Categories
Berita Semasa

Warga Palestin memperingati ulang tahun ke 47 Hari Tanah Air

Isnin, 03-04-2023 – Ribuan warga Palestin pada Khamis menyertai perarakan besar-besaran bagi memperingati ulang tahun Hari Tanah Air Palestin di kota Sakhnin, Palestin.

Para peserta bergerak dari jalan Al-Shuhada’ ke perkuburan Al-Shuhada’, sambil mengibarkan bendera Palestin.Dalam ucapannya di perarakan itu, Ketua Jawatankuasa Susulan, Muhammad Baraka berkata, “Tanah Palestin ialah tunjang perjuangan kami” dalam menentang Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ramai Cedera dan Sesak Nafas, Serangan Stadium Oleh Israel Di Utara Al Quds

Isnin, 03-04-2023 – Sejumlah warga mengalami sesak nafas pada Khamis (30/3/2023) malam, dalam serangan yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel di Stadium Olahraga Faisal Al-Husseini di kota Al-Ram, utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel semasa pertandingan akhir bola sepaka Piala Yasser Arafat antara “Markaz Balata” dan “Jabal Mukaber.”

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menyerbu ke stadium dan menembak gas pemedih mata ke stadium yang menyebabkan sejumlah pemain dan penyokong mengalami sesak nafas, termasuk kanak-kanak.

Sumber tersebut menambah bahawa bom gas beracun memasuki ruang persalinan semasa para pemain kedua pasukan berada di situ ketika waktu rehat yang menyebabkan beberapa pemain cedera dan mengalami sesak nafas. Para penonton terpaksa meninggalkan tempat duduk penonton dan turun ke padang untuk berlindung dari bom gas yang ditembak pasukan penjajah Zionis Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOF menahan dua warga Palestin di Jenin, Baitulmuqaddis

Jumaat, 31-03-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan dua pemuda Palestin di Jenin dan Baitulmuqaddis pada petang Rabu.

Sumber tempatan mengesahkan yang IOF menahan seorang pemuda di pos pemeriksaan tentera yang dinaikkan di selatan Jenin.

Tentera rejim juga menahan seorang lagi pemuda Palestin di pos pemeriksaan Al-Jib dekat Baitulmuqaddis atas dakwaan beliau memiliki pisau. Pada Rabu sebelumnya, 15 warga Palestin ditahan dalam satu kempen serbuan subuh. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pasukan rejim Zionis Israel menahan dua warga Palestin di Kota Lama Jerusalem.


Khamis, 30-03-2023 – Polis Rejim Zionis Israel telah menahan dua pemuda Palestin di bandar Kafr Aqab, di utara kawasan kepungan Jerusalem pada Isnin malam Selasa.

Sumber tempatan melaporkan polis rejim Zionis menyerbu bandar tersebut dan menahan dua pemuda, Ahmed Hisham Mutair dan Walid Saqr al-Bala. Pertempuran tercetus susulan dari serbuan di kala tembakan bom pemedih mata bertalu-talu. Tiada kecederaan yang dilaporkan setakat ini.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

IOF tahan pemuda Palestin di barat daya Nablus

Khamis, 30-03-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Selasa menahan seorang pemuda Palestin di barat daya Tebing Barat kota Nablus.

Sumber tempatan melaporkan yang pemuda Palestin Bahaa’ Maskawi, dari Tebing Barat bandar Qalqilya, ditahan ketika melalui pos pemeriksaan tentera dekat kampung Sarra.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak rejim mengenakan penahanan tanpa bicara terhadap pemuda itu yang bernama Bilal Halabiyya selama enam bulan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

24 Tahanan Palestin Menderita Kanser Dalam Penjara Israel

Khamis, 30-03-2023 – Bilangan tahanan Palestin yang menderita kanser dan ketumbuhan dalam penjara Israel meningkat sejak tahun 2021.

Menurut Persatuan Banduan Palestin, 24 tahanan mengalami pelbagai jenis dan tahap kanser dan ketumbuhan.

Sesetengah daripada mereka sudah pun menjalani pembedahan. Bagaimanapun, mereka masih memerlukan rawatan perubatan yang lebih intensif.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Semenanjung Gaza terkesan teruk akibat keputusan bekalan peralatan perubatan

Rabu, 29-03-2023 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) melancarkan laporan baru tentang “Peralatan Perubatan dan Ubat di Semenanjung Gaza: Kekurangan Berterusan dan Kesannya.”

Laporan itu menyentuh keadaan kesihatan di Semenanjung Gaza yang semakin teruk dan menumpukan pada penderitaan pada pesakit di Semenanjung Gaza akibat system kesihatan yang lemah dan ketidakupayaannya menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk fasiliti kesihatan kerajaan.

Laporan itu turut memfokus kepada sekatan rejim terhadap kemasukan peralatan perubatan, terutamanya peralatan perubatan diagnostik untuk merawat pesakit kanser serta stesen penghasilan oksigen. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serbuan Israel: Warga Palestin Ditangkap, Kanak-Kanak Cedera

Rabu, 29-03-2023 – Seorang warga Palestin ditangkap pada petang Isnin dalam serbuan Pasukan Khas Israel di kem pelarian Abqat Jabr, barat daya Jericho, Tebing Barat.

Menurut laporan sumber-sumber tempatan, Wael al-Maqiti ditangkap selepas kediamannya di kejiranan Al-Maqayta dikepung.

“Mereka (Tentera Israel) menembak kediaman itu,” demikian keterangan sumber, menambah bahawa Al-Maqiti adalah bapa kepada dua syahid Palestin, Raf’at dan Ibrahim.

Sementara itu, seorang kanak-kanak Palestin cedera di kaki akibat terkena peluru hidup semasa pertempuran bersenjata tersebut.

Berdasarkan laporan tempatan, kenderaan ambulans dihalang untuk sampai ke tempat kejadian.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Lima orang cedera, pemuda ditangkap dalam serangan penduduk di Huwara

Rabu, 29-03-2023 – Lima warga Palestina mengalami gangguan pernafasan pada hari Isnin setelah Regim Zionis Israel (IOF) menembakkan peluru tepat dan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestina dalam membantu penyerbuan pendatang Yahudi ke kota Huwara di selatan kota Nablus, Tepi Barat.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestina (PRCS) mengatakan dalam sebuah pernyataan singkat bahwa lima warga Palestina mengalami gangguan pernafasan sepanjang serangan pendatang Yahudi di Huwara.

Ditambahkan bahwa para pendatang Yahudi ekstremis menyerang kendaraan ambulans PRCS, memecahkan cemin depan dan sisi.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

IOF menembak dan mencederakan dua kanak-kanak Palestin di Beit Ummar

Selasa, 28-03-2023 – Dua kanak-kanak Palestin dicederakan oleh tentera rejim zionis (IOF) ketika pertelingkahan tercetus di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil, pada petang Ahad.

Sumber tempatan mengatakan, tentera IOF melepaskan tembakan ke arah sekumpulan kanak-kanak di bandar Beit Ummar, mencederakan dua daripada mereka dengan tembakan peluru besi bersalut getah.Pertelingkahan ganas turut tercetus di bandar Al-Ram, utara Baitulmuqaddis, di tengah-tengah hujanan tembakan gas pemedih mata dan bom bunyi. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

200,000 orang menuntut agar apartheid terhadap rakyat Palestin dihentikan

Isnin, 27-03-2023 – Pejabat Amnesty Antarabangsa di seluruh dunia menyampaikan petisyen yang ditandatangani oleh lebih 200,000 orang kepada rejim zionis, dan menyeru merekaagar menghentikan pemusnahan rumah-rumah warga Palestin sebagai langkah pertama menghapuskan apartheid. 

Petisyen Amnesty Antarabangsa, Hapuskan Apartheid, Bukan Rumah Rakyat Palestin, ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Petisyen itu ditandatangani oleh rakyat dari sekurang-kurangnya 174 negara.

Senarai tandatangan itu diserahkan pada Hari Penghapusan Diskriminasi Perkauman Antarabangsa, yang disambut setiap tahun oleh komuniti antarabangsa bagi memperingati 69 pembantah aman yang dibunuh oleh polis Afrika Selatan pada 21 Mac 1960.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penjajah Israel Serahkan Notis Perintah Merobohkan Rumah Penduduk

Isnin, 27-03-2023 – Rabu (22/3/2023), pasukan penjajah Israel menyerahkan surat perintah merobohkan empat rumah dan kandang kambing di kota Ithna, sebelah barat Hebron. Penjajah Zionis mendirikan dua gerbang di pintu masuk selatan kota Jericho.

Sumber berita tempatan menyatakan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menyerbu daerah Khallet Ibrahim dan menyerahkan notis perintah merobohkan empat buah rumah. Rumah-rumah tersebut dimiliki oleh Osama Awad (yang rumahnya seluas 150 meter persegi sedang dibina), Moataz Awad (yang luasnya 100 meter persegi), rumah ketiga milik Misbah Abu Zalat berserta kandang kambing dan rumah keempat milik keluarga Al-Jiyawi yang didakwa dibina di Kawasan C (yang secara pentadbiran dan keselamatan di bawah kendalian otoriti penjajah Zionis, berdasarkan perjanjian Oslo).

Selain itu, pada Rabu malam, pasukan penjajah Israel mendirikan dua gerbang besi di pintu masuk selatan kota Jericho, sebelah timur Tebing Barat dalam rangka memperketat aktiviti warga di Jericho terutama dari kem pelarian Aqabat Jabr yang menyaksikan serangan berulang kali oleh pasukan penjajah dalam tempoh muktahir

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Amnesty menyeru Kesatuan Eropah (EU) agar mengakui reality apartheid Israel

Isnin, 27-03-2023 – Amnesty Antarabangsa menekankan perlunya EU mengakui realiti apartheid Israel.

Pada awal bulan ini, satu delegasi diplomat Eropah melawat Huwara dan Za’tara, dua bandar Palestin di Nablus, di mana para pendatang Yahudi melancarkan serangan ganas.

Rentetan lawatan mereka, para diploma Eropah itu menyelar kejadian serangan ke atas warga Palestin di Huwara, dan menekankan keperluan melindungi semua orang awam dan memastikan kebertanggungjawaban.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

 

Categories
Berita Semasa

Ratusan warga Baitulmuqaddis diancam pengusiran

Rabu, 22-03-2023 – Ratusan warga Palestin di Baitulmuqaddis berisiko diusir akibat rancangan peluasan penempatan para pendatang Israel di kejiranan Batan al-Hawa di bandar Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa.

Sekurang-kurangnya 87 keluarga Palestin, yang terdiri daripada 700 orang, hidup dalam ancaman diusir bagi memberi laluan kepada rancangan peluasan untuk pendatang di kejiranan Batan al-Hawa, demikian menurut Zuhair Al-Rajabi, ketua jawatankuasa kejiranan.

Al-Rajabi memberi amaran yang pihak rejim akan mengeluarkan arahan pengosongan rumah kepada warga Palestin di kejiranan itu pada bulan Ramadhan yang mulia, dan menambah yang rumahnya termasuk dalam senarai terancam.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Militan dan Pendatang Zionis Menangkap dan Menyerang Penduduk Palestin di Tebing Barat

Rabu, 22-03-2023 – Ramallah -Isnin (20/3/2023), pasukan penjajah Zionis Israel Zionis melancarkan operasi menggempur, mencari dan menangkap di wilayah Tebing Barat.

Sementara itu para pendatang Yahudi melakukan serangan dan mencederakan penduduk Palestin.

Di Betlehem, pasukan penjajah Zionis Israel menangkap Ali Kittaneh dan ayahnya setelah menyerbu rumah mereka di wilayah Doha.

Di Tulkarm, tentera Zionis Israel menangkap dua bersaudara Abdel Basset dan Muhammad Ibrahim Abu al-Ezz dari kota Zeita, sebelah utara kota.

Di Hebron, tentara pendudukan Zionis Israel menangkap tiga pemuda, Bara Muhammad al-Hroub, Ezz Youssef al-Hroub dan Iyad Farid Awawdeh dari kota Deir Samet.

Di Ramallah, pasukan penjajah Zionis Israel menangkap bekas tawanan, Walid Hammad, dari kem Al-Amaari ketika dia melalui sebuah pos pemeriksaan militan Israel di desa Birnbala, barat laut Al-Quds.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman