Categories
Berita Semasa

Demo Damai Tolak Penahanan Politik di Ramallah dan Hebron Bertukar Agresif.

Khamis, 09-07-2015 – Pusat Informasi Palestin: Jabatan keamanan Penguasa Palestin bersungguh menggunakan kekerasan pada ahli demo yang menolak penahanan politik di Kota Ramallah dan Hebron pada malam Ahad lalu(5/7). Tindakan ini mengakibatkan sejumlah wanita pengsan dan tiga pemuda ditangkap.

Di lapangan Manarah di Ramallah, beberapa wanita yang ikut dalam demo damai tersebut cedera ringan selepas bergasak dan dirempuh oleh wakil keamanan Penguasa Palestin. Menurut jurucakap Pusat Informasi Palestin di Ramallah, para wanita dan ibu-ibu dari tahanan politik yang ditangkap, telah berkumpul dalam aksi damai dan berteriak keras mengecam. Mereka mengusung gambar anak-anak mereka dan meminta agar segera dibebaskan.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Israel Sita 600 Ekar Tanah Palestin di Baitulmuqaddis

Khamis, 09-07-2015 – Datuk Bandar Israel di Yerusalem, Nir Barkat, memerintahkan 600 dunum (ekar) tanah Palestin di dalam al-Issawiya, di utara Jerusalem yang dijajah, dirampas sementara kononnya untuk tujuan berkebun, Peace Now melaporkan petang Sabtu.

Perintah kejam tersebut telah dikeluarkan menggunakan undang-undang khas perbandaran yang membolehkan perbandaran untuk mengeksploitasi satu lot kosong untuk kegunaan awam selama lima tahun dalam kes-kes di mana pemilik tidak memajukannya. Penduduk tempatan Al-Issawiya mendapati arahan dikenakan di bidang tanah masing-masing.

Tanah-tanah yang berkenaan telah disasarkan oleh pihak berkuasa penjajah Israel pada tahun-tahun kebelakangan ini, apabila rancangan untuk mengisytiharkan mereka Taman Negara telah dinaikkan taraf untuk mewujudkan kesinambungan penguasaan Israel antara Diduduki Baitulmuqaddis dan kawasan E1. Taman ini juga bertujuan untuk menyekat pembangunan berpotensi kawasan-kawasan perumahan bersebelahan al-Issawiya dan al-Tur.

Dalam kes al-Issawiya, pemilik ingin menggunakan tanah-tanah mereka. Sebulan yang lalu, perbandaran mencabut pokok yang telah ditanam oleh rakyat Palestin atas alasan untuk penanaman tidak berlesen. Oleh itu, ia seolah-olah kini amat sukar untuk menjelaskan mengapa Perintah Penggunaan Perkebunan diperlukan dalam kes itu apabila pemilik ingin melakukan pertanian di tanah mereka sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Hamas bertegas mengenai prasyarat perjanjian pertukarannya

Khamis, 09-07-2015 – Ahli biro politik Hamas Dr. Mousa Abu Marzouk menegaskan bahawa Hamas tidak akan berkompromi mengenai syarat yang diberikan sebelum memulakan sebarang perjanjian pertukaran tahanan Palestin dengan tentera Israel yang hilang di Gaza.

Beliau menerangkan prasyarat gerakannya ialah pembebasan 54 tahanan Palestin yang ditahan semula setelah dibebaskan dalam perjanjian pertukaran Wafa al-Ahrar. Mengulas mengenai gencatan dengan Israel, Abu Marzouq berkata pegawai-pegawai Hamas tidak bertemu dengan pegawai-pegawai Israel sama sekali dan sebarang perbincangan tidak langsung berakhir di Mesir apabila peperangan ke atas Gaza tamat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Israel rangka resolusi usir terus warga Palestin.

Khamis, 09-07-2015 – Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Eli Ben Dahan telah mengemukakan satu draf resolusi untuk mengusir terus seluruh ahli keluarga pejuang warga Palestin yang disyaki terlibat menjadikan Israel sebagai sasaran serangan.

Laporan media Israel, pada Jumaat memetik kenyatan Ben Dahan bahawa tindakan mengusir terus para pejuang warga Palestin dan ahli keluarganya boleh mencegah mereka dari menjadikan pihak Israel sasaran serangan.

Ben Dahan juga telah meminta Menteri Perundangan Israel, Elite Shaked supaya mengkaji dan seterusnya menerima pakai secara rasmi cadangannya itu, tambah sumber itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Shannar: PA mengumumkan perpisahan sebelah pihak daripada kerajaan perpaduan

Khamis, 09-07-2015 – Penganalisa politik Mustafa Shannar berkata, pihak berkuasa Palestin (PA) mengumumkan ia menarik diri daripada perjanjian rundingan dengan pihak saingan Palestin yang lain apabila ia mengambil keputusan untuk melancarkan kempen penahanan politik di Tebing Barat.

Shannar yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti an-Najah menyatakan kepercayaannya yang keputusan PA untuk merombak kabinet tanpa meminta nasihat rakan-rakannya serta kempen penahanan politik terhadap para kader Hamas di Tebing Barat merupakan satu kenyataan dan pendirian jelas PA kepada semua phak di luar dan dalam Palestin tentang pengundurannya dari kerajaan perpaduan.

Beliau menambah dalam kenyataan akhbarnya semalam bahawa penahanan politik oleh PA bertujuan untuk menaikkan nama kerajaan baru yang didalangi Abbas serta tidak berkaitan dengan Hamas dan kumpulan-kumpulan lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Al Qassam Nyata Bertanggungjawab Tentang Kejadian di Selatan Nablus

Isnin, 06-07-2015 – Briged Izzudin al Qassam, Sayap Kanan Gerakan Perlawanan Islam Hamas, menyatakan bertanggungjawab atas serangan mula ke jentera tentera Zionis pada Isnin (29/6) malam lalu berdekatan penempatan “Shvut Rachel”, jalan antara Kota Nablus dan Ramallah, yang mengakibatkan tumpasnya seorang Zionis dan tiga yang lain terluka.

Briged Al Qassam dalam kenyataan rasminya mengatakan, “Para Mujahid kami berhasil memulakan serangan, dengan sasaran kepada jentera Zionis pada Isnin malam berdekatan simpang Shvut Rachel antara kota Nablus dan Ramallah. Para mujahid kami melepaskan tembakan ke arah perampas tanah Palestin dari jarak dekat setelah jentera kami berhenti dekat mereka.”

Briged al Qassam menegaskan, “Aksi ini menewaskan satu orang Zionis dan melukai tiga yang lain, berdasarkan cerita wakil Zionis. Para Mujahid dapat pulang ke kem pangkalan dengan selamat.”

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tembak rakyat Palestin di sempadan Qalandiya

Isnin, 06-07-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menembak dan mencederakan seorang pemuda Palestin di sempadan Qalandiya dekat Baitulmuqaddis pada Selasa.

Stesen radio tentera Israel mendedahkan bahawa seorang tentera Israel menembak seorang pemuda Palestin kerana beliau berlari ke arah kereta seorang pendatang Yahudi. Stesen itu menambah bahawa pemuda itu cedera dan dipindahkan ke hospital di Baitulmuqaddis. Tentera rejim Israel telah memulakan siasatan, maklum radio itu.

Terdahulu pada Selasa, sumber Israel mendakwa seorang warga Palestin bersenjata melepaskan tembakan di sempadan itu dan tentera membalas tembakan yang mengakibatkan kecederaannya. Pihak tentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyiasat, sumber tersebut menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

4 Penjajah Ditembak, Cedera di Tebing Barat

Isnin, 06-07-2015 – Empat Penjajah Israel tercedera pada hari Isnin setelah kereta mereka ditembak berhampiran penempatan haram Israel di Selatan Nablus.

