Categories
Berita Semasa

Demonstrasi untuk membantah pengabaian BBC terhadap mogok banduan

Isnin, 21-05-2012 – Puluhan aktivis mengambil bahagian dalam duduk beramai-ramai di luar ibu pejabat BBC untuk memprotes pengabaian sengaja organisasi itu terhadap isu tahanan Palestin, dan berat sebelah tetap memihak kepada entiti Zionis.

Beberapa organisasi perpaduan menyerahkan surat bantahan kepada pentadbiran berita BBC, untuk membantah liputan isu Palestin, terhadap sikap berat sebelah BBC apabila ia mengenai liputan berita tentang rakyat Palestin.
Zaher Al-Berawi, Jurucakap untuk forum Palestin, memberitahu PIC bahawa sikap berdiam diri yang berterusan oleh BBC terhadap mogok tahanan Palestin ini tidak mengejutkan malahan mereka menghalang menyebut perkataan Palestin dalam laporan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Masjis Aqsa dicerobohi lagi.

Isnin, 21-05-2012 – Sekumpulan 25 orang penduduk Yahudi berserta seorang menteri Israel telah menyerbu masjid suci al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis pada pagi Khamis baru-baru ini.

Mahmoud Abu Ata, seorang jurucakap dari Yayasan Wakaf Al-Aqsa memberitahu PIC bahawa 25 penduduk Yahudi, seorang menteri dan sekumpulan kakitangan media diiringi oleh tentera Israel dalam lawatan ‘provokasi’ mereka ke Masjid al-Aqsa. Beliau mengutuk tindakan mereka menyerbu al-Aqsa dan menyifatkan tindakan tersebut selari dengan agenda Yahudisasi terhadap Baitulmaqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Pemimpin mogok: Sama ada permintaan kami dipenuhi atau kami syahid

Jumaat , 18/05/2012 – Jawatankuasa Pusat bagi Pemimpin Mogok di penjara-penjara milik rejim Zionis mengesahkan bahawa mereka hanya mempunyai 2 pilihan iaitu permintaan dipenuhi ataupun mati syahid.

Menurut jawatankuasa terbabit dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, bahawa keadaan mereka kini sangat kritikal di mana pihak pentadbiran penjara memaksa mereka menerima sebahagian rundingan bagi mengakhiri perjuangan kemanusiaan demi sebuah keadilan.

Mereka juga mengesahkan bahawa para tahanan penjara bertekad untuk meneruskan mogok lapar sehingga permintaan mereka dipenuhi. “Kami menunggu syahid demi maruah kami, dan kami telah mempersiapkan diri menghadapi 2 pilihan iaitu kemenangan hak asasi dan maruah kami ataupun syahid.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Aktivis duduk protes di hadapan Palang Merah

Jumaat , 18/05/2012 – Aktivis Palestin duduk beramai-ramai di hadapan pejabat Palang Merah di Nablus bekerjasama dengan banduan mogok lapar pada hari Isnin. Aktivis berkata bahawa duduk beramai-ramai itu sebagai tanda protes atas pandangan negative Palang Merah terhadap isu tahanan, yang telah melancarkan mogok lapar selama 28 hari. Mereka menuntut peranan yang lebih aktif untuk Palang Merah terhadap permintaan banduan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Benar Bilal Diab Bertemu Keluarga

Jumaat , 18/05/2012 – Bilal Diab yang kini masuk hari yang 77 melangsungkan mogok lapar telah bertemu keluarganya pada pertama kali, Ahad petang kelmarin yang disifatkan sebagai respond IOF kepada tuntutannya, ” Kebenaran akan datang, dengan izin Allah,” Katanya.

Bassam Diab memberitahu PIC, abangnya telah bercakap dengan mereka dengan suara yang tegas, bagi mengesahkan dia akan meneruskan mogok lapar “hingga kebebasan dicapai ataupun mati syahid,” Kata Bassan Diab.

Beliau menambah, Bilal tidak bertolak ansur dengan pasukan keselamatan Shin Bet mahupun perkhidmatan penjara selain enggan berbincang dengan pihak Zionis tanpa kehadiran peguamnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Kejayaan Besar……Kebebasan Banduan Dimenangi Melalui Pertempuran Zionis Dan Tuntutan Dari Mereka.

Jumaat , 18/05/2012 – Jawatankuasa Tinggi telah dibentuk untuk mengetuai mogok banduan di penjara Zionis melalui perjanjian di mana berhenti yang mogok lapar adalah terbuka, yang akan berlangsung selama 28 hari, berbanding untuk memenuhi semua permintaan banduan terutama banduan dengan pengasingan.

Seorang anggota Biro Politik Pergerakan Penentangan itu Islam “Hamas”, dan 1 fail rasmi banduan dalam pergerakan itu, Sheikh Saleh Aruri, yang Agung Jawatankuasa bagi kepimpinan mogok dan menandatangani satu perjanjian dengan Jabatan di penjara Zionis untuk menamatkan mogok selepas tindak balas kepada permintaan banduan. ”

Dalam satu kenyataan kepada “Pusat Maklumat Palestin” bahawa mengikut perjanjian itu; akan menjadi lebih daripada 72 jam semua tahanan terpencil akan keluar daripada kurungan seorang diri, “merujuk kepada kenyataan yang telah dipersetujui pada tahanan pentadbiran sama ada untuk mengemukakan dakwaan terhadap mereka atau bahawa mereka telah dibebaskan dengan berakhirnya peraturan pentadbiran.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Dua Penyokong Hamas Ditangkap PA

Jumaat , 18/05/2012 – Pihak Berkuasa Keselamatan Palestin (PA) menahan dua penyokong Hamas di Nablus dan Jenin pada hari Isnin, kata sumber tempatan.

Keselamatan PA menahan Sheikh Hassan Al-Zaghal, bekas tahanan penjajah Israel, dari kampung Zabuba di Jenin kononnya atas langkah pencegahan, kata penduduk tempatan. Pihak yang sama di Nablus menangkap pelajar Anas Raddad, yang berasal dari kampung Saida di Tulkarem, di pintu luar Universiti Najah . Beliau telah ditangkap beberapa kali sebelum ini oleh unit PA yang berlainan.

Pihak PA di Ramallah masih menahan Sheikh Fadel Al-Mubaid dari Baitulmuqaddis yang diduduki selama hampir sebulan. Mubaid telah ditangkap pada 19/4/2012 selepas sahaja dibebaskan daripada Israel yang menahan beliau selama 15 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ratusan Ribu Pemilik Akaun Facebook Sokong Tahanan Palestin

Jumaat , 18/05/2012 – Ratusan ribu pemilik akaun facebook, Isnin (14/5) mulai mengganti profil gambar mereka dengan simbol tawanan Palestin yang disiar secara luas di laman sosial ini.

Setelah disiarkan pagi tadi dan permintaan supaya mengganti foto dengan simbol ini, ratusan ribu pemilik akaun facebook segera memenuhi permintaan ini.

Dalam keterangan kepada wartawan Pusat Informasi Palestin, penggerak “Pemuda Peduli Tawanan Palestin” menyatakan, idea satu profil di facebook sebagai ungkapan tentang simbolik menunjukkan kesepakatan media untuk tawanan Palestin dan menegaskan pentingnya peranan laman sosial dalam menyokong realiti.

Beliau menambah bahawa tindakan ini sebagai usaha sokongan bagi isu tawanan dan ternyata ramai yang prihatin. Jutaan pemuda dan ribuan pemilik akaun facebook telah merespon dan mengubah profil mereka. Dijelaskan bahawa tindakan ini akan terus berlangsung sehingga berakhirnya aksi mogok lapar, kerana para tawanan sangat memerlukan sokongan padu pemuda Palestin dan Arab, tidak hanya ketika mereka melakukan mogok lapar sahaja.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas beri amaran tentang usaha menjadikan pelarian Lubnan sebagai imigran

Jumaat , 18/05/2012 – Gerakan Hamas memberi amaran bahawa terdapat projek-projek terbaru Eropah dan AS yang betrujuan untuk memperbaiki keadaan hidup pelarian Palestin di Lubnan, sedangkan mereka sebenarnya cuba menafikan hak mereka untuk kembali.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin dari bironya di Lubnan, Hamas menambah bahawa projek mereka itu bertujuan untuk menafikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke Palestin serta menukar status pelarian mereka kepada imigran. Pihak Eropah dan AS bertanggungjawab menyebarkan idea tersebut, demikian amaran dari Hamas.

Hamas merayu kepada kerajaan Lubnan dan Parlimen untuk mengusahakan kehidupan yang lebih baik bagi pelarian Palestin di Lubnan dengan memberikan mereka hak kemanusiaan, asasi dan sosial dan membentuk strategi untuk skim penempatan semula.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan tanaman rakyat Palestin di selatan Al-Khalil

Selasa, 15-05-2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah memusnahkan satu kawasan pertanian yang sangat luas di selatan Al-Khalil pada Khamis lalu.

Othman Jabarin, Koordinator bagi Jawatankuasa Popular di Janda yang terletak di bahagian tenggara bandar Yatta, telah memaklumkan Media Quds bahawa IOF telah menceroboh satu kawasan tanah yang luas serta memasang khemah-khemah bagi
melakukan operasi ketenteraan.

Katanya, IOF telah memusnahkan sebanyak 1,000 dunum persegi (1 dunum=0.247 ekar) kawasan pertanian rakyat Palestin yang dipenuhi dengan tanaman gandum dan barli.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

UNRWA Seru Israel Cari Solusi Isu Tawanan

Selasa, 15-05-2012 – Jururunding Umum PBB Bahagian Pelarian Palestin, UNRWA, Philipo Grandi, Khamis (9/5) menyeru Israel untuk mencari peenyelesaian yang dapat diterima tawanan Palestin yang sedang mogok lapar kerana mereka adalah tawanan politik.

Dalam keterangannya dari UNRWA, Grandi menyatakan kekhawatirannya yang mendalam terhadap keadaan kesihatan ratusan tawanan politik Palestin yang sedang melakukan mogok lapar.

Beliau meminta agar pemerintah Israel dapat mengemukakan solusi yang dapat diterima semua pihak. Ini kerana apa yang dituntut para tawanan adal berkait dengan hak-hak asasi yang terdapat dalam piagam Genewa.

Grandi menegaskan PBB telah menyeru Israel agar segera mengadili tahanan politik atau dibebaskan. Sementara ini sepertiga tawanan dari 4700 tawanan Palestin yang ada, 309 orang adalah tahanan politik tanpa sebarang dakwaan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Ahrar : Pembebasan Tawanan Sebuah Firma Selepas Sepuluh Tahun Ditahan.

Selasa, 15-05-2012 – Menurut satu kenyataan  Pusat Kajian Ahrar pada Khamis lalu, banduan dan hak asasi manusia sebuah  firma yang ditawan (30 tahun lalu) dari bandar bukit berhampiran bandar Nablus, telah menghabiskan masa sepuluh tahun dalam penjara Zionis.

Pusat bahagian hak asasi manausia berkata bahawa tawanan  firma itu telah dibebaskan dari penjara di Megido,dan  protes mogok lapar mereka telah menurun berat badannya kepada sebahagian besar tetapi masih mempunyai  semangat yang tinggi, “Saya telah dibebaskan daripada  sel-sel penjara itu, pantang bersendirian malah menjadi  banduan dalam semangat dan memerlukan sokongan yang signifikan.”

Firma, “Perkhidmatan Penjara sedang cuba untuk memecahkan mogok   yang diadakan bahawa dia akan akan dibebaskan oleh AFC semasa permogokan, tetapi saya enggan berbuat demikian, dan saya berkata” Anda mesti ada jaminan dengan tahanan dan pergerakan dari  bersandarkan kepada ini akan tidak hanya membiarkan mereka menyerang. ”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik 18 Warga Palestin Dalam Serbuan di Kediaman Dekat Tebing Barat

Selasa, 15-05-2012 – Laporan berita yang berbeza menyatakan bahawa Israeli Occupation Forces (IOF) telah menculik kira-kira 18 orang rakyat Palestin di kawasan berbeza dekat Tebing Barat, subuh hari khamis yang lepas.

Syarikat akhbar Israel, Yedioth Ahronoth mendakwa, 17 warga Palestin ditahan dan dibawa ke Pusat tahanan untuk di soal siasat. Jurucakap PIC berkata, penculikan empat rakyat Palestin oleh IOF dari Pergerakan Hamas berlaku sebelum tengah malam di bandar Al-Khalil.

Tahanan-tahan tersebut juga telah dihantar ke penjara Israel dan penjara di Tebing Barat. Diantara tahanan tersebut adalah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Bara Al-Juneidi yang cedera parah apabila IOF mengepungnya di dalam rumahnya sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Konfrontasi berhampiran penjara Ofer

Selasa, 15-05-2012 – Pemuda Palestin bertempur dengan Tentera Penceroboh Israel (IOF) berhampiran penjara Ofer, barat Ramallah pada hari Khamis lalu, lapor sumber tempatan.

Saksi-saksi memberitahu PIC berpuluh-puluh aktivis muda dan saudara-mara tahanan berkumpul berhampiran sekatan jalanraya tentera Beitonia dan mengangkat sepanduk menyeru untuk membebaskan tahanan tersebut dan mahu IOF bertindak terhadap permintaan tahanan selepas 24 hari mogok lapar.

Tentera IOF di kawasan tersebut menyerang beberapa pasukan media dan menghalang mereka daripada sampai ke sekatan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Petisyen Eropah Untuk Kesatuan Antarabangsa Bersama Tahanan

Selasa, 15-05-2012 – Lebih 100 personaliti politik dan parlimen di Eropah menyertai satu petisyen antarabangsa untuk menghidupkan sokongan politik Eropah dan menyeru Israel agar menghormati undang-undang antarabangsa dalam memperlakukan para tahanan Palestin di penjara.

Petisyen itu bertujuan mengumpulkan sebanyak mungkin tandatangan di Eropah dan dunia bagi menyokong para tahanan Palestin yang mogok sejak 24 hari lalu serta menyeru masyarakat antarabangsa dan EU terutamanya untuk menyokong tuntutan para tahanan dan prihatin terhadap penderitaan mereka di samping mengutuk perlanggaran hak asasi tahanan oleh rejim serta memperkukuhkan sokongan pada para tahanan. Petisyen itu menyeru agar pemeriksaan dijalankan ke atas para tahanan Palestin untuk memastikan keadaan mereka serta mengambil langkah serius selaras dengan misi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati