Isnin, 11-09-2023 – Jurucakap Hamas, Hazem Qasem, mengecam sekeras-kerasnya tindakan Papua New Guinea membuka kedutaan di Jerusalem.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau menganggap tindakan itu mencabul hak rakyat Palestin, undang-undang antarabangsa, dan resolusi PBB yang mengiktiraf Jerusalem sebagai bandar Palestin.
Qasem menambah, ia tidak akan memberikan legitimasi kepada negara pendudukan Israel, sekaligus menggesa untuk menarik balik tindakan tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah AJ
Khamis, 07-09-2023 – Menteri Keamanan Nasional Zionis, Itamar Ben Gvir ceroboh masuk kampung Ras al-Amoud di kota Silwan di Al-Quds yang diduduki pada Selasa (5/9/2023).
Sebuah klip video menunjukkan Ben Gvir berjalan sekitar kampung tersebut sebagai pemimpin sejumlah penduduk pendatang Yahudi.
Kunjungan ini terjadi ketika ancaman besar daripada para penduduk pendatang Yahudi dan organisasi terroris mereka untuk mengadakan serangan besar-besaran terhadap Masjid Al-Aqsha pada peringatan hari besar Yahudi yang sering terjadi pada bulan September.
Ben Gvir telah tiga kali menceroboh Masjid Al-Aqsha yang diberkahi dan terlibat dalam perarakan penduduk pendatang Yahudi di sekitar Masjid Al-Aqsha.
Dia masih melakukan penghasutan terhadap Masjid Al-Aqsha dan para tawanan serta memimpin gerakan Zionis yang luas untuk melecehkan orang-orang Palestin.Sementara itu, pasukan pendudukan Zionis Israel menangkap dua pemuda dan seorang gadis di desa Al-Jib, barat laut Al-Quds yang dijajah.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Khamis, 07-09-2023 – Hamas telah berkabung ke atas kematian pemuda Palestin Muhammad Youssef Ismail Zubaidat yang telah mati dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis Israel di Lembah Jordan pada hari Selasa.
Hamass menegaskan perjuangan Palestin akan diteruskan di segenap bandar dan di setiap jalanan.
“Jerusalem adalah berharga dan darah rakyat Palestin juga berharga “ menurut Pergerakan tersebut sambil menunjukkan senarai penjajahan itu semakin bertambah dan perjuangan menentang penjajahan akan diteruskan sehingga tamat penjajahan rejim Zionis Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Rabu, 06-09-2023 – Pemuda revolusioner di kota Beita, selatan Nablus, Sabtu (2/9/2023) malam, mengumumkan bahawa mereka kembali melakukan aktiviti kekacauan malam atau irbak laili (untuk membuat kekacauan dan kebingungan pasukan penjajah Zionis Israel di malam hari) setelah pulangnya para penduduk pendatang Yahudi ke penempatan Avitar yang dibangunkan di puncak Jabal Sabih.
Aksi ini dilakukan untuk menegaskan komitmen mereka untuk mempertahankan tanah mereka yang dirampas atas kepentingan penempatan Yahudi.
Para pemuda revolusioner Beita meminta untuk mengerahkan mobilisasi umum dan bergerak ke Jabal Sabih serta terlibat dalam menghadapi para penduduk pendatang Yahudi yang menyerbu wilayah timur Jabal Sabih di kota Beita.
Seruan para pemuda tersebut dilancarkan di Nablus untuk menghadapi dan menghadang serangan penduduk pendatang Yahudi, dan untuk melakukan kembali kekacauan malam di Beita dan desa-desa di selatan Nablus.
Penjaga Jabal Sabih mengumumkan kembalinya kehadiran dan aktiviti kekacauan malam di Beita dan desa-desa di selatan Nablus untuk menghadapi bahaya dari para penduduk pendatang Yahudi dan rancangan mereka.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 06-09-2023 –Ramai rakyat Palestin cedera pada hari Ahad dalam sserbuan buan oleh rejim Zionis Israel ke atas beberapa kawasan di Tebin Barat di bandar al-Khalil.
Beberapa warga Palestin cedera setelah rejim Zionis menyerang aktivis Palestin setelah menyerbu bandar Masafer Yatta di selatan al-Khalil dimana tercetusnya penentangan. Manakala,tentera rejim Zionis menyamun traktor milik warga Palestin , Issa Mus’if setelah menyerang bandar Masafer Yatta.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 04-09-2023 – Keluarga aktivis Amin Abu Rashed telah menyuarakan kebimbangan tentang tempoh penahanan Abu Rashed yang dilanjutkan di penjara Belanda.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis, keluarga Abu Rashed menekankan yang beliau telah ditahan lebih daripada dua bulan tanpa perbicaraan, mengesahkan yang mahkamah Belanda menolak tuntutan membebeaskan Abu Rashed sehingga perbicaraan bermula.
Keluarganya mengesahkan yang lanjutan penahanan Abu Rashed walaupun keadaan kesihatannya semakin teruk merupakan pelanggaran serius ke atas undang-undang dan konvensyen antarabangsa.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 04-09-2023 – Pada pagi Khamis lepas, bulldozer Israel meruntuhkan rumah-rumah Palestin di kawasan Negev.
Bulldozer tersebut merosakkan rumah-rumah yang dimiliki oleh keluarga al-Ghannami dan Abu Hlayyil selepas memasuki kampung Abu Qrenat di Negev.
Walid Hawashleh, wakil Negev dalam Senarai Arab Bersatu, menyatakan bahawa pemusnahan rumah-rumah Palestin di Negev adalah sebahagian daripada dasar pembersihan etnik yang diambil oleh Israel, dengan menekankan bahawa rakyat Palestin tidak akan dibiarkan terhalang oleh operasi pemusnahan yang semakin meningkat.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Isnin, 04-09-2023 – Amnesty International (AI) menyelar keputusan mahkamah Israel untuk memusnahkan rumah seorang kanak-kanak Palestin Mohammed al-Zalbani yang ditahan reman selama enam bulan.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, AI berkata, keputusan Israel untuk memusnahkan rumah Zalbani adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang dan konvensyen antarabangsa dan juga satu jenayah perang.
Terdahulu pada Isnin, Mahkamah Agung Israel mengambil keputusan untuk memusnahkan rumah Zalbani walaupun petisyen telah diserahkan oleh organisasi hak asasi manusia Israel, HaMoked untuk menentang keputusan itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 30-08-2023 – Jurucakap Hamas untuk Baitulmuqaddis, Muhammad Hamada, mengesahkan yang ancaman Israel untuk membunuh Sheikh Saleh al-Arouri dan menyasarkan pemimpin
Dalam satu kenyataan pada petang Ahad, Hamada berkata yang rejim zionis gagal berdepan dengan perjuangan Palestin yang teguh.
“Sebarang pembunuhan hanya akan menguatkan rakyat dan pemimpin Palestin untuk terus berjuang,” beliau menambah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 28-08-2023 – Rejim zionis (IOA) mengambil keputusan untuk memusnahkan rumah keluarga dua warga Palestin, Muhannad Shehadeh dan Hassan Qatnani, yang dibunuh oleh tentera rejim ketika melakukan serangan anti rejim.
Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan pada petang Rabu tentang arahan pemusnahan rumah Shehadeh kerana terlibat dengan tembakan anti penjajah di Nablus pada 20 Jun, 2023.Satu arahan pemusnahan dikeluarkan terhadap rumah keluarga Qatnani kerana terlibat dalam operasi tembakan pada 7 April, 2023 di Lembah Jordan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 24-08-2023 – Jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata, ancaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak akan melemahkan mereka daripada menentang rejim.
Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Selasa, Qassem menekankan yang Israel melancarkan perang terbuka terhadap rakyat Palestin, namun rakyat Palestin akan terus menentang rejim zionis sehingga tiada lagi tempat untuk penceroboh.Qassem mengesahkan yang kumpulan-kumpulan pejuang Palestin sedang melindungi rakyat Palestin daripada rejim, dan rakyat Palestin berhak untuk mempertahankan diri.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 24-08-2023 – Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haneyya berkata rakyat Palestin akan menentang pengepungan Israel, penutupan kawasan dan perluasan penerokaanharam di Tebing Barat dengan lebih hebat dan semangat waja.
Tiada penyelesaian politik atau keselamatan di Tebing barat selepas proses melalui saluran politik gagal dan perjanjian Oslo telah bertebaran merata-rata , kenyataan Haneyya dalam satu sidang media dalam saluran rasmi web
Pergerakan Hamas pada hari Selasa lepas. Rakyat kami tidak lagi menuruti saluran politik dimana telah memberi kesan terhadap perjuangan Palestin dan hak turun temurun di Palestin menurut Ketua Biro Politik Hamas.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Khamis, 24-08-2023 – Aksi-aksi perlawanan masih berterusan di Tebing Barat terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan penduduk pendatang Yahudi sepanjang 24 jam terakhir.
Pusat informasi Palestin Maata memantau terjadinya 22 aksi pertempuran di Tebing Barat termasuk dua tembakan, tembakan jatuh jet tanpa juru terbang,hadangan terhadap serangan penduduk pendatang Yahudi dan pertempuran di 13 tempat konfrontasi di pelbagai wilayah terpisah di Tebing Barat.
Pejuang mujahidin menembak pasukan penjajah Zionis Israel yang melakukan penyerbuan ke kota Zababdeh. Pejuang mujahidin menembak jatuh sebuah pesawat pengintip di ruang udara kem pelarian Jenin.
Para pemuda Palestin melempar batu ke kenderaan penduduk pendatang Yahudi di desa Al-Funduq di Qalqilya, mencederakan kepala seorang penduduk pendatang Yahudi.
Pertempurann terjadi di 13 tempat di kota Ramallah, Hebron, Nablus, Qalqilya, Tulkarem dan Jenin.Penduduk Palestin menyerang balas dan menghalang serangan penduduk pendatang Yahudi dan memusnahkan kenderaan mereka di desa Turmusaya di Ramallah, Hawara di Nablus dan Al-Funduq di Qalqilya.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 23-08-2023 – Jentolak rejim Zionis pada hari Isnin telah memusnahkan sebuah rumah dan kilang di timuar laut di kawasan tersebut. Menurut sumber tempatan, jentolak rejim Zionis memusnahkan kediaman berkeluasan 150 meter persegi milik warga Palestin Bajes al-Sheikh setelah menyerbu pekan Badu.
Sumber melaporkan jentera rejim Zionis memusnahkan kilang milik rakyat Palestin Mohmmad Abu Eid . Mohammad Abu Eid menyatakan kilang tersebut telah didirikan sejak 20 tahun dahulu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Rabu, 23-08-2023 – Polis rejim mengenakan sekatan perjalanan terhadap aktivis dan guru wanita Khadija Khwais dari Baitulmuqaddis selama sebulan.
Khwais telah dipanggil untuk siasatan di balai polis Al-Maskoubiya, barat Baitulmuqaddis, di mana beliau menerima sekatan perjalanan selama sebulan.Khwais telah ditahan lebih daripada 30 kali dan dilarang masuk ke Masjid Aqsa lebih daripada sekali. Beliau juga telah dikenakan sekatan perjalanan dari 2015 hingga 2018, dan selama enam bulan pada 2020.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati