Categories
Berita Semasa

Israel Marah dengan Kenyataan PM Sepanyol dan Belgium di Rafa

Rabu, 29-11-2023 – Kenyataan Perdana Menteri Sepanyol dan Belgium di hadapan lintasan Rafah, membuatkan penduduk Israel marah dan mendorong mereka memanggil duta besar kedua-dua negara itu, untuk “ditegur”. Pada hari Jumaat, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menekankan tentang keperluan melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan dan gencatan senjata yang bersifat kekal di Tebing Gaza.

Madrid mungkin akan mengambil keputusan sendiri bagi mengakui negara Palestin jika Kesatuan Eropah tidak melakukannya. Hal ini disampaikan dalam sidang media bersama yang diadakan oleh Sanchez dengan rakan sejawatannya dari Belgium, Alexander De Croo, ketika berkunjung ke sempadan Rafah dan Tebing Gaza.

Sanchez menambah, “Kami menuntut pembebasan lebih ramai tawanan dan gencatan senjata kekal.”
Beliau melanjutkan, “Hari ini kita perlu memulakan pelaksanaan akhir dalam isu perpecahan dua negara. Kita memerlukan perspektif yang serius untuk mencapai perdamaian, dan perlu ada solusi komprehensif untuk mengakhiri konflik Arab-Israel yang telah berlaku selama hampir satu abad, dan komuniti antarabangsa perlu memainkan peranan yang konstruktif dan efektif.”

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami ingin melanjutkan tempoh gencatan senjata lebih daripada empat hari

Rabu, 29-11-2023 – Gerakan Hamas mengumumkan dalam satu kenyataan ringkas pada petang Ahad yang mereka ingin melanjutkan tempoh gencatan senjata dengan Israel.

Kami ingin melanjutkan tempoh gencatan senjata dengan Israel lebih daripada empat hari sekiranyanya terdapat usaha serius untuk menambah jumlah tahanan Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel, demikian menurut kenyataan tersebut.

Ahli biro politik Hamas, Khalil Al-Hayya, mengesahkan kesungguhan gerakan itu untuk meneruskan rundingan pertukaran tahanan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

Turki, Iran bincang ‘langkah-langkah memungkinkan untuk gencatan senjata secara kekal

Rabu, 29-11-2023 – Presiden Turki dan Iran berbincang dalam panggilan telefon pada hari Ahad mengenai serangan biadab Israel ke atas Gaza yang jelas menyalahi undang-undang, kata pihak berkuasa Turki.

Menurut kenyataan oleh Direktori Komunikasi, Recep Tayyip Erdogan dan Ebrahim Raisi bertukar pandangan mengenai langkah-langkah mungkin yang perlu diambil untuk genjatan senjata secara kekal di kawasan itu, bersama dengan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Erdogan menekankan kepentingan dunia Islam, khususnya Turki dan Iran, mengambil sikap bersama menentang kekejaman Zionis Israel di wilayah Palestin, tambah kenyataan itu.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Gencatan Senjata Berlanjutan Selama Penjajah Zionis Patuhi Syarat

Rabu, 29-11-2023 – Gerakan Hamas menyampaikan ucapan penghargaan pada Sabtu malam terhadap usaha Mesir dan Qatar bagi memastikan pelanjutan perjanjian gencatan senjata sementara setelah mereka menyampaikan komitmen terhadap penjajah Israel terhadap semua syarat yang ditetapkan dalam kesepakatan perjanjian.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar memngakui bahawa 39 warga sivil Palestin akan dibebaskan malam ini dengan imbalan pembebasan 13 tahanan Israel dan 7 warga asing di luar kerangka perjanjian.

Brigade Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka menyerahkan 13 tahanan Israel dan 7 warga negara asing kepada Badan Palang Merah sebagai sebahagian dari gencatan senjata kemanusiaan.

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip

Categories
Berita Semasa

Kematian tawanan Israel oleh Hamas disebabkan serangan Israel sendiri.

Rabu, 29-11-2023 – Briged Al-Quds mengumumkan kematian seorang tawanan yang dijangka akan dibebaskan atas sebab kemanusiaan.

Briged Al-Quds, sayap tentera Jihad Islam, mengumumkan pada Selasa kematian tawanan yang
bernama Hanna Katzir, yang sebelum ini dijangka akan dibebaskan atas sebab kemanusiaan.

Al-Saraya menambah, “Tetapi penangguhan musuh menyebabkan kehilangan nyawanya, dan dalam
menghadapi pengumuman ini, kami memperbaharui penegasan kami untuk menafikan
tanggungjawab kami terhadap tawanan musuh kami memandangkan pengeboman biadab dan
berterusan dari setiap penjuru Semenanjung Gaza.”

Abu Ubaida, jurucakap Briged Al-Qassam, sayap tentera Gerakan Penentangan Islam (Hamas),
sebelum ini mengumumkan bahawa kira-kira 50 banduan yang ditahan olehnya terbunuh akibat
serbuan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Dunia Islam Harus Bertindak Demi Hentikan Kekejaman Israel Terhadap Gaza

Isnin, 27-11-2023 – Presiden Turkiye Recep Erdogan memberi amaran pada Selasa lalu bahawa kejatuhan Gaza bakal meninggalkan kesan mendalam terhadap kesatuan dunia Islam dan menggesa negara-negara Islam menyuarakan penentangan terhadap pendudukan Israel.

Bercakap tentang sekatan di Gaza, Erdogan menekankan tentang keperluan strategi yang komprehensif, yang melibatkan semua ahli dalam Organisasi Kesatuan Islam dan Liga Arab bagi membantu Semenanjung Gaza. Beliau turut menyeru untuk menggunakan kesemua aspek ekonomi, politik, diplomatik, sosiologi dan budaya bagi gencatan senjata dan penghantaran bantuan kepada Gaza serta pembinaan semula selepas peperangan.

“Sekatan (di Gaza) tidak akan berjaya melalui satu atau dua negara, tetapi melalui langkah-langkah serta strategi oleh Organisasi Kesatuan Islam dan Liga Arab,” kata beliau kepada pemberita semasa
penerbangan pulang daripada Algeria. Erdogan menjelaskan bahawa hampir semua negara Eropah pasif
terhadap pembunuhan dan jenayah Israel malah tidak mengambil sebarang usaha bagi menghentikan pembunuhan harian itu.

“Dunia Islam tidak seharusnya berdiam diri dengan hal ini. Kejatuhan Gaza akan mengakibatkan luka yang dalam terhadap kesatuan dan solidariti Dunia Islam,” tambah beliau lagi. Erdogan seterusnya menyebut serangan Israel terhadap Gaza sebagai “keganasan negara” dan “jenayah terhadap kemanusiaan” juga
“genosid”.

Presiden turut menyatakan harapannya bahawa kesakitan dan kesediahan yang turut dirasai masyarakat dunia terhadap gaza akan menjadi satu “harga kesengsaraan penduduk negara Palestin dan
keamanan yang telah lama diimpikan”.

Beliau seterusnya berkata bahawa Turkiye akan terus berusaha untuk memindahkan pesakit Gaza ke negaranya dan akan berbincang hal ini semasa lawatan ke Mesir kelak.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq

Categories
Berita Semasa

Haneyya Terima Kunjungan Delegasi Fatah Di Doha

Isnin, 27-11-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya serta beberapa pemimpin tinggi Hamas telah bermesyuarat pada hari Selasa di sini dengan pegawai-pegawai kanan Fatah; Nasser al-Qudwa dan Samir al-Mash’harawi.

Para pemimpin Hamas dan Fatah tersebut telah membincangkan situasi genting di Jalur Gaza dan meneliti langkah menghentikan serangan Israel terhadap orang awam serta cara untuk menyalurkan keperluan kemanusiaan mustahak kepada mereka.

Para pemimpin Palestin telah menzahirkan rasa bangga pada keberanian para pejuang Palestin di Gaza dan kekuatan pendirian rakyat Gaza walau terdedah kepada serangan ganas hampir sepanjang masa tanpa henti.

Para pemimpin berbicara tentang situasi antara warga Palestin secara umum, perihal kepentingan pembinaan semula tempat kediaman warga Palestin diatas asas-asas nasional yang kukuh, dan juga mengenai peranan kumpulan-kumpulan Palestin dalam usaha bagi menggagalkan matlamat yang ingin dicapai oleh puak penjajah Israel melalui asakannya terhadap Gaza.

Mereka juga membincangkan isu-isu lain yang melibatkan kepentingan bersama dalam arena Palestin, terutamanya jenayah serta penyalahan undang-undang oleh Israel di Baitulmuqaddis dan di Tebing Barat, serta tentang keadaan penahanan warga Palestin di penjara Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul

Categories
Berita Semasa

14,352 kematian dalam masa 47 hari

Isnin, 27-11-2023 – Angka kematian rakyat Palestin akibat pencerobohan berterusan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 14,352 sejak 7 Oktober, dedah Pejabat Media Kerajaan (GMO) dalam sidang akhbar pada petang Rabu.

Lebih 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita adalah antara mangsa yang dilaporkan, dengan lebih 33,000 yang lain cedera.

Menurut GMO, lebih 69 peratus daripada jumlah korban adalah wanita dan kanak-kanak, sambil menambah bahawa Israel melakukan sejumlah 1, 384 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza.

GMO menegaskan bahawa seramai 205 kakitangan kesihatan, 25 anggota pertahanan awam, dan 64 orang wartawan terbunuh dalam serangan Israel.

Dianggarkan sebanyak 102 buah ibu pejabat kerajaan dimusnahkan beserta 266 buah sekolah, di mana 67 buah sekolah tidak lagi beroperasi.

Dalam serangan yang sama, 85 buah masjid musnah sepenuhnya, dan 174 buah masjid rosak sebahagiannya, manakala tiga buah gereja turut menjadi sasaran.

GMO menambah bahawa 26 buah hospital dan 55 pusat kesihatan telah menghentikan operasi di Gaza akibat serangan Israel dan kekurangan bahan api yang diperlukan untuk mengendalikan penjana kuasa. 56 buah ambulans juga menjadi sasaran dalam serangan ganas itu.

Ini disertai dengan pengeboman besar-besaran yang menghancurkan dan memusnahkan seluruh blok kediaman dan kawasan kejiranan. Sebanyak 45,000 unit rumah musnah sepenuhnya, manakala 233,000 unit rumah rosak sebahagiannya.

GMO menyatakan Israel dan masyarakat antarabangsa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, menyeru dunia lebih berani untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan perang berdarah ini.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah

Categories
Berita Semasa

China: Rakyat Palestin Patut Tentukan Masa Depan Mereka Sendiri

Isnin, 27-11-2023 – Menteri Luar Negeri China, Wang Yi, dengan tegas menyatakan bahwa “Setiap perjanjian yang melibatkan masa depan rakyar Palestin harus memperoleh persetujuan dari rakyat Palestin dan juga harus mengambil kira pertimbangan undang-undang negara di sekitarnya.”

Pernyataan Menteri Luar Negeri China ini disampaikan dalam pertemuan beliau pada hari Isnin dengan sekumpulan menteri luar negeri dari negara-negara anggota Organisasi Kerjasama Islam (OIC).

Wang Yi menyatakan, “Sebagai pengerusi Majlis Keamanan, China akan terus memperkukuhkan koordinasi dengan negara-negara Arab dan Islam, membangun persetujuan dan kesepakatan, dan mendorong Majlis Keamanan untuk mengambil tindakan yang lebih bermakna terkait situasi di Gaza.”

Diplomat utama China berkenaan menegaskan bahawa China mendukung “diadakan konferensi perdamaian internasional yang lebih inklusif dan efektif sesegera mungkin, serta penghasilan jadual dan halatuju untuk tujuan ini.” Beliau menekankan bahwa Beijing “akan terus berusaha secara efektif untuk mempromosikan perdamaian antara Palestin dan Israel, serta perdamaian dan kestabilan di Timur Tengah.”

Wang Yi menegaskan bahawa “China teguh mendukung integriti dan keadilan dalam konflik Palestin-Israel, sambil berupaya mengurangi ketegangan, melindungi warga awam, meningkatkan bantuan kemanusiaan, mencegah bencana kemanusiaan, dan kembali pada solusi dua negara serta penyelesaian cepat terhadap isu Palestin.”

Beliau menekankan perlunya “pelaksanaan penuh resolusi terkait yang dikeluarkan oleh Majlis Keamanan PBB dan Majlis Umum PBB, serta penerapan gencatan senjata segera dan mengakhiri konflik.”

Selain itu, Beliau juga mendesak “kepatuhan serius terhadap hukum internasional, terutama hukum kemanusiaan antarabangsa.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

45 hari sejak Pembunuhan Gaza… Hospital Indonesia berada di bawah pengeboman, pengepungan, dan pembunuhan beramai-ramai masih berterusan

Isnin, 27-11-2023 – Pasukan penjajah Zionis meneruskan kehancuran berdarah mereka di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-45 berturut-turut, dengan mempergiatkan serbuan, mengebom, menyasarkan hospital Indonesia dan mengepungnya, terus mengebom rumah dan pusat perlindungan penduduk Palestin , dan melakukan lebih banyak jenayah pembunuhan beramai-ramai, dengan pencerobohan darat dari beberapa pihak.

Terdapat penduduk yang syahid dan cedera apabila Israel menyasarkan 3 rumah keluarga “Suleiman” di kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza. Enam syahid, kanak-kanak dan wanita, dimasukkan ke Hospital Syahid Al-Aqsa selepas sebuah rumah menjadi sasaran di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Kebakaran besar berlaku di kilang span “Fomco” di Jalan Salah al-Din di Semenanjung Gaza, akibat pengeboman oleh pesawat di tempat itu.

Pesawat melancarkan serbuan di sekitar Menara Al-Basha, barat kawasan Al-Zawaida di tengah Semenanjung Gaza. Dua wartawan wanita syahid selepas pesawat pendudukan Israel mengebom rumah keluarga mereka di Semenanjung Gaza. Sumber media berkata: Wartawan Ayat Omar Khadura syahid, bersama neneknya dan beberapa saudara lelaki dan perempuannya, selepas pesawat pendudukan mengebom rumah keluarganya di projek Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

Wartawan Alaa Taher Al-Hasanat juga syahid akibat pengeboman pendudukan rumah keluarganya di Gaza City. Dengan kesyahidan kedua-dua wartawan itu, jumlah syahid wartawan akibat pengeboman dan pencerobohan pendudukan tentera ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 62 orang syahid sejak 7 Oktober tahun lalu. Pesawat pendudukan melancarkan serbuan di sekitar Menara Al-Basha, barat kawasan Al-Zawaida di tengah Semenanjung Gaza. Sejumlah kecederaan tiba di Hospital Al-Najjar akibat pendudukan yang menyasarkan sebuah rumah di utara Hospital Al-Najjar, timur Rafah.

Lima terbunuh dan yang lain cedera dalam pengeboman Israel yang menyasarkan pangsapuri kediaman di Pekan Hamad, barat Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Kementerian Dalam Negeri mengumumkan ketibaan 4 orang mati syahid ke Hospital Syahid Al-Aqsa akibat pendudukan yang menyasarkan sebuah rumah untuk keluarga Abu Hamada di kawasan Al-Mughraqa di tengah Semenanjung Gaza.

Pesawat pendudukan itu juga melancarkan beberapa serbuan ke atas kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. Sekurang-kurangnya seorang syahid terbunuh dan yang lain cedera apabila pesawat pendudukan mengebom sebuah rumah untuk keluarga Baraka di Bani Suhaila, timur Khan Yunis.
10 mati syahid dan yang lain cedera apabila pesawat pendudukan mengebom sebuah sekolah yang menempatkan orang yang kehilangan tempat tinggal di kem Bureij di tengah Semenanjung Gaza.
Pesawat perang Israel mengebom sebuah rumah untuk keluarga Abu Anza di New Abasan, timur Khan Yunis.

Artileri pendudukan mengebom sekolah menengah di kem Bureij, Blok 12, dan sejumlah syahid dan kecederaan telah diangkut.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq

Categories
Berita Semasa

Afrika Selatan dalam proses menutup kedutaan Israel.

Khamis, 23-11-2023 – Parlimen Afrika Selatan telah mengundi untuk menyokong usul yang meminta penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan penggantungan hubungan diplomatik kerana ketegangan yang meningkat antara kedua-dua negara berikutan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Usul yang meminta penutupan kedutaan dan penggantungan semua hubungan diplomatik sehingga gencatan senjata dicapai telah diluluskan pada hari Selasa dengan 248 undi menyokong dan 91 undi menentang.

Langkah ini diperkenalkan oleh parti pembangkang sayap kiri, Economic Freedom Fighters, dengan sokongan daripada parti pemerintah African National Congress dan dibantah oleh ahli-ahli parti Democratic Alliance yang majoritinya berkulit putih dan berhaluan tengah, dan kebanyakannya menyokong Israel.

Presiden Afrika Selatan, Matamela Ramaphosa, sebelum ini mengumumkan bahawa negaranya telah mengemukakan aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC – International Criminal Court) untuk menyiasat “jenayah perang” yang dilakukan oleh proses penjajahan Israel di Semenanjung Gaza.

Ramaphosa menyatakan bahawa negaranya percaya bahawa Israel sedang melakukan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza di mana ribuan orang-orang Palestine telah dibunuh, selain daripada pemusnahan hospital dan infrastruktur awam.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida

Categories
Berita Semasa

Darah kanak-kanak Palestin adalah bukti jenayah perang Israel

Khamis, 23-11-2023 – Pada Hari Kanak-kanak Sedunia, Hamas telah mengesahkan bahawa darah kanak-kanak di Gaza adalah bukti jenayah Nazi baharu. Hamas juga menyeru agar badan-badan yang bertanggungjawab melabelkan rejim zionis sebagai “memalukan”.

Hamas berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin 20 November 2023, “Ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dunia meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November, pendudukan Nazi Zionis bersama-sama dengan kerajaan haram dan tentera fasisnya meneruskan jenayah keji dan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan terhadap anak-anak kita di Semenanjung Gaza selama 45 hari.”

Dalam kenyataan yang sama turut dinyatakan bahawa jumlah kematian kanak-kanak sudah melebihi 5000 orang manakala beribu-ribu yang lain cedera. Jumlah orang yang cedera di Semenanjung Gaza sudah melebihi 30000 orang dengan 80% daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 1,800 kanak-kanak dilaporkan masih hilang.

Lebih memburukkan keadaan, rejim zionis telah memusnahkan dan mengepung hospital sehingga menjejaskan kanak-kanak yang cedera, para pesakit serta bayi pramatang.

Hamas menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi antarabangsa untuk melaksanakan tugas mereka dalam melindungi kanak-kanak Gaza, selain menuntut agar Israel dimasukkan ke dalam senarai negara-negara yang melanggar hak kanak-kanak di zon konflik dan meminta pemimpin Israel bertanggungjawab atas jenayah perang terhadap kanak-kanak Palestin.

Hamas juga menegaskan bahawa peningkatan jenayah Israel terhadap kanak-kanak Palestin adalah percubaan terdesak untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap perjuangan dan memecahkan keteguhan rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Iman

Categories
Berita Semasa

Penjarahan Gaza : 13,000 warga Palestin terbunuh, termasuk 5,500 kanak-kanak. 

Khamis, 23-11-2023 – Menjelang hari ke-44 , penjajahan rejim Zionis Israel berlarutan dan meragut nyawa di Semenanjung Gaza dimana tentera rejim Zionis Israel mengebom kediaman dan bangunan serta mensasarkan orang awam secara sistematik. Menurut Jabatan Media Kerajaan, kematian warga Palestin akibat serangan rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 13,000 sejat 7hb Oktober.

Dari jumlah keseluruhan mangsa, 5,500 adalah kanak-kanak dan 3,500 adalah wanita dengan lebih 30,000 telah alami kecederaan dengan lebih 70 peratus yang cedera adalah wanita dan kanak-kanak menurut laporan Jabatan Media Kerajaan. Jabatan Media Kerajaan turut melaporkan rejim Zionis Israel telah melancarkan 1,330 serangan terhadap warga Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Amaran Berbunyi Di 129 Kawasan Pendudukan Haram Israel, Al-Qassam Berjaya Mengebom Tel Aviv, Dianggap Satu Serangan Terbesar Buat Masa Ini

Selasa, 22-11-2023 – Briged Izzuddin al-Qassam – sayap tentera Gerakan Pertahanan Islam (Hamas) – telah melepaskan tembakan roket ke arah bandar Tel Aviv dan pinggir bandarnya pada petang Isnin lalu, dan menyatakan serangan roket kali ini sebagai serangan balas terbesar sejak perang tercetus baru-baru ini. 

Klip video menunjukkan warga Israel lari bertempiaran mencari tempat perlindungan selepas amaran siren dibunyikan, manakala seorang wartawan Al Jazeera turut melaporkan bahawa roket serta serpihan-serpihannya jatuh di bandar Tel Aviv dan Holon. 

Barisan hadapan tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, siren telah dibunyikan di 129 lokasi di seluruh kawasan Tel Aviv dan pantainya.

Wartawan Al Jazeera menjelaskan bahawa bunyi siren itu jelas kedengaran dibeberapa kawasan lapang dari Ashdod, yang berada di selatan tanah haram Israel hingga ke Herzliya yang berada di utara tanah haram Israel, dan meratai kawasan Tel Aviv yang luas.

Briged Al-Qassam berkata bahawa serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim zionis terhadap orang awam Palestin.

Wartawan Al Jazeera menyatakan bahawa roket itu dilancarkan dari selatan Semenanjung Gaza, yang bermakna ianya mencapai jarak perjalanan kira-kira 90 kilometer. 

Menurut sumber Kementerian Penerangan Gaza, setelah 45 hari, tentera Israel yang melancarkan serangan yang dahsyat ke atas Gaza, telah mengakibatkan  13,300 syahid, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita, selain lebih daripada 31,000 cedera.  75% daripadanya merupakan mangsa kanak-kanak dan wanita.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi

Categories
Berita Semasa

Gaza Bakal Kebuluran – GMO

Selasa, 22-11-2023 – Amaran potensi kebuluran dan sebaran penyakit dikeluarkan Pejabat Media Kerajaan (GMO), berikutan pencerobohan dan pengepungan berterusan di Semenanjung Gaza.

Kenyataan pada Isnin memberitahu, masyarakat antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab, selepas merancang untuk memindahkan penduduk Gaza ke Mesir.

GMO turut menggesa seluruh organisasi antarabangsa dan badan dunia untuk menghentikan ‘kebuluran yang disengajakan’ ini terhadap rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Huzaifah