Rabu , 15-05-2024 – Ismail Haneyya, Pengerusi Biro Politik Gerakan Hamas, bersama delegasi tinggi dari Gerakan tersebut bertemu dengan ketua perisikan Turki, Ibrahim Kalin, di ibu kota Qatar.
Hamas berkata dalam satu kenyataan bahawa pertemuan itu menumpukan pada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam minggu lalu, yang membawa kepada serangan di Rafah, selepas Gerakan tersebut berkata ia telah bersetuju dengan cadangan gencatan senjata oleh para perantara.
Haneyya memuji tindakan Turki terhadap Israel, termasuk menyertai kes genosida di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan menghentikan perdagangan dengan Israel.
Beliau juga dilaporkan menyerahkan fail-fail kes, termasuk bukti penyeksaan tahanan Palestin di penjara Israel, beberapa di antaranya telah dibunuh.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Rabu , 15-05-2024 – Satu pertempuran sengit berlaku setelah satu kumpulan peneroka haram Yahudi menyerbu bandar Qusra , di tenggara Nablus pada malam Ahad lepas. Aktivis anti-peneroka Fuad Hassan mengesahkan petermpuran itu berlaku setelah sekumpulan penerako haram yahudi menyerang di kawasan pinggir bandar. Rejim Zionis Israel turut menyerbu bandar di kala tembakan bom gas pemedih mata dan memberikan perlindungan ke atas serangan peneroka haram.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Rabu , 15-05-2024 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa 500 orang pekerja kesihatan telah dibunuh sejak keganasan Israel bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober.
Kementerian menyatakan yang 138 orang jururawat turut dibunuh ketika serangan, dan menyeru masyarakat antarabangsa agar melindungi institusi Kesihatan dan pekerja perubatan di Gaza.
Kementerian itu turut berkata, tentera rejim telah melakukan lapan pembunuhan besar-besaran di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, membunuh sekurang-kurangnya 63 orang awam dan mencederakan lebih 114 orang yang lain. Manakala sejumlah besar mangsa masih berada di bawah runtuhan bangunan yang dibom atau terlantar di jalanan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Selasa , 14-05-2024 – Satu pertempuran sengit berlaku setelah satu kumpulan peneroka haram Yahudi menyerbu bandar Qusra , di tenggara Nablus pada malam Ahad lepas.
Aktivis anti-peneroka Fuad Hassan mengesahkan petermpuran itu berlaku setelah sekumpulan penerako haram yahudi menyerang di kawasan pinggir bandar. Rejim Zionis Israel turut menyerbu bandar di kala tembakan bom gas pemedih mata dan memberikan perlindungan ke atas serangan peneroka haram.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad
Selasa , 14-05-2024 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa 500 orang pekerja kesihatan telah dibunuh sejak keganasan Israel bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober.
Kementerian menyatakan yang 138 orang jururawat turut dibunuh ketika serangan, dan menyeru masyarakat antarabangsa agar melindungi institusi Kesihatan dan pekerja perubatan di Gaza.
Kementerian itu turut berkata, tentera rejim telah melakukan lapan pembunuhan besar-besaran di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, membunuh sekurang-kurangnya 63 orang awam dan mencederakan lebih 114 orang yang lain. Manakala sejumlah besar mangsa masih berada di bawah runtuhan bangunan yang dibom atau terlantar di jalanan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Isnin , 13-05-2024 – Pejabat Media Kerajaan Gaza (GMO) telah mengulangi amarannya tentang kesan daripada serangan Israel ke atas Rafah timur dan penutupan sempadan penting antara Rafah dan Mesir serta lintasan sempadan Karem Abu Salem (Kerem Shalom).
Ia memberi amaran tentang “malapetaka kemanusiaan yang dahsyat” berlaku di selatan kota Gaza yang sesak, di mana lebih 1.4 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan kelaparan sedang mencari perlindungan.
Bantuan dan bekalan kemanusiaan yang disekat daripada memasuki Gaza, serta berpuluh-puluh ribu orang yang sakit dan cedera yang terkandas dan tidak mendapat peluang rawatan, hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sudah teruk, katanya.
Dalam tempoh 48 jam yang lalu, tentera Israel melarang kemasukan lebih daripada 400 trak bantuan, kata jurucakap jabatan itu.
Orang awam akan kehabisan sumber makanan dan air dalam beberapa hari akan datang merentasi seluruh selatan Gaza, ia memberi amaran, sambil menambah bahawa kebuluran tidak lama lagi akan berlaku di selatan. Kebuluran telah pun lama mencengkam utara wilayah itu.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Isnin , 13-05-2024 – Gabungan Universiti Sepanyol (CRUE) mengumumkan pada hari Khamis bahawa mereka akan memutuskan hubungan dengan universiti dan pusat penyelidikan Israel “yang tidak menyatakan komitmen teguh terhadap keamanan dan pematuhan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”
Keputusan itu dibuat ketika pelajar di seluruh Sepanyol mula berkhemah di kampus universiti pada minggu ini, sebagai sebahagian daripada gelombang protes pelajar pro-Palestin yang lebih luas di seluruh dunia.
Sebagai menyokong tindakan protes itu, CRUE juga berikrar untuk memperhebat kerjasama dengan institusi penyelidikan dan pengajian tinggi Palestin serta meluaskan kerjasama, kesukarelawanan dan program bantuan pelarian.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Isnin , 13-05-2024 – Rejim Israel meneruskan perang Genosid di Semenanjung Gaza untuk hari ke-215 berturut-turut pada hari Rabu, menjadikan puluhan ribu orang yang mati syahid dan cedera.
Pejabat Media Kerajaan Gaza (GMO) mengesahkan bahawa tentera Israel telah melakukan 3,094 pembunuhan beramai-ramai sejak permulaan pencerobohan, mengakibatkan 44,844 syahid dan hilang.
9,893 wanita Palestin dan 15,002 kanak-kanak adalah antara mangsa yang dilaporkan, dengan 30 daripadanya mati kebuluran.
Pasukan rejim penjajah telah menjatuhkan 75,000 tan bahan letupan di Gaza.
Sebanyak tujuh perkuburan besar setakat ini ditemui di Hospital Palestin selepas diserang oleh tentera Israel selama beberapa minggu.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Isnin , 13-05-2024 – Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres, pada Selasa menyeru agar laluan masuk ke Gaza dibuka semula dengan kadar segera untuk membenarkan bantuan penting masuk, dan menggesa Israel untuk “menghentikan sebarang peningkatan serangan” selepas ia menghantar kereta kebal ke Rafah.
“Keadaan menjadi semakin parah. Saya berasa terganggu dan tertekan disebabkan oleh aktiviti ketenteraan mutakhir di Rafah oleh Tentera Israel,” katanya.
“Penutupan kedua-dua laluan Rafah dan Kerem Shalom membinasakan situasi kemanusiaan dengan teruk sekali. Kedua-dua laluan ini mesti dibuka semula dengan kadar serta-merta.”
“Saya menggesa kerajaan Israel untuk menghentikan sebarang peningkatan serangan dan terlibat secara aktif dan membina dalam perbincangan diplomatik yang sedang berlangsung,” kata Guterras.
Bagi Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara Gaza pula, pihak itu mengecam operasi ketenteraan Israel di kawasan itu dan menekankan bahawa penutupan laluan Rafah tidak membawa apa-apa risiko terhadap Israel.
Kementerian itu memberi amaran bahawa penutupan laluan Rafah “menjadikan krisis kemanusiaan menjadi lebih buruk lagi” dan “mewakili polisi penghakiman dan hukuman kolektif terhadap lebih dari 2 juta orang”.
Kementerian tersebut menggambarkan lorong tersebut sebagai “saluran utama bagi warga di Semenanjung Gaza,” yang “sebenarnya tidak merupakan sebarang ancaman kepada kependudukan Israel”.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida
Isnin , 13-05-2024 – Pihak Berkuasa Hal Ehwal Bekas Tahanan mengesahkan jumlah tahanan di Tebing Barat meningkat Selasa kepada 8,610 rakyat Palestin sejak 7 Oktober, selepas tentera Israel menahan 22 rakyat Palestin malam tadi. Suruhanjaya Hal Ehwal Bekas Tahanan berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa jumlah tangkapan selepas 7 Oktober 2023 “mencecah lebih daripada 8,610, ketika pasukan pendudukan Israel menahan sekurang-kurangnya 22 warganegara dari Tebing Barat, termasuk seorang gadis, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang cedera.”
Menurut organisasi itu, tangkapan telah diedarkan di gabenor Tulkarm, Nablus, Tubas (utara), Ramallah (tengah), Jericho (timur), dan Bethlehem (selatan). Dalam konteks yang berkaitan, Kelab Tahanan Palestin mengatakan bahawa tentera pendudukan Israel melakukan jenayah petang semalam terhadap kanak-kanak berusia 8 tahun Joud Ashraf Walid Hamidat dari kem Aqbat Jabr di Jericho, selepas tentera menembaknya dan kemudian menahannya.
Kelab itu menjelaskan bahawa selepas tindakan susulan, didapati kanak-kanak itu Hamidat ditahan di Hospital Hadassah (Issawiya), dan kami tidak dapat mengesahkan keadaan sebenar kesihatannya selain kecederaan di leher, dan tindakan (undang-undang) yang akan dia hadapi.
Semenjak pencerobohan Gaza bermula 7 Oktober, tentera Israel meningkatkan operasinya di Tebing Barat, menyebabkan 497 orang mati syahid dan kira-kira 4,950 cedera, menurut data Kementerian Kesihatan Palestin setakat petang Isnin.
Israel melancarkan pencerobohan kejam ke atas Gaza yang telah menyebabkan puluhan ribu orang mati syahid dan cedera, Ramai dalam kalangan kanak-kanak dan wanita, kemusnahan besar-besaran, dan kebuluran yang telah membunuh kanak-kanak dan orang.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Rabu , 08-05-2024 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah bersetuju dengan Perdana Menteri dan menteri luar Qatar, Mohamed Al Thani dan ketua perisikan Mesir, Abbas Kamel untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata bagi menamatkan pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza.
Menurut sumber dari pejabatnya, Haneyya bercakap melalui telefon dengan Perdana Menteri Qatar dan berbincang perkembangan terkini berkaitan rundingan gencatan senjata.
Haneyya menekankan kesungguhan Pergerakannya untuk mengkaji cadangan gencatan senjata yang diterima baru-baru ini, dan menyatakan penghargaannya kepada Qatar atas peranannya dalam usaha sebagai pengantara.
Pemimpin Hamas itu juga menelefon ketua perisik Mesir dan bercakap dengannya mengenai usaha gencatan senjata itu.
Beliau berterima kasih kepada Mesir atas usaha besarnya untuk menamatkan perang ke atas Gaza, dan menegaskan bahawa delegasi peringkat tinggi dari Pergerakan Hamas akan melawat Kaherah tidak lama lagi untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata bagi mencapai persetujuan menamatkan pencerobohan terhadap penduduk Gaza dan memenuhi tuntutan keadilan mereka.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Rabu , 08-05-2024 – Gerakan Hamas berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis bahawa pembunuhan dua tahanan Palestin, termasuk Dr. Adnan al-Barash di penjara Israel, adalah satu lagi episod “jenayah perang yang dahsyat” yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Gerakan itu juga berkata ramai, termasuk doktor, seringkali ditahan oleh tentera Israel dari sekolah dan hospital dan dibawa ke pusat tahanan yang tidak mempunyai keperluan asas.
“Antara mereka adalah doktor yang jenayahnya menjalankan tugas kemanusiaan terhadap orang yang cedera dan sakit,” kata Hamas. sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Rabu , 08-05-2024 – Presiden Gustavo Petro berkata pada Rabu bahawa Colombia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, kerana pemimpin rejim itu digambarkan sebagai melakukan ” pembunuhan beramai-ramai ” dalam perang di Gaza.
“Esok (Khamis) hubungan diplomatik dengan negara Israel akan terputus … kerana mempunyai presiden yang melakukan genosid, ” Petro memberitahu ketika perhimpunan May Day di Bogota — merujuk kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Petro memberitahu ribuan penyokongnya bahawa dunia tidak boleh menerima “pembunuhan beramai-ramai dan pemusnahan keseluruhan manusia.”
“Jika Palestin mati, kemanusiaan juga akan mati, ” katanya disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai, beberapa daripadanya dilihat mengibarkan sepanduk pro-Palestin.
Petro sebelum ini telah bersama menyokong Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang juga mencetuskan kemarahan Israel kerana mengatakan kempen Gaza “bukan perang, tetapi adalah pembunuhan beramai-ramai.”
Colombia dan Brazil menyokong aduan Afrika Selatan terhadap Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, mengatakan serangan Gaza sama dengan pelanggaran konvensyen genosid.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Rabu , 08-05-2024 – Beberapa warga Palestin mengalami sesak nafas selepas menghela asap bom-bom pemedih mata dilancarkan rejim Zionis (IOF) dalam pertembungan yang meledak di bandar Qasra, selatan Nablus, pada petang Rabu.
Pertembungan tercetus setelah tentera rejim Zionis menyerbu bahagian selatan bandar tersebut, dalam kesaratan bedilan-bedilan bom pemedih mata.
Tekanan telah meningkat tinggi di Tebing Barat sejak bermulanya kekerasan Israel di Jalur Gaza, yang menyebabkan ribuan ditahan dan ratusan lagi syahid.
Dengan perang penghapusan etnik Israel terhadap Jalur Gaza kini masuk hari ke-298, 34,568 warga Palestin terbunuh dan 77,765 yang lain cedera sementara lebih kurang 1.7 juta orang terusir dari kawasan kediaman mereka.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul
Khamis , 02-05-2024 – Pihak Euro-Med Monitor menyatakan kebimbangan ke atas banyak laporan mengenai tekanan politik yang diberi oleh Israel dan sekutunya dalam usaha untuk menghalang ICC ( Mahkamah Jenayah Antarabangsa) di Hague dalam pengeluaran waran tangkap ke atas tokoh-tokoh keselamatan dan politik.
Sebarang usaha untuk meremehkan usaha ICC, mencemar integriti dan mengutamakan kepentingan politik pihak penceroboh dari mencapai keadilan antarabangsa dan campur tangan pihak penceroboh atas mangsa. Tindakan sebegini sangat menjengkelkan menurut kumpulan hak asasi manusia dalam satu kenyataan pada hari Ahad lepas.
Berita mengenai pengeluaran waran tangkap oleh ICC ke atas pihak Israel yang terlibat dalam jenayah ke atas warga Palestin telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kebimbangan dalam keupayaan Mahkamah Antarabangsa. Usaha bertersuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk membawa tertuduh ke perbicaraan dan menjalankan hukuman tanpa tekanan oleh pihak luar yang berniat untuk menggagalkan usaha dan pelaksanaan undang-undang antarabangsa.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad