Tahanan Palestin di Hawara merayu Palang Merah merawat mereka.


Khamis, 23/08/07 – NABLUS, (PIC)– Tahanan-tahanan penduduk Palestin di pusat tahanan tentera Israel Hawara dekat bandar Nablus telah merayu agar Palang Merah dapat melawat mereka dan memeriksa mereka syarat-syarat ketat di penjara.

2 Kanak-kanak Palestin Mati Akibat Serangan Peluru Berpandu Rejim Zionis.


Rabu, 22/08/07 –
Askar-askar rejim Zionis yang ditempatkan di utara Semenanjung Gaza telah melepaskan satu peluru berpandu terhadap sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di bandar Beit Hanun, utara Strip, yang telah membunuh dua orang daripada mereka.

Qadumi: Abbas Sedang Melalui Fasa Hidup Yang Paling Buruk


Rabu, 22/08/07 – Beirut – Faruq Al-Qadumi, ketua urusan politik di PLO menyerang presiden Abbas dengan kenyataannya. Beliau menyatakan Abbas sebagai “diktator” dan sedang berusaha melucut senjata kumpulan pejuang Palestin.

Tentera udara Israel bunuh 6 pejuang pertahanan Palestin di Semenanjung Gaza.


Selasa, 21/08/07 –
Enam pejuang pertahanan Palestinyang bersekongkol dengan Briged Qassan, sayap pertahanan Hamas telah dibunuh Isnin lalu apabila kereta yang dinaiki mereka di rempuh dengan bom serangn udara Israel di timur kem tahanan al Breij, Semenanjung Gaza.

Assad dan Haniya Bincang Tentang Nasib Pelarian.


Selasa, 21/08/07 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin, pada Ahad lalu mengunjungi Presiden Syria, Bashar Al-Assad untuk membantu dalam menyelesaikan masalah pelarian-pelarian Palestin yang melarikan diri dari penindasan di Iraq dan terperangkap di sempadan dengan Syria.

Ahli Parlimen Itali mendesak Abbas untuk dialog secara terbuka dengan Hamas


Isnin, 20/08/07 – RAMALLAH, (PEACH)– Ali Rashid, ahli Parlimen Itali yang berasal dari Palestin telah mengunjungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membuka saluran dialog dengan Hamas bagi kepentingan negara dan menegaskan kesediaannya untuk menemui pemimpin-pemimpin Hamas.

Mufti mengutuk tindakan menutup Masjid Ibrahimi


Isnin, 20/08/07 – Mufti Jurusalem dan Palestin mengutuk penawanan rejim Zionis dan penutupan Masjid Ibrahimi di bandar Khalil dengan alasan untuk membenarkan orang-orang Yahudi meraikan perayaan mereka. Sheikh Mohamad Hussein, pengerusi majlis fatwa tertinggi berkata semua agama samawi melarang sebarang bentuk penghinaan tempat ibadat. Beliau mahu satu tindakan di ambil ke atas perkara tersebut yang melarang umat Islam memasuki tempat suci mereka.

Brody Gesa Adakan Rundingan Dengan Hamas.


Rabu, 15/08/07 – Perdana Menteri Itali, Romano Brody menggesa supaya rundingan dengan Hamas diadakan. Beliau berkata di dalam sidang media bahawa, “Hamas wujud. Ia adalah organisasi yang kompleks yang perlu kita tolong untuk maju. Namun, perkara ini perlu dilakukan dengan telus”.

Hamas Tolak Syarat Abbas.


Rabu, 15/08/07 – Pertubuhan Hamas telah menolak syarat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas supaya meminta maaf daripada rakyat sebelum memulakan sebarang rundingan dengannya, sambil menegaskan pada masa yang sama kesediaannya untuk menghadapi sebarang operasi tentera yang cuba masuk ke Semenanjung Ghaza.

Isu Benteng Diperbincangkan.


Rabu, 15/08/07 – Sumber Palestin berkata, satu mesyuarat telah diadakan Ahad lalu antara pegawai tertinggi Palestin dan Israel di Baitul Maqdis bagi membincangkan mengenai penghapusan beberapa benteng di Tebing Barat serta penyerahan bandar Areha sepenuhnya kepada pihak berkuasa Palestin menjelang akhir bulan ini.

Israel Tuduh Sheikh Solah Penggalak Kegananasan.


Rabu, 15/08/07 – Pihak berkuasa Israel berkata, ia telah menuduh pemimpin gerakan Islam di Israel, Syeikh Raid Solah sebagai “penggalak kepada keganasan dan perkauman”.

Abbas Nafi Adakan Rundingan Dengan Hamas.


Rabu, 15/08/07 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menafikan ada menganjurkan rundingan antara Fatah dan Hamas. Beliau sekali lagi menolak keras dakwaan yang mengatakan beliau melakukan sebarang rundingan dengan Hamas.

20 penyokong Hamas di Tebing Barat Di Culik.


Selasa, 14/08/07 – Rejim Zionis semalam (14/08/07) telah menculik 20 warga Palestin di pelbagai tempat di Tebing Barat
terutama di daerah Jenin di mana lapan di culik termasuk 2 adik beradik disyaki penyokong Hamas.

Tempoh Abbas Akan Tamat Akhir Musim Dingin


Selasa, 14/08/07 – Dr. Shalah Bardawil, wakil parlimen Palestin menegaskan, arahan presiden Mahmod Abbas berkenaan perwakilan parlimen Palestin bertujuan mengalahkan gerakan Hamas dengan cara melanggar undang-undang.

Haniyah Ingatkan Wujudnya Agenda Konspirasi Menghadapi Isu Palestin


Selasa, 14/08/07 – KhanYunis: PM Palestin Ismail Haniyah mengingatkan adanya rancangan konspirasi yang dijadikan acuan sejumlah pihak untuk membakar isu Palestin, menamatkan kuasa pemerintah Palestin dan memadamkan bara api perjuangan Palestin.