
Khamis, 08/10/2009 –Komuniti Palestin di Swiss mengutuk keras sikap pimpinan PLO yang meminta sesi pendengaran suara di Dewan Hak Asasi Manusia PBB ditunda. Penundaan itu ada kaitan dengan Laporan Goldstone. Sesi dan laporan itu sepatutnya dibentangkan dalam Dewan Keamanan dan akan dibincangkan di Dewan Hak Asasi Manusia kali ke-13 yang akan diadakan pada Mac 2010.













