Isnin, 21-08-2023 – Rejim Zionis Israel (IOA) pada hari Khamis telah melanjutkan tempoh larangan perjalanan ke atas aktivis Jerusalem Hanadi Halawani selama 5 bulan. IOA meletakan perintah larangan perjalanan ke atass aktivis Halawani setelah memanggil beliau untuk soal siasat pada pagi Khamis lepas. Aktivis Halawani telah ditahan dan diberikan perintah larangan perjalanan beberapa kali . Beliau telah dilarang untuk memasuki masjid Al-Aqsa untuk selama 8 tahun.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 21-08-2023 – Pasukan penjajah Zionis pada Khamis (17/8/2023) pagi menyerbu penjara gurun Negev. Mereka mula melakukan tekanan dan serangan terhadap para tawanan di sana.
Pejabat maklumat Tawanan mengatakan dalam sebuah pernyataan singkat hari ini bahawa pasukan represi Israel menyerbu Bahagian 3 Penjara Negev dalam situasi yang sangat tegang.
Serbuan ini dilakukan lanjutan daripada serangkaian serbuan di beberapa bahagian penjara Negev. Terakhir dilakukan beberapa hari yang lalu di Bahagian 26.
Badan Urusan Tawanan dan Kelab Tawanan Palestin (PPC) menganggap pihak pentadbiran penjara penjajah Zionis Israel bertanggungjawab penuh atas nasib para tawanan di Penjara Negev.
Hazem Hassanein, jurucakap Pejabat Maklumat Tawanan mengatakan bahawa apa yang terjadi di penjara Negev berupa tindakan tekanan ganas, serangan dan pelanggaran adalah terjemahan sebenarnya dari kunjungan ekstremis, Menteri Keamanan Nasional Itamar Ben Gvir ke penjara beberapa hari yang lalu.
Beliau menyatakan bahawa Ben Gvir mengarahkan untuk melakukan tekanan keras terhadap para tawanan dan menyerbu bilik dan sel penjara.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Jumaat, 18-08-2023 – Rejim zionis terus menyasarkan keberadaan rakyat Palestin di Baitulmuqaddis, melalui polisi pemusnahan dan pengusiran.
Pengarah Pusat Hak Asasi Sosial dan Ekonomi Baitulmuqaddis, Ziad Al-Hamouri,berkata, Baitulmuqaddis akan menerima kesan perancangan menerapkan unsur Yahudi secara besar-besaran.Hamouri menyatakan yang rejim zionis ingin memindahkan 300,000 pendatang ke Baitumuqaddis, menjadikan jumlah pendatang Yahudi sebanyak 500,000 orang.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 17-08-2023 – Kempen global bernama “ Palestin adalah arah saya” yang d lancarkan di Turki pada hari Selasa lepas , dimulai dengan aktiviti persidangan atas talian untuk menyokong Jerusalem dan Tebing Barat.
Aktiviti -aktiviti merangkumi mesyuarat atas talian dan bersemuka akan berjalan sehingga 21hb Ogos. Ketika persidangan atas talian, Sheikh Najeh Bakira, Timbalan Ketua Pengurusan Islam Awqaf di kawasan kepungan Jerusalem, menerangkan peranan Awqaf dalam mengekalkan identiti keislaman Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Khamis, 17-08-2023 – Pada Selasa, mahkamah Israel mengarahkan pembebasan pendatang Yehiel Indore, suspek utama pembunuhan Qusai Mi’tan, 19 tahun Ketika serangan pendatang di bandar Burqa, Tebing Barat pada dua minggu lepas untuk ditahan di rumah.
Menurut media Ibrani, mahkamah daerah Baitulmuqaddis menolah rayuan dan mengarahkan Indore dibebaskan untuk ditahan di rumah.
Dalam hal berkaitan, polis rejim menahan dua orang warga Palestin pada hari yang sama, termasuk seorang bawah umur, atas tuduhan menyerang pendatang Yahudi dalam serangan yang sama di Burqa. Mereka didakwa melakukan serangan dan membaling batu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 17-08-2023 – Pada Selasa, berpuluh-puluh warga Palestin mengambil bahagian dalam himpunan di pusat bandar Tebing Barat, Jenin, sebagai tanda solidariti dengan tahanan pentadbiran yang mogok lapar di dalam penjara Israel.
Sumber tempatan melaporkan bahawa peserta-peserta himpunan menyanyikan slogan-slogan untuk menyokong tahanan-tahanan yang mogok lapar, mengangkat gambar mereka, dan menyeru agar dasar tahanan pentadbiran diakhiri.
Sementara itu, warga Palestin turut mengambil bahagian dalam himpunan di pusat bandar Nablus selepas Jawatankuasa Kebangsaan untuk Menyokong Tahanan-tahanan di Wilayah Nablus mengulangi seruan untuk menganjurkan himpunan sebagai protes terhadap dasar tahanan pentadbiran.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Khamis, 17-08-2023 – Pasukan penjajah Zionis Israel, pada Selasa (15/8/2023) malam menyerbu wilayah timur kota Nablus di Tebing Barat yang dijajah. Para pemuda pejuang Palestin membakar tayar di wilayah timur Nablus sebagai usaha menghalang serbuan pasukan Israel.
Pasukan penjajah Zionis menghantar bala tentera militan yang besar ke sekitar Nablus untuk mengawal serbuan ke Makam Yusuf oleh para penduduk pendatang Yahudi sebelum serbuan sebenarnya dimulakan.
Sumber tempatan mengatakan, aksi serbuan tersebut disertai dengan tembakan senjata berat dari pasukan penjajah Zionis sementara para pemuda Palestin menggunakan bom buatan tempatan ketika terjadinya pertempuran antara kedua-dua belah pihak.
Brigade Al-Quds-Batalyon Nablus mengumumkan bahawa para mujahidinnya mensasarkan pasukan penjajah Zionis dan kenderaan mereka sepanjang serbuan mereka di wilayah timur dan sekitar Makam Yusuf dengan peluru tajam dan alat peledak.
Pasukan penjajah Zionis sebelumnya menutup pos pemeriksaan militan Beit Furik di sebelah timur Nablus sebagai persiapan untuk serbuan Makam Yusuf oleh para penduduk pendatang Yahudi.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 16-08-2023 – Israel telah menahan jasad 30 syuhada Palestin sejak permulaan tahun ini, di mana 11 di antaranya adalah tawanan.
Lapan syuhada berasal dari Jenin, enam dari Nablus, lima dari Jericho, tiga dari Ramallah, empat dari Jerusalem, dan empat dari al-Khalil.
Peguam Mohammed Eliyyan menerbitkan nama-nama syuhada yang jasadnya ditahan, dan beliau akan terus mengumumkan nama-nama tersebut sebagai sokongan kepada keluarga-keluarga syuhada.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Jumaat, 11-08-2023 – Jurucakap Hamas, Jihad Taha berkata Perdana Menteri rejim Zionis Israel Benjamin Netanyahu membuat kenyataan untuk menghalang pembentukan Negara Palestin mengesahkan niat rejim dan tingkah laku fasis terhadap ke atas warga Palestin dan hak rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan pada hari Selasa , jurucakap Hamas menyatakan perbincangan keamanan dan normalisasi yang berkaitan dengan negara haram Israel adalah proses penipuan yang disasarkan untuk mengambil masa untuk menjarah dan merampas tanah milik Palestin dalam mengembangkan tanah peneroka haram.
Jurucakap berkata jawapan dari komuniti antarabangsa untuk menghadapi kenyataan fasis adalah untuk menyokong warga Palestin dan menyediakan segala bentuk sokong dalam usaha dan penentangan ke atas penjajahan Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Jumaat, 11-08-2023 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, enam orang tahanan Palestin mogok lapar pada tempoh berbeza bagi membantah penahanan berterusan mereka.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, PPS menekankan yang tahanan Sultan Khaluf, 42, telah mogok lapar sejak ditahan pada 3 Ogos 2023, dan menambah yang Khaluf adalah bekas tahanan yang telah mogok lapar selama 67 hari ketika ditahan sebelum ini.
“Tahanan-tahanan Saif Hamdan, 29, Saleh Rubaeyyah, 22, dan Usamah Khalil, 23, meneruskan mogok lapar mereka untuk hari kesepuluh,” PPS menjelaskan, dan menambah yang mereka sedang ditahan secara bersendirian di penjara Nafha.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 09-08-2023 – Satu mahkamah Israel pada Isnin menolak pembebasan awal seorang tahanan Palestin yang sakit kanser, Walid Daqqa.
Dalam satu kenyataan akhbar, isteri Daqqa berkata, keputusan itu dilakukan tanpa perbicaraan oleh Jawatankuasa Pembebasan Awal Israel, dan menyatakan yang keluarganya akan menyerahkan petisyen membantah keputusan mahkamah itu.
Manakala Kementerian Hal Ehwal Tahanan berkata, penolakan pembebasan awal Daqqa merupakan sebahagian daripada pelaksanaan arahan Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel, Itamar Ben Gvir.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 09-08-2023 – Aktivis dari Jerusalem, Ra’edah Saed, pada hari Isnin menyeru rakyat Palestin untuk berprotes menentang dasar pengusiran warga Jerusalem dari Masjid Al-Aqsa oleh pihak Israel.
“Regik Zionis Israel (IOA) semakin meningkatkan pengeluaran perintah pengusiran terhadap penduduk Jerusalem,” tegas Saed, menambah bahawa kadang-kadang aktivis Jerusalem diusir dari Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama Jerusalem selama setahun.
Dari pihaknya, Sheikh Najeh Bakirat, timbalan ketua Pentadbiran Awqaf Islam di Jerusalem yang Dijajah, menegaskan kembali penolakannya terhadap perintah pengusiran Israel yang dikeluarkan oleh IOA, dan menekankan bahawa perintah-perintah sedemikian tidak akan melemahkan tekad rakyat Palestin untuk mempertahankan hak-hak dan tapak-tapak suci mereka.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Rabu, 09-08-2023 – Remaja Palestin, Ramzi Fathi Hamed yang berusia 17 tahun, meninggal dunia hari ini, Isnin (7/8/2023). Beliau cedera parah sejak tiga hari lalu setelah ditembak penduduk pendatang Yahudi berdekatan pintu masuk Silwad sebelah timur Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.
Pengarah Kompleks Perubatan Palestin, Dr. Ahmad Al-Bitawi mengatakan bahawa mangsa Ramzi Hamed meninggal dunia pagi ini akibat pendarahan paru-paru yang teruk setelah ditembak dengan peluru tajam di dada dan perut.Sumber tempatan mengatakan bahawa remaja lelaki, Ramzi Hamed ditembak oleh seorang pengawal penempatan Yahudi di kereta yang dipandu ketika dia berada di Jalan Waar Al-Adas di Silwad.
Dia menambah bahawa Ramzi terkena dua peluru, salah satunya meledak di perutnya dan mengakibatkan dia meninggal dunia tiga hari setelah kejadian. Ramzi Hamed adalah korban ke-219 yang dibunuh oleh tentera penjajah Zionis dan penduduk pendatang Yahudi sejak awal tahun 20223 ini dan korban ke-13 dari daerah Ramallah dan Al-Bireh.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Selasa, 08-08-2023 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera teruk pada petang Ahad setelah seorang pendatang Yahudi melanggarnya, di timur kota Bethlehem, Tebing Barat.
Sumber tempatan mengenalpasti kanak-kanak itu sebagai Jibril Sawarkah, berusia empat tahun.
Sumber tersebut menyebut, kanak-kanak itu dilanggar lari di kampung Kisan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati