Categories
Berita Semasa

Duwek Undang Rapat Umum antara Faksi Untuk Bangun Strategi Nasional

Khamis , 10/11/2011 – Dr. Aziz Duwek, ketua parlimen Palestin mengundang semua pemimpin nasional serta seluruh elemen bangsa dan perwakilanya di Palestin untuk mengadakan rapat umum membahas strategi nasional di semua wilayah Palestin.

Dalam pernyataanya, Isnin (31/10) Duwek mempersoalkan kemampuan pihak otoriti untuk membuat keputusan yang menjadi penyelesaian dan komitmen bersama masyarakat antarabangsa terutama Israel. Beliau mengajak semua elemen bangsa yang ada di Palestin membuat rancangan masa depan bangsa. Inilah strategi yang akan menjadi acuan sebagai pandangan yang tegas berkait otoriti, keberadaan dan sejauhmana manfaatnya bagi bangsa serta sejauh mana ia dimanfaatkan oleh penjajah. Kemudian membandingkan antara faedah dan keuntungan dan kerugian yang mereka terima jika bersatu dibawah strategi nasional.

Duwek mengungkapkan keyakinannya, masa depan bangsa ada di tangan Palestin. Inilah gambaran yang benar bagi Arab memberikan khabar gembira. Bangsa Arab mempunyai keinginan keluar dari thagut. Inilah peta jalan damai sebenar yang dapat mengangkat derajat bangsa Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel buka empangan sebabkan banjir di rumah Palestin

Khamis , 10/11/2011 – Pihak berkuasa Israel telah membuka empangan air di Sanati, timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan banjir di kawasan rumah Palestin di bandar Abasan al-Kabira.

Datuk Bandar Abasan, Mustafa al-Shawwaf, memberitahu agensi berita Safa, 8 buah rumah di bandar ini telah ditenggelami banjir dengan ketinggian 70 hingga 90 cm dan penduduk kini sedang dipindahkan. Banyak jalan-jalan di Khan Younis selatan Semenanjung Gaza juga banjir akibat hujan lebat yang turun sepanjang malam di kawasan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera laut rejim Israel menunda kapal bantuan Gaza ke Asdod

Khamis , 10/11/2011 –Bot-bot tentera laut rejim Israel memintas dua kapal bantuan Gaza: Hurreyah dari Ireland dan Tahrir dari Kanada yang cuba menembusi sekatan 5 tahun ke atas Semenanjung Gaza. Para pegawai rejim menaiki kapal-kapal tersebut dan menundanya ke Asdod.

Satu kenyataan oleh tentera laut rejim Israel berkata, pegawai-pegawai itu dalam perjalanan untuk menghentikan sekatan maritim di Semenajung Gaza dan ianya mematuhi undang-undang antarabangsa. Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, perbuatan memintas kapal-kapal itu merupakan tindakan berterusan oleh lanun Israel ke atas sesiapa yang cuba menembusi sekatan di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyuraikan demonstrasi anti-tembok pemisah secara paksa

Khamis , 10/11/2011 – Berpuluh-puluh penunjuk perasaan anti-tembok pemisah, yang terdiri daripada rakyat Palestin dan aktivis perpaduan, mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera IOF untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang diadakan secara mingguan di Bilin. Demonstrasi minggu ini juga untuk menandakan pengisytiharan Balfour.

Bantahan bermula selepas solat Jumaat dari pusat kampung ke arah bidang berhampiran dinding. Peserta membawa pelekat dengan “Gelombang Kebebasan” yang ditulis ke atasnya, yang merupakan nama yang diberikan kepada konvoi yang berada di atas jalan untuk memecahkan pengepungan Gaza.

Para penunjuk perasaan melaungkan panggilan agar menamatkan pekerjaan, perobohan tembok aparteid, komitmen kepada asas-asas Palestin, panggilan untuk membebaskan tawanan dan panggilan bagi masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Menahan Kapal Bantuan, Tahan Penumpang

Khamis , 10/11/2011 – Dua kapal bantuan ke Gaza telah ditahan oleh tentera laut Israel pagi jumaat dan ditunda ke Pelabuhan Israel, dimana penumpangnya telah ditahan oleh Pasukan Keselamatan Israel.

Dennis Kosseim, penyelaras kapal bantuan itu memberitahu pemberita, bahawa sekatan Israel terhadap misi bantuan tidak akan melemahkan semangat para aktivis, sambil menambah, ” Matlamat kami adalah jelas, iaitu membawa bantuan kemanusiaan dan harapan kepada rakyat palestin di Gaza.”. Dia berjanji bahawa misi bantuan ke Gaza itu akan diteruskan, dan lebih banyak bot dijangka akan tiba, bulan hadapan.

Apabila tentera laut Israel menghampiri kedua-dua bot tersebut, hubungan komunikasi terputus secara tiba-tiba diantara penumpang serta rakan media diseluruh dunia, termasuklah telefon bimbit, telefon satelit dan hubungan komunikasi radio, menyebabkan spekulasi timbul bahawa tentera laut Israel menyekat isyarat perhubungan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Israel “Maafkan” Sejumlah Besar Warga Palestin Yang Dikehendaki

Khamis , 10/11/2011 – Sumber keselamatan Palestin melaporkan, Jumaat lepas bahawa, Israel telah menyerahkan kepada pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat, satu senarai mengandungi nama sejumlah besar warga Palestin “dikehendaki” yang telah mendapat sebahagian atau sepenuhnya pengampunan daripada Israel.

Warga Palestin “dimaafkan” tersebut dikehendaki oleh Israel, tentera Israel telah berulang kali melakukan operasi untuk menangkap mereka, bersama-sama “warga Palestin dikehendaki” yang lainnya.

Warga Palestin “pengampunan sepenuhnya” akan bebas bergerak di dalam wilayah Palestin, dan juga akan dibenarkan keluar untuk perjalanan ke luar negara.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Abbas : Tiada Bidaan Baru di UN.

Khamis , 10/11/2011 – Pihak Berkuasa Palestin diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas menyatakan, ia tidak akan memfailkan mana-mana bidaan baru di agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada waktu ini , dan hanya akan memberi fokus pada usaha-usaha mendapat status taraf negara penuh di PBB.
Menteri Luar Palestin, Riyadh Al Maliki, menyatakan yang “Presiden Abbas mahu memberi fokus pada fail percubaan menjadi ahli UN yang akan diserahkan pada 23hb September”, tambahnya lagi , P.A. memberi tumpuan pada isu itu melalui Majlis Keselamatan itu. Katanya, International Community mesti mengganggu dan menghentikan semua langkah diambil Israel untuk menentang rakyat Palestin dalam usaha mencari pengiktirafan antarabangsa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis cedera di perkampungan Palestin.

Khamis , 10/11/2011 – Berita Ynet Israel melaporkan, seorang lelaki rakyat Israel telah cedera berdekatan dengan Makam “Joshua”, di perkampungan Palestin Kafel Hares, berhampiran dengan Tebing Barat Bandar Qalqilia. Lelaki tersebut mendapat kecederaan kecil dan telah dibawa ke sebuah Pusat Perubatan Israel.

Ynet menyatakan, “Sekumpulan pemuja telah pergi ke Makam Joshua tanpa berurusan terlebih dahulu dengan tentera Israel berkenaan lawatan mereka”.

Dalam perkembengan yang lain, tentera Israel telah menculik tujuh orang rakyat Palestin dalam satu malam di beberapa kawasan Tebing Barat dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Jemaah haji Palestin disekat rejim Zionis di sempadan.

Khamis , 10/11/2011 – Pada Jumaat pagi, pihak polis penjaga sempadan negara mengharamkan ratusan jemaah Palestin, yang telah dibebaskan di Shalit melalui perjanjian penukaran yang ditandatangani oleh Pergerakan Hamas-Israel pada bulan lepas, yang pergi ke Tanah Suci Mekah, agensi media Palestin melaporkan pada pagi Jumaat. Pihak Israel mengatakan bahawa kesemua jemaah itu tidak mempunyai dokumen yang sah untuk pergi ke Jordan, kata sumber Israel. Pegawai sempadan Palestin, Nathmi Mhanna, mengatakan bahawa tida koordinasi di antara para jemaah tersebut dengan pihak Kementerian Hal Ehwal Agama dan Wakaf Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nashitah

Categories
Berita Semasa

Puluhan Ribu Rakyat Israel Membantah Keadaan Ekonomi, Perbelanjaan Ketenteraan

Khamis , 10/11/2011 – Perarakan puluhan ribu rakyat Israel telah berlaku di Tel Aviv, dengan ribuan lagi berhimpun di Jurusalem, untuk mendesak kerajaan Israel untuk mengubah keutamaan perbelajaan ketenteraan dan menangani masalah sosial yang melanda negara itu.

Salah satu penganjur kepada bantahan tersebut, Nicola Simmonds, memberitahu pemberita,”Di dalam Israel, kami tidak mengalami kemelesetan ekonomi. Masalah kami bukanlah kerana kami tiada wang. Masalah kami adalah salah urus.”

Pada hujung September, bertindakbalas terhadap bantahan dan perhimpunan sepanjang musim panas, kerajaan Israel menaikkan cukai ke atas syarikat-syarikat dan orang kaya Israel. Tetapi, penunjuk perasaan mengatakan bahawa itu sahaja tidak mencukupi, dan tindakan selanjutnya perlu diambil untuk menangani masalah ketidaksamaan didalam negara.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Ketua Pegawai Ketenteraan Israel : “Mulakan serangan ke atas Gaza!”

Khamis , 10/11/2011 – Ketua Pegawai Ketenteraan Israel, Benny (Benjamin Gantz, memerintahkan para tentera untuk memulakan serangan tindak balas berperingkat untuk menentang semula serangan dari arah Semenanjung Gaza ke sempadan kawasan Israel, TV Israel melaporkan.

Gantz menyatakan bahawa Israel tidak akan komited tehadap gencatan senjata dengan kumpulan pertahanan di Semenanjung Gaza, dan akan meneruskan untuk menyerang Gaza bagi menghadkan keupayaan kumpulan pertahanan itu. The Jerusalem Post melaporkan di laman sesawangnya pada Isnin malam, bahawa tentera- tentera mestilah sentiasa bersedia untuk pemusnahan dan serangan balas secara mengejut di bahagian kawasan itu, dan pihak Israel mestilah sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nashitah

Categories
Berita Semasa

Palestin Menjadi Ahli UNESCO Secara Rasmi.

Khamis , 10/11/2011 – Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Pendidikan, Organisasi Saintifik dan Kebudayaan, UNESCO, telah pun mengundi pada hari isnin bagi melanjutkan keahlian penuh Palestin, walaupun Amerika dan Negara penyumbang lain menyatakan bahawa keputusan ini akan melibatkan penggunaan dana organisasi ini.

Deligasi UNESCO berbesar hati untuk mengundi bagi mengiktiraf Palestin sebagai ahlinya dengan undian 107-14, dengan 52 yang berkecuali. Apabila undi telah dikira, sorakan kuat kedengaran didalam dewan perhimpunan.

“ Kegembiraan memenuhi hati saya. Ini adalah saat yang bersejarah,” kata Menteri luar Palestin, Riad Malki. “ Kami berharap kemenangan hari ini di UNESCO adalah garis bagi permulaan. Penyertaan kami didalam UNESCO bukanlah pilihan, ia tidak boleh diganti dengan yang lain.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Rakyat Mesir di tahan berikutan kes di kedutaan Zionis

Sabtu , 05/11/2011 – Pihak kehakiman Mesir telah mendakwa seramai 73 orang rakyat Mesir di sebabkan insiden serangan di kedutaan besar Zionis. Mereka telah dihukum 6 bulan penjara. Kejadian berlaku apabila tentera Zionis di kedutaan itu menyerang rakyat Mesir yang berada di kawasan kedutaan itu. Rakyat Mesir telah mengadakan demonstrasi aman di kawasan itu. Hasil dari kejadian itu, pegawai kedutaan Zionis telah bertindak meninggalkan pejabat kedutaan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Notis pemusnahan diberi kepada lima keluarga di Silwan

Sabtu , 05/11/2011 – Rejim Israel (IOA) menyerahkan 5 notis pemusnahan kepada beberapa keluarga Palestin di Silwan pada Selasa, sumber tempatan menyebut.

Mereka berkata, notis tersebut diedarkan di empat kawasan di Silwan. Sumber akhbar Hebrew turut melaporkan bahawa IOA sedang meneruskan perancangan membina sebuah taman kerohanian di Silwan, dan proses ini melibatkan pemusnahan 22 kediaman di bandar itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas menuntut Israel bertanggungjawab ke atas penangkapan MP Yusuf

Sabtu , 05/11/2011 – Pergerakan Hamas sangat-sangat mengutuk pendudukan Israel kerana menahan MP Hassan Yusuf dan 13 lagi rakyat Palestin pada hari Selasa.

Ia menyifatkan “skim Zionis” sebagai keganasan terhadap rakyat Palestin dan melemahkan keteguhan mereka sebagai satu usaha terdesak yang akhirnya akan gagal dalam mencapai matlamat mereka.

Dalam siaran akhbar pada hari Selasa, Hamas menuntut pihak berkuasa penjajah Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan dari kejadian itu, dan memberi amaran ia akan terus berada dalam “perkauman, dasar-dasar jenayah”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada