Categories
Berita Semasa

Kecederaan semasa penahanan tawanan di kem tahanan “Eichel”

Isnin, 22-07-2013 – Zionis telah menyerbu kem tahanan “Eichel” pada petang khamis yang mana mengakibatkan pergaduhan sesama tawanan dan menyebabkan kecederaan sebilangan daripada mereka. Kejadian yang tegang tersebut disaksikan oleh pihak penjara dan mereka segera menuju ke tawanan-tawanan tersebut.

Sumber-sumber dari dalam penjara “Eichel” kepada wartawan “Pusat Maklumat Palestin” berkata, unit penindasan menyerbu masuk penjara dengan alasan mengadakan pemeriksaan yang mana mengakibatkan provokasi sesama tawanan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa di mana tercetus pergaduhan antara tawanan dan tentera mencelah masuk ke dalamnya dan menyerang dengan pukulan yang teruk ke atas mereka sehingga mengakibatkan 5 tawanan cedera dan lebam.

Sumber-sumber menyatakan bahawa unit penindasan telah mengasingkan beberapa tahanan di bawah alasan penglibatan mereka dalam pertempuran. Ketika menyaksikan keadaan penjara yang terlalu tegang masih berterusan, tahanan yang lain menuntut kembali tahanan yang ditindas,iaitu yang ditolak oleh pihak pengurusan.

penterjemah : nursyuhadak
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Wartawan Disekat Dari Membuat Liputan Di Ramallah, Palestin

Isnin, 22-07-2013 – Tentera Israel telah menyekat sekumpulan wartawan yang ingin membuat liputan terkini mengenai Palestin di tengah-tengah bandar Ramallah berhampiran Tebing Barat, Qelandia. Kejadian ini berlaku apabila sekumpulan wartawan tersebut cuba untuk memasuki Bandar Jerusalim pada Hari Kebebasan Sedunia.

Wartawan Palestin tersebut disekat oleh tentera daripada memasuki Qelandia namun mereka berjaya melarikan diri dan tentera Israel terus melepaskan gas pemedih mata kearah wartawan dan menyebabkan beberapa orang diantara mereka mengalami kecederaan.

Dengan kerjasama Persatuan Wartawan Arab dan Persatuan Wartawan Antarabangsa, kempen yang berslogankan “Hak Kebebasan Bergerak” telah dilancarkan di Ramallah. Usaha ini bertujuan bagi mengembalikan hak wartawan untuk bergerak bebas dan selamat semasa berada dalam wilayah Palestin yang dijajah.

penterjemah : nurul iman
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri Menafikan Kaitan Hamas dengan Peluru Berpandu Tentera Mesir

Isnin, 22-07-2013 – Dr Sami Abu Zuhri mengkritik jurucakap Pergerakan PembelaIslam ”Hamas” kenyataan yang
dikaitkan dengan Komander Tentera ketiga Mesir tentang ketepatan bilangan peluru berpandu Grad
didakwa menyerupai peluru berpandu milik pergerakan Hamas tersebut.

Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau pada petang Rabu, Hamas
menafikan sebarang kaitan dengan peluru berpandu, beliau mengingatkan bahawa peluru
berpandu Grad tidak dibuat oleh Qassam tetapi ianya dibeli oleh puak Palestin yang ianya
terdapat di Sinai dengan kuantiti yang lebih besar berbanding yang ada di Gaza.

Dan beliau menyeru sekali lagi untuk meneliti ketepatan dan mengambil semua langkah-
langkah yang perlu untuk menghentikan kempen media yang diketuai oleh beberapa pihak
berkuasa Mesir terhadap pembela dan rakyat Palestin.

penterjemah : nadhirah
sumber : http://www.palinfo.com

Categories
Berita Semasa

Rizqa Memberi Amaran Kepada Delegasi Lawatan Baru Kerry ke Rantau Arab

Khamis ,18-07-2013 – Dr Youssef Rizqa, Penasihat Politik kepada Perdana Menteri Palestin memberi amaran kepada lawatan Kerry ke rantau tersebut terutamanya mereka melawat dalam situasi yang sesuai kepada visi US iaitu ‘proses perdamaian’.

Kerry dijangka bertemu dengan pembantu peribadi Presiden Mahmoud Abbas dan delegasi Liga Arab di Amman pada hari Rabu bagi membincangkan inisiatif US.

Rizqa menyatakan bahawa lawatan keenam Kerry ke rantau tersebut adalah bertujuan untuk mengambil kesempatan terhadap perkembangan Negara Arab baru-baru ini bagi mempromosikan dan menarik lebih banyak sokongan kepada inisiatif yang diutarakan oleh US memandangkan orang awam sangat bimbang terhadap krisis yang berlaku di Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul izzati

Categories
Berita Semasa

Memperbaharui Pengetahuan Tentang Bahaya2 Terhadap Palestin.

Khamis ,18-07-2013 – Para pemimpin dan pemikir Palestin hendaklah benar-benar sedar akan bahaya serta ancaman berikutan angin perubahan yang menerbangkan semua fakta dan data yang kita ketahui tentang mereka. Isu Palestin sepanjang menyelusuri sejarah merupakan sumber perpaduan antara orang Arab walaupun terdapat perbezaan dalam sistem politik di antara mereka, namun tidak lagi sekarang kerana situasi telah berubah, di mana kebanyakan orang Arab tenggelam dan hanyut dalam konflik serta pertempuran yang dahsyat, 1/ 3 daripada rantau Arab yang terlibat dalam perang saudara serta konflik-konflik yang memecahbelahkan rantaian masyarakat Arab. Campur tangan antarabangsa tidak lagi bertujuan untuk keamanan dan keselamatan rakyat Palestin, akan tetapi jaminan keamanan kepada Israel yang merampas hak-hak penduduk Arab Palestin dan bercita-cita untuk memporak-perandakan masyarakat Arab serta memisahkan negara mereka menjadi kawasan-kawasan kecil. Sewaktu Perang Dunia Pertama, banyak wang yang digunakan untuk memecah-belahkan Negara Syam kepada beberapa jajahan-jajahan kecil, dan diantaranya ialah memisahkan Palestin dan menyerahkannya kepada Yahudi.

Setelah berkonflik selama satu abad, kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya serta ancaman terhadap Palestin perlu diperbaharui. Isu Palestin hendaklah berada di bawah semua ideologi, dan cukuplah pengembaraan dan pertaruhan politik penduduk Palestin yang menelan belanja yang sangat banyak. Kebijksanaan serta berhati-hati dengan setiap perkataan yang dituturkan sangat diperlukan kini. Kepimpinan Palestin harus bijak dan hendaklah memastikan keprihatinan mereka yang utama ialah terhadap Palestin, kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab mereka. Semua orang mengetahui bahawa Israel sedang berusaha mengambil kepentingan atas apa yang berlaku di rantau Arab untuk mengekalkan agenda dan propaganda serta memberi tumpuan kepada legitimasi dengan alasan Palestin adalah satu-satunya negara yang stabil di kedudukannya dan kita perlu berusaha untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan di rantau kita iaitu rantau Arab yang begitu berharga, serta menghentikan keganasan dan pembunuhan, dan mengutamakan kebijaksanaan serta toleransi untuk mencapai jalan penyelesaian politik secara rasional.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurfahana

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Tahanan : Pemogok lapar Jordan diletakkan bersama pesakit mental

Khamis ,18-07-2013 – Kesatuan tahanan Palestin berkata pemogok lapar dari Jordan sedang diletakkan bersama pesakit mental di rumah sakit penjara Ramla bagi mendesak mereka menghentikan mogok lapar.

Peguam kesatuan berkata pemogok lapar itu telah digari dan dirantai semasa lawatannya ke penjara Isnin tanpa mengambil kira keadaan kesihatan mereka yang teruk.

Beliau berkata pentadbiran penjara itu memberitahunya bahawa tidak ada peguam boleh melawat pemogok lapar itu melainkan mendapatkan kebenaran pegawai daerah, sambil menyatakan langkah ini bertujuan untuk mengasingkan mereka dari dunia luar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kerajaan: Penutupan terowong menyebabkan krisis bahan bakar.

Khamis ,18-07-2013 –  Kerajaan Palestin telah mengesahkan bahawa penutupan terowong antara Gaza dan Mesir menyebabkan krisis bahan bakar yang serius yang mana mengakibatkan masalah bertambah buruk dan melibatkan 70 ribu pemandu di kawasan ini.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Khalil Zayan berkata semasa sidang akhbar yang diadakan oleh pejabat media kerajaan Selasa (16/ 7) bahawa kira-kira 20 ribu kenderaan awam, dan 30 ribu kenderaan persendirian rosak dengan terhalangnya kemasukan bahan api ke Semenanjung Gaza.

Beliau menambah lagi, terdapat banyak pengangkutan kereta berhenti bekerja sepenuhnya, kerana ketiadaan bahan api yang diperlukan untuk menjalankannya. Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengangkut barang-barang dan bahan-bahan penting ke kedai-kedai perniagaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nursyuhadak

Categories
Berita Semasa

Para Jeneral Membinasakan Gaza

Khamis ,18-07-2013 – Para jeneral yang memberontak dan melanggar undang-undang di Mesir bukan sahaja merampas kuasa dan menggulingkan presiden yang sah, bahkan kejahatan mereka melampaui batas dengan mensabotaj kedudukan ekonomi dan kehidupan rakyat Mesir. Ini bukan sahaja berlaku di Mesir tetapi mereka juga mengepung Semenanjung Gaza dan memberi tekanan kepada 1.8 juta rakyat Palestin dan menutup satu-satunya laluan yang menghubungkan mereka dengan dunia. Dan lebih teruk lagi, mereka menutup perbelanjaan dan memusnahkannya dengan tujuan mencekik rakyat palestin bagi melengkapkan plot rampasan kuasa untuk menggulingkan pemerintahan Hamas dengan mengubah kehidupan mereka kepada kehidupan neraka bagi mengisytiharkan kemaksiatan dalam pergerakan Hamas.

Proses tekanan dilakukan oleh para jeneral yang merampas kuasa terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dengan cara sistematik dan berterusan bermula dengan kempen media yang memberi focus kepada penduduk Palestin dan mangsa mereka, menjadikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di Mesir dan menuduh mereka melancarkan serangan bersenjata terhadap tentera Mesir di Sinai serta tuduhan-tuduhan palsu yang lain. Kemudian beralih daripada “Media Pemangsaan” kepada menghalang penduduk Palestin dari memasuki Misran, satu-satunya saluran untuk ke dunia luar dan meletakkan semua peduduk palestin dalam keadaan takut seperti pengusiran atau penahanan tanpa apa-apa sebab.

Apa yang dilakukan oleh para jeneral yang melanggar undang-undang di Mesir terhadap penduduk Palestin sangat berbahaya. Ini bermakna rakyat bukan sahaja berhadapan dengan musuh mereka, Israel akan tetapi mereka juga berhadapan dengan musuh-musuh daripada para jeneral, media dan sistem mereka yang teruk yang telah dibina oleh rejim Mubarak yang digulingkan yang diragui akan kembali kepada pemerintahan semula. Rejim Mubarak yang telah digulingkan telah merancang membuat kospirasi ke atas rakyat Palestin dengan member tekanan kepada mereka. Mereka merupakan rakan kongsi Israel dalam sentiasa membalas dendam terhadap Palestin. Dan cukuplah kita mengingati semula Menteri Luar Negeri Israel Tzipi Livni mengumumkan perang ke atas Semenanjung Gaza di tengah-tengah Kaherah dengan persetujuan Mesir dan penyelarasan diselia oleh Ketua Perisikan yang digulingkan, Omar Suleiman secara peribadi seperti yang disiarkan akhbar Israel ketika itu. Dan pada hari ini, pengikut Omar Suleiman melengkapkan apa yang beliau mulakan tentang penyelarasan keselamatan bersama entiti Israel pada peringkat tinggi, dan cukup dengan menunjukkan bahawa helikopter tentera mesir memasuki ruang udara Gaza selepas rampasan kuasa dan terbang di ruang udara Rafah dan Khan Younis selama satu jam dengan persetujuan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk serangan Israel ke atas peserta demonstrasi menentang rancangan Prawer

Khamis ,18-07-2013 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh rejim Israel ke atas ratusan peserta demonstrasi menentang perancangan Prawer yang akan mengakibatkan ribuan dipaksa meninggalkan tanah mereka di Negev.

Gerakan itu berkata dalam satu kenyataan akhbar, “kami di Hamas menentang sekeras-kerasnya serangan Israel yang terang-terangan bertujuan mengusir ribuan dari tanah mereka. Kami juga menegaskan penolakan undang-undang perkauman dan tidak adil ini yang menggambarkan perlanggaran perjanjian antarabangsa. Hamas menegaskan bahawa polisi Israel tentang pembinaan penempatan dan pengusiran rakyat Palestin dari tanah mereka tidak akan berjaya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Bahar: Rancangan Begin-Prawer, Nakba Palestin yang baru

Khamis ,18-07-2013 – Dr Ahmed Bahar, timbalan speaker pertama majlis perundangan Palestin (PLC), mengutuk sekeras-kerasnya “Rancangan Prawer”, yang bertujuan untuk merampas ribuan dunum tanah dan memindahkan beribu-ribu Badwi Palestin di Nagev.

MP Bahar telah mempertimbangkan, dalam satu kenyataan pada hari Selasa, rang undang-undang Prawer yang telah diluluskan di Knesset Israel selepas bacaan pertama. Nakba Palestin baru (malapetaka) adalah sebahagian daripada pembersihan etnik berterusan Israel dan penjajahan.

Beliau menegaskan bahawa rang undang-undang ini bersifat perkauman datang sebagai sebahagian daripada percubaan Israel yang berterusan dan merebak untuk merampas tanah Palestin dan mengikut cara Yahudi di Negev.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Pusat Hak Asasi Manusia Tuntut Selamatkan Barghousi

Khamis ,18-07-2013 – Pusat Pemantauan Urusan Tawanan menegaskan, laporan para peguam menegaskan keselamatan tawanan Abdullah Barghousi sangat buruk, denyut jantungnya tidak normal, buah pinggangn, hati dan saraf bermasalah serta kulit dan penglihatan. Pusat Hak Asasi Manusia (HAM) menuntut memberikan sokongan kepada Barghousi.

Pusat HAM menuntut Raja Jordan, Abdullah Tsani dan pemerintahannya serta pihak Otoriti Palestin dan badan antarabangsa untuk melakukan campur tangan segera bagi menyelamatkannya. Keadaan Barghousi semakin kritikal sehingga kita patut turut bertanggungjawab dan serius menyelamatkannya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Al-Ghusain: penghasutan media Mesir telah memudaratkan rakyat dan meningkatkan penderitaan

Khamis ,18-07-2013 – Jurucakap kerajaan Palestin dan ketua kerajaan pejabat akhbar jurutera, Ihab al-Ghusain bahawa kempen hasutan yang dilancarkan oleh beberapa media Mesir – yang meningkat semenjak dua minggu lalu – memudaratkan rakyat Palestin, dan meningkatkan penderitaan mereka.

Jurucakap kerajaan Palestin dan ketua kerajaan pejabat akhbar jurutera, Ihab al-Ghusain bahawa kempen hasutan yang dilancarkan oleh beberapa media Mesir – yang meningkat semenjak dua minggu lalu – memudaratkan rakyat Palestin, dan meningkatkan penderitaan mereka.

Beliau menambah dengan berkata bahawa: “Media Mesir yang telah melancarkan kempen sepenuhnya terhadap Gaza adalah jauh dari piawaian ketepatan dan objektiviti serta peraturan media yang ditetapkan untuk mengawal fungsi profesion”, dan beliau turut menekankan bahawa terdapat tokoh politik terkenal yang menyokong dan memantau kempen ini untuk mencemarkan imej sektor

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Siti Zunaidah

Categories
Berita Semasa

Orang-orang yang mahu bersolat menghadapi cubaan untuk merosakkan Masjid Aqsa

Khamis ,18-07-2013 –  Orang yang mahu bersolat dan pelajar Al-Quran di masjid Aqsa berhadapan berpuluh-puluh penduduk Yahudi yang memasuki tempat suci itu dari pintu Maghareba.

Yayasan Aqsa untuk wakaf dan warisan berkata bahawa penjajah Yahudi memecah masuk ke masjid Al-Aqsa pada jam awal pagi untuk menandakan ulang tahun yang mereka panggil kemusnahan kuil.

Pasukan polis Israel, yang menyediakan perlindungan kepada penjajah yahudi tersebut, telah ditempatkan sejak awal pagi dalam pelbagai plaza masjid di tengah-tengah bantahan di pihak orang-orang yang bersolat dan juga pelajar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas menolak dakwaan kematiann Abu Marzouk dari Kaherah

Rabu, 17/07/2013 – Sumber rasmi Palestin dari Pergerakan Hamas menolak dakwaan tentang kematian Mousa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro bagi Hamas dan pengikutnya dari Kaherah, berikutan rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.

Sumber tersebut memberitahu Palestinian Information Center (PIC) bahawa Abu Marzouk, keluarganya dan ahli kumpulannya masih berada di Kaherah dan beliau sentiasa berhubung dengan pihak keselamatan Mesir.

Sumber tersebut juga mengesahkan bahawa apa yang diwarwarkan oleh kebanyakan mesia Mesir bahawa Abu Marzouk telah meninggal dunia adalah tidak benar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Al Sissi arahkan pemusnahan semua terowong ke Semenanjung Gaza

Rabu,  17/07/2013 – Jeneral Umum Tentera Mesir mengarahkan pemusnahan semua terowong di antara Gaza dan Mesir untuk beberapa hari akan datang sebelum bermulanya operasi keselamatan di Sinai ke atas pasukan bersenjata, sebuah laman sesawang Mesir, Seventh Day mendedahkan. Operasi itu bertujuan untuk mencegah sebarang ‘unsur bahaya’ daripada memasuki wilayah Mesir yang menyasarkan keselamatan kebangsaan Mesir, dakwa Jeneral itu. Ketua tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sissi telah memberikan arahan kepada Mejar Jeneral Taher Abdullah, ketua kejuruteraan agar memusnahkan terowong-terowong segera dengan menggunakan jentolak serta semburan air untuk menghalang sebarang usaha mengancam keselamatan Mesir atau penyeludupan makanan dan bahan api kepada Gaza memandangkan krisis ekonomi di Mesir sekarang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati