Categories
Berita Semasa

PM Qatar: Pelanggaran oleh Israel memalukan para pengantara, menggugat perjanjian gencatan senjata

Rabu, 24/12/2025 – Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, berkata yang pelanggaran berterusan oleh Israel terhadap perjanjian gencatan senjata meletakkan para pengantara pada kedudukan sukar dan mengancam usaha untuk mengekalkan ketenangan.

Dalam satu kenyataan akhbar, pegawai Qatar itu berkata, Doha berkali-kali menyuarakan kebimbangan tentang pengeboman dan pembunuhan yang berlanjutan di Gaza, dan memberi amaran tentang kesan buruk terhadap kestabilan serantau.

Beliau menekankan tentang keperluan segera untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa syarat, menolak sebarang tindakan menjaga keselamatan hanya kepada sebelah pihak, tetapi mengabaikan pihak yang lain.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Nelayan Gaza: Kematian, Penindasan, Dan Hak Yang Hilang

Rabu, 24/12/2025 – Seperti sektor yang lain, sektor perikanan di Semenanjung Gaza juga tidak lari dari mengalami tempoh yang paling sukar dalam sejarah yang disebabkan oleh jenayah dan pelanggaran tanpa henti Zionis yang telah mengubah landskap penangkapan ikan. Tugasan yang sepatutnya menjadi sumber pendapatan utama untuk beribu-ribu keluarga sebaliknya menjadi pintu kepada penderitaan harian yang penuh dengan kematian, penahanan dan kehilangan.

Laut yang selama beberapa dekad menjadi saluran ekonomi dan sosial bagi penduduk sektor itu, kini menjadi arena tembakan terbuka untuk sasaran langsung penjajah. Ironinya ia turut menjadi rangka sistematik yang bertujuan untuk memusnahkan sektor perikanan sekaligus menghilangkan sumber mata pencarian penduduk yang sedia terjejas.

Sejak permulaan pencerobohan yang lalu, penjajah telah meningkatkan serangannya terhadap nelayan, melalui tembakan langsung, aksi kejar-mengejar, penangkapan, perampasan bot dan peralatan, serta mengenakan sekatan ketat di kawasan nelayan. Semua tindakan itu akhirnya telah memberi kesan buruk kepada realiti kehidupan dan ekonomi beribu-ribu keluarga Palestin yang dikaitkan dengan profesion ini.

DITAHAN, DICEDERAKAN ATAU SYAHID

 Zakaria Bakr, ketua jawatankuasa nelayan, menyatakan bahawa penjajah tidak teragak-agak melakukan jenayah berat terhadap nelayan. Tindakan mereka mengakibatkan antaranya kematian syahid 32 nelayan manakala berpuluh-puluh lagi yang lain cedera. Seramai 28 nelayan yang lain juga ditahan tanpa sebab baru-baru ini. 

 Dalam satu kenyataan khas kepada Pusat Informasi Palestin itu, beliau menjelaskan lagi, bahawa sektor perikanan mengalami kerugian bulanan dianggarkan kira-kira 5 juta akibat daripada pemberhentian kerja dan kelumpuhan trafik maritim. Beliau menegaskan bahawa kerugian ini secara langsung menjejaskan kira-kira 5,000 keluarga Palestin yang bergantung pada hasil menangkap ikan sebagai sumber pendapatan utama.

 Beliau yang juga merupakan seorang kapten mendedahkan bahawa jumlah kerugian yang ditanggung oleh sektor perikanan setakat ini menghampiri 700 juta, akibat daripada kemusnahan berleluasa yang dilakukan oleh penjajah terhadap infrastruktur sektor itu. Kemusnahan yang dilakukan adalah termasuk kemusnahan bangunan nelayan, bot-bot kecil, kenderaan, serta semua peralatan dan bekalan yang berkaitan dengan profesion itu.

Bakr juga menyatakan bahawa sehingga kini pasukan penjajah masih menghalang mana-mana kapal nelayan daripada memasuki laut atau mengehadkan hanya beberapa meter sahaja jarak yang dibenarkan untuk menangkap ikan dan hanya beberapa bot kecil sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi. 

Apa yang lebih malang lagi, nelayan yang terpaksa bekerja dalam kawasan terhad ini turut didedahkan dengan tembakan rambang, penangkapan atau rampasan peralatan mereka selain dicederakan. 

Beliau juga menekankan bahawa nelayan di Gaza benar-benar bekerja di bawah ancaman kematian, tidak mempunyai sebarang pelindungan keselamatan dan menghadapi sasaran berterusan yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa dan peraturan untuk melindungi orang awam. Beliau memberi amaran bahawa penerusan dasar ini mengancam keruntuhan sepenuhnya sektor perikanan dan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan untuk beribu-ribu keluarga. 

Bakr menggesa campur tangan segera antarabangsa untuk melindungi nelayan Palestin, menghentikan serangan Israel yang berterusan, dan menarik balik sekatan ke atas menangkap ikan. 

Beliau menganggap penjajah bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah dan kerugian kemanusiaan serta ekonomi yang ditimbulkan ke atas sektor penting ini.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Tiga warganegara terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan

Rabu, 24/12/2025 – Tiga orang awam Lubnan terbunuh dan seorang lagi cedera pada hari Ahad dalam dua serangan udara Israel yang berasingan di selatan Lubnan, satu menyasarkan sebuah motosikal di bandar Yater dan satu lagi melanggar sebuah kereta antara bandar Safad al-Batikh dan Bra’shit, dalam satu lagi peningkatan dalam serangan berterusan Israel ke atas rantau ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah dron Zionis  Israel menjatuhkan bom ke atas dua buah jengkaut di bandar Shebaa, manakala kedudukan rejim Zionis  Israel di Ramtha, berhampiran ladang Bastra, disasarkan dengan tembakan.

Kemudian, seorang ahli majlis perbandaran di bandar Jwayya (daerah Tyre) terbunuh dalam satu lagi serangan udara Israel, menjadikan jumlah kematian pada hari itu kepada tiga orang, menurut laporan yang ada.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Israel bebaskan 5 orang tahanan Gaza yang berada di dalam keadaan Kesihatan kritikal

Isnin, 15/12/2025 – Tentera rejim zionis membebaskan pada petang Rabu beberapa tahanan dari Semenanjung Gaza yang telah ditahan selepas 7 Oktober.

Sumber-sumber tempatan mengesahkan yang lima tahanan dari Gaza telah dibebaskan dan dipindahkan segera ke Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir al-Balah untuk menerima rawatan perubatan, diiringi pasukan-pasukan Palang Merah Antarabangsa.

Para tahanan itu dikenali sebagai Nabil Mohammed Mustafa Al-Heloul, 51, Khader Fathi Nimer Abdel Aal, 45, Mohammed Jameel Suleiman Al-Aydi, 33, Osama Omar Shaker Sheldan, dan Medhat Ahmed Mohammed Al-Sultan, 41.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Masjid Ibrahimi menghadapi cubaan di Yahudisasi, perpecahan, dan Zionis untuk mengawal.

Isnin, 15/12/2025 – Masjid Ibrahimi di Hebron menyaksikan salah satu fasa yang paling berbahaya dalam beberapa tahun, dengan peningkatan skala serangan Zionis dan percubaan untuk mengubah watak agama, sejarah dan pentadbirannya, yang pakar menggambarkan sebagai “serangan sistematik” yang bertujuan untuk sepenuhnya mengadilinya.

Pengarah Masjid Ibrahimi, Mu’taz Abu Sneineh, berkata serangan berulang itu bukan lagi insiden terpencil, sebaliknya merupakan dasar rasmi yang berfungsi untuk mengenakan realiti baharu di dalam dan di sekitar masjid.

Abu Sunaina percaya bahawa langkah paling berbahaya adalah yang menyasarkan identiti sonik masjid, dengan mengganggu azan atau merendahkan kelantangan pembesar suara, yang berlaku berpuluh-puluh kali sebulan.

Beliau menegaskan bahawa menghalang azan bukan sahaja mempunyai kepentingan agama, tetapi juga mewakili percubaan untuk memadam kehadiran Islam dan mengubah tempat suci itu menjadi ruang yang sepenuhnya tertakluk kepada ritual Yahudi.

Beliau mendedahkan bahawa kes serangan terhadap jemaah semakin meningkat sama ada oleh peneroka atau tentera termasuk pukul, tolak, tangkap dan pencegahan masuk terutama pada waktu solat subuh.

Abu Suneina percaya bahawa pendudukan itu cuba untuk mengenakan “pembahagian masa yang lengkap” serupa dengan apa yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, supaya tempoh tertentu ditetapkan untuk orang Yahudi sahaja, tidak termasuk yang lain.

Beliau menambah bahawa pendudukan itu juga bertujuan untuk mengenakan “pembahagian ruang yang diperluaskan” dengan merampas lebih banyak bahagian tempat perlindungan dan mencantumkannya ke kawasan yang dibahagikan antara kedua-dua pihak sejak pembunuhan beramai-ramai tempat perlindungan pada 1994.

Abu Suneina berkata bahawa pasukan Zionis sedang berusaha untuk memperkenalkan peranti baru ke dalam masjid, beberapa daripadanya diletakkan di bawah alasan “menjaga keselamatan tapak,” sambil menyembunyikan niat yang jelas untuk mengawal struktur dalaman tempat itu.

Beliau menegaskan bahawa langkah-langkah ini bukan hanya langkah keselamatan, tetapi sebahagian daripada rancangan luas untuk mengadili Kota Lama Hebron dan menjadikan masjid sebagai pusat keagamaan Yahudi.

Beliau percaya bahawa kesunyian antarabangsa memberi peluang kepada pendudukan untuk meningkatkan serangannya tanpa akauntabiliti, dan mengukuhkan keyakinannya bahawa masjid telah menjadi arena terbuka untuk projek Yahudisasinya.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Kumpulan-kumpulan di Palestin menyeru pengantara agar membuka laluan Rafah dari kedua-dua arah

Khamis, 11/12/2025 – Pada Rabu, kumpulan-kumpulan dan pihak berkuasa politik Palestin menekankan kepentingan menekan rejim zionis bagi memenuhi semua komitmen yang dinyatakan di dalam perjanjian gencatan senjata, dan memberi amaran terhadap sebarang usaha untuk memanipulasi dan melanggar perjanjian.

Mereka menyeru negara-negara pengantara dan penjamin agar bertindak segera bagi memastikan pembukaan laluan Rafah secara dua hala, sesuai dengan perjanjian Sharm El-Sheikh dan Resolusi Majlis PBB 2803.

Mereka menekankan yang sebarang usaha untuk menghadkan laluan kepada sehala seperti yang dicadangkan sesetengah sumber rejim, merupakan pelanggaran jelas ke atas perjanjian.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Knesset Israel lulus rancangan Trump untuk menamatkan perang Gaza

Khamis, 11/12/2025 – Knesset Israel pada hari Rabu meluluskan satu resolusi yang mengguna pakai “rancangan 20 perkara” Presiden AS Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza.

Pengundian tersebut dijalankan tanpa kehadiran ahli-ahli Knesset daripada pihak kerajaan, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Resolusi itu diluluskan tanpa sebarang bantahan selepas diperkenalkan oleh ketua pembangkang, Yair Lapid.

Lapid menyatakan, “Seluruh Knesset Israel berterima kasih kepada Presiden Trump atas rancangan ini dan atas apa yang telah dicapai — membawa pulang para tebusan, menamatkan perang, dan kembali kepada kehidupan normal.” Beliau turut menyebut bahawa rancangan itu tidak pernah dibentangkan secara rasmi untuk pengundian di mana-mana badan rasmi, “sama ada dalam kabinet, kerajaan, Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan, atau sesi penuh Knesset.”

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Israel Keluar Perintah Roboh Baharu Terhadap Sekolah dan Kediaman di Yatta

Khamis, 04/12/2025 – Israel telah memperhebat tindakan perobohan di Tebing Barat dengan mengeluarkan satu perintah roboh pada petang Isnin terhadap Sekolah Khillet Amira, yang terletak di kawasan Abu Shaban di timur Yatta, selatan al-Khalil. Tindakan ini menjejaskan serta mengancam akses pendidikan bagi puluhan kanak-kanak.

Aktivis anti-penempatan, Osama Makhamreh berkata sekolah yang menjadi sasaran tersebut terdiri daripada lapan buah karavan yang menempatkan 54 orang murid dari peringkat tadika hingga Tahun Empat. Beliau turut menyatakan bahawa ini merupakan kali kedua sekolah berkenaan disasarkan, selepas satu perintah henti kerja dikeluarkan
pada tahun lalu.

Israel juga dilaporkan terus meningkatkan tekanan terhadap penduduk tempatan dengan mengeluarkan notis henti kerja ke atas kediaman milik Musa Mahmoud Imar di kawasan Irfaiya, timur Yatta. Rumah berkeluasan 180 meter persegi itu menempatkan enam penghuni.Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi penduduk, Naif Bassam Al-Amour, turut menerima notis perobohan bagi kediamannya yang berkeluasan 170 meter persegi.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda cedera akibat tembakan rejim zionis di bandar Al-Ram

Khamis, 04/12/2025 – Seorang pemuda Palestin ditembak dan cedera akibat serangan rejim zionis pada petang Isnin di bandar Al-Ram, utara Baitulmuqaddis, dalam satu episode terbaru serangan berterusan ke atas para pekerja Palestin dekat tembok pemisah.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan yang pasukan perubatannya merawat seorang pemuda berusia 30 tahun yang ditembak di kaki dengan peluru hidup. Beliau kemudiannya dipindahkan ke hospital.

Menurut sumber tempatan, tentera rejim mengejar sekumpulan pekerja yang cuba menyeberang tembok dan melepaskan tembakan ke arah mereka, menyebabkan salah seorang cedera.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda cedera akibat tembakan rejim zionis di bandar Al-Ram

Rabu, 03/12/2025 – Seorang pemuda Palestin ditembak dan cedera akibat serangan rejim zionis pada petang Isnin di bandar Al-Ram, utara Baitulmuqaddis, dalam satu episode terbaru serangan berterusan ke atas para pekerja Palestin dekat tembok pemisah.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan yang pasukan perubatannya merawat seorang pemuda berusia 30 tahun yang ditembak di kaki dengan peluru hidup. Beliau kemudiannya dipindahkan ke hospital.

Menurut sumber tempatan, tentera rejim mengejar sekumpulan pekerja yang cuba menyeberang tembok dan melepaskan tembakan ke arah mereka, menyebabkan salah seorang cedera.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Serangan Penjajah Haram Ke Atas Telaga Air Di Timur Ramallah Memutuskan Bekalan Ke Bandar-bandar Palestin

Rabu, 03/12/2025 – Serangan peneroka haram semakin meningkat di pelbagai kawasan di Tebing Barat. Satu serangan peneroka haram ke atas telaga air di timur Ramallah pada petang Ahad telah menyebabkan bekalan air terputus ke beberapa bandar Palestin.

Pihak Berkuasa Air Jerusalem yang bertanggungjawab membekalkan air ke kawasan Ramallah  melaporkan bahawa sekumpulan peneroka haram menyerang telaga nombor 6 di kawasan Ein Samia, timur Kafr Malik, menyebabkan pengepaman terhenti sepenuhnya. 

Beliau menegaskan bahawa kerosakan telaga itu mengancam sumber air utama bagi komuniti yang terletak di timur Ramallah, sambil menekankan bahawa gangguan itu berpunca daripada serangan tersebut manakala kerja-kerja pemulihan sedang dijalankan untuk menyambung semula pengepaman secepat mungkin.

Sejak 7 Oktober 2023, negara penjajah, dengan sokongan Amerika dan Eropah, telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, termasuk pembunuhan, ancaman kebuluran, pemusnahan penempatan, pemindahan dan penangkapan. Pihak penjajah turut mengabaikan seruan dan perintah antarabangsa daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menghentikan peperangan.

Pembunuhan beramai-ramai yang berlarutan menyebabkan lebih 239,000 rakyat Palestin mati atau cedera, di mana kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wanita. Lebih 11,000 penduduk pula dilaporkan hilang, selain ratusan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal dan diancam kebuluran yang meragut nyawa di mana kebanyakannya adalah mangsa kanak-kanak.  Kemusnahan yang meluas dan pemusnahan sebahagian besar bandar di Semenanjung Gaza juga berterusan.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Testimoni Dedahkan Pemerkosaan dan Penyeksaan Seksual Terhadap Wartawan Palestin di Sde Teiman

Selasa, 02/12/2025 – Pusat Perlindungan Wartawan Palestin (PJPC) mendedahkan bahawa seorang wartawan Palestin yang ditahan oleh pasukan pendudukan Israel telah menjadi mangsa pemerkosaan dan penyeksaan seksual di dalam sebuah pusat tahanan, termasuk menggunakan anjing terlatih, sehingga mengakibatkan trauma psikologi yang teruk dan menjadikannya tidak stabil secara mental selama lebih dua bulan. Pusat itu menyifatkan kejadian ini sebagai antara jenayah paling serius yang didokumentasikan terhadap wartawan di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, PJPC menjelaskan bahawa jenayah ini berlaku di fasiliti tahanan Sde Teiman, selepas wartawan berkenaan bersama tujuh lagi tahanan secara paksa dibawa ke kawasan terpencil dalam kem tersebut, di mana mereka menjadi mangsa serangan seksual secara berkumpulan. Tentera Israel berada di tempat kejadian, dengan sesetengahnya sengaja merakam penyeksaan itu sambil mengejek mangsa yang diikat sepenuhnya, ditutup mata, dan dinafikan sebarang perlindungan undang-undang atau kemanusiaan.

Menurut laporan wartawan itu, beliau memilih untuk dikenali sebagai “Yahya” bagi melindungi keluarganya. Serangan tersebut berlangsung kira-kira tiga minit, selepas itu beliau mengalami keruntuhan psikologi dan neurologi yang teruk sehingga tidak mampu menumpukan perhatian atau berfungsi secara normal selama lebih dua bulan. Gejala ini, menurut pakar perubatan dan hak asasi manusia yang meneliti testimoni tersebut, selari dengan gangguan tekanan akut (acute stress disorder) dan gangguan tekanan pasca trauma (PTSD).

“Yahya,” yang telah ditahan selama 20 bulan oleh Israel, termasuk tiga bulan di Sde Teiman dan satu bulan di Penjara Ofer, menyatakan bahawa kejadian ini bukanlah insiden terpencil, sebaliknya sebahagian daripada polisi penyeksaan sistematik bertujuan mematahkan semangat tahanan dan mempermalukan mereka secara fizikal dan psikologi. Beliau menegaskan bahawa pihak pendudukan menggunakan anjing sebagai alat penyeksaan secara langsung, bertentangan dengan konvensyen antarabangsa yang melarang penyeksaan serta layanan kejam, tidak berperikemanusiaan, atau merendahkan martabat.

Beliau turut melaporkan telah melalui sesi interogasi yang keras, diikat, ditutup mata, dan dipindahkan dengan kenderaan tentera ke pelbagai pusat tahanan, antaranya yang paling ketara ialah Sde Teiman, di mana beliau menghabiskan kira-kira 100 hari dalam keadaan yang digambarkan sebagai “tidak berperikemanusiaan.” Ini termasuk penyeksaan fizikal dan psikologi, kekurangan tidur, kelaparan, penghinaan agama, penafian rawatan perubatan, dan kejutan elektrik.

Wartawan itu menegaskan bahawa serangan seksual yang dialaminya merupakan antara jenayah paling berat terhadapnya di fasiliti tahanan, dan pelanggaran berlaku di kawasan terpencil dengan kehadiran tentera dan pegawai, tanpa sebarang pemantauan atau akauntabiliti.

Beliau menambah bahawa pihak berkuasa pendudukan meningkatkan penyeksaan selepas mengetahui profesionnya sebagai wartawan. Beliau diserang selepas mendedahkan pekerjaannya, dituduh menyebarkan “maklumat menyesatkan,” dan diugut dengan hukuman penjara seumur hidup kerana aktiviti media yang dijalankan.

Dalam testimoni itu, beliau menggambarkan keadaan tahanan yang sukar, termasuk kesesakan luar biasa, kekurangan kebersihan, penyebaran penyakit, kekurangan makanan dan air, larangan menunaikan solat, serta layanan merendahkan martabat. Beliau juga menyaksikan kematian beberapa tahanan di dalam fasiliti, termasuk akademik dan doktor, dalam keadaan misteri. “Kami mengharungi musim luruh dan musim sejuk hanya memakai pakaian musim panas yang koyak, tidur di atas jubin lantai,” katanya.

Beliau menambah, “Kami masuk ke pusat tahanan ini dalam keadaan hidup, dan keluar dengan tubuh yang rosak dan jiwa yang hancur. Sesiapa yang tidak mati di dalam tetap keluar dalam keadaan musnah.”

Pasukan pendudukan Israel telah menahan “Yahya” semasa serbuan ke Kompleks Perubatan al-Shifa di Bandar Gaza pada 18 Mac 2024, ketika beliau menjalankan tugas jurnalistik memakai vest media dan membawa kamera.

PJPC menegaskan bahawa apa yang dialami wartawan ini merupakan pemerkosaan dan penyeksaan seksual mengikut Konvensyen Menentang Penyeksaan 1984, jenayah perang di bawah Artikel (8) Statut Rom, dan jenayah terhadap kemanusiaan jika dibuktikan bersifat sistematik dan berulang menurut Artikel (7). Ia juga merupakan pelanggaran serius Artikel Bersama (3) Konvensyen Geneva, dan serangan langsung terhadap wartawan, yang merupakan orang awam yang dilindungi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Pusat itu menambah bahawa penggunaan anjing dalam serangan seksual merupakan salah satu bentuk penyeksaan paling berbahaya yang dilarang di bawah undang-undang antarabangsa, bertujuan untuk menghancurkan martabat dan psikologi mangsa sepenuhnya.

PJPC menyeru agar jenayah ini dimasukkan ke dalam fail pendakwaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, membuka siasatan antarabangsa yang segera dan bebas, mendakwa semua pihak bertanggungjawab mengikut prinsip bidang kuasa sejagat, serta memastikan rawatan perubatan dan psikologi segera untuk mangsa, selain perlindungan dan keselamatan undang-undang bagi saksi.

Pusat itu menegaskan bahawa jenayah ini tidak akan tamat dengan masa, dan testimoni wartawan Palestin merupakan bukti terkumpul tentang polisi penyeksaan sistematik di penjara Israel yang memerlukan akauntabiliti jenayah antarabangsa.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pope Leo XIV: 2 Negara Tamatkan Konflik

Selasa, 02/12/2025 – Ketua Vatican, Pope Leo XIV, menegaskan semula sokongannya yang tidak berbelah bahagi untuk penyelesaian dua negara, menyebutnya satu-satunya jalan yang berdaya maju untuk menamatkan konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad.

Bercakap pada hari Ahad, Pope menyatakan bahawa Vatican telah berulang kali dan jelas menyatakan sokongannya untuk penyelesaian ini, menekankan bahawa “penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara yang realistik untuk mencapai keamanan.”

Beliau menambah: “Kami faham bahawa Israel pada masa ini menolak penyelesaian ini, tetapi kami masih percaya ia adalah satu-satunya jalan yang mampu menamatkan konflik yang berterusan dan mengurangkan penderitaan rakyat.”

Sejak 7 Oktober 2023, Zionis, yang disokong oleh AS dan Eropah, telah melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, termasuk pembunuhan, kebuluran, pemusnahan, pemindahan dan penangkapan besar-besaran, mengabaikan rayuan antarabangsa dan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk dihentikan.

Pembunuhan beramai-ramai itu telah mengakibatkan lebih 239,000 rakyat Palestin terbunuh atau mencederakan, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak, bersama-sama lebih 11,000 hilang, ratusan ribu kehilangan tempat tinggal, dan kebuluran yang telah meragut banyak nyawa, kebanyakannya kanak-kanak. Sebahagian besar Gaza telah menjadi runtuhan, dengan kemusnahan yang meluas dan penghapusan seluruh bandar.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas memberi amaran tentang ancaman bom jangka yang dihadapi kanak-kanak Gaza dan menyeru tindakan global

Isnin, 01/12/2025 – Gerakan Hamas memberi amaran pada Isnin tentang peningkatan jumlah kecederaan di kalangan kanak-kanak akibat letupan tinggalan zionis yang menandakan juga peningkatan bahaya yang dihadapi orang awam.

Jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata, tinggalan berbahaya ini umpama bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa. Beliau menyeru pihak antarabangsa yang berkenaan agar bertindak segera bagi membuangnya dan melindungi rakyat Palestin daripada kesan yang berterusan.

Dalam satu kejadian berkaitan, dua kanak-kanak cedera hari ini apabila satu tinggalan objek meragukan meletup di kejiranan Al-Tuffah, di timur laut kota Gaza. Seorang lagi kanak-kanak juga cedera dalam letupan serupa di utara kawasan Shati.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: GHF lakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin, mesti dibawa ke muka pengadilan  

Isnin, 01/12/2025 – Gerakan Hamas telah menggesa mahkamah antarabangsa untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap organisasi yang dikenali sebagai “Gaza Humanitarian Foundation (GHF)” atas jenayah terhadap rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan, Hamas menyatakan bahawa pengumuman organisasi Amerika itu untuk menamatkan operasinya di Semenanjung Gaza dibuat selepas siri pembunuhan beramai-ramai harian sepanjang peperangan yang sedang berlangsung, dan menuduhnya turut menyumbang kepada pembunuhan rakyat Palestin yang kebuluran serta mereka yang sedang mencari bantuan.

Gerakan itu menegaskan bahawa penutupan yayasan tersebut merupakan langkah yang wajar terhadap entiti yang “bersekongkol dengan projek pembunuhan beramai-ramai dan kelaparan yang dirancang bersama penjajahan Zionis.”

Hamas menegaskan bahawa sejak awal kemasukan ke Gaza, yayasan itu telah beroperasi seolah-olah sebagai sebahagian daripada aparat keselamatan penjajah, dengan menggunakan kaedah pengagihan yang langsung tidak mencerminkan kerja kemanusiaan.

Kaedah ini telah mencetuskan keadaan yang bahaya dan menghinakan bagi orang awam yang cuba mendapatkan makanan, mengakibatkan ribuan syahid dan kecederaan akibat tembakan penembak tepat dan pembunuhan sengaja, sekali gus mendedahkan penglibatan yayasan itu dalam jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Penterjemah : Norshuhada Samudin