Categories
Berita Semasa

Hamas: Operasi Ketenteraan Di Tulkarm Tidak Akan Melemahkan Semangat Juang Masyarakat Kami

Khamis , 19-09-2024 – Gerakan Pertahanan Islam (Hamas) menegaskan bahawa operasi ketenteraan yang berterusan dilancarkan oleh penjajah terhadap Bandar Tulkarm, yang sengaja dicetuskan bagi tujuan pencerobohan terhadap tanah milik penduduk di Tebing Barat, sama sekali tidak akan mematahkan semangat dan keazaman rakyat mereka yang tabah untuk bangkit dan terus berjuang menentang musuh-musuh penjajah. Ianya juga sebagai satu-satunya pilihan yang mereka miliki untuk mempertahankan tanahair mereka.

Pergerakan itu turut memuji keteguhan dan semangat jihad yang dipamerkan masyarakat dan pejuang-pejuang pertahanan di wilayah Tebing Barat, terutamanya di Tulkarm, dengan menanyatakan: “Kami memuji wira Briged Qassam dan semua kumpulan pejuang yang tidak pernah merasa gentar terhadap senjata yang dimiliki musuh, mereka bangkit menyerang tentera penjajah dan menyasarkan kenderaannya.

” Beliau menegaskan lagi bahawa operasi penjajahan dan pencerobohan yang berterusan tidak akan berjaya dalam melaksanakan cita-cita jahat dan harapan untuk menguasai Tebing Barat dan meneruskan rancangan pengusiran rakyat mereka. “Dengan keteguhan dan kesungguhan masyarakat kita, kegagalan akan menjadi takdir untuk semua konspirasi ini”.

Beliau juga menyeru agar rakyat di Tebing Barat terus meningkatkan konfrontasi dan memerangi penjajah, dan menzahirkan kemarahan yang sememangnya telah membara sejak permulaan Pertempuran Taufan Al-Aqsa.

Beliau turut menekankan bahawa Tebing Barat akan dibebaskan suatu hari nanti, tidak kira semahal manapun harganya dan sebesar apapun pengorbanan yang terpaksa dikorbankan.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi

Categories
Berita Semasa

PRCS mengutuk serangan Israel ke atas anak kapalnya di Tulkarem

Khamis , 19-09-2024 – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengutuk serangan Israel ke atas anak kapalnya pada Selasa lalu yang mengakibatkan salah seorang paramediknya ditembak ketika merawat orang yang cedera di kem Tulkarem.

PRCS berkata dalam satu kenyataan bahawa rejim Zionis menahan dua paramedik selepas menyerbu pusat ambulans Tulkarem sebelum dibebaskan kemudiannya.

PRCS seterusnya memberi amaran tentang bahaya serangan Israel yang kian meningkat ke atas anak kapalnya yang beroperasi di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Dihukum Mati

Rabu, 11-09-2024 – Rejim Zionis hukum bunuh Muhammed Ibrahim Abed, 30, dari bandar Kafr Dhan, barat Jenin 28 Ogos lalu, dedah Persatuan Banduan Palestin pada Isnin.

Memetik seorang saksi, jenazah syahid itu diterima dalam keadaan tangan terikat, mengesahkan kejadian tersebut.

Ketika pencerobohan Jenin, Rejim Zionis turut hukum bunuh Ayman Rajih Abed, beberapa jam selepas ditangkap sebagai tahanan, sebelum ditempatkan dan diseksa di kem ketenteraan Salem.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Huzaifah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap seorang sukarelawan Bulan Sabit Merah di Tebing Barat

Selasa , 10-09-2024 – Pasukan rejim Israel (IOF) menahan sukarelawan Bulan Sabit Merah di pusat pemeriksaan Ein Siniya berhampiran Ramallah, di tengah tebing barat, pada petang Rabu.

Pengarah Persatuan Tahanan Palestin di Tubas, Kamal Bani Odeh, menegaskan bahawa “Rejim mengepung Muhammad Iyad Hussein Daraghmeh, 22, seorang sukarelawan di Bulan Sabit Merah di Tubas, di pos pemeriksaan Ein Siniya dalam perjalanan pulang dari Ramallah.”

Dia berkata bahawa “Dia diculik dari kenderaan Bulan Sabit Merah selepas diserang secara kejam.”

Krew Bulan Sabit Merah itu kemudiannya ditahan, tambahnya.

Pasukan rejim Israel melancarkan operasi ketenteraan lapan hari yang lalu, yang terbesar sejak Operasi Perisai Pertahanan pada tahun 2002, menyasarkan pejuang penentang di bandar Jenin, Tulkarem dan Tubas di utara tebing barat, di mana kumpulan tentera Israel yang besar menyerang semua kawasan, bandar dan kem di utara tebing barat dari beberapa arah.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah

Categories
Berita Semasa

Hamas Menyeru Gerakan untuk mempertahankan Masjidil Aqsa

Selasa , 10-09-2024 – Ketua Pejabat Hal Ehwal Baitulmaqdis dalam Pergerakan Hamas, Haroun Nasser al-Din, memberi amaran akan pencerobohan yang semakin meningkat oleh penduduk haram Israel ke atas Masjidil Aqsa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Rabu, Nasser al-Din berkata bahawa “perlakuan ritual Talmud yang provokatif di halaman Masjidil Aqsa, pelanggaran batas-batas yang berterusan, serta penggunaan dasar peyahudian oleh kerajaan Israel dan sokongan mutlaknya kepada kumpulan kuil Yahudi ekstrem (yang terbaru adalah keputusan untuk membiayai pencerobohan dan memperuntukkan belanjawan rasmi untuk mereka), ia mewakili penyalaan api pergolakan di Baitulmaqdis dan juga kawasan-kawasan lain.”

Nasser al-Din memberi amaran tentang bahaya serangan ganas ke atas Masjidil Aqsa, sambil menegaskan bahawa kegigihan Israel akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat Palestin dan penentangan mereka, sambil menambah bahawa serangan ini akan disusuli dengan lebih banyak konfrontasi.

Pemimpin Hamas itu menyeru rakyat Palestin di Baitulmaqdis untuk memperhebatkan mobilisasi dan kehadiran mereka di tempat suci itu.

Beliau juga menyeru semua rakyat Palestin “untuk menggerakkan usaha protes dan menghadapi jenayah Israel yang berterusan, serta menghadapi pencerobohan Israel terhadap Baitulmaqdis.”

Beliau seterusnya menggesa negara Arab dan Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam, dan semua pihak yang berkenaan, untuk memikul tanggungjawab mereka dan membantu melindungi Masjidil Aqsa, yang terdedah kepada segala bentuk kepungan, penindasan, dan penderaan.

Pada awal pagi, 410 penduduk haram Israel telah menyerbu Masjidil Aqsa, bertepatan dengan hari yang mereka panggil “permulaan bulan Ibrani”, di bawah perlindungan ketat anggota polis Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom

Categories
Berita Semasa

Tindakan Penjajah Menyebabkan Penularan Jangkitan Kudis Dalam Kalangan Tahanan

Selasa , 10-09-2024 – Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tawanan dan Kelab Pembela Tahanan telah mendakwa bahawa penyebaran kudis telah berlaku dengan meluas di kalangan tahanan. Hal ini berlaku di beberapa penjara, khususnya di Negev, Megiddo, Nafha, dan Raymond berpunca daripada kelemahan pengurusan pihak pentadbiran penjara di dalam menguruskan keperluan asas bagi tawanan dan tahanan terutama selepas 7 Oktober lalu. Lebih menyedihkan, antara mereka yang dijangkiti ialah tahanan kanak-kanak di penjara Megiddo seperti yang di laporkan Suruhanjaya dan Kelab Pembela Tahanan.

Suruhanjaya ini yang merupakan badan yang mengkaji prosedur penjara mendapati antara punca penyebaran kudis di kalangan tahanan adalah kerana mereka tidak dibekalkan bahan pembersihan yang diperlukan. Hal ini termasuk kekurangan alatan yang digunakan untuk menjaga kebersihan diri. Malah kekurangan bekalan air bersih juga menjadi salah satu faktor kepada tersebarnya penyakit ini ditambah masa yang terhad yang diberikan kepada tahanan untuk mandi dan membersihkan diri serta ketiadaan pakaian yang selayaknya. Pada ketika ini, majoriti banduan bergantung kepada hanya satu pakaian sahaja, dan sebahagian daripada mereka telah memakai pakaian yang sama bagi jangka masa yang lama dan dipaksa untuk mencuci dan memakainya semasa ia basah.

Laporan itu juga menyatakan bahawa keadaan kesesakan yang teruk di dalam sel, akibat daripada peningkatan kempen penahanan harian, menyebabkan kekurangan pengudaraan, dan pengasingan banduan dalam sel tanpa cahaya matahari, juga menjadi faktor penyebaran kudis di kalangan tahanan.

Lebih parah lagi tindakan yang diambil pihak penjajah apabila dengan sengaja memindahkan tahanan yang dijangkiti penyakit itu dari satu bahagian ke bahagian lain dan bukannya mengasingkan mereka, atau sengaja melambatkan kuarantin mereka, mengakibatkan penularan penyakit ini sukar dibendung. 

Menurut Suruhanjaya Tawanan lagi, pasukan penjajah terus melaksanakan kempen penangkapan yang berterusan, sebagai salah satu dasar yang paling menonjol, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Sejak permulaan perang, bukan sahaja pembunuhan beramai-ramai telah berlaku, malah jumlah tahanan juga semakin hari semakin meningkat, begitu juga tahap jenayah berterusan yang mereka lakukan, di samping serbuan ke rumah keluarga tahanan, yang disertai dengan sabotaj dan kemusnahan yang meluas. Sebagai fakta, perlu diperhatikan bahawa tentera penjajah Israel telah menangkap lebih 10,400 rakyat dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis, sejak permulaan perang pembunuhan beramai-ramai yang berterusan dan pencerobohan menyeluruh terhadap Gaza.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penghapusan Rejim Zionis Di Tebing Barat Akan Meningkatkan Rentak Rintangan

Khamis , 05-09-2024 – Pergerakan Hamas mengesahkan pada hari Selasa bahawa penerusan operasi ketenteraan Israel di kawasan Tebing Barat untuk hari ketujuh berturut-turut tidak akan menghentikan penentangan dan akan meningkatkan rentaknya dan kemarahan di seluruh wilayah.

“Sifat agresif penduduk yang semakin meningkat terhadap Tulkarem tidak akan berjaya menghentikan aliran penentangan.”

“Ketika kami meratapi melebihi 30 syuhada yang terkorban setiap hari di bumi bertuah Tebing Barat sejak permulaan operasi ketenteraan, kami mengesahkan bahawa tumpahan darah yang suci ini tidak akan sia-sia, dan ia akan meningkatkan kadar penentangan, kesinambungan operasi kualitatifnya, dan keadaan kemarahan yang meningkat di seluruh
tanah air.”

Hamas memuji penduduk Tebing Barat dan pejuang penentangannya, “terutama di Tulkarem, yang menentang sasaran berterusan dan pemusnahan yang berterusan.”

Hamas menyeru rakyat Palestin untuk terus menghadapi dan memerangi zionis Israel sebagai sebahagian daripada pertempuran Banjir Aqsa.

Sejak Rabu lalu, Tebing Barat yang diduduki telah menyaksikan operasi ketenteraan Israel yang terbesar dalam beberapa tahun, mengakibatkan pembunuhan 30 penduduknya.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamdan: AS adalah rakan kongsi dalam jenayah Israel

Khamis , 05-09-2024 – Pemimpin Gerakan Hamas, Osama Hamdan mengkritik pentadbiran AS dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan menegaskan bahawa kenyataan presiden AS mengenai pembentangan cadangan tidak mengandungi perkara baharu seperti yang dicanangkan di media.

Bercakap kepada saluran TV Al Jazeera, Hamdan berkata pentadbiran AS adalah rakan kongsi dalam jenayah Israel di Gaza, dengan menyediakan sokongan politik, ketenteraan dan keselamatan, tanpa memberikan tekanan yang cukup kepada Perdana Menteri Israel untuk mematuhi perjanjian.

“Sokongan ini membantu dalam kesinambungan jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Lima warga Palestin dibunuh dalam serangan dron rejim Zionis Israel di kem Tebing Barat.

Rabu , 04-09-2024 – Lima warga Palestin dibunuh dalam serangan dron di kem Nour Shams, timur bandar Tulkarem, di kawasan yang dijajah di Tebing Barat pada petang Isnin. 

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan dalam satu kenyataan media, 5 mayat warga Palestin tiba dia Hospital Kerajaan Tulkarem berikutan serangan rejim Zionis Israel di Kem Nour Shams. Sumber pihak kesihatan mengesahkan lima mayat yang tiba di hospital dalam keadaan yang berkecai termasuk kanak-kanak.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel Seksa Kakitangan Kesihatan: HRW

Rabu , 04-09-2024 – Sejumlah kakitangan kesihatan Gaza, sewenang-wenangnya ditahan dan diseksa tentera Israel sejak permulaan perang terbaharu pada Oktober, lapor Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) pada Isnin.

Menurut laporan, kakitangan berkenaan diculik sebelum diseksa dan dianiaya dalam kawasan tahanan Israel. Para doktor, jururawat dan paramedik yang dibebaskan memberitahu, mereka dihina dan dipukul, selain dikenakan penutup mata dan bergari untuk tempoh yang lama.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Huzaifah

Categories
Berita Semasa

Zionis Terima 500 Pesawat Bekalan Tentera AS Sejak 7 Oktober 2023

Rabu , 04-09-2024 – Tentera Zionis berkata pada hari Isnin bahawa ia menerima pesawat bekalan tentera AS yang ke-500 sejak permulaan perangnya di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

“Minggu lalu menyaksikan pendaratan pesawat bekalan ke-500 di Israel berskala besar peralatan dan senjata tentera AS untuk Israel,” tambah tentera Zionis Israel.

Menerusi operasi ini, lebih 50,000 tan peralatan ketenteraan telah dihantar ke Israel melalui 500 penerbangan dan 107 penghantaran laut, lanjutnya.

Peralatan yang diperoleh termasuk kenderaan berperisai, senjata, peluru, peralatan perlindungan diri dan peralatan perubatan.

“Negara Haram Israel” telah menerima bantuan AS sejak pengisytiharan haramnya pada tahun 1948 lebih banyak daripada negara lain.

Semasa perang ke atas Gaza, Presiden AS Joe Biden meminta Kongres untuk meluluskan bil perbelanjaan tambahan $95 bilion termasuk $14 bilion yang diperuntukkan untuk zionis Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ameen

Categories
Berita Semasa

Pusat Ma’ata mendokumentasikan 20 tindakan penentangan di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam yang lalu

Rabu , 04-09-2024 – Pusat Maklumat Palestin (Ma’ta) berkata bahawa puak-puak penentangan Palestin di Tebing Barat melakukan 20 tindakan penentangan dalam tempoh 24 jam yang lalu, mengakibatkan kecederaan seorang askar tentera pendudukan Israel.

Pusat Ma’ata berkata dalam dokumen yang diterbitkan pada hari Khamis, yang dilihat oleh “Agensi Berita Sanad”, bahawa tindakan penentangan yang dilakukan termasuk 7 tembakan,7 konfrontasi dengan pasukan pendudukan di bandar-bandar berbeza di Tebing Barat, dan letupan 6 alat letupan.

Semua puak penentangan Palestin di Tebing Barat meneruskan operasi mereka dalam pertempuran “Taufan Al-Aqsa”, kerana pada Khamis mereka dapat merosakkan kenderaan tentera milik tentera pendudukan di bandar Tulkarm.

PCHR berkata bahawa ia mendokumentasikan tercetusnya pertembungan antara pemuda dan pasukan pendudukan, tempat batu-batu dibaling di Kafr Aqab di Baitulmaqdis yang diduduki, kem pelarian Balata di Nablus, kem pelarian Dheisheh, bandar Bethlehem, dan kawasan selatan Hebron.

Pendudukan Israel mengakui bahawa seorang askar cedera semasa pertempuran bersenjata, letupan alat letupan, dan kerosakan kenderaan tentera semasa menyerbu bandar dan kem Tulkarm.

Pertembungan bersenjata meletus semasa menyerbu kem pelarian Balata, timur Nablus, dan militan meletupkan alat letupan berhampiran penempatan Beit El di Ramallah Allah.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

PCDS Kecam Tindakan Sekatan Israel

Rabu , 04-09-2024 – Pasukan Pertahanan Awam Palestin (PCDS) mengecam keengganan Israel membenarkan krew pasukan itu untuk memindahkan mangsa yang cedera daripada keluarga “Abu Hadros” yang ditahan di dalam rumah yang dimusnahkan oleh tentera Israel di kawasan Hamad di Khan Yunis.

PCDS dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis, mengecam tindakan berdiam diri Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu walaupun banyak rayuan dan panggilan yang diterima untuk menyelamatkan nyawa mereka yang cedera dan hilang di rumah Abu Hadros.”

“Pengabaikan berterusan terhadap panggilan kecemasan daripada keluarga Abu Hadros yang cedera akan membawa kepada kematian mereka, seperti ribuan mangsa lain yang terbunuh selepas pasukan kami tidak dapat menghubungi dan enyelamatkan nyawa mereka.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Lazzarini : Gaza bukan lagi tempat selamat bagi kanak-kanak.

Rabu , 04-09-2024 – Ketua UNRWA Philippe Lazzarini mengutuk serangan Israel ke atas sebuah sekolah UNRWA di Bandar Gaza pada Rabu lalu, yang terbaru dalam siri serangan maut Israel ke atas sekolah-sekolah yang melindungi pelarian Palestin di Gaza.

“Adakah masih ada sifat kemanusiaan yang tinggal? Membuat laporan mengenai satu lagi serangan ngeri hari ini di salah satu sekolah UNRWA kami di Bandar Gaza. Kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan cedera. Ada yang terbakar hingga mati, ” kata Lazzarini dalam catatan di X.

“Gaza bukan lagi tempat untuk kanak-kanak. Mereka adalah mangsa pertama untuk perang tanpa belas kasihan ini. Kita tidak boleh membiarkan perkara yang dahsyat ini menjadi norma baru. Cukup. Gencatan senjata sudah lama melebihi tarikh luput.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah

Categories
Berita Semasa

Lelaki Warga Palestin Ditembak Maut dalam Serangan Rejim Zionis di Tebing Barat

Rabu , 04-09-2024 – Jamal al-Saoudi, 21, dari kem pelarian Balata di Tebing Barat, meninggal dunia pada petang Rabu, seminggu selepas ditembak oleh tentera Rejim Zionis.

Tiga pemuda Palestin lain turut cedera dalam serangan tentera penjajah, yang menyerbu kem Balata di timur Nablus pada petang Rabu.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah, tiga pemuda itu dipindahkan ke hospital dalam keadaan stabil.

Seorang daripada mereka ditembak di kaki, mangsa kedua mengalami kecederaan serpihan di leher, dan mangsa ketiga pula mengalami kecederaan serpihan di seluruh badan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom