Categories
Berita Semasa

Gaza bergelap lebih dari 18 jam tanpa bekalan elektrik.

Khamis, 16-02-2012 – Gaza tidak lama lagi akan hanya dibekalkan bekalan elektrik enam jam setiap hari jika tidak dihantar lebih banyak bahan api , pegawai sumber tenaga dipetik berkata pada Isnin.

Pihak berkuasa Gaza, Ahmad Abu al-Amaren dalam satu kenyataan rasminya berkata penghantaran kecil bahan api pada Isnin menghindarkan “blackout” berskala besar, pihak kuasa tidak lama lagi akan terpaksa memperkenalkan satu jadual berkala, dengan memotong bekalan elektrik 16 hingga 18 jam setiap hari.

Satu penyelesaian bagi krisis tenaga elektrik ini bergantung kepada Mesir untuk membenarkan bahan api perlu lulus ke dalam jalur pantai, katanya.

sumber : Maan News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Mengesahkan Hukuman ke atas Tahanan Mogok Lapar yang Sakit

Khamis, 16-02-2012 – Mahkamah Tentera Israel menolak pada petang hari Isnin lalu rayuan yang telah difailkan oleh Persatuan Banduan Palestin (PPS) terhadap perintah tentera mengurung tahanan yang sakit, Adnan Khader, yang mogok lapar sejak 59 hari bagi membantah pemenjaraan haram.

Mahkamah memutuskan untuk mengesahkan keputusan terhadap Khader sebelum ini, lantas mengarahkan beliau di bawah Tahanan Pentadbiran, tanpa apa-apa caj, untuk 4 bulan tambahan. Ketua Unit Undang-undang di PPS, Peguam Jawad Boulos, menyatakan bahawa pengalaman yang lama dengan mahkamah tentera membuatkan PPS tahu dengan mendalam hasil yang tidak menguntungkan ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Radwan beri amaran rejim Zionis bermain dengan api

Rabu , 15-02-2012 – Dr. Ismail Radwan, salah seorang pemimpin Hamas di Gaza memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa sebarang pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa akan menyalakan api kemarahan di seluruh rantau itu. Beliau berkata dalam satu
kenyataan pada Ahad lalu bahawa sebarang percubaan untuk merosakkan Masjid al- Aqsa akan mengakibatkan tindak-balas hebat.

Beliau juga menngesa seluruh rakyat Palestin dan semua sayap penentang supaya menentang sebarang percubaan untuk menceroboh ke tapak suci terbabit. Beliau turut menyeru masyarakat Arab dan Muslim untuk mengadakan bantahan. Radwan mengalu-alukan pendirian tentera Mesir yang memberi amaran kepada rejim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru untuk mempertahankan masjid Al – Aqsa

Rabu , 15-02-2012 – Hamas memberi amaran kepada pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) yang berterusan di dalam percubaan untuk menggempur masjid Aqsa dan melindungi peneroka Yahudi, menerangkan Aqsa sebagai “garisan merah”.

Pergerakan itu dalam satu kenyataan pada hari Ahad mengisytiharkan bahawa mana-mana pihak yang menyalahgunakan masjid Al-Aqsa adalah seperti mengisytiharkan perang ke atas semua orang-orang Arab dan umat Islam.

Hamas memuji rakyat Palestin pada tahun 1948 dalam penjajahan Palestin dan Yerusalem berdiri menahan serangan Israel. Beliau menggesa rakyat Palestin untuk bersatu melindungi masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Qar’awi : Deklarasi Doha setuju untuk Hamas teruskan rekonsiliasi

Rabu , 15-02-2012 – Anggota Majlis Legislatif Badan Reformasi dan Rekonsiliasi, As-Syiekh Fathi Qar’awi menegaskan bahawa konsensus yang dipersetujui oleh pimpinan Hamas dalam Deklarasi Doha, membuktikan komitment Hamas untuk terus berusaha mengimplementasi rekonsiliasi Palestin dan menamatkan perpecahan. Beliau turut memberitahu bahawa deklarasi ini pada masa yang sama menjadi ujian buat Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, dan PA sendiri.

Qar’awi dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, pada hari Ahad (12 Februari), memberitahu bahawa deklarasi tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, undang-undang dan politik, dan beliau menyatakan bahawa dalam bahagian undang-undang deklarasi ini masih belum dapat mengambil alih kuasa kementerian Mahmoud Abbas, kerana beliau masih dianggap sebagai Perdana Menteri, namum pada bahagian politik, “ianya dipersetujui bahawa kita boleh mengubahnya dari dalam dan membebaskan sistem itu kerana ianya masih dalam peringkat perubahan.”

Ditanya sekiranya terdapat percanggahan dalam Hamas sendiri berkenaan deklarasi tersebut, Syeikh Qar’awi berkata, “di dalam Hamas terdapat lebih dari satu pandangan dalam kedua-dua kes, pertama, ianya terjadi kerana masing-masing ingin memastikan yang terbaik untuk Hamas dalam menjalankan rekonsiliasi ini dan keduanya, percanggah dalam pendapat bukanlah sesuatu yang memalukan, bahkan sebaliknya ia adalah semangat yang positif.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen

Categories
Berita Semasa

Tekanan semakin tinggi di masjid Aqsa

Rabu , 15-02-2012 – Beratus-ratus Muslim di Palestin kekal berada di dalam masjid suci Aqsa pada hari Ahad lalu selepas menunaikan solat Subuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan ia diserang.

Keadaan sangat tertekan di dalam dan di sekitar masjid selepas ancaman dari Israel untuk menyerang tapak suci itu.
Berpuluh-puluh anggota polis dan pegawai Israel telah dikerahkan untuk berada di kawasan berhampiran perkarangan Aqsa
terutamanya di pintu masuk Maghareba. Ahli-ahli parti Likud Israel telah mengisytiharkan niat mereka untuk menggempur Aqsa pada hari Ahad untuk menggantikannya dengan pembinaan kuil mereka di masjid Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : husna

Categories
Berita Semasa

Hamas: Tiada tarikh ditetapkan untuk lawatan kedua Mishaal ke Jordan

Rabu , 15-02-2012 – Satu sumber dipercayai di Hamas, menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa tarikh untuk lawatan kedua oleh pemimpin utamanya Khalid Mishaal ke Jordan telah ditetapkan.

Beliau memberitahu PIC bahawa perjanjian telah dicapai dengan Amman dalam usaha mengendalikan sejumlah fail dalam jangkamasa tertentu.Beliau berkata, perjumpaan dengan pemimpin Hamas dan pegawai Jordan akan diteruskan dengan mengambilkira kepentingan kedua belah pihak dan juga demi kemaslahatan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Liga Arab Tidak Peduli Ancaman Terhadap Al Aqsa

Rabu , 15-02-2012 – Dewan Liga Arab dalam pertemuannya Ahad (12/2) tidak memperdulikan isu ancaman Zionis terhadap masjid al Aqsa. Dewan Liga Arab memberi fokus pada apa yang didakwa sebagai proses “perdamaian adil dan menyeluruh” dengan entiti Zionis Israel.

Dalam draf keputusannya, Dewan Liga Arab menegaskan semula bahawa perdamaian yang adil dan menyeluruh adalah pilihan strategik dan perdamaian adalah proses menyeluruh yang tidak boleh dipisah-pisahkan.

Liga Arab menegaskan, “Perdamaian yang adil dan menyeluruh dengan Israel hanya terlaksana dengan penarikan entiti Zionis Israel sepenuhnya dari tanah Palestin dan tanah Arab yang diduduki. Termasuk dari dataran tinggi Golan yang diduduki sehingga garis perbatasan 4 Jun 1967, serta tanah yang masih diduduki di selatan Lebanon. Proses menyeluruh itu juga mencakup pendirian negara Palestin merdeka yang memiliki kedaulatan dengan ibukota al Quds timur dan menolak segala bentuk pemukiman warga Palestin di luar Palestin dan terus melakukan penyelesaian yang adil bagi masalah pelarian Palestin.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya: tidak akan iktiraf pendudukan

Rabu , 15-02-2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyatakan bahawa Gerakan Hamas tidak pernah mengiktiraf negeri yang diduduki Israel dan perjuangan akan berterusan sehingga seluruh tanah Palestin dibebaskan dan rakyatnya dapat kembali ke rumah masing-masing.

Haneyya menyampaikan ucapannya pada hari Sabtu di ibu negara Iran, Tehran pada ulang tahun ke-33 revolusi Iran. Ucapan beliau disiarkan oleh saluran televisyen tempatan. Haneyya turut memberitahu khalayak besar Iran bahawa operasi pendudukan tersebut mahukan Hamas untuk mengiktirafnya, namun ianya tidak akan dapat menghalang Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Beberapa Orang Tentera Menahan Lima Orang Penduduk di Satu Penempatan Berhampiran Jenin

Rabu , 15-02-2012 – Pada hari Ahad petang, tentera-tentera Israel menculik lima orang penduduk Palestin dari Kampung Ya’bod, bahagian selatan kawasan utara Tebing Barat bandar Jenin, dan menahan mereka untuk beberapa jam di penempatan Dothan mabo, di Daerah Jenin.

Agensi Maklumat dan Berita Palestin, WAFA, melaporkan tentera tersebut memecah masuk ke tapak pembinaan di Ya’bod, menculik lima orang penduduk dan membawa mereka ke penempatan haram yang dibina di atas tanah milik penduduk bandar itu.

Empat orang telah dikenalpasti sebagai Ahmad Imad Al-Keenaly, 23, Firas Sibhi Abu bakar, 24, adiknya Mohammad, 22, dan Mahran Waleed Abu Bakar, 26. Mereka semuanya disoal siasat di penempatan tersebut untuk beberapa jam sebelum dilepaskan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Lelaki, 71 tahun, Terbunuh, Dua Cedera, Dalam Satu Serangan Terkini oleh Israel Terhadap Gaza

Rabu , 15-02-2012 – Sumber Perubatan Palestin di Genting Gaza melaporkan pada hari Ahad yang seorang lelaki berusia 71 tahun telah terbunuh, dan dua orang penduduk cedera, apabila Tentera Udara Israel melancarkan beberapa serangan peluru berpandu ke sebuah kawasan timur kejiranan Az-Zeitoun di Bandar Gaza.

Sumber telah mengenal pasti lelaki yang terbunuh itu sebagai Abdul-Karim Az-Zeitouna, 71, menurut laporan Pusat Maklumat Palestin. Sumber-sumber tersebut menyatakan bahawa pihak tentera telah melancarkan beberapa serangan udara pada lewat malam hari Sabtu dan awal subuh hari Ahad, yang telah menyebabkan kerosakkan yang teruk ke atas beberapa buah rumah, bangsal dan struktur-struktur bangunan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Empat Cedera Selepas Pencerobohan Tentera Ke atas Kediaman Rakyat Palestin di Baitulmaqdis

Rabu , 15-02-2012 – Sumber perubatan Palestin di Baitulmaqdis disini melaporkan bahawa empat rakyat Palestin cedera, ahad lepas apabila tentera dan polis Israel memecah masuk ke dalam kediaman bekas tahanan politik Palestin, di bandal Al-Esawiyya, dekat Utara Baitulmaqdis.

Menurut saksi kejadian, tentera tersebut memecah masuk kedalam kediaman milik bekas tahanan politik, Samer Al Eesawy dengan memecahkan pintu utama dan menyerang saudara beliau, Shereen Al-Eesawy iaitu seorang peguam, ibu beliau Laila dan juga adiknya, Shadi.

Peguam tersebut mengalami patah tulang pada bahagian tangan dan kaki dan telah ditahan oleh polis Israel. Ibunya telah dipindahkan ke Hospital Hadassah di Baitulmaqdis juga mengalami bengkak di leher dan patah tulang tangannya, lapor Pusat Maklumat Palestin.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Resheq: Deklarasi Doha satu jalan keluar dari kebuntuan

Rabu , 15-02-2012 – Anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa perjanjian yang menamakan Mahmoud Abbas sebagai Presiden sementara disamping jawatan sedia adanya sebagai Ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) merupakan satu penyelesaian yang menyenangkan selepas perbincangan ke arah perpaduan dalaman menemui jalan buntu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Rabu, Resheq menafikan bahawa para pemimpin Hamas terbahagi dua berhubung Deklarasi Doha. Menurut beliau, ia merupakan satu jalan keluar kepada perbincangan ke arah perpaduan Palestin yang menemui jalan buntu.

“Kami telah menandatangani perjanjian perpaduan dengan Fatah pada Mei tahun lalu, tetapi proses menguruskan fail-fail berbeza jauh lebih mudah berbanding aspirasi rakyat Palestin kerana kegagalan untuk sepakat menentukan siapakah yang layak menjadi Presiden adalah satu cabaran besar bagi pembentukan sebuah negara,” kata seorang pegawai politik Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin Tolak Sambung Rundingan Ekplorasi Dengan Israel

Selasa , 14-02-2012 – Pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat menyatakan bantahannya untuk meneruskan “rundingan eksplorasi” dengan Israel dan menegaskan bahawa “langkah untuk cuba meyakinkan” yang diusulkan oleh Duta Kuartert, Tony Blair kepada Israel tidak mencukupi, lapor Rangkaian Berita Palestin (PNN).

Hussein Ash-Sheikh, ahli Jawatankuasa Pusat Pergerakan Fateh Presiden Mahmoud Abas memberitahu Radio Palestin bahawa cadangan Blair adalah ” tidak masuk akal” . Beliau menambah bahawa Presiden Abbas menyatakan kepada Duta Amerika, David Hale pada rabu lepas bahawa cadangan tersebut tidak mencukupi bagi menarik rakyat Palestin untuk memulakan kembali rundingan dengan Israel.

Blair mencadangkan supaya Israel membenarkan Pihak Berkuasa Palestin untuk membuka beberapa Balai Polis Palestin di kawasan yang di klasifikasikan sebagai kawasan “B” dibawah Perjanjian Damai Oslo, sekaligus memberikan kebebasan kepada Pihak Bekuasa Palestin mengawal keadaan sivil di kawasan tersebut.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Menolak Permohonan E.U. Untuk Melepaskan Tahanan

Selasa , 14-02-2012 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menolak permohonan yang dikemukakan oleh wakil-wakil Kesatuan Eropah (EU) untuk membebaskan beberapa tahanan politik Palestin sebagai langkah memperkukuh keyakinan yang juga akan meningkatkan sokongan popular kepada Presiden Mahmoud Abbas.

Rangkaian Berita Palestin (PNN) melaporkan beberapa daerah di Kesatuan Eropah juga dipanggil kerana mewujudkan “Senarai Hitam” yang terdiri daripada nama-nama peneroka pelampau Israel, untuk menghalang mereka daripada melancong ke negara-negara E.U. Peneroka-peneroka mungkin akan menjadi orang-orang yang tidak hanya menyerang rakyat palestin tetapi juga menyerang tentera dan polis Israel.

Harian Israel, Maariv, melaporkan bahawa Abbas dan Jawatankuasa Kuartet Keamanan Timur Tengah (Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dan Russia), menggesa Israel untuk meluluskan permintaan yang dibuat oleh Abbas yang menuntut pembebasan tahanan Palestin yang dipenjarakan oleh Israel bermula sebelum Perjanjian Damai Oslo, yang telah ditandatangani antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada tahun 1993.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas