Categories
Berita Semasa

Israel Kepung Kapal Bantuan Libya

Jumaat, 16/07/2010 – Ketua Pelaksana Yayasan Pembangunan Al-Qadafi Yusuf Ridlwan menegaskan, sebanyak 8 buah kapal perang Zionis-Israel mengepung kapal bantuan ke Gaza. Kapal bantuan ini berasal dari Libya. Sukarelawan Libya turut bersama mengikuti konvoi bantuan ke Gaza. PM Zionis-Israel telah mengarahkan agar kapal-kapal dari Libya itu berada berdekatan perairan Gaza.

Kapal dari Libya itu dipercayai mengalami kerosakan teknikal yang kecil. Kerosakan itu disebabkan gangguan pihak tentera Zionis. Seluruh relawan bertegas untuk berlabuh di pelabuhan Gaza walaupun mendapat keizinan untuk berlabuh di Pelabuah el- Arish, Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Syekh Raed Shalah Di Penjara

Jumaat, 16/07/2010 – Keputusan penjajah Israel memenjarakan Syekh Raed Shalah menyemarakkan kemarahan penduduk Palestin dan wilayah Palestin jajahan ’48, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Sebelumnya, Mahkamah Pusat Israel di Jerusalem mengeluarkan arahan hukuman penjara kepada Syekh Raed Shalah, ketua Gerakan Islam di Palestin ’48 selama lima bulan bermula 25 Julai ini dan akan dihantar ke penjara Ramlah atau Ailon.

Wakil ketua gerakan Islam di wilayah Palestin ’48, Kamal Al-Khatib menegaskan, hukuman ke atas Syekh Shalah sangat berkepentingan politik dan satu kezaliman yang bertujuan menghentikan peranan dan perjuangannya terhadap Al-Quds dan masjid Al-Aqsa.

Al-Khatib menegaskan, “terpenjaranya Syekh Raed Shalah tidak akan menghalang mereka meneruskan misi yang dibawa oleh beliau. Kami akan melanjutkan projek yang dimulakan beliau selama ini. Penjara tidak akan menghalangi mereka menunaikan kewajiban membela Al-Quds dan Al-Aqsa.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel terus membina penempatan haram.

Jumaat, 16/07/2010 – Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Israel di Baitulmuqaddis pada Selasa lalu telah bersetuju dengan rancangan untuk membina 32 unit perumahan di sekitar daerah “Pisgat Ze’ev”, utara wilayah yang diduduki itu sejak tahun 1948.

Menurut radio tentera Zionis Israel, proses pembinaan tetap dilaksanakan walaupun kerajaan AS dan pembangkang meminta unit pembangunan penempatan di Baitulmuqaddis dibekukan sebelum pelancaran rundingan antara pihak berkuasa Palestin dan kerajaan Israel berlangsung.

Seorang anggota Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Israel di Baitulmuqaddis, Elisa Peleg juga wakil parti Likud yang berkuasa ketika ini berkata: “Kerajaan Israel akan terus membina penempatan di Baitulmuqaddis yang diduduki dan tidak akan membenarkan campur tangan pihak ketiga dalam hal ini,” sambil menambah jawatankuasa itu akan menyemak pembangunan 50 unit tambahan untuk penempatan itu sendiri.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis tolak keistimewaan diplomatic Zoubi

Jumaat, 16/07/2010 – Anggota-anggota Knesset Israel pada Selasa malam telah mengundi dengan kelebihan 16 undi untuk menarik balik beberapa keistimewaan selaku ahli parlimen yang diberikan kepada salah seorang anggota Knesset, Haneen Zoubi. Hal in berikutan keterlibatan Zoubi dalam armada kebebasan yang diserang tentera laut Zionis pada hujung Mei lalu.

Akbar Hebrew, Jerusalem Post, melaporkan pada hari Rabu tinjauan pendapat beberapa orang pengamal undang-undang berketurunan Arab dan Yahudi bahawa tindakan (anngota Knesset terhadap Zoubi) itu akan merosakkan sistem demokrasi di negara haram Israel.

Walaubagaimanapun, penentang-penentang tindakan Zoubi berkata penarikan balik keistimewaan itu merupakan satu hukuman terhadap mereka yang didapati boleh mengancam negara haram Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang usir penduduk Palestin lagi

Khamis, 15/07/2010 – Jawatankuasa Pembangunan Pusat Israel telah merancang untuk mengusir rakyat Palestin di Dahmash. Bandar ini terletak antara Alad dan Ramaleh. Menurut penduduk di situ, sebanyak 43 buah rumah telah di hancurkan dan sebanyak 13 lagi dalam perancangan.  Pihak kerajaan Zionis telah memberikan kerjasama dalam kerja-kerja pengusiran itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kapal bantuan milik Libya, Hope akan tiba di Gaza pada Rabu ini

Khamis, 15/07/2010 – Yayasan Gaddafi, penganjur kapal bantuan Libya, Hope, memaklumkan bahawa kapal bantuan itu sekarang ini sedang belayar menuju ke Semenanjung Gaza. Kapal itu telah memasuki perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete di Greek dan dijangka tiba di Gaza pada hari Rabu ini.

Yayasan tersebut menyatakan di dalam laman webnya bahawa para aktivis yang berada di dalam kapal itu mempunyai semangat yang tinggi dan mereka sedang bersedia untuk tiba ke Gaza pada Rabu ini. Kapal itu dilaporkan telah tiba kira-kira 100km daripada Pulau Crete, Greek pada tengahari dan meneruskan pelayarannya ke Gaza.

Wakil yayasan tersebut yang turut serta dalam pelayaran itu, Mashallah Zoe berkata,”Kami tidak mempunyai senjata atau sebarang benda yang mencurigakan. Kami hanya membawa bantuan makanan dan perubatan serta orang-orang muda yang cintakan keamanan.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Sedia Rampas Kapal Bantuan Libya

Khamis, 15/07/2010 – Akhbar Ibrani “Maariv” terakhir mengatakan bahawa tentera laut Israel mulai persiapan untuk menghentikan bantuan kapal Libya “Hope” yang saat ini menuju ke Gaza untuk mematahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.

Para tentera mula membuat latihan mereka sesuai dengan senario yang berbeza untuk menangani para aktivis aman, dan mencegah kapal dari sampai ke Palestin.

Mereka akan menangani kapal akan dengan cara yang sama di mana tentera berurusan dengan banyak kapal-kapal yang menuju ke Gaza sebelum ini, dan unit komando disertai dengan kapal laut bersenjata bersedia untuk merampas kapal itu.

Mereka menjelaskan bahawa langkah pertama mereka akan diambil adalah untuk berkomunikasi dengan kapal dalam usaha untuk mencegahnya dari pergi ke Gaza, dan akan mengesahkan bahawa mereka boleh sampai ke Asdod untuk memunggah keluar barangan, dan mereka akan pastikan barangan itu sampai ke Gaza.

Sumber juga menunjukkan bahawa askar zionis Israel tidak akan ragu untuk menggunakan kekerasan untuk mengawal kapal yang cuba memecah pengepungan sekiranya para kru kapal memutuskan untuk tidak mematuhi perintah askar dan menuju ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Pos pemeriksaan rejim Zionis yang baru di Hebron.

Khamis, 15/07/2010 – Pagi ini  rejim Zionis telah mendirikan sebuah pos pemeriksaan militan di kawasan selatan Hanina ke bandar Dura di Hebron, selatan Tebing Barat.

Para saksi berkata pasukan pendudukan Israel mendirikan pos pemeriksaan, menahan penduduk dan melakukan kekacauan di kawasan tersebut sambil menunjukkan kehadiran tiga jip militan untuk menjaga pos berkenaan dengan sejumlah tentera Israel dan penjaga sempadan.

Menurut saksi yang sama, kawasan ini telah menyaksikan kehadiran tentera Israel yang menahan penduduk dan kenderaan serta diperiksa kad pengenalan mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kapal “Harapan” Akan Tetap Menuju Gaza

Khamis, 15/07/2010 – Pihak Yayasan Qadafi, menegaskan bahawa kapal “Harapan” yang disewanya untuk menyampaikan bantuan akan tetap bergerak menuju Gaza dan tidak akan pergi ke pelabuhan el Arish di Mesir. Yayasan Qadafi menafikan berita yang disampaikan dari sumber pihak keselamatan Mesir yang sebelumnya menyatakan bahawa mereka menerima permintaan dari kapal Libya untuk berlabuh di el Arish.

Pengarah Yayasan Qadafi, Yusuf Shawan menafikan dengan tegas apa yang dinyatakan sumber keselamatan Mesir bahawa kapalnya akan tiba di pelabuhan el Arish pagi Rabu kerana telah mendapatkan izin untuk memunggah muatan ubat-ubatan dan makanan untuk Gaza.

Beliau mengatakan, “Kami tidak keluar dari Libya kecuali untuk menuju Semenanjung Gaza. Apa yang disampaikan pihak keselamatan Mesir tersebut tidak lain hanyalah harapan mereka.” Beliau menambah, “Kami akan menuju Gaza dan tidak akan pergi kecuali ke Gaza.” Shawan sebelumnya menyatakan bahawa kapal tersebut akan tetap menuju Semenanjung Gaza meskipun ada peringatan ancaman serangan dari Israel jika tidak mengubah arah tujuannya.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Kapal bantuan “Hope” teruskan perlayaran ke Gaza

Khamis, 15/07/2010 – Kapal bantuan milik Libya yang diberi nama Hope meneruskan pelayarannya ke Gaza setelah tiba di Pulau Crete.

Ketibaan kapal bantuan itu ke pulau berkenaan adalah mengikut jadual yang telah dirancang oleh pihak penganjur daripada Yayasan Kebajikan Gaddafi, yang dipimpin oleh Saif al-Islam, anak kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah mengisytiharkan sokongannya kepada penduduk Palestin dan telah mengarahkan pelayaran sebuah kapal yang memuatkan bantuan kemanusiaan dan aktivis keamanan.

Kapal tersebut membawa bantuan perubatan yang telah disenaraikan oleh Jawatankuasa Awam dan diberi kepada pihak penganjur yang bertekad untuk meneruskan pelayaran ke Gaza walaupun menerima tentangan dan ancaman daripada rejim Zionis.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel mendesak kapal Libya berlabuh di Mesir.

Rabu , 14/07/2010 – Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman, menuntut rakan-rakannya Greek dan Moldova untuk mengalihkan kapal bantuan Libya “Hope” ke pelabuhan Mesir El Arish dan tidak ke Jaluran Gaza.

Sumber politik Israel berkata kepada Radio Ibrani yang pergi ke kapal bantuan Libya, yang mula berlayar ke Gaza, tiba di pelabuhan El Arish dan tidak ke Gaza.

Kapal itu ditunda pelayarannya hingga Sabtu sementara menunggu proses Greek, tidak ada komentar dibuat oleh penyelenggara perjalanan pada berita ini. Kapal ini ditaja oleh Yayasan Pembangunan Gaddafi, yang membawa ribuan tan bantuan kepada Jaluran Gaza, dan sejumlah aktivis keamanan Libya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   farah

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi rancang serbu al-Aqsa setiap hari

Rabu , 14/07/2010 –Yayasan al-Aqsa mengingatkan seluruh rakyat Palestin terdapatnya cubaan pelampau Yahudi yang akan membuat kacau di seluruh kawasan al-Aqsa. Pelampau Yahudi akan masuk melalui pintu-pintu al-Aqsa. Mereka turut menyebarkan risalah-risalah. Pelampau Yahudi menggunakan internet dalam menyebarluaskan aktiviti kebinatangan meraka itu.

Pihak Yayasan AlAqsa dengan tegas berpendirian, masjid al-Aqsa adalah hak kaum muslimin dan non-muslim tidak ada hak walaupun sebesar zarah. Modus operandi pelampau Yahudi ini sama, iaitu memainkan sentiman Arab dan kuil Haikal.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Netanyahu bakal Bertemu Mubarak

Rabu , 14/07/2010 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, di Kaherah Selasa ini.

Kenyataan Netanyahu itu datang setelah beliau kembali dari Washington di mana beliau mengadakan perbincangan bersama Presiden AS, Barack Obama, dan pegawai AS lain. Beliau mengatakan bahawa beliau akan melawat Mubarak untuk mengadakan perbincangan tentang usaha untuk meneruskan perbincangan secara langsung dengan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas Tiada Masalah Clinton Sebagai Orang Tengah

Rabu , 14/07/2010 –Pemimpin Hamas Dr. Shaleh Bardawil menegaskan pihaknya tidak menentang usaha mantan Presiden Amerika, Bill Clinton sebagai orang tengah untuk menyelesaikan isu pertukaran tahanan. Namun begitu beliau menegaskan bahawa Hamas tidak akan beranjak daripada tuntutannya daripada pertukaran tersebut.

Bardawil mendakwa Zionis Israel telah acapkali menggugurkan/mengenepikan perundingan sebelumnya untuk mendapat kata sepakat dalam isu pertukaran tahanan. Beliau menegaskan kesediaan pihak Hamas untuk menerima mana-mana pihak yang bersedia menjadi orang tengah namun perlu meneruskan perundingan dari noktah mana perundingan tersebut terhenti.

Beliau menjelaskan, “Secara prinsipnya kami tidak menentang peranan orang tengah dari pihak manapun, sama ada dari Clinton atau pihak lain, dalam isu pertukaran tahanan. Apa yang penting orang tengah perlulah memainkan peranan yang neutral terhadap kedua-dua belah pihak. Kami tidak berbicara tentang apa-apa syarat. Apa yang kami tekankan adalah perlunya diteruskan perundingan dari noktah mana perundingan terhenti sebelum digagalkan Netanyahu.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki mendermakan 3 tangki air di Gaza.

Selasa, 13/07/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Turki telah mendermakan tiga tangki air di Gaza yang telah dikepung semenjak 4 tahun yang lepas,dan saluran bantuan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk mengubati luka para penduduk Palestin dan mengembalikan mereka kepada kehidupan yang normal.

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki telah meneruskan misi kemanusiaanya tanpa henti kepada penduduk Gaza dan telah banyak melancarkan program-program yang bermanfaat untuk penduduk Gaza.Di antaranya ialah membuat kerja-kerja penyelenggeraan dan membaik pulih tangki-tangki air yang telah rosak dan musnah akibat serangan-serangan bersifat jenyah Zionis kepada penduduk Gaza.

Dan berkatanya Pengerusi Bulan Sabit Merah Turki bahawa mereka telah merangka untuk melancarkan enam program untuk penduduk Gaza dan bakal membina tiga lagi tangki air dalam masa terdekat yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti bekalan air kepada penduduk Gaza,sambil mengatakan bahawa program bekalan air tersebut bakal membekalkan air kepada lebih 240 000 penduduk.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  putra duad