Seorang daripadanya dilaporkan parah dan tiga lagi mengalami kecederaan tidak serius pada malam Isnin apabila mereka diserang di persimpangan Shvut Rachel di Tebing Barat, sumber media Israel berkata. Jurucakap untuk Polis Israel Luba Simari berkata empat penjajah itu cedera setelah diserang sewaktu dalam perjalanan kereta mereka dari arah yang bertentangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Resheq alu kejayaan mogok lapar Adnan.

Isnin, 06-07-2015 – Anggota Biro Politik Hamas, Ezzat al-Resheq mengalu-alukan kejayaan Khader Adnan, ahli Jihad Islam yang telah mengadakan mogok lapar kerana membantah penahanannya di penjara Israel dan telah menggelarnya sebagai “wira”.

Dalam satu sidang akhbar pada Isnin, Resheq berkata bahawa kejayaan Adnan dalam usaha menuntut pembebasan dirinya itu merupakan satu kejayaan kepada masyarakat dan juga tahanan warga Palestin yang lain.

Beliau menyatakan harapannya untuk melihat agar kesemua tahanan warga Palestin, berjaya memperoleh kemenangan dalam perjuangaan menentang pihak Israel yang telah memenjarakan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Polis Menahan Wanita Jordan, Penjajah Serbu Al Aqsa

Isnin, 06-07-2015 – Polis Israel menahan seorang wanita Jordan pada hari Ahad di dalam kawasan masjid Al Aqsa. Ia terjadi di waktu yang sama serangan oleh pihak Yahudi ke dalam plaza kawasan suci itu.

Saksi-saksi berkata polis Israel telah menahan seorang wanita Jordan yang sedang melawat Masjid Aqsa. Dia telah dibawa ke pusat siasatan Qashale di kawasan Jerusalem yang dijajah tanpa sebab yang diketahui.

Dalam pada itu, Beberapa kumpulan penjajah Yahudi menyerbu dataran Masjid Aqsa pada Ahad pagi dari pintu Maghareba walaupun kawalan sekuriti yang ketat sudah diambil oleh Polis Israel. Seorang penjajah melakukan upacara Talmodic di hadapan Kubah Batu yang membangkitkan kemarahan orang Islam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Hildri: Pemula Kekerasan Ancaman Israel atas Freedom Flotilla 3

Rabu, 01-07-2015 – Ketua Gabungan Rakyat Anti Pengepungan yang juga anggota Parlimen Palestin Jamal Hildri menegaskan, ancaman-ancaman Israel menghadang Freedom Flotilla 3 adalah permulaan tindakan kekerasan. Sebelum ini juga Kapal Laut Israel pernah menyerang Freedom Flotilla 1 walaupun tidak memulakan serangan. Ternyata 10 sukarela Turki telah terbunuh dan yang lain-lain tercedera.

Dalam kenyataan bertulis pada hari Ahad(28/6) lalu Hildri meminta masyarakat sedunia mengambil langkah darurat segera untuk melindungi FF3 dan sukarela yang ikut serta.

“Kami menghadapi rintangan menghadapi pihak penguasa. Israel adalah satu bentuk kekuatan penjajah yang tidak berjejak yang melakukan pengepungan terhadap Daerah Gaza dan mengancam sukarela yang melakukan protes damai, rasmi dan sah yang disaksikan oleh serata dunia yang turut bersimpati dengan daerah Gaza yang terkepung.” Tegas Hidlri

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Israel Minta Penuntut Umum di Mahkamah Den Haag Dipecat

Rabu, 01-07-2015 – Sebuah pertubuhan berhaluan kanan Israel menyampaikan tuntutan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Den Haag agar memecat penuntut umum di mahkamah tersebut kerana beliau mengeluarkan keputusan membuka file penyelidikan sementara berkait militan Israel yang melakukan jenayah perang terhadap warga Palestin di Semenanjung Gaza.

Akhbar Israel HaYom edisi hari Ahad (28/6) menyatakan bahawa pertubuhan Shorat Haden berhaluan kanan Israel mengajukan kepada pihak Pengadilan Den Haag (ICC) meminta agar memecat penuntut umum di mahkamah tersebut kerana menyampaikan pendapatnya berkait tuntutan Palestin yang diajukan atas Israel.

Ketua pertubuhan Sharot Haden, Dersan Lanter menyatakan, “Negara Israel merasa ditekan. Tuntutan Palestin bertujuan mendapat sokongan pandangan umum dan menekan Israel. tuntutan itu dinilai lemah dan tiada asas yang kuat. Tel Aviv memiliki keyakinan dan prinsip membatalkan tuntutan Palestin tersebut. Namun di sisi lain, tangan-tangan Israel terikat dan tidak boleh menyampaikan tuntutannya kepada pengadilan ICC. Ini kerana Israel tidak mengakui ICC memiliki kuasa dan dilihat bias. Jika pihak Israel membuat tuntutan kembali ke ICC, ini bererti Israel mengakui wewenang Mahkamah Antarabangsa dan terikat dengan keputusan-keputusannya.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pelabuhan Greek menghalang bot Freedom Flotilla ke 5

Rabu, 01-07-2015 – Jawatankuasa Antarabangsa bagi Memecah Kepungan Gaza berkata, Pihak Lembaga Pelabuhan Greek pada Ahad telah menghalang pergerakkan bot Freedom Flotilla ke 5 dengan melakukan semakkan dan pemeriksaan yang terlalu ketat ke atas dokumen bot dan bertindak menangguhkan jadual pelayarannya.

Jawatankuasa Antarabangsa itu juga berkata, ia melihat tindakan itu sengaja dilakukan bagi tujuan untuk menghalang bot tersebut dari menyertai 4 buah lagi bot (kapal kecil) yang sedang menunggu di perairan antarabangsa untuk menuju ke Gaza.

Ketua Jawatankuasa Antarabangsa, Zaher Birawi di satu sidang akhbar berkata, tindakan itu tidak akan memberi kesan negatif kepada Freedom Flotilla kerana setakat ini, kesemua objektif telah berjaya dicapai dan beliau mengesahkan bahawa bot ke 5 akan sampai di Gaza dalam masa terdekat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Serbu Penjara Raymond Seksyen 4

Rabu, 01-07-2015 – Tentera Israel menyerbu lokap pada pagi Ahad Seksyen Empat di Raymond dan menggeledah sel tahanan Palestin ‘. Menurut Persatuan Banduan Palestin tentera Israel khas memecah masuk ke Seksyen Empat dan memeriksa sepenuhnya tahanan Palestin.

Tahanan Palestin sering tertakluk kepada layanan buruk dan berterusan seksaan psiko-fizikal di penjara pendudukan Israel. Kurungan sendiri, larangan lawatan, penahanan pentadbiran, dan pemeriksaan yang mendadak adalah contoh dasar pihak berkuasa penjara Israel untuk memusnahkan harapan banduan Palestin. Menurut tahanan dan bekas tahanan jawatankuasa PLO sekurang-kurangnya 6,500 tahanan Palestin sedang dipenjarakan di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kecederaan serius dilaporkan dialami warga Palestin akibat serangan pendatang

Rabu, 01-07-2015 – 2 warga Palestin cedera semalaman pada hari Sabtu setelah mereka diserang sekumpulan pelampau pendatang Israel di al-Khalil dan Baitulmuqaddis. Mohamed Younes Mukhamra, 57 tahun setelah beliau diserangan oleh pendatang Israel di Bandar al-Khalil, Yatta.

Penyelaras Jawatankuasa Anti Pendatang di al-Khalil, Rateb al-Jabour, berkata sekumpulan pendatang yang tinggal di penempatan Mitzpe Yair menyerang Mukhamra untuk membunuhnya, dan menyebabkan kecederaan serius pada kepala serta seluruh badan.

Satu lagi kumpulan Israel menyerang seorang remaja Ibrahim al-Alami di Baitulmuqaddis. Remaja itu dipindahkan ke hospital untuk dirawat segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati