Categories
Berita Semasa

Polis Israel Serang & Tahan Belia Palestin di Baitulmaqdis

Selasa, 18-8-2020 –  Polis Israel pada hari Ahad lalu telah menyerang serta menahan secara kejam seorang pemuda Palestin di Kota Baitulmaqdis.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tahanan berkenaan dipukul berulang kali sebelum diseret ke pusat soal siasat Israel di Kota Baitulmaqdis.

Tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai identiti tahanan atau alasan di sebalik penangkapannya.

Pencerobohoan Israel terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, termasuk penangkapan, larangan dari masuk ke kota, perobohan rumah, dan cukai yang tinggi.

Warga Palestin percaya bahawa mereka adalah sebahagian daripada dasar sistematik oleh Israel yang bertujuan memaksa mereka keluar dari Baitulmaqdis untuk mempertingkat usaha untuk mengyahudikan kota suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Puluhan peneroka Yahudi mencemari Masjid al-Aqsa

Selasa , 18-08-2020 –  Puluhan peneroka Yahudi, yang dipimpin oleh ekstremis Yehuda Glick, telah memecah masuk Masjid al-Aqsa di bawah pengawalan polis Israel.

Sumber tempatan mengatakan bahawa Glick memimpin kira-kira 100 peneroka Israel ketika mereka menyerbu masuk Masjid al-Aqsa dan mengotori halamannya pada pagi hari.

Pegawai polis Israel yang bersenjata berat menemani para peneroka semasa lawatan provokatif mereka itu di perkarangan masjid di mana mereka diberikan penerangan menganai “Temple Mount” di situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Serangan udara pada waktu Subuh menyasarkan pebagai kawasan di Gaza

Isnin , 17-08-2020 –  Pesawat perang Israel pada subuh Khamis melancarkan serangan udara terbaru di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kerosakan harta benda di sebuah sekolah dan rumah-rumah.

Menurut sumber tempatan, serangan udara menyasarkan kawasan pejuang di kota Gaza dan tanah yang disediakan untuk pertanian di Beit Hanoun, utara Semenanjung.

Satu pesawat perang turut mengebom tanah di kawasan Sufa, timur laut Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Arah Musnah Rumah di Qalqilya

Isnin , 17-08-2020 –  Pasukan penjajah Zionis (IOF) pada hari Khamis menyerahkan perintah berhenti kerja dan perobohan rumah Palestin yang sedang dibina di kampung Nabi Ilyas, di timur Qalqilya.

Pegawai tempatan Mohamed Abul-Sheikh mengatakan bahawa dua warganegara menerima ultimatum perobohan terhadap kediaman yang sedang dibina milik mereka di kampung itu, tanpa menyatakan jumlah rumah yang belum selesai ini.

Abul-Sheikh menuduh pihak penjajah Israel di Tebing Barat menggunakan segala cara untuk merampas hak Palestin untuk membangun dan tinggal di tanah mereka.

Dalam kejadian berasingan, IOF pada hari yang sama meratakan tanah Palestin di timur Tulkarem untuk membina jalan bagi peneroka Yahudi.

Datuk Bandar Kafr al-Labad, Ihab Ghazalah, mengatakan bahawa IOF meratakan tanah di kawasan Ras al-Maseed berhampiran bandar dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan dan membina jalan sepanjang 10 kilometer yang merangkumi penempatan haram Avnei Hefetz.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pesawat Dan kereta kebal Israel Gempur Beberapa Lokasi Di Gaza

Isnin , 17-08-2020 –  Pesawat dan kereta kebal Israel melancarkan serangan pada Jumaat pagi ke beberapa lokasi berbeza di Semenanjung Gaza.Wartawan Pusat Informasi Palestin menyatakan, pesawat tempur Israel menggempur sebuah lokasi milik pejuang Palestin di kawasan timur Absan, Khanyunis timur dan sebuah lokasi di Gaza timur, menggunakan beberapa roket.

Serangan dilancarkan pesawat tempur Israel ke sebuah lokasi para pejuang menjaga perbatasan di Rafah timur, Gaza selatan.

Sementara itu kereta kebal tempur Israel menyerang kawasan latihan milik pejuang Palestin di kota Fakhori timur, daerah Khanyunis.

Sejak tahun 2006 penjajah Israel terus menyekat Gaza sama ada di darat, laut dan udara dan hanya membuka sebahagian pintu masuk untuk urusan keluar masuk barang.

Sejak itu penjajah Israel berulangkali melancarkan serangan ketenteraan ke Gaza, yang menyebabkan kematian ribuan orang dan puluhan ribu cedera serta hancurnya ribuan rumah dan infrastruktur lainnya.

 Serangan Israel mendapat respon sengit dari para pejuang perlawanan Palestin di Gaza, Brigade Al-Qassam bersama kekuatan militan faksi-faksi Palestin lainnya bahu-membahu melawan serangan Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Kelar Tayar Kereta di Perkampungan di Tebing Barat

Isnin , 17-08-2020 –  Sekumpulan peneroka haram Yahudi pelampau pada subuh hari Khamis telah menoreh tayar tiga kereta milik warga Palestin di perkampungan Yasuf, timur Salfit di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, para peneroka haram telah menyusup masuk ke Yasuf pada waktu subuh dan mengelar tayar kereta milik tiga penduduk tempatan.

Seperti kawasan Tebing Barat yang lain, kampung-kampung Palestin di Salfit terdedah kepada serangan berulang oleh peneroka haram Yahudi dan tentera Israel, terutama pada musim penuaian zaitun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Satu kematian baru akibat corona, 432 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam

Isnin , 17-08-2020 –  Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan satu kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 432 ujian positif baru, dan 1022 dalam proses pemulihan di kawasan Palestin dalam tempoh 24 jam.

Dalam satu siaran akhbar, menteri kesihatan, Mai Al-Kaila mengatakan mangsa baru, yang meninggal dunia akibat coronavirus pada hari Rabu malam, adalah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari bandar Idhna di wilayah al-Khalil.

22 pesakit yang sedang kritikal juga telah dimasukkan ke unit rawatan intensif, dan empat daripadanya telah ditempatkan di ventilator, menurut menteri itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas gesa penduduk Baitulmaqdis dan Tebing Barat bangkit lawan penjajahan rejim Israel.

Jumaat , 14-08-2020 –  Pertubuhan Pergerakan Islam Hamas meminta penduduk Baitulmaqdis dan Tebing Barat bangkit mempertahankan Masjidil Aqsa dan meningkatkan lagi perjuangan menentang rancangan rejim penjajah Israel yang mahu menguasai tanah air mereka.

Melalui satu kenyataan medianya, jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanu menyebut bahawa rejim Israel sedang menceroboh Baitulmaqdis dengan ganas di mana pendatang haram Yahudi setiap hari memasuki masjid Aqsa dan baru-baru ini mereka merancang membina 1,000 unit rumah di kota itu “yang sebenarnya  menjadi satu bentuk ancaman kepada masjid Aqsa dan penduduk Baitulmaqdis.”

Jurucakap itu lagi memberi amaran wujudnya kempen terancang pihak rejim bertujuan untuk menghapuskan kedudukan warga Baitulmaqdis dan menafikan hak ke atas tanah serta tempat tinggal dengan menjadikan kota itu sebagai kota suci orang Yahudi dan secara paksa mahu menguasai sepenuhnya Masjidil Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Zionis musnahkan dan merampas khemah di al-Khalil

Jumaat , 14-08-2020 –  Tentera rejim Israel (IOF) pada Selasa merampas khemah dan peralatan pembinaan, serta mengeluarkan arahan memberhentikan pembinaan sebuah rumah di Susya, selatan bandar Yatta di wilayah al-Khalil.

Pegawai tempatan, Rateb al-Jabour berkata yang IOF menyerbu Susya dan menimbulkan kekecohan di khemah milik Ahmed al-Nawa’ja sebelum merampasnya.

IOF turut merampas dua khemah dan peralatan pembinaan milik seorang warga lain dan mengarahkan beliau memberhentikan pembinaan sebuah rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Culik 10 Penduduk Palestin di Tebing Barat

Jumaat , 14-08-2020 –  Tentera Zionis (IOF) pada waktu subuh hari Selasa melancarkan serbuan besar-besaran di rumah dan menangkap sejumlah warga Palestin di kawasan Tebing Barat yang berlainan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menculik sekurang-kurangnya 10 warga Palestin, termasuk seorang lelaki, isterinya, serta dua anaknya dari kediaman mereka di daerah Tebing Barat Ramallah, Bethlehem, Qalqilya, dan al-Khalil.

Di Ramallah, IOF menyerbu kota Beitunia, memecah masuk rumah pemimpin Hamas, Hasan Yousef, dan menyerahkan kepadanya perintah untuk hadir di hadapan Badan Perisikan Israel untuk disoal siasat.

Yousef dibebaskan dari penjara Israel pada 23 Julai setelah 15 bulan penahanan pentadbiran (tanpa tuduhan atau perbicaraan).

Terdapat kira-kira 4,700 orang Palestin yang dipenjarakan di Israel, termasuk 41 tahanan wanita, 160 kanak-kanak, dan 365 tahanan yang ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Haram Yahudi Ceroboh Masjid al-Aqsa

Jumaat , 14-08-2020 –  Sekumpulan peneroka haram Yahudi, dengan dikawal oleh pasukan polis yang besar, telah mencemari Masjid al-Aqsa pada pagi Selasa lalu.

Sumber tempatan mengatakan bahawa kira-kira 90 peneroka haram Israel mencemarkan Masjid al-Aqsa pada awal pagi dan merayau-rayau di halamannya.

Pegawai polis bersenjata berat telah mengiringi para peneroka berkenaan ketika mereka melakukan lawatan ke lokasi dan melakukan upacara Talmud.

Peneroka haram Yahudi memasuki Masjid al-Aqsa hampir setiap hari, dan biasanya akan diikuti dengan larangan masuk yang ketat ke atas jemaah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Khuwais beri amaran aktiviti keagamaan Yahudi di kawasan Timur Aqsa.

Rabu , 12-08-2020 –  Khadija Khuwais yang merupaka seorang guru dan aktivis berasal dari Baitulmaqdis telah memberi amaran berkenaan pelampau Yahudi yang mula menjadikan kawasan timur al-Aqsa sebagai tempat sembahyang yahudi yang hampir serupa dengan sembahyang yang mereka lakukan di tembok meratap sedekad yang lalu.

“Apa yang berlaku di kawasan timur (masjid al-Aqsa) adalah sama dengan apa yang mereka lakukan di tembok meratap (tembok Buraq) 100 tahun yang lalu ketika mereka duduk dan menangis sambil membawa buku dan tisu tandar berdekatan dengan tembok tersebut,” ulas Khuwais kepada media.

Beliau juga berkata, tindakan pelampau Yahudi ini selari dengan tujuan Israel untuk mengawal kawasan masjid di bahagian timur dan mereka akan menuntut tempat tersebut sebagai kepunyaan Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Serangan udara pada waktu malam menyasarkan pos pejuang di utara Gaza

Rabu , 12-08-2020 –  Satu kapal terbang perang Israel pada Ahad malam mengebom satu kawasan pejuang di utara Semenanjung Gaza, tiada kematian dilaporkan.

Seorang wartawan dari Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, serangan udara itu menyasarkan kawasan di Beit Hanoun, utara Gaza.

Seorang jurucakap tentera rejim Israel berkata serangan udara itu menyasarkan pusat pemerhatian yang dimiliki Hamas di utara Gaza sebagai tindak balas ke atas kononnya serangan api menggunakan belon di kawasan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Berpuluh Yahudi diiringi polis ceroboh masuk Masjidil Aqsa.

Rabu , 12-08-2020 –  Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi dengan diiringi anggota polis rejim Israel dilihat memasuki Masjidil al-Aqsa  dan berkeliaran di sekitar perkarangannya.

Rabi pelampau, Yehuda Glick didapati turut serta bersama kumpulan pendatang mencemar kesucian masjid dengan mengadakan upacara sembahyang mengikut ajaran Yahudi di halaman sebelah timur.

Sejak akhir-akhir ini, Rabi Glick semakin kerap menceroboh masuk masjid tersebut dan giat memberi syarahan mendakwa di situlah tapak kuil Yahudi berada.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik beberapa orang Palestin dalam kempen Tebing Barat semalam

Rabu , 12-08-2020 –  Regim Zionis Israel (IOF) malam tadi dan pada waktu subuh Isnin menculik beberapa warga Palestin, termasuk seorang lelaki tua, kebanyakannya semasa serbuan di kediaman di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu selepas tengah malam di kampung Badui Umm al-Khair dekat bandar Yatta di selatan al-Khalil dan menculik seorang warganegara berusia 70-an yang bernama Suleiman al-Haddaleen dari rumahnya.

Tentera Israel juga menyerang Haddaleen semasa penahanannya di penempatan haram Carmel sebelum membebaskannya pada waktu subuh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada