Categories
Berita Semasa

Pimpinan Fatah Diminta Hentikan Pelanggaran Hak Oleh Pihak Keselamatan

Khamis ,20-06-2013 – Anggota Biro Politik Hamas, Syaikh Shaleh Arori menegaskan bahawa penangkapan dan pemanggilan politik yang dilakukan pihak keselamatan Otoriti Palestin, bertentangan dengan semua yang telah disepakati dalam pertemuan-pertemuan dialog antara gerakan Hamas dan Fatah.

Hal tersebut disampaikan Arori menyusul meningkatnya operasi penangkapan dan pemanggilan politik di daerah-daerah di Tebing Barat. Beliau menambah, “Tindakan pelanggaran muktakhir ini memberi kesan sangat negatif kepada semua pihak apatah lagi impak ke hadapan terhadap kesepakatan dan perpaduan yang dilihat semakin sulit dan rumit.”

Dalam pesan khusus yang ditujukan kepada para pemuda Tebing Barat yang melancarkan kempen media untuk menolak tindakan tersebut, Arori menegaskan bahawa para pemuda memiliki hak untuk hidup secara bermartabat dan bebas dari gangguan tangkapan agar mereka dapat memberi khidmat bakti kepada tanah air dan rakyatnya dalam segala bidang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tiga tahanan rayu rawatan perubatan

Khamis ,20-06-2013 – Tiga tahanan Palestin dari Jenin merayu untuk mendapatkan rawatan perubatan segera untuk menangani masalah kesihatan mereka di penjara Israel.

Satu laporan oleh banduan Palestin di Jenin semalam berkata Sami Aridi, 33, yang diletakkan di penjara Megiddo mengalami tekanan darah tinggi, sesak nafas, dan lemah jantung. Ia menambah bahawa Aridi telah di penjara selama lebih 14 tahun dan sedang menjalani hukuman 19 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Penyiasat Israel pecahkan tulang tengkorak tawanan Palestin

Jumaat, 14/06/2013 – Tawanan Palestin, Mohammed Zakarne telah disoal siasat secara kejam oleh penyiasat Israel dan telah menyebabkan retak tulang tengkorak hasil soal siasat tersebut.

Kamel Zakame, abang kepada Mohammed, berkata Isnin lepas bahawa Mohammed juga mangalami banyak kecederaan lain sepanjang soal siasat di Pusat Tahanan Jalama.

Beliau memberitahu bahawa Mohammed terdahulu dari soal siasat tersebut sudah pun mengalami masalah kesihatan yang buruk akibat dari kurungan dan layanan buruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memanjangkan tempoh penahanan seorang pesakit warga emas

Jumaat, 14/06/2013 – Mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan seorang wanita warga emas Fethiye Khanfar, dari Jenin, hingga bulan September di sebuah rumah di Rahat untuk kali keenam berturut-turut.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mendakwa pihak rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keadaan wanita itu tambahan pula kesihatannya yang tidak mengizinkan.

PPS berkata Hajja Fethiye, 58 telah ditahan selama 18 hari di penjara Israel selepas melawat anak lelakinya yang menjalani hukuman penjara 15 tahun. Fethiye kemudiannya dibebaskan dan ditahan di rumah di Rahat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Eropah menyoal Ashton mengenai penyeksaan di penjara PA

Jumaat, 14/06/2013 – Pertubuhan Arab untuk Hak Asasi Manusia di Britain menyatakan bahawa sokongan Kesatuan Eropah terhadap PA memberikan lampu hijau kepada perkhidmatan keselamatan untuk meneruskan pelanggaran mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu, organisasi itu menggesa EU untuk menghantar misi mencari fakta ke wilayah Palestin untuk menyiasat pelanggaran yang dijalankan oleh pasukan keselamatan PA dan merangka peranan Eropah dalam menyokong agensi-agensi keselamatan berkenaan dengan kepentingan rakyat Palestin.

Organisasi yang dipanggil untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab bagi pencabulan serius dalam penjara PA, mengatakan bahawa Mahmoud Abbas, ketua PA, menanggung satu tanggungjawab peribadi untuk pelanggaran ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Bahar: Perlawanan Pilihan Strategik untuk Kembalikan Hak

Jumaat, 14/06/2013 – Wakil Ketua Dewan Legislatif Palestin, Dr. Ahmad Bahar menegaskan bahawa adalah menjadi hak Palestin untuk melakukan perjuangan bersenjata melawan penjajah. Beliau menilai pertempuran senjata adalah satu-satunya pilihan strategik untuk mengembalikan tanah dan hak-hak yang dirampas.

Bahar menyatakan bahawa perundingan hanyalah tindakan sia-sia. Ia sama sekali tidak membantu mengembalikan hak-hak Palestin dan sebaliknya hanya memberikan semakin banyak konsesi kepada penjajah Zionis. Hal tersebut disampaikan Bahar ketika menerima delegasi kemanusiaan dari Arab Saudi yang ikut serta konvoi Miles of Smiles, Isnin (10/6).

Beliau menyatakan bahawa konvoi kemanusiaan yang datang ke Semenanjung Gaza merupakan salah satu bentuk sokongan kepada Semenanjung Gaza dan warganya serta memperkuat semangat juang warga Gaza.Bahar turut menjelaskan kepada para delegasi berkaitan pelanggaran dan tindakan zalim Zionis terhadap warga Gaza, khususnya dalam perang 8 hari dan perang sebelumnya yang mensasarkan masyarakat awam dan pegawai tinggi kerajaan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis gempur Nablus, Jenin

Jumaat, 14/06/2013 – Rejim Zionis Israel (IOF) menggempur beberapa kawasan di Nablus selepas tengah malam tadi, di mana pertempuran tercetus antara penduduk Palestin dan tentera Israel yang mengiringi ratusan peneroka ketika mereka menyerbu Makam Nabi Yusuf di timur bandar tersebut.

Pertempuran meletus di kem-kem pelarian Askar dan Balata menyebabkan beberapa kecederaan di kalangan penduduk termasuk seorang bayi selepas tentera rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata. Tiada tangkapan dilaporkan.

Lima ratus peneroka memecah masuk ke makam tersebut dan melakukan ritual keagamaan di bawah perlindungan rejim Zionis, menurut sumber-sumber tempatan yang disahkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bayi cedera di Kufur Qaddoum

Selasa, 11/06/2013 – Lewat malam Khamis lepas, sekitar tengah malam pada 6th June 2013, sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang bayi mengalami masalah pernafasan apabila terhidu gas yang dilepaskan oleh tentera Israel yang menyerang Kufur Qaddoum, sebuah perkampungan di selatan bandar West Bank Qalqilia.

Bayi tersebut, Sana’ Eshtewy, 7 bulan menerima rawatan daripada Persatuan Palang Merah Palestin selepas tentera Israel melepaskan berdozen-dozen bom gas terhadap kawasan perumahan di perkampungan tersebut.

Koordinator media daripada Popular Committee Againt the Wall and Settlements, di perkampungan tersebut memberitahu, bahawa berpuluh-puluh tentera Israel menyerang perkampungan tersebut dan melepaskan perlbagai jenis tembakan termasuk gas pemedih mata dan bom gas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Tahanan Wanita Mulakan Mogok Lapar

Selasa, 11/06/2013 – Tahanan wanita Palestin yang ditahan oleh Israel telah memulakan mogok lapar secara terbuka bagi menuntut Pihak Berkuasa Penjara Israel menyediakan rawatan perubatan untuk salah seorang tahanan, Heba Abu Rezeq. Abu Rezeq ditahan sejak tiga bulan lalu dan sehingga sekarang masih dikurung.

Beliau berhadapan dengan beberapa masalah psikologi dan memerlukan terapi rawatan dengan segera namun pentadbiran penjara mengugut untuk memindahkannya ke tempat lain dan mengasingkannya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Para pendatang memotong pokok-pokok milik warga Palestin dekat Hebron

Selasa, 11/06/2013 – Sejumlah pendatang Yahudi pelampau memotong lebih kurang 20 batang pohon zaitun milik seorang petani dari Beit Ummar dekat selatan Tebing Barat bandar Hebron. Mohammad Awad, penyelaras jawatankuasa popular menentang pendatang di Beit Ummar memberitahu Akhbar Quds bahawa pendatang di penempatan haram Beit Aven menceroboh kebun dan memotong pokok-pokok.

Beliau berkata, pokok-pokok itu dimiliki Hammad Jaber Sleiby dan menambah bahawa lima tahun lepas, sejumlah pendatang menyerang tanah Sleiby dan memotong puluhan pohon zaitun, badam, anggur dan beberapa jenis lain.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Menteri Palestin dibebaskan selepas Dua Tahun Dalam Tawanan

Selasa, 11/06/2013 – Israel membebaskan bekas Menteri Palestin, Wasfy Qabha, 50, selepas menahan beliau di bawah Tahanan Pentadbiran selama dua tahun tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan. Tentera Israel memindahkan beliau ke Jabara, timur utara bandar Tulkarem,
di mana beliau dibebaskan dan disambut oleh beratus-ratus penduduk, ahli keluarga dan wartawan.

Selepas pembebasannya, Qabha telah dipindahkan ke Hospital Thabit, di Tulkarem, untuk pemeriksaan perubatan am
sebelum pulang.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Panggilan OIC untuk menghulurkan bantuan bantuan segera kepada pelarian yang melarikan diri ke Syria

Jumaat, 07/06/2013 – Pertubuhan Kerjasama Islam telah memanggil untuk memperluaskan bahan bantuan yang sangat diperlukan untuk keluarga Palestin yang melarikan diri dari Syria dan mencari perlindungan di Semenanjung Gaza.

Ia berkata dalam satu laporan mengenai keadaan di Gaza bahawa pelarian Palestin, yang melarikan diri dari Syria yang sedang bergolak, memerlukan segera rumah mudah alih dan bantuan bantuan lain.

Laporan oleh Jabatan hal ehwal kemanusiaan OIC berkata bahawa kira-kira 235,000 pelarian Palestin telah meninggalkan Syria dan bahawa lebih daripada 200 keluarga telah mendarat di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis musnahkan perumahan di lembah Jordan

Jumaat, 07/06/2013 – Tentera Rejim Zionis memusnahkan empat buat rumah di utara Jericho Selasa lepas dan memusnahkan empat lagi rumah kepunyaan Bedouins di kawasan yang sama.

Sumber tempatan memberitahu bahawa keempat-empat rumah yang dimusnahkan adalah milik empat bersaudara. Mereka menyatakan bahawa langkah ini diambi pleh pihak Israel untuk menjadikan Lembah Jordan sebagai tempat Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menahan 7 Penduduk di Tebing Barat

Jumaat, 07/06/2013 – Tentera Penceroboh Israel (IOF) telah menahan tujuh rakyat tempatan dari Tebing Barat dan memindahkan mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera Israel menyerbu beberapa buah rumah di kampung Husan dan menahan 3 orang pemuda. Seorang lagi pemuda ditahan pada lewat petang hari Isnin di kampong Asakra selepas rumah ayahnya diserang dan digeledah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

SAVE THE DATE: 7 JUNE 2013 , JUMAAT , 8:00PM-11:30PM

gmj

Ayuh menjadi sebahagian dari jutaan umat manusia yang akan berkumpul diserata dunia untuk menunjukkan solidariti terhadap perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa!

Jumpa anda di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Jumaat ini!
8 mlm – 11 mlm (Isya’ bersama)

Acara akan diserikan dengan persembahan oleh Faizal Tahir, Muadz, Perkongsian oleh Dr Hafidzi dan juga LIVE GMJ dari Gaza bersama Dr Ismail Haniyeh.