Categories
Berita Semasa

Abbas mengisytiharkan 3 hari berkabung bagi mangsa flotilla

Rabu, 02/06/2010 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengisytiharkan 3 hari berkabung bagi mangsa flotilla yang dibunuh oleh tentera laut Israel, seperti yang dilaporkan oleh pihak Palestin.

Presiden Abbas menjelaskan bahawa kematian di atas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan oleh serangan Israel adalah pembunuhan beramai – ramai.

16 aktivis dilaporkan terbunuh manakala 60 lagi cedera semasa tentera laut Israel menyerang kapal bantuan “Freedom Flotilla” yang cuba belayar ke Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Demonstrasi Anti Zionis di depan Rumah Putih.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Demonstrasi Anti Zionis di New York.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Rakyat Turki Berang Menyerbu Kedutaan Israel di Istanbul

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Protes Serangan Rejim Zionis Terhadap Kapal Mavi Marmara di London.

Categories
Berita Semasa

Terkini dari Gaza TV oleh John Herson.

Categories
Berita Semasa

Israel Melancarkan Roket Untuk Berdepan Dengan Armada “Kebebasan”

Selasa, 01/06/2010 – “Kempen Eropah Untuk Menghapuskan Kepungan keatas Gaza” mengharapkan campurtangan kesatuan antarabangsa bagi menyekat ancaman Zionis terhadap Armada “Kebebasan”, yang ingin belayar ke Gaza, dgn membawa bantuan kemanusiaan serta penyertaan beratus-ratus aktivis dari 40 buah negara, dalam menyempurnakan tugasan kemanusiaan antarabangsa bagi menghapuskan kepungan keatas Gaza yang berlaku sejak dari empat tahun.

Jurucakap bagi kempen ini telah membuat suatu kenyataan, sebagai mengulas laporan yang mendedahkan pelancaran kapal-kapal roket oleh tentera laut Israel yang telah melepasi perairan Gaza sebagai usaha menghalang konvoi kapal-kapal antarabangsa dari terus memasuki pantai Gaza : “ Tindakan biadap yg dilakukan kerajaan penjajah Israel menggambarkan mereka memusuhi undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, termasuk ketika mereka berkeras menolak pelaksanaan resolusi antarabangsa berkaitan penghapusan kepungan ke atas Gaza. ”

Walaupun Israel mendakwah bahawa mereka tidak ada kaitan lagi dengan Gaza berdasarkan pengasingan yang dibuat, tetapi ancaman yang dilakukan oleh mereka ke atas Armada “Kebebasan” mendedahkan kepada dunia bahawa mereka masih menjajah Gaza sehingga ke saat ini melalui penguasaan mereka terhadap sumber di darat dan di lautan (Gaza).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Flotilla Kebebasan dedahkan kegagalan komuniti antarabangsa

Selasa, 01/06/2010 – Flotilla Kebebasan yang terdiri daripada 9 buah kapal yang belayar ke Semenanjung Gaza, mendedahkan respon PBB dan komuniti antarabangsa yang berat sebelah terhadap kepungan yang telah berlangsung selama 3 tahun kerajaan rejim Zionis ke atas Gaza. Kepungan yang merangkumi kawasan darat, laut dan udara itu telah menghalang impot dan ekspot barang-barang keperluan dan manusia, masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza sejak 35 bulan lalu.

Ini mengakibatkan sebanyak 1.4 juta penduduk Palestin terpaksa hidup bersesak-sesak di dalam kawasan yang kecil. Lebih daripada separuh populasi penduduk Gaza terdiri daripada kanak-kanak dan hampir 80% daripada mereka terpaksa hidup dalam kedaifan. 90% sumber air semulajadi mereka pula tidak boleh diminum. Manakala sekolah dan khidmat kesihatan semakin buruk sejak Zionis menyerang Gaza pada 2008-2009.

PBB dan agensi bantuan antarabangsa telah menghantar sedikit sahaja bekalan makanan dan keperluan asas manusia ke Gaza, yang hanya mampu mencegah kebuluran dan penyebaran wabak. Dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza, rejim Zionis telah menghalang PBB dan organisasi-organisasi kemanusiaan daripada menghantar bahan-bahan keperluan dengan kuantiti dan jenis yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk Gaza untuk pembangunan semula. Oleh itu, sedikit bantuan yang diterima itu tidak pernah cukup untuk menghalang keadaan hidup dan khidmat yang kritikal seperti air, kebersihan, pendidikan dan kesihatan daripada menjadi semakin buruk hari demi hari.

Prinsip utama bagi bantuan kemanusiaan adalah bantuan mestilah dihantar dengan keadaan asas dan tidak terpisah/ rosak, tidak boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik. Kesemua prinsip utama ini tidak wujud dalam operasi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Bom Lapangan Terbang Gaza Dua Kali Dalam 48 jam

Selasa, 01/06/2010 – Pesawat-pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara pada hari Ahad disasarkan ke bekas Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah, di Gaza selatan, tidak ada kematian dilaporkan.

Pesawat pejuang Israel itu menyerang lapangan terbang ditinggalkan wilayah Gaza di Rafah di bahagian selatan yang menembak tujuh peluru berpandu, sumber Palestin melaporkan.

Pesawat pejuang Israel menyerang Gaza untuk malam kedua berturut-turut. Pesawat Israel mengebom lapangan terbang Gaza dengan sembilan peluru berpandu yang disasarkan ke arah bangunan lapangan terbang yang terbiar.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Israel cuba mengganggu komunikasi kapal armada

Selasa, 01/06/2010 – “Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza” menyebut bahawa beberapa kapal armada sedang mengalami gangguan komunikasi sesama mereka yang difahamkan bahawa itu adalah cubaan dari rejim Zionis, sebagai sebahagian daripada gerakan yang direka untuk mencegah armada dari mencapai tujuannya.

Ameen Abu Rashid, ahli kempen, salah seorang pengasas kapal armada, mengatakan bahawa kerajaan haram Israel, sedang cuba menggangu komunikasi jaringan tanpa wayar(wireless) yang digunakan antara kapal, selama mana kapal-kapal tersebut berpisah dari tempat berkumpul. Buat masa kini, juruteknik di dalam kapal sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini.

Ameen Abu Rashid, yang berada di dalam “Kapal 8000”, salah satu kapal “kebebasan”, mengatakan bahawa ada usaha untuk membolehkan lebih banyak ahli parlimen untuk bergabung dengan armada, namun telah dihentikan oleh pihak berkuasa Cyprus kelmarin. Beliau mengatakan bahawa kapal-kapal dijangka sampai pada tempat berkumpul pada petang Sabtu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Masyarakat antarabangsa diminta sokong konvoi keamanan

Selasa, 01/06/2010 – Ketua Jawatankuasa Anti Sekatan, Jamal al Khudry menyeru agar seluruh masyarakat antarabangsa menyokong dan melindungi konvoi dari kekejaman Zionis. Beliau menyatakan para aktivis akan sampai bersama bekalan yang di bawa. Beliau memberitahu dalam sati ucapan di atas bot milik rakyat Gaza yang bersedia menyambut kedatangan konvoi.

Bot-bot kecil milik penduduk Gaza yang bersedia menyambut kedatangan konvoi ini berharap agar konvoi dan bekalan di benarkan masuk ke Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

6 Terbunuh akibat letupan di terowong.

Selasa, 01/06/2010 – Enam penduduk Palestin terbunuh dan 14 yang lain cedera apabila terowong penyeludupan runtuh selepas sebuah tong gas meletup Sabtu lalu , menurut sumber perubatan.

Petugas perubatan dan saksi mengatakan kemalangan itu berlaku ketika tong diseludup melalui terowong di bawah sempadan Mesir-Gaza. Mereka berkata terowong itu runtuh akibat letupan sambil menambah salah sorang yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis halang ‘Armada Kebebasan’ daripada Gaza

Selasa, 01/06/2010 – ‘Armada kemerdekaan’ telah pun bertolak pada hari Ahad (30/5) pada jam 4 petang dari tempat berhimpun menuju ke pelabuhan Gaza setelah menunggu selama 3 hari di perairan antarabangsa di kawasan pantai Cyprus supaya kapal-kapal yang turut serta dapat berkumpul di situ. Adalah dijangkakan, armada tersebut tiba di perairan Gaza pada keesokan pagi.

Pihak Zionis terus memberikan ugutan bagi menghalang armada tersebut daripada tiba ke Semenanjung Gaza. Zionis telah mengisytiharkan peluasan kawasan latihan ketenteraannya di laut dari 21 batu kepada 68 batu bagi menyempitkan laluan kapal-kapal yang turut serta dalam armada berkenaan.

Beberapa sumber mengatakan bahawa tentera laut Zionis telah memulakan latihannya dengan melancarkan bedilan sehingga boleh mengancam keselamatan terhadap armada tersebut serta para aktivis yang turut serta.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis lancar 5 serangan udara di Gaza

Selasa, 01/06/2010 – Pesawat pejuang tentera Zionis-Israel telah melancarkan 5 serangan udara ke atas Gaza dan Rafah pada hari Sabtu. Sumber tempatan melaporkan bahawa angkatan udara Israel melancar serangan tersebut pada sebuah bengkel di Zeitoun Al, Timur Gaza, menyebabkannya musnah sama sekali dan meninggalkan kesan teruk pada penempatan sekitarnya.

Selain itu, empat lagi serangan menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di Rafah, di bahagian selatan Jalur Gaza. Lapangan terbang tersebut telah sedia ada musnah dan tidak berfungsi sejak serangan Zionis tahun 2002. Dalam masa yang sama, jurucakap tentera Israel menyatakan bahawa serangan udara dilancarkan bagi bertindakbalas atas lancaran roket pejuang Gaza ke kota Sderot, selatan Israel.

Jurucakap itu menambah bahawa para pejuang juga cuba menanam bahan letupan berhampiran pagar sempadan di kawasan Nahal Oz, di bahagian utara Jalur Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis lancar 2 serangan udara pada Lapangan Terbang Palestin yang Musnah

Selasa, 01/06/2010 – Tentera Udara rejim Zionis mengumumkan bahawa jetnya menembak 2 misil pada lapangan terbang yang sebelum ini musnah di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza, pada awal pagi ahad. Pegawai Kerajaan haram Israel berkata, serangan udara itu adalah tindakbalas kepada serangan kumpulan pejuang Palestin yang menembak menggunakan peluru buatan sendiri dari Semenanjung Gaza ke arah wilayah haram Israel. Tiada kemalangan dilaporkan.

Lapangan Terbang di Rafah telah dimusnahkan oleh serangan misil Israel beberapa tahun lalu, dan Penguasa Palestin (PA) tidak lagi mempunyai kawalan terhadap ruangudaranya lagi, dan Tentera Udara rejim Zionis mempunyai kawalan penuh terhadap ruangudara Palestin.

Pegawai Israel tidak memberikan sebab mengapa lapangan terbang itu dijadikan sasaran pada serangan pagi ahad, although these airstrikes follow similar Israeli attacks on the previous two mornings. menurut kata pegawai Israel, tentangan daripada Palestin datang daripada bahagian utara semenanjung Gaza, namun serangan udara disasarkan kebahagian paling selatan Semenanjung Gaza.

Kumpulan Pejuang Palestin menafikan sebarang serangan ke arah Israel Sabtu malam, tetapi pegawai Israel mengatakan bahawa dua peluru buatan sendiri tembak, satu jatuh di kawasan Semenanjung Gaza, satu lagi jatuh hanya melepasi sempadan dengan Padang Pasir Israel.

Misil Israel menyebabkan kerosakan teruk, tetapi tiada kecederaan , hanya kejutan dirasai oleh warga Palestin dikawasan sekitar lapangan terbang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah