlaku awal hari ini, apabila khemah wartawan ditargetkan di halaman Hospital Aqsa, menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Jumlah kematian akibat kebuluran di Gaza meningkat kepada 34

Khamis , 04-04-2024 – Jumlah kanak-kanak yang meninggal dunia akibat malnutrisi dan dehidrasi di hospital-hospital di utara Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 34 orang, Kementerian Kesihatan Palestin berkata pada Ahad.

Kematian terbaru melibatkan empat orang termasuk dua kanak-kanak, di Hospital Kamal Adwan, demikian menurut satu kenyataan Kementerian.Kenyataan itu menyebutkan jumlah kematian termasuk 31 orang kanak-kanak.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

Pembunuhan beramai-ramai Israel yang disokong AS di Gaza memasuki hari ke-176

Khamis , 04-04-2024 – Ketika genosid Israel yang disokong AS di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-176 pada hari Sabtu, serangan udara dan artileri besar-besaran terus melanda kawasan kejiranan, rumah, pusat perlindungan dan konvoi bantuan, dan membunuh lebih ramai orang awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata Rejim Zionis terus menyerang pelbagai kawasan di Gaza, membunuh dan mencederakan ramai rakyat, walaupun resolusi PBB diterima pakai baru-baru ini oleh Majlis Keselamatan menyeru gencatan senjata segera dilaksanakan pada bulan suci Ramadan.

Menurut sumber media, tentera Israel menyerang sekumpulan orang awam yang menunggu bantuan kemanusiaan berhampiran Rotary Kuwait di Bandar Gaza, mencederakan sekurang- kurangnya lapan daripada mereka.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

UNRWA: 171 kakitangan kami terbunuh dalam pencerobohan Israel ke atas Gaza

Khamis , 04-04-2024 – Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mengumumkan kesyahidan 171 kakitangannya semasa pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023.

“Jumlah kakitangan UNRWA yang terbunuh sejak permulaan pencerobohan di Gaza sehingga 25 Mac telah mencecah 171,” kata agensi PBB itu dalam satu laporan pada hari Sabtu.

Sepanjang serangannya terhadap Semenanjung Gaza, Israel menyasarkan banyak kemudahan UNRWA di seluruh Semenanjung Gaza, yang terbaru berlaku pada 14 Mac, apabila pusat pengedaran bantuan makanan di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza menjadi sasaran pengeboman Israel, mengakibatkan 8 nyawa terkorban.

Pada hari Khamis, Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengumumkan bahawa Israel menghalang UNRWA daripada memberikan bantuan kepada beribu-ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Melanggar undang-undang dan konvensyen antarabangsa, Israel telah menyekat akses kemanusiaan ke Gaza, terutamanya melalui darat, menyebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan, dan bekalan bahan api serta kebuluran yang meragut nyawa ramai kanak-kanak dan orang tua di Semenanjung Gaza yang telah dikepung selama 17 tahun.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom

Categories
Berita Semasa

Menteri Israel Meletak Jawatan daripada Kerajaan Netanyahu kerana Perang Gaza

Sabtu, 30-03-2024 – Menteri Israel, Gideon Saar berkata bahawa beliau telah meletak jawatan daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

“Saya percaya dan saya masih percaya – bahawa [matlamat kami] dan cita-cita kami adalah tinggi tetapi boleh dicapai,” akan “tetapi di bawah pimpinan Netanyahu, kemajuan ketenteraan bergerak perlahan, dan memanjangkan kempen tersebut,” katanya.

“Tetapi saya tidak boleh memikul tanggungjawab selagi saya tidak mempunyai kebarangkalian yang praktikal untuk mempengaruhi hala tuju dasar itu. Saya tidak nampak apa-apa kegunaan lagi. Kami tidak datang kepada kerajaan untuk memanaskan kerusi. Kami datang kepada kerajaan – yang kami lawan – untuk membantu rakyat Israel dalam masa yang sukar.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Rakyat Pakistan menyeru ‘tindakan berani’ untuk mencapai gencatan senjata Gaza, penghantaran bantuan kemanusiaan

Sabtu, 30-03-2024 – Penunjuk perasaan Pakistan di satu tunjuk perasaan bantahan di Islamabad pada hari Ahad menuntut kerajaan mengambil “tindakan berani” dan langkah-langkah konkrit untuk gencatan senjata di Gaza dan penubuhan lorong bantuan kemanusiaan bagi penduduknya.

Perhimpunan sepanjang hari di D-Chowk Islamabad dianjurkan oleh kempen Selamatkan Gaza dan dihadiri oleh ramai rakyat Pakistan, termasuk ahli politik, anggota masyarakat sivil, wartawan, dan pelajar.Mushtaq Ahmed, seorang bekas senator, berkata beliau datang untuk menunjukkan solidariti dengan penduduk Gaza dan mengutuk “jenayah terhadap kemanusiaan” 

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa manakala polis rejim mengetatkan sekatan sempena Purim

Sabtu, 30-03-2024 – Sejumlah besar pendatang Yahudi menyerbu dataran Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dengan perlindungan polis rejim pada hari pertama cuti “Purim Mishmar”.

Jabatan Waqaf Islam melaporkan puluhan pendatang menyerbu Masjid Al-Aqsa melalui pintu Bab el-Maghariba, dengan kawalan ketat oleh polis rejim zionis. Para pelampau itu menyamar sebagai paderi kuil bagi menunjukkan kewujudan agama Yahudi di Al-Aqsa.Jabatan itu menambah yang para pendatang melakukan lawatan sambil membuat provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud dengan perlindungan polis Rejim.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Norway: Situasi di Gaza adalah bencana buatan manusia

Sabtu, 30-03-2024 – Menteri Luar Norway Espen Barth Eide berkata bahawa keadaan di Jalur Gaza, yang dibawah tekanan Israel, adalah suatu ‘bencana buatan manusia’, menyeru gencatan senjata segera.

Barth menerangkan dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa ‘Israel yang menggunakan kuasa ketenteraannya, memberi impak teruk berlipatganda pada populasi awam dan tidak selari dengan undang-undang hak kemanusiaan antarabangsa.’

Beliau menegaskan bahawa ‘wujudnya keperluan gencatan senjata segera dan penyampaian lebih lagi bantuan kemanusiaan penyelamatan nyawa untuk populasi.’

Sejak 7 Oktober, Israel telah melancarkan peperangan dahsyat di Jalur Gaza, meninggalkan puluhan ribu mangsa awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, suatu malapetaka kemanusiaan, kemusnahan besar infrastruktur, dan kebuluran di beberapa kawasan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul