Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tangkap 6 orang penduduk Tebing Barat

Jumaat , 18/11/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 6 orang rakyat Palestin di beberapa tempat berbeza di Tebing Barat menjelang Subuh Selasa lalu. 3 orang daripada mereka merupakan pemuda dari Kem Pelarian Doheisha yang terletak di selatan Baitullaham.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF menangkap 3 orang pemuda, yang mana 2 daripadanya adalah adik-beradik selepas menggeledah beberapa buah rumah di kem pelarian tersebut. Sementara itu, IOF telah menangkap 2 orang rakyat Palestin yang berusia lingkungan 30-an di Kampung Jalqamos, timur Jenin. Rejim tersebut turut menceroboh Kampung Maithalon di selatan Jenin tetapi tidak membuat sebarang tangkapan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel menafikan hak pelepasan banduan ke Jordan untuk rawatan kanser

Jumaat , 18/11/2011 – Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) pada hari Selasa enggan untuk membenarkan perjalanan banduan dibebaskan Amal Juma ke Jordan untuk rawatan perubatan, menurut abangnya, Jamil kepada wartawan PIC.

Beliau berkata bahawa pejabat perhubungan Palestin memberitahu keluarga Juma bahawa Israel enggan memberi kebenaran untuk , melepaskan Amal setelah dia dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Jordan.

Jamil berkata bahawa dia menegaskan IOA bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehidupan adik perempuannya yang menjalani histerektomi selepas dia telah disahkan menghidap kanser. Beliau menambah bahawa adik perempuannya mengalami sakit tenat di badan dan perut sejak itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kementerian Perumahan Israel akan bina 5000 unit kediaman di Baitulmuqaddis

Jumaat , 18/11/2011 – Kementerian perumahan dan pembinaan Israel telah membuka tender untuk pembinaan 5000 unit kediaman di Baitulmuqaddis. Radio Israel memberitahu sebahagian unit tersebut akan dibina di penempatan Modi’in dan Kfar Sava. Dikatakan bahawa 750 unit akan dibina di HarHoma (Jabal Abu Gunaim) dan 65 di Pisgat Ze’ev.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin: “Kerajaan Perpaduan Baru Tidak Akan Dimasukkan Fayyad”

Jumaat , 18/11/2011 – Selepas rundingan antara dua parti politik utama di Palestin Hamas dan Fatah dibuat pada hari Selasa, Pihak berkuasa Palestin mengumumkan bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan mei, dan kerajaan sementara yang akan memerintah bermula sekarang hingga akan datang tidak akan dimasukkan nama Perdana Menteri, Salam Fayyad.

Perlantikan Fayyad telah ditentang oleh parti Hamas, yang memenangi pilihan raya perundangan dan mengawal sejumlah besar Kuasa di Palestin pada Januari 2006.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, dan Kuartet mencetuskan sekatan ekonomi terhadap rejim tersebut sebagai tindak balas kepada kemenangan mengejut mereka, pada masa yang sama mengukuhkan pembiyaan kepada Fatah, dan meneruskan pakej jutaan dollar untuk meningkatkan keselamatan dan institusi kepolisian Fatah.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  ayyas

Categories
Berita Semasa

Konsulat Perancis dan Keluarga tercedara dalam Serangan Israel di Gaza

Jumaat , 18/11/2011 – Pada Isnin, 14 November 2011,Konsulat Francis di Semenanjung Gaza, Majdi Jameel Yaseen Shaqqoura, 44, isteri beliau dan dua anaknya tercedera dalam satu serangan Israel di tapak Tentera Laut Palestn di Barat Daya Beit Lahia, bertempat dalam Utara Gaza.

Mereka berada di rumah ketika kejadian apabila mereka cedera terkena serpihan bom. Di samping itu, akibat serangan sama itu isteri konsulat menderita akibat pendarahan yang membawa kepada keguguran.

Menurut siasatan yang dikendalikan oleh Palestinian Centre untuk Human Rights (PCHR) Majdi Shaqqoura berada dalam kediaman beliau, bertempat belakang al-Nawras Resort dalam kawasan al-Soudaniya, barat daya Beit Lahia, pada masa serangan itu. Shaqqoura sedang melihat TV di dalam rumah ruang tamu yang mana dikelilingi oleh tingkap-tingkap besar, bersama-sama dengan saudaranya dan tiga kanak-kanak: Arwa, 9, Rawan, 13 , dan Mohammed, 8. Jam 2 pada waktu pagi mereka tiba-tiba kedengaran satu letupan yang mengegarkan rumah. Dalam keterangan beliau kepada PCHR, Shaqqoura berkata yang tingkap-tingkap ruang tamu pecah masuk ketika letupan. Dia dan saudaranya bertindak pantas untuk melindungi anak-anak.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Pakar Britain Dihantar ke Libya Untuk Bantu Pelupusan Senjata Kimia Haram Tersembunyi

Jumaat , 18/11/2011 – Walaupun memberi jaminan bertentangan, bekas pemimpin Libya, Muammar Gadaffi telah menyimpan sejumlah senjata kimia di seluruh negara. Senjata tersebut sepatutnya dimusnahkan pada 2004, tetapi telah dijumpai oleh kerajaan baru sekarang.

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, membawa Gadaffi keluar daripada pengasingan politik dunia barat. Salah satu janjinya adalah pemimpin Libya diktator tersebut akan menghentikan pembangunan bahan-bahan kimia, dan senjata pemusnah besar-besaran. Walaupun telah berjanji, penemuan beberapa minggu kebelakangan ini telah membuktikan Gadaffi menipu Tony Blair dan seluruh dunia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Tangkapan Dan Penculikan Lima Termasuk Tiga Adik Beradik.

Jumaat , 18/11/2011 – Rejim Zionis terus meningkatkan tangkapan dalam pelbagai daerah Barat, dimana mereka menahan lima orang dari penyokong Hamas termasuklah tiga orang adik beradik di daerah Nablus,Tuba, dan Tulkram.

Di Nablus , Rejim Zionis menahan tiga saudara Abdullah Anas dan Yasser Mahmoud Judullah di bandar,dan semua tahanan editor dari penjara penjajahan,dan telah pun dipanggil dan ditahan oleh perkhidmatan keselamatan beberapa kali,dan diketahui bahawa Bakar Mohammed saudara mereka ditahan di penjara Aljaunied kira-kira dua minggu yang lalu masih ditahan di kurungan sejak dia ditangkap.

Merujuk kepada saudara Judullah bahawa mereka adalah saudara-saudara Ahmed Shahedd Judullah anak Saud Alksamih dipetik pada tahun 2003,3 bulan selepas kematian anaknya Ahmed.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

UFree selar IOA kerana halang keluarga berjumpa dengan saudara-mara yang hidup terbuang

Jumaat , 18/11/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) masih menghalang berdozen-dozen keluarga berketurunan Palestin meninggalkan Tebing Barat untuk bertemu dengan keluarga mereka yang hidup dalam buangan setelah dibebaskan daripada penjara rejim Zionis sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran dengan Hamas, kata UFree yang merupakan sebuah rangkaian Eropah yang menyokong hak-hak tahanan penjara berketurunan Palestin.

Ramai tahanan penjara keturunan Palestin yang dibuang ke Gaza, Syria, Turki dan Qatar berikutan perjanjian pertukaran tahanan penjara baru-baru ini antara Hamas dengan rejim Zionis. Walaubagaimanapun, keluarga bekas tahanan penjara tersebut masih dihalang untuk pergi ke tempat di mana bekas tahanan penjara tersebut berada.

Menurut UFree lagi, berdozen-dozen keluarga dari Tebing Barat yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak masih dinafikan hak untuk melakukan perjalanan untuk bertemu dengan suami dan bapa masing-masing yang telah dibebaskan. Mereka juga tidak dibenarkan melalui Jambatan Raja Jussein dan Karama kononnya atas sebab-sebab keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Malam pertempuran di Silwan

Rabu,16/11/2011 – Pertempuran tercetus padamalam Sabtu di Silwan selatan Masjid Aqsa selepas tentera penjajah Israel menyerbu pinggir bandar Yerusalem dan menahan pemuda tempatan.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa IOF telah menangkap Mahmoud Atteyya (20 tahun) berasal dari kejiranan BEIR Ayyoubdi Silwan. Menurut sumber itu,pemuda-pemuda tempatan telah melemparkan batu-batu dan
botol kosong terhadap tentera IOF.Tentera IOF pula bertindak balas denganmelepaskan tembakan gas pemedih matakanister, bom tangan yang boleh menyebabkanpengsan dan bom pembakar ke arahpemuda-pemuda itu juga rumah-rumah rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Barhum: Abbas Masih Meletak Harapan Dapat Berunding Dengan Amerika

Rabu,16/11/2011 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, presiden otoriti Ramallah, Mahmud Abbas masih meletak harapan yang besar agar dapat berunding dalam projek Amerika yang telah terbukti kegagalanya.

Di sisi lain, Barhum mengkritik sikap Abbas yang tetap memilih berunding dalam menggapai perdamaian dengan Israel sejak dahulu.

Dalam keterangan akhbarnya, Ahad (13/11) Barhum menjelaskan, Abbas belum memberikan gambaran yang jelas terhadap masalah Palestin. Sikap Abbas seperti itu tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada bangsa.

Sebelumnya, Abbas mengumumkan bahawa kejayaan Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh di PBB sama sekali tidak bertentangan dengan proses perundingan. Beliau mengatakan, “Sekiranya kita berjaya mendapatkan keanggotaan di PBB, kita akan tetap melakukan perundingan. Kerana isu antara kita dan Israel tidak akan selesai di PBB, tetapi melalui perundingan”, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tahanan wanita yang telah dibebaskan menerima panggilan dari pihak perisikan Israel

Rabu,16/11/2011 – Sumber Palestin menyebut bahawa tentera rejim Israel (IOF) menyerbu kediaman seorang tahanan yang dibebaskan, Somoud Karaja pada awal pagi di Kampung Safa di barat Ramallah dan menyerahkan notis mengarahkan beliau menjalani soalsiasat dengan pegawai Sabak di penjara Ofer.

Sumber tersebut turut menyatakan rejim Israel menahan keluarga Karajaan di luar rumah mereka sementara mereka menggeledah rumah sebelum menyerahkan notis. Karaja telah dibebaskan baru-baru ini dalam rundingan pertukaran tahanan yang dicapai di antara rejim dan Hamas. Beliau telah menjalani hukuman penjara 3 tahun daripada 20 tahun yang dijatuhkan ke atasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Berbilion di Kaherah melawan Jeruselam pada 21 Nov 2011

Rabu,16/11/2011 – Dr.Soleh Sultan menegaskan,keputusan Jawatankuasa Baitulmaqdiss Persekutuan Dunia bagi Ulama Islam,beliau sedang mengkaji organisasi berbilion di Kaherah melawan Judaization Jerusalem kerjasama Union,Baitulmaqdis Persatuan Arab Doktor yang diketuai oleh Doktor Jamal Abdul Salam dan ia dijadual diadakan pada 21 November ini.

Beliau berkata koordinasi yang terkini dengan Syeikh dari Azhar,Dr.Ahmed Al-Tayeb,Syeikh Yusoff Al-Qardawi,ketua Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam untuk menganjurkan perarakan berjuta-juta dibawah naungan seorang daripada mereka,menunjukkan bahawa sebilangan besar ahli-ahli sains akan mengambil bahagian dalam perarakan yang dipimpin oleh Syeikh Nasr Farid Wasel,bekas Mufti Mesir.

Sultan berkata dalam satu kenyataan kepada pusat maklumat Palestin,ia merupakan koordinasi yang berterusan dengan pelbagai kumpulan untuk mengambil bahagian dalam berjuta-juta perarakan menentang Zionis,sambil menambah bahawa perarakan akan muncul dari daearh Al-Noor ke Abbasid,pusat Kaherah dan ibu pejabat Arab di Tahrir Square.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Majlis Keselamatan PBB Gagal Capai Persetujuan Permohonan Palestin

Rabu,16/11/2011 – Majlis Keselamatan PBB menjelaskan pada hari Jumaat bahawa, persetujuan gagal dicapai mengenai permohonan Palestin untuk mendapat keahlian PBB sepenuhnya.

Jawatankuasa Kemasukan Majlis Keselamatan PBB tidak berjaya mencapai kata putus mengenai hal tersebut, satu isu yang dianggap tamparan kepada warga Palestin, harapan yang semakin lama semakin menghampiri kegagalan.

Permohonan Palestin memerlukan 9 undi daripada Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai kata putus sama ada undi permohonan kenegaraan perlu dilaksanakan ataupun tidak.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Sebuah Keluarga Warga Palestin di Silwan Diusir

Rabu,16/11/2011 – Pusat maklumat Wadi Hilweh di Silwan yang berpusat di Timur Jurusalem, melaporkan bahawa sebuah keluarga warga Palestin telah diberikan notis pengusiran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Baituimuqaddis dengan niat untuk menggantikan keluarga Palestine tersebut dengan peneroka berbangsa Yahudi.

Pusat maklumat tersebut juga menyebut bahawa keluarga itu diarahkan keluar dari rumah mereka sebelum 28 November.

Keluarga tersebut telah memfailkan beberapa rayuan pada Makhamah Daerah Israel dan Makhamah Tinggi Israel apabila persatuan peneroka fundamentalis El Ad menduduki tanah keluarga tersebut sejak tahun 1990.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Keluarga Bekas Tahanan dihalang daripada melawat mereka di tempat buangan

Rabu,16/11/2011 – Pihak berkuasa Israel telah menghalang berpuluh-puluh keluarga Palestin daripada bertemu dengan anak-anak mereka, yang telah dibebaskan daripada penjara Israel pada bulan lepas di bawah perjanjian pertukaran banduan Shalit, dan telah dibuang negeri ke Syria, Turki, Qatar, dan Semenanjung Gaza, Berita Palestin & Info Agensi (WAFA) melaporkan.

Jaringan Eropah yang menyokong hak-hak tahanan Palestin, UFree, mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan bahawa tentera Israel menghalang penduduk Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak, daripada meneruskan perjalanan melalui Jambatan Allenby yang menghubungkan Palestin dan Jordan, ketika dalam perjalanan melawat ahli keluarga mereka yang dibebaskan.

UFree menambah kenyataan bahawa Israel menghalang ahli keluarga bekas tahanan, iaitu Mahmoud Qawasmeh, Ayman ‘Qfesheh, Ayman ‘Qfesheh, ‘Ala ‘Qfesheh, Murad Al-Rajoub , Majdi al-Jo’ba, Saed Shallada, Abdullah ‘Arra, Iyad ‘Obeyyat, and ‘Ubadah Bilal, dalam perjalanan melawat ahli keluarga yang dibebaskan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas