
Rabu, 30/4/2008 –Dr. Ahmed Bahar selaku Speaker PLC dalam satu lawatan kepada sebilangan institusi industri Palestin yang telah dimusnahkan dan ditutup di Semenanjung Gaza telah berkata kesan-kesan kepungan Israel seperti “amukan yang dilakukan oleh Israel terhadap 400 kilang di situ.”











Kementerian Ekonomi Kebangsaan di Gaza Selasa lalu telah mengeluarkan amaran berikutan kekurangan bekalan makanan asas akibat krisis bahan api yang dialami sejumlah kenderaan yang membawa barang komoditi makanan ke wilayah tersebut. 
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.