
Rabu , 04/01/2012 – Pada 10:55 pagi hari Rabu 28 Disember, sebuah kapal perang tentera laut Israel telah menyerang pemerhati antarabangsa dan ketua pasukan bot Olivia Perkhidmatan Keamanan Awam Gaza (CPSGAZA) Palestin, mencederakan ketua pasukan dalam usaha untuk menterbalikkan bot tersebut.
“Tentera laut Israel mendekati kami dan para nelayan, dan mula mengelilingi kami, mengakibatkan berlakunya ombak,” kata Rosa Schiano, salah seorang pemerhati antarabangsa. “Nelayan-nelayan tersebut berjaya melarikan diri, tetapi kami tidak sempat menyelamatkan diri kerana masalah pada enjin. Kami tidak boleh bergerak, dan mereka bergerak mengelilingi kami dengan pantas. Orang-orang Israel melihat kami tidak dapat bergerak, dan ketua pasukan sedang cuba membaiki enjin, tetapi tidak berhenti. Kami memberitahu mereka, ‘Sila berhenti! Sila berhenti!’ Tetapi mereka tidak mengendahkan.”
Apabila kapal perang berada pada dua meter dari Olivia, salah satu daripada gelombang yang terhasil hampir menenggelamkan bot kecil tersebut, dipenuhi air dan menyebabkan ketua pasukan Palestin tersebut jatuh, lalu mencederakan kaki kirinya.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas