Rejim Zionis ceroboh Bait Omar di Hebron

Rabu, 12/05/2010 –Tentera rejim Zionis mengarah penjaga sempadan menyerbu kampung Bait Omar di utara Hebron di Tebing Barat. Mereka melepaskan tembakan yang bertalu-talu menyebabkan seorang ibu bersama bayinya selepas kereta mereka terbalik. Jurucakap untuk projek perpaduan, Mohammed Ayad, mengatakan bahawa IOF menembak bom gas dan melepaskan tembakan ke arah warga Palestin secara tiba-tiba. Beliau menambah … Read moreRejim Zionis ceroboh Bait Omar di Hebron

45 Rabi Ekstrim serbu Masjid al Aqsa

Rabu, 12/05/2010 –Seramai 45 rabi dari kumpulan pelampau Yahudi telah menyerbu Masjid al-Aqsa. Mereka juga mendapat perlindungan dari pihak keselamatan Zionis Israel. Rabi-rabi ini mendakwa memperingati 43 tahun penyatuan al-Quds. Walaupun proses perdamaian sedang berlangsung, kumpulan rabi ini tidak akan menyerah al-Quds dengan mudah. Antara rabi yang terlibat dalam serbuan itu, menyatakan usaha mereka adalah … Read more45 Rabi Ekstrim serbu Masjid al Aqsa

75% Kanak-Kanak Palestin di Timur Jerusalem hidup bawah paras kemiskinan

Rabu, 12/05/2010 – Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel telah mengemukakan laporan Isnin lalu yang menyatakan hampir tiga perempat dari semua kanak-kanak Palestin yang tinggal di Timur Jerusalem adalah miskin. Dalam 95,000 kanak-kanak Timur Jerusalem (lebih kurang 74%) hidup di bawah paras kemiskinan, dibandingkan dengan 45% kanak-kanak yang tinggal dia penempatan Yahudi. Menurut laporan tersebut, … Read more75% Kanak-Kanak Palestin di Timur Jerusalem hidup bawah paras kemiskinan

Kebakaran besar berlaku di salah sebuah gudang terbesar di Gaza.

Rabu, 12/05/2010 – Satu kebakaran besar berlaku di sebuah gudang menyimpan barang-barang yang diimport oleh peniaga Gaza dari Israel, yang terletak di “Mashav Shova” di dalam wilayah Israel hari ini. Ketua pembekal barang-barang bagi jawatankuasa Gaza, Raed Fattouh, mengesahkan bahawa gudang tersebut yang terletak di antara laluan komersial “Carney” dan “karem Abu Salem”, adalah sebuah … Read moreKebakaran besar berlaku di salah sebuah gudang terbesar di Gaza.

Israel buang rakyat Palestin ke Jordan

Rabu, 12/05/2010 – Penjajah Israel membuang seorang warga Palestin dari Hebron ke Jordan pada hari Sabtu. Pengarah media polis Hebron berkata kepada agensi berita Safa bahawa pasukan Israel menahan warga Palestin Morad Zahed, 27, di rumahnya di Hebron dan memaksanya untuk mengemas barang dan kemudian mereka menghantarnya ke sempadan Jordan dengan alasan tidak mempunyai kad … Read moreIsrael buang rakyat Palestin ke Jordan

Zionis ceroboh Jabalia

Selasa, 11/05/2010 – Tentera rejim Zionis melakukan operasi ketenteraan ke atas beberapa kawasan di Jabalia yang terletak di utara Bandar Gaza. Menurut agensi berita WAFA, beberapa kenderaan milik tentera rejim Zionis menceroboh beberapa ratus meter ke dalam Bandar Jabalia yang terletak di sempadan kawasan Palestin yang telah dirampas Zionis. Menurut agensi berita WAFA lagi, kenderaan-kenderaan … Read moreZionis ceroboh Jabalia

Hamas: Penjajah Zionis memberi tamparan baru kepada kumpulan Oslo

Selasa, 11/05/2010 – Gerakan Pembela Islam (HAMAS) menganggapkan projek pembinaan 14 unit rumah baru di kawasan “Ras al-Amud” merupakan tamparan baru Zionis Israel dan merupakan tindakan merendah-rendahkan Resolusi Jawatankuasa Pelaksana bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan Jawatankuasa Pemantauan Arab al-Quds (di bawah kelolaan Liga Arab), yang kedua-duanya telah memberi lampu hijau dan kata-kata persetujuan dengan … Read moreHamas: Penjajah Zionis memberi tamparan baru kepada kumpulan Oslo

Rejim Zionis serbu Hebron, tawan Penduduk Palestin

Selasa, 11/05/2010 – Tentera Rejin Zionis (IOF) hari ini telah menawan seorang penduduk Palestin setelah membuat serbuan ke atas bandar Hebron di Tebing Barat. “Tentera rejim zionis menyerbu kawasan Al-Haras dan menggeledah beberapa rumah penduduk awam dan kemudiannya menawan seorang penduduk Palestin dari keluarga Al-Suori” sumber keselamatan memaklumkan agensi berita SAFA. Sumber itu menambah bahawa … Read moreRejim Zionis serbu Hebron, tawan Penduduk Palestin

Penyeksaan dalam penjara Mesir tidak dapat diterima

Selasa, 11/05/2010 – Ketua Jawatankuasa Pemerhati Hak Asasi Manusia di Dewan Perundangan menyeru para pemimpin Mesir agar menghukum para pegawai yang bertanggungjawab melakukan penyeksaan dan pembunuhan terhadap para tahanan Palestin dalam penjara Mesir. Beliau juga menyeru agar penilaian diadakan dengan cara yang lebih telus serta berusaha untuk membebaskan mereka. Dr Yahya Musa, ketua jawatankuasa tersebut … Read morePenyeksaan dalam penjara Mesir tidak dapat diterima

Israel: Abbas hanya bergantung kepada kami

Selasa, 11/05/2010 – Menteri Infrastruktur Zionis Uzi Landau mengatakan bahawa pemimpin Fatah di Ramallah tidak mampun menjalankan tugas mendokong proses perdamaian. HAMAS banyak menghalang proses damai yang dianjurkan oleh Fatah kerana natijah perdamaian itu amat bertentangan dengan kemahuan rakyat Palestin. Uzi menyebut lagi bahawa Abbas hanya bergantung harap kepada kerajaan Zionis Israel. Kalau tidak di … Read moreIsrael: Abbas hanya bergantung kepada kami

8000 penumpang masih menunggu pembukaan sempadan Rafah untuk meninggalkan Gaza

Selasa, 11/05/2010 – Menurut Kementerian Dalaman terdapay 8000 penumpang yang telah mendaftar masih lagi menunggu sempadan Rafah dibuka selepas ditutup lebih dari dua bulan. Pihak mereka juga telah menerangkan di dalam laman sesawang, hingga ketika ini masih belum ada tanda – tanda Mesir akan membuka sempadan mereka. Kementerian tersebut telah menyatakan bahawa pendaftaran akan dibuka … Read more8000 penumpang masih menunggu pembukaan sempadan Rafah untuk meninggalkan Gaza

Tentera Zionis menyerang Jenin dan Tubas, 2 rakyat Palestin ditahan

Selasa, 11/05/2010 – Tentera Zionis telah menyerang beberapa bandar di barat Jenin di mana mereka melakukan operasi mencari dan menahan seorang penduduk di Qabatiya dan lagi di Tubas, sebuah bandar di Tebing Barat. Berdasarkan sumber tempatan, operasi hanya tertumpu di bandar – bandar seperti Qabatiya, Barqeen, Al-Hasyemya, Kafr Dan dan Kafr Qod, tambahan lagi tentera … Read moreTentera Zionis menyerang Jenin dan Tubas, 2 rakyat Palestin ditahan

Penduduk haram Yahudi bakar masjid di Nablus

Selasa, 11/05/2010 – Penduduk haram Yahudi telah membakar sebuah masjid di Nablus Selatan Tebing barat pada Selasa lepas. Mengikut sumber Palestin, pegawai masjid telah menyalahkan penduduk haram Yahudi yang boleh mencetus gangguan terhadap proses damai di Timur Tengah. Tentera Israel pula menyatakan terdapat laporan kebakaran di perkampungan Libban Al-Sharqia berhampiran Nablus. “Sebelum solat subuh kami … Read morePenduduk haram Yahudi bakar masjid di Nablus

Rejim Zionis terus membuat pencerobohan di bandar Tuba.

Selasa, 11/05/2010 – Tentera penceroboh Israel hari ini menyerbu kampung Bardalah di bandar Tuba dan membina dua penghadang di pintu masuk kampung Al-Akaba di bandar yang sama. Tetera Israel menceroboh rumah Odai Sawafta di Bardalah dan menggeledah isi rumah manakala tiada penahanan dilaporkan, menurut sumber tempatan.  sSumber itu menambah tentera Israel membina dua penghadang di … Read moreRejim Zionis terus membuat pencerobohan di bandar Tuba.

Kereta kebal dan jentolak Zionis ceroboh masuk selatan Semenanjung Gaza

Isnin, 10/05/2010 – Beberapa buah kereta kebal dan jentolak Zionis menceroboh masuk ladang pertanian di sempadan Rafah-Israel yang terletak di selatan Semenanjung Gaza. Saksi melaporkan bahawa jentolak-jentolak Zionis memusnahkan tanaman dan ladang-ladang milik petani Palestin sementara kereta kebalnya melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk tempatan. Para petani Palestin memaklumkan media tempatan bahawa kereta kebal dan … Read moreKereta kebal dan jentolak Zionis ceroboh masuk selatan Semenanjung Gaza