Categories
Foto/Video/Muzik

(Gambar) Ummu Muhammad di Masjid Shah Alam pada 24/3/09.

oleh gunx

Antara gambar yang sempat diambil Pkini dalam siri ceramah beliau. Antara yang dapat disimpulkan ucapannya adalah peri pentingnya mengasuh generasi akan datang dengan semangat jihad. Jihad bukan terhad kepada mengangkat senjata malah dikembangkan kepada perkara2 lain seperti menuntut ilmu, menerangkan antara hak dan batil. Kegigihan Ummu Muhammad yang mempunyai 6 orang anak serta 22 orang cucu begitu mengujakan para hadirin. Di dalam ketiadaan suami tercinta yang gugur syahid, beliau masih gigih belajar di Universiti Gaza. Di sini , kita nampak akan peri pentingnya ilmu dan amal buat bekalan para mujahid.

Di akhir sessi , beliau memeluk setiap muslimat yang hadir sehingga ada di antara muslimat yang menangis dalam pelukan beliau. Satu senario yang sungguh syahdu dan seharusnya ‘aura’ yang dibawa Ummu Muhammad meresap ke dalam diri2 kita.

lagi gambar di dalam…

Categories
Berita Semasa

Parti Buruh bentuk kerajaan campuran pimpinan Benjamin Netanyahu.

Khamis,  26/03/2009 – Parti Buruh bersetuju untuk bergabung dengan kerajaan campuran pimpinan presiden Parti Likud, Benjamin Netanyahu, seorang pelampau, pada hari Selasa (24/3) selepas mengadakan pertemuan intensif di antara kedua-dua belah pihak.

Categories
Berita Semasa

Al-Ghoul: Pejuang tetap teguh dengan pendirian mereka.

Selasa,  24/03/2009 – Muhammad Faraj al-Ghoul, wakil rakyat dan ketua kumpulan “Perubahan dan Reformasi”, merangkap Menteri Hal Ehwal Orang Tawanan Palestin menegaskan kumpulan pejuang Palestin tetap berpegang dengan tuntutan mereka berkenaan perjanjian melibatkan Gelad Shalit, tentera Zionis yang ditawan pejuang. Beliau menanggap pihak musuh sedang berhadapan tekanan dan tindakan mereka menunjukkan perjanjian tersebut bakal dicapai dalam masa terdekat.

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menahan ketua bahagian utara Gerakan Islam, Sheik Raed Salah

TV Al Manar, TV rasmi parti Hezbollah di Lebanon melaporkan semalam(Isnin) bahawa polis Israel telah menahan Sheikh Raed Salah, ketua bahagian utara gerakan Islam serta pengawalnya di sekitar Sheikh Jarrah, Timur Jerusalem.

Categories
Foto/Video/Muzik

Temubual Wakil Gaza di TV9.

Categories
Berita Semasa

Program Palestin Malam Ini !!

Kita sekali lagi menerima tetamu khas dari Gaza, kali ini beliau adalah isteri kepada As Syahid Abd Aziz Rantisi. Forum yang dijangka akan memberikan input yang baik dan berguna kepada kita semua tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. Untuk menerima tetamu ini khasnya dari Gaza bukan satu yang mudah apatah lagi kepada mereka yang terkenal dengan penentangan mereka terhadap Israel.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Aktivis Sheikh Ra’ed Salah ditahan.

Isnin,  23/03/2009 – Tentera Israel pada hari Isnin menahan Sheikh Ra’ed Salah (berkupiah) , Ketua Pergerakan Islam 1948, semasa menghadiri perayaan meraikan Jerusalam ibu negara Arab 2009.

Categories
Foto/Video/Muzik

Ummu Muhammad , isteri As Syahid Dr Aziz Rantisi di Malaysia.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Tahanan wanita Hamas semakin tertekan dengan karenah pentadbiran penjara Israel.

Selasa, 24/03/2009 – Pusat Kajian Al Ahrar bagi banduan-banduan melaporkan keputusan jawatankuasa menteri Israel yang memburukkan keadaan tahanan2 Hamas termasuk banduan-banduan wanita yang menyokong pergerakan Hamas menyatakan berdasarkan surat2 yang ditulis oleh tahanan2 mengesahkan bahawa pentadbiran penjara Israel akan mengambil langkah-langkah untuk menghukum mereka.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Pemimpin Fatah terbunuh di Lubnan dipercayai pembunuhan terancang.

Sumber-sumber keselamatan Lebanon melaporkan pada hari Isnin , pemimpin kanan bagi PLO bagi pergerakan Fateh terbunuh bersama dengan empat yang lain dalam satu letupan yang mengambil tempat di kem pelarian AL MIA MIA, luar bandar raya Sidon , selatan Lubnan.

Categories
Berita Semasa

Israel masukkan tahanan gila ke sel tahanan Hamas.

Isnin,  23/03/2009 – Jabatan tahanan kerajaan Palestin menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan Israel menekan tahanan Hamas dan meningkatkan siksaan termasuk dengan memasukkan tahanan gila ke sel adalah bukti kebuntuan, kebingunan dan tekanan mereka dalam menghadapi ketegaran Hamas. Tindakan Israel itu tidak akan berjaya melumpuhkan sikap tegar fraksi-fraksi pejuang Palestin yang ingin kesepakatan perjanjian pertukaran tahanan sesuai dengan syarat-syarat mereka.

Categories
Berita Semasa

Ulang tahun kelima kesyahidannya: Ahmad Yasin, meskipun lumpuh, kesyahidannya beri kekuatan kepada HAMAS.

Isnin,  23/03/2009 – Kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin bukan satu peristiwa yang berlalu begitu sahaja. Bahkan ia adalah peristiwa besar yang mendapat perhatian mereka yang berjiwa merdeka di seluruh dunia. Ia juga menjadikan umat Islam dan bangsa Arab menyedari tentang bahaya sebenar yang dicernakan oleh regim Zionis terhadap bumi Palestin.

Categories
Berita Semasa

Zehar: Menjaga keamanan Mesir itu cita-cita utama Hamas.

Isnin,  23/03/2009 – Pemimpin Hamas Dr. Mahmod Zehar menegaskan bahawa antara keutamaan Hamas adalah menjaga keamanan Mesir dan segala bahaya yang menimpa Mesir akan mendatangkan kesan kepada Palestin. Beliau turut memuji Mesir kerana telah menjadi orang tengah yang baik dalam rundingan pertukaran tahanan Palestin dengan tentera Zionis-Israel Gilad Shalit.

Berkenaan kesepakatan dengan kumpulan-kumpulan di Palestin, beberapa persetujuan telah disepakati.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

21 Rakyat Palestin termasuk 4 MP diculik sepanjang operasi di Tebing Barat.

Jumaat,  20/03/2009 – Sejumlah 21 orang rakyat Palestin termasuk empat MP terpilih telah diculik pada Khamis lalu sepanjang serangan awal pagi yang mensasarkan penduduk Palestin di Tebing Barat. Menurut sumber-sumber Palestin, tentera itu telah menyerang bandar raya Ramallah, Nablus, Tulkarem, Bethlehem, Hebron dan Jericho.

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Perdamaian matlamat tetap HAMAS.

Jumaat,  20/03/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan perdamaian dan penamatan keadaan perpecahan di Palestin adalah matlamat tetap HAMAS yang mahu dicapainya. Manakala keadaan perpecahan yang berlaku sekarang hanyalah suatu yang sementara.