Isnin, 28-06-2021 – Beberapa gerombolan peneroka haram pelampau Yahudi pada pagi Rabu mencemari Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan polis rejim Zionis.Menurut sumber tempatan, 73 peneroka haram memasuki perkarangan Masjid dalam kumpulan melalui pintu Maghariba dan mencerobohi kawasan perkarangan masjid dengan perlindungan polis . Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencerobohan harian oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin, 28-06-2021 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Selasa menyerahkan notis menghentikan pembinaan untuk hampir 20 buah rumah di bandar Rujib, timur Nablus, atas dakwaan ia dibina di Kawasan C.
Mufid Dweikat, ketua Dewan Rujib, menyatakan bahawa IOF dan Pentadbiran Awam menyerbu kampung, menggeledah beberapa rumah dan menyerahkan kepada pemiliknya notis agar menghentikan pembinaan rumah mereka dan arahan agar hadir ke sessi mahkamah di Beit El, demikian menurut agensi berita SAFA.
Dweikat menjelaskan yang rumah-rumah ini terletak di kawasan tenggara bandar dan kebanyakannya dibina pada beberapa tahun lepas. Beliau menambah yang sebahagiannya diduduki manakala yang lain sedang dibina.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Isnin, 28-06-2021 – Sekumpulan pendatang haram yang merupakan pelampau Yahudi dengan diiringi anggota polis rejim Israel memasuki kawasan perumahan Sheikh Jarrah dan bertindak mengugut akan mengusir keluar tiga keluarga dari rumah mereka.
Pendatang Yahudi itu datang ke rumah-rumah yang dihuni warga Palestin dengan diketuai Betzalel Smotrich seorang ahli parlimen Knesset Israel yang juga pemimpin parti agama Zionis dan pengarah pertubuhan Ateret Cohanim.
Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi cuba memecah masuk tiga buah rumah di kawasan perumahan yang dihuni keluarga Diyab, al-Kurd dan Qasem, mengasari keluarga tersebut dan mengugut dengan mengancam akan mengusir mereka keluar dari rumah secara paksa dalam tempoh sebulan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Isnin, 28-06-2021 – Sekumpulan peneroka pelampau Yahudi telah menyekat jalan Jerusalem-al-Khalil berhampiran bandar al-Khader di selatan Bethlehem, selatan Tebing Barat pada petang Rabu, dan menghalang kenderaan penduduk Palestin daripada menggunakannya.
Menurut sumber setempat, peneroka yang dikawal oleh askar itu berkumpul di jalan berhampiran bandar al-Khader dan penempatan haram Neve Daniel dan melarang kenderaan penduduk Palestin bergerak di kedua-dua arah. Puluhan peneroka juga berpecah-pecah melalui bidang-bidang tanah pertanian di daerah Faghour di selatan Bethlehem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 28-06-2021 – Tokoh Hamas Said Abul Baha menegaskan, kerjasama terjalin antara pimpinan pejuang dan warga adalah perjuangan menjaga Gaza, Beita serta Jabal Sabih.
Dalam pernyataannya, Rabu (23/6) Abul Baha mengatakan, “Mereka itu merupakan penjaga hakiki isu Palestin, bangsa melahirkan pahlawan baru, Yahya Sinwar sebagai penjaga Gaza dan para pemberani Beita menjaga Jabal Sabih. Abul Baha menambah, “Palestin subur melahirkan para pejuang di Ramallah, Nablus, Al-Quds, Jenin, Uka, Haifa, Lodd dan semua kem pelarian Palestin.”
Menurut Abul Baha, ada pejuang yang telah dikenal identitinya yang membentuk perimbangan baru dan realiti perjuangan rakyat, perimbangan ini menggangu ketenangan penjajah zionis hingga tidak boleh tidur.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin, 28-06-2021 – Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah pada Rabu memberitahu, 176 kes melibatkan coronavirus dan 118 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
Beliau mengesahkan laporan epidemiologi harian yang menyatakan kes jangkitan baru paling tinggi di Jalur Gaza (154) berdasarkan 3,307 pemeriksaan.
Kawasan lain yang terlibat adalah Nablus (10), Jenin (5), Ramallah dan Al-Bireh (3), pinggir Jerusalem (2), Tulkarem (1) dan al-Khalil (1).
Kailah menambah, dalam masa yang sama jumlah kes sembuh tertinggi adalah di Jalur Gaza (100) diikuti Jenin (10), Tulkarem (3), al-Khalil (3), Ramallah dan Al-Bireh (2).
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Isnin, 28-06-2021 – Sebuah pangsapuri milik penduduk Israel yang terletak di bandar al-Issawiya di Jerusalem telah dirobohkan oleh polis Israel pada hari Rabu.
Menurut sumber tempatan, polis Israel ini telah mengarahkan jentolak untuk merobohkan sebuah pangsapuri di dalam kawasan bangunan di al-Issawiya. Pangsapuri ini dilaporkan milik seorang warganegara yang bernama Musa Ismail Helou.
Sementara itu, Mahkamah Israel meluluskan pembongkaran terhadap rumah seorang tahanan, Montaser Shalabi yang dituduh membunuh seorang peneroka yahudi di pusat pemerikasaan Za’tara kira-kira dua bulan yang lalu. Keputusan itu diambil setelah mahkamah menolak petisyen yang dikeluarkan oleh keluarga tahanan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Isnin, 28-06-2021 – Rejim Zionis pada malam semalam dan Subuh hari Rabu menculik sekurang-kurangnya 20 orang penduduk awam Palestin di Tebing Barat, kebanyakannya di al-Khalil dan Ramallah.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik tujuh orang awam dari rumah mereka di bandar Beit Ummar di utara al-Khalil. Rejim Zionis turut menculik seorang lelaki dikenali sebagai Murshed ash-Shawamer, seorang penduduk bandar Dura di selatan al-Khalil, selepas dia dipintas di pusat pemeriksaan kontena di Baitullaham.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 28-06-2021 – Rejim zionis telah mengeluarkan arahan pemberhentian pembinaan bangunan pada Selasa lalu. Hampir 20 buah rumah di bandar Rujib, timur Nablus dan beberapa kawasan yang terlibat di kawasan C telah terjejas kerana arahan ini.
Mufid Dweikat, ketua Majlis Rujib, mengatakan bahawa pasukan rejim zionis dan Pentadbiran Awam telah menyerbu kampung tersebut dan menggeledah beberapa rumah serta menyerahkan notis kepada pemilik untuk menghentikan operasi pembinaan. Menurut agensi berita SAFA, zionis turut mengeluarkan saman dan mereka perlu menghadiri sesi pengadilan di Beit El.
Dweikat menjelaskan bahawa rumah-rumah ini terletak di kawasan tenggara bandar dan kebanyakannya telah dibina beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau menambah dalam kenyataannya, sebahagian daripada penempatan ini telah diduduki manakala sebahagian yang lain masih dalam pembinaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Isnin, 28-06-2021 – Rejim Zionis meneruskan siri penculikan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam tadi hingga subuh hari Selasa.
Menurut sumber tempatan, 13 mangsa diculik selepas kediaman mereka diceroboh dalam serbuan di bandar Qarawat Bani Hassan, barat laut Salfit. Sebilangan besar daripada mangsa adalah dalam kalangan ahli keluarga Mar’iee.
Di Nablus pula, aktivis Iyad Abu Jaish dari kampung Beit Dajan dan Islam Jaghoub dari bandar Beita turut tertangkap. Rumah tahanan Osayd Shtayyeh di kampung Salem turut mengalami perkara sama, namun tiada penangkapan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Rabu, 23-06-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas, tiba di Mauritania pada pagi Isnin dari Maghribi sebagai ketua delegasi kanan Gerakan Hamas.
Wartawan PIC mengatakan bahawa delegasi itu tiba pada petang Isnin di Nouakchott, terdiri daripada ahli biro politik Mousa Abu Marzouk, Ezzet al-Resheq, Khalil al-Hayya, Sami Abu Zuhri dan pegawai kanan lain.
Maher Obaid, seorang ahli biro politik Hamas, memberitahu PIC beberapa hari lalu bahawa Haneyya akan mula melawat Mauritania pada Isnin manakala tarikh-tarikh lain bagi melawat Algeria dan Russia sedang dirancang.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 23-06-2021 – Selasa lalu Rejim Zionis merampas sebuah rumah bergerak dan menyampaikan notis perobohan ke atas sebuah rumah yang masih dalam pembinaan dan sebuah kandang ternakan di pelbagai kawasan di Betlehem.
Pegawai tempatan Hasan Berejiya mengatakan bahawa rejim Zionis menyerbu kawasan Khallet an-Nahla berhampiran perkampungan Palestin Wadi Rahal dan penempatan haram Efrat dan merampas sebuah rumah pasang siap milik seorang penduduk tempatan.
Berejiya menambah bahawa wilayah Khallet an-Nahla menjadi sasaran pihak berkuasa rejim Zionis dengan tujuan untuk membangun atau memperluas kawasan penempatan Yahudi. Baru-baru ini, tentera Israel menumbangkan berpuluh-puluh batang pokok zaitun yang sedang berbuah, memusnahkan tanah milik Palestin, dan merobohkan beberapa tembok penahan di kawasan tersebut.
Semasa beberapa kejadian sebelumnya, peneroka yang tinggal di penempatan haram berdekatan juga membuat kacau di merata-rata kawasan yang ditanam dengan beberapa jenis tanaman yang berbeza dan melancarkan serangan terhadap penduduk tempatan dan kediaman mereka.
Sementara itu, tentera rejim Zionis pada hari yang sama memberitahu penduduk kota Battir di sebelah barat Bethlehem, tentang niat mereka untuk merobohkan sebuah rumah kediaman yang sedang dibangunkan dan sebuah kandang ternak.
Salah seorang pemiliknya, Mohamed ash-Shawli, mengatakan bahawa pasukan rejim Zionis menyerbu kawasan ash-Sharfa di kota Battir dan menyerahkan notis perobohan ke atas sebuah rumah setingkat yang belum selesai miliknya dan satu notis lain ke atas kandang ternakan milik sepupunya Mohamed Ayesh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 23-06-2021 – Rejim Israel menahan tujuh pemuda Palestin dari beberapa tempat di daerah Jenin dan seorang wanita muda di Ramallah. Menurut sumber tempatan, pasukan khas rejim menahan empat pemuda ketika mereka berada berhampiran pos pemeriksaan tentera Dotan di bandar Ya’bad, selatan Jenin.
Empat mangsa yang ditahan itu dikenali sebagai Mohamed Ammuri, Mohamed Sayes, Mohamed Ar’arawi dan Ahmed Shawish.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Rabu, 23-06-2021 – Pejuang penentang Palestin terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan Rejim Zionis pada subuh hari Selasa ketika rejim itu menyerbu rumah-rumah dan membuat tangkapan di bandar Jenin dan kem pelariannya.
Sumber setempat memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa bunyi berbalas tembakan dan letupan dapat didengar semasa kempen Rejim Zionis di bandar Jenin dan kem pelariannya. Sumber itu juga menambah bahawa lelaki bersenjata telah bertempur dengan tentera Israel di jalan-jalan yang berbeza di bandar itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 23-06-2021 – Persatuan Badan Sosial Tempatan di Gaza, Selasa (22/6) menyatakan penolakan terhadap keputusan yang diambil Perdana Menteri Palestin dalam pertemuan di Ramallah pada Isnin lalu, berkait pembentukan kumpulan pembinaan semula Gaza.
Dalam kenyataan akhbarnya, Pihak Persatuan tersebut menyatakan, “Keputusan tersebut diambil tanpa berdialog terlebih dahulu dengan pihak-pihak berkaitan terutamanya mangsa serangan di Gaza serta tidak melibatkan organisasi sosial di Gaza.”
Pihak Persatuan menyeru agar persoalan pembinaan semula Gaza dihindarkan dari perselisihan dan perpecahan politik serta diadakan dialog serius di antara pelbagai pihak demi mendapat kata sepakat untuk langkah pembinaan semula Gaza secepatnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman