Rabu, 06-09-2023 –Ramai rakyat Palestin cedera pada hari Ahad dalam sserbuan buan oleh rejim Zionis Israel ke atas beberapa kawasan di Tebin Barat di bandar al-Khalil.
Beberapa warga Palestin cedera setelah rejim Zionis menyerang aktivis Palestin setelah menyerbu bandar Masafer Yatta di selatan al-Khalil dimana tercetusnya penentangan. Manakala,tentera rejim Zionis menyamun traktor milik warga Palestin , Issa Mus’if setelah menyerang bandar Masafer Yatta.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 04-09-2023 – Keluarga aktivis Amin Abu Rashed telah menyuarakan kebimbangan tentang tempoh penahanan Abu Rashed yang dilanjutkan di penjara Belanda.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis, keluarga Abu Rashed menekankan yang beliau telah ditahan lebih daripada dua bulan tanpa perbicaraan, mengesahkan yang mahkamah Belanda menolak tuntutan membebeaskan Abu Rashed sehingga perbicaraan bermula.
Keluarganya mengesahkan yang lanjutan penahanan Abu Rashed walaupun keadaan kesihatannya semakin teruk merupakan pelanggaran serius ke atas undang-undang dan konvensyen antarabangsa.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 04-09-2023 – Pada pagi Khamis lepas, bulldozer Israel meruntuhkan rumah-rumah Palestin di kawasan Negev.
Bulldozer tersebut merosakkan rumah-rumah yang dimiliki oleh keluarga al-Ghannami dan Abu Hlayyil selepas memasuki kampung Abu Qrenat di Negev.
Walid Hawashleh, wakil Negev dalam Senarai Arab Bersatu, menyatakan bahawa pemusnahan rumah-rumah Palestin di Negev adalah sebahagian daripada dasar pembersihan etnik yang diambil oleh Israel, dengan menekankan bahawa rakyat Palestin tidak akan dibiarkan terhalang oleh operasi pemusnahan yang semakin meningkat.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Isnin, 04-09-2023 – Amnesty International (AI) menyelar keputusan mahkamah Israel untuk memusnahkan rumah seorang kanak-kanak Palestin Mohammed al-Zalbani yang ditahan reman selama enam bulan.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, AI berkata, keputusan Israel untuk memusnahkan rumah Zalbani adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang dan konvensyen antarabangsa dan juga satu jenayah perang.
Terdahulu pada Isnin, Mahkamah Agung Israel mengambil keputusan untuk memusnahkan rumah Zalbani walaupun petisyen telah diserahkan oleh organisasi hak asasi manusia Israel, HaMoked untuk menentang keputusan itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 30-08-2023 – Jurucakap Hamas untuk Baitulmuqaddis, Muhammad Hamada, mengesahkan yang ancaman Israel untuk membunuh Sheikh Saleh al-Arouri dan menyasarkan pemimpin
Dalam satu kenyataan pada petang Ahad, Hamada berkata yang rejim zionis gagal berdepan dengan perjuangan Palestin yang teguh.
“Sebarang pembunuhan hanya akan menguatkan rakyat dan pemimpin Palestin untuk terus berjuang,” beliau menambah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 28-08-2023 – Rejim zionis (IOA) mengambil keputusan untuk memusnahkan rumah keluarga dua warga Palestin, Muhannad Shehadeh dan Hassan Qatnani, yang dibunuh oleh tentera rejim ketika melakukan serangan anti rejim.
Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan pada petang Rabu tentang arahan pemusnahan rumah Shehadeh kerana terlibat dengan tembakan anti penjajah di Nablus pada 20 Jun, 2023.Satu arahan pemusnahan dikeluarkan terhadap rumah keluarga Qatnani kerana terlibat dalam operasi tembakan pada 7 April, 2023 di Lembah Jordan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 24-08-2023 – Jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata, ancaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak akan melemahkan mereka daripada menentang rejim.
Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Selasa, Qassem menekankan yang Israel melancarkan perang terbuka terhadap rakyat Palestin, namun rakyat Palestin akan terus menentang rejim zionis sehingga tiada lagi tempat untuk penceroboh.Qassem mengesahkan yang kumpulan-kumpulan pejuang Palestin sedang melindungi rakyat Palestin daripada rejim, dan rakyat Palestin berhak untuk mempertahankan diri.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 24-08-2023 – Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haneyya berkata rakyat Palestin akan menentang pengepungan Israel, penutupan kawasan dan perluasan penerokaanharam di Tebing Barat dengan lebih hebat dan semangat waja.
Tiada penyelesaian politik atau keselamatan di Tebing barat selepas proses melalui saluran politik gagal dan perjanjian Oslo telah bertebaran merata-rata , kenyataan Haneyya dalam satu sidang media dalam saluran rasmi web
Pergerakan Hamas pada hari Selasa lepas. Rakyat kami tidak lagi menuruti saluran politik dimana telah memberi kesan terhadap perjuangan Palestin dan hak turun temurun di Palestin menurut Ketua Biro Politik Hamas.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Khamis, 24-08-2023 – Aksi-aksi perlawanan masih berterusan di Tebing Barat terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi sepanjang 24 jam terakhir.
Pusat informasi Palestin Maata memantau terjadinya 22 aksi pertempuran di Tebing Barat termasuk dua tembakan, tembakan jatuh jet tanpa juru terbang,hadangan terhadap serangan penduduk pendatang Yahudi dan pertempuran di 13 tempat konfrontasi di pelbagai wilayah terpisah di Tebing Barat.
Pejuang mujahidin menembak pasukan penjajah Zionis Israel yang melakukan penyerbuan ke kota Zababdeh. Pejuang mujahidin menembak jatuh sebuah pesawat pengintip di ruang udara kem pelarian Jenin.
Para pemuda Palestin melempar batu ke kenderaan penduduk pendatang Yahudi di desa Al-Funduq di Qalqilya, mencederakan kepala seorang penduduk pendatang Yahudi.
Pertempurann terjadi di 13 tempat di kota Ramallah, Hebron, Nablus, Qalqilya, Tulkarem dan Jenin.Penduduk Palestin menyerang balas dan menghalang serangan penduduk pendatang Yahudi dan memusnahkan kenderaan mereka di desa Turmusaya di Ramallah, Hawara di Nablus dan Al-Funduq di Qalqilya.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 23-08-2023 – Jentolak rejim Zionis pada hari Isnin telah memusnahkan sebuah rumah dan kilang di timuar laut di kawasan tersebut. Menurut sumber tempatan, jentolak rejim Zionis memusnahkan kediaman berkeluasan 150 meter persegi milik warga Palestin Bajes al-Sheikh setelah menyerbu pekan Badu.
Sumber melaporkan jentera rejim Zionis memusnahkan kilang milik rakyat Palestin Mohmmad Abu Eid . Mohammad Abu Eid menyatakan kilang tersebut telah didirikan sejak 20 tahun dahulu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Rabu, 23-08-2023 – Polis rejim mengenakan sekatan perjalanan terhadap aktivis dan guru wanita Khadija Khwais dari Baitulmuqaddis selama sebulan.
Khwais telah dipanggil untuk siasatan di balai polis Al-Maskoubiya, barat Baitulmuqaddis, di mana beliau menerima sekatan perjalanan selama sebulan.Khwais telah ditahan lebih daripada 30 kali dan dilarang masuk ke Masjid Aqsa lebih daripada sekali. Beliau juga telah dikenakan sekatan perjalanan dari 2015 hingga 2018, dan selama enam bulan pada 2020.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 22-08-2023 – Pertelingkahan ganas tercetus di Quneitra, kawasan bandar Beit Furik, timur Nablus, pada petang Ahad.
Pertelingkahan tercetus setelah tentera rejim zionis (IOF) menyerbu kawasan itu dan melepaskan tembakan bom gas pemedih mata, dan menyebabkan kes terhidu gas tersebut.
Manakala IOF terus menyerang bandar Aqraba, Selatan Nablus sejak awal pagi.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 21-08-2023 – Seorang wanita Palestin cedera setelah dilanggar oleh seorang pendatang Yahudi di bandar Tel Rumeida, di kota al-Khalil, Tebing Barat.
Saksi mata mengesahkan seorang pendatang yang menunggang basikal elektrik sengaja melanggar seorang wanita Palestin, menyebabkan beliau cedera di seluruh badan.
Wanita itu menerima bantuan perubatan di tempat kejadian, sumber itu menambah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 21-08-2023 – Rejim Zionis Israel (IOA) pada hari Khamis telah melanjutkan tempoh larangan perjalanan ke atas aktivis Jerusalem Hanadi Halawani selama 5 bulan. IOA meletakan perintah larangan perjalanan ke atass aktivis Halawani setelah memanggil beliau untuk soal siasat pada pagi Khamis lepas. Aktivis Halawani telah ditahan dan diberikan perintah larangan perjalanan beberapa kali . Beliau telah dilarang untuk memasuki masjid Al-Aqsa untuk selama 8 tahun.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 21-08-2023 – Pasukan penjajah Zionis pada Khamis (17/8/2023) pagi menyerbu penjara gurun Negev. Mereka mula melakukan tekanan dan serangan terhadap para tawanan di sana.
Pejabat maklumat Tawanan mengatakan dalam sebuah pernyataan singkat hari ini bahawa pasukan represi Israel menyerbu Bahagian 3 Penjara Negev dalam situasi yang sangat tegang.
Serbuan ini dilakukan lanjutan daripada serangkaian serbuan di beberapa bahagian penjara Negev. Terakhir dilakukan beberapa hari yang lalu di Bahagian 26.
Badan Urusan Tawanan dan Kelab Tawanan Palestin (PPC) menganggap pihak pentadbiran penjara penjajah Zionis Israel bertanggungjawab penuh atas nasib para tawanan di Penjara Negev.
Hazem Hassanein, jurucakap Pejabat Maklumat Tawanan mengatakan bahawa apa yang terjadi di penjara Negev berupa tindakan tekanan ganas, serangan dan pelanggaran adalah terjemahan sebenarnya dari kunjungan ekstremis, Menteri Keamanan Nasional Itamar Ben Gvir ke penjara beberapa hari yang lalu.
Beliau menyatakan bahawa Ben Gvir mengarahkan untuk melakukan tekanan keras terhadap para tawanan dan menyerbu bilik dan sel penjara.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman