Categories
Berita Semasa

Abbas bakal menghantar dua pembantunya ke Gaza, Hamas mengalu-alukan langkah itu.

Selasa,  07/04/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyuruh dua orang pegawai Fateh untuk melawat Semenanjung Gaza bertujuan untuk melihat kemusnahan disebabkan oleh serangan Israel , dan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak lain, termasuk Hamas. Pergerakan Hamas mengalu-alukan keputusan Abbas itu.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Bekalan ubat di Gaza kian meruncing.

Selasa,  07/04/2009 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza mengumumkan pada Isnin lalu , sebanyak 61 jenis ubat-ubatan dan 69 jenis peralatan perubatan telah kehabisan stok di dalam gudang.

Categories
Berita Semasa

Ridwan: Tidak timbul isu iktiraf Zionis.

Selasa,  07/04/2009 – Dr Ismail Ridwan, seorang pimpinan HAMAS menegaskan mana-mana cadangan yang tidak menjaga perkara-perkara teras nasional yang tulen, atau menuntut komitmen terhadap syarat-syarat kuartet, atau mengiktiraf kedaulatan regim Zionis di atas bumi Palestin, tidak akan dilayan sama sekali.

Categories
Foto/Video/Muzik

Program Palestin , Jumaat ini di Masjid Bangsar.

2009-03-27-palestinian-conundrum-small

Categories
Berita Semasa

Internasionalisasi agenda kerajaan Palestin halang capai persetujuan putus.

Isnin,  06/04/2009 – Ali Barakat, timbalan wakil HAMAS di Syria menegaskan apa yang dinamakan sebagai tindakan menginternasionalisasi beberapa agenda politik dalam kerajaan Palestin akan datang merupakan halangan utama untuk mencapai persepakatan nasional dalam rundingan di Kaherah. Walau bagaimanapun, beliau juga menjelaskan HAMAS dan Fatah telah mencapai persetujuan untuk memulakan semula dialog nasional pada 26 April ini di ibunegara Mesir, Kaherah.

Categories
Berita Semasa

Boikot Motorola kerana membekalkan fius bom kepada Israel !

Isnin,  06/04/2009 – Motorola telah menjual satu unit kontroversial yang menghasilkan fius-fius bom dan peralatan lain untuk tentera Israel, menurut laporan sebuah akhbar kewangan Israel , Globes . Tidak penjelasan yang telah ditawarkan dalam laporan media tentang jualan oleh Motorola Israel — sebuah anak syarikat milik penuh Motorola — bagi unitnya yang dipanggil Government Electronics Department (GED) untuk syarikat Israel , Aeronautics Defense Systems Ltd

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Haneyya hargai peranan Mesir dan tuntut agar tidak tunduk kepada tekanan luar.

Jumaat,  03/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menyatakan penghargaannya terhadap peranan Mesir yang menaungi dialog nasional Palestin dan menyeru semua pihak yang berdialog untuk meneguhkan pendirian Palestin, memelihara prinsip-prinsip nasional dan menolak tekanan-tekanan luar, terutamanya syarat-syarat zalim yang diletakkan oleh jawatankuasa empat pihak (Amerika, Kesatuan Eropah, Russia dan Cina).

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin berjaya membunuh rejim Zonis di Bethlehem.

Jumaat,  03/04/2009 – Radio Israel menyiarkan seorang Zionis-Israel mati dan beberapa yang lain cedera apabila pejuang Palestin melakukan serangan. Kejadian berlaku di selatan Bethlehem. Polis Israel terus ke tempat kejadian dan melakukan siasatan. Sehingga kini belum ada yang mengaku melakukan serangan tersebut.sumber :

http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Palestin mesti kaji semula perbincangan dengan zionis.

Khamis,  02/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menganggap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luarnya, Lieberman mengenai ketidak sungguhan mereka untuk mengadakan perjanjian damai kekal dengan Palestin dan keinginan mereka untuk membatalkan perjanjian-perjanjian lalu dengan pihak berkuasa Palestin serta keengganan mereka untuk memberikan komitmen kepada resolusi-resolusi sidang Annapolis, merupakan suatu perkara yang sepatutnya menjadi pertimbangan pihak pimpinan kerajaan Palestin yang terlibat dalam perbincangan untuk mengkaji semula pendirian mereka.

Categories
Berita Semasa

Israel menahan trak yang membawa senjata ke Tebing Barat.

Khamis,  02/04/2009 – Sumber Israel melaporkan pengawai kastam di terminal sempadan Arava antara Jordan dan Tebing Barat telah menahan sebuah trak yang membawa senjata api ke Tebing Barat.

Categories
Berita Semasa

New York mula kempen boikot Motorola.

Khamis,  02/04/2009 – Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.

Categories
Berita Semasa

Setiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.

Rabu,  01/04/2009 – Sumber Fatah di Lubnan menyatakan Setiausaha Agung Fatah,  Sultan Abu Al-Ainain terlibat dalam pembunuhan pimpinan Fatah, Kamal Madhat. Abu Al-Ainain turut bekerjasama dengan Muhammad Dahlan dalam menjaya konspirasi ini. Seorang wakil PLO di Lubnan menyatakan pembunuhan sesama ahli Fatah telah bermula. Kamal Madhat mati akibat di bom.

Categories
Berita Semasa

Israel bebaskan Romhi, Ketua Parlimen Palestin.

Rabu,  01/04/2009 – Tentera penjajah Zionis Israel semalam, Selasa (31/3) membebaskan Dr. Mahmoud Romhi, Ketua Dewan Legislatif Palestin yang juga salah seorang pemimpin Hamas setelah lebih dari dua setengah tahun meringkuk di penjara Israel.

Categories
Berita Semasa

Kerajaan baru zionis patut ambil pengajaran.

Rabu,  01/04/2009 – Ketika membuat komentar terhadap kenyataan Perdana Menteri Zionis yang baru, Mushir al-Misri, seorang pimpinan HAMAS berkata, “kami tetap berpegang teguh dengan opsyen dan prinsip kami. Kami tidak akan sekali-kali tunduk.” Sambil menegaskan bahawa pendekatan mengugut tidak akan berjaya ketika berhadapan dengan rakyat Palestin dan pimpinan mereka yang dipilih dengan majoriti besar.

Categories
Berita Semasa

Asad: Israel harus ditentang.

Selasa,  31/03/2009 – Presiden Syria, Basyar al-Asad menegaskan perdamaian dengan Zionis-Israel tidak akan berhasil tanpa disertai dengan tekanan kumpulan pejuan. Ini menunjukkan sokongan terhadap para pejuang. Asad bercakap ketika menghadiri KTT Arab di Doha. Sehingga kini, tidak ada lagi rancangan perdamaian yang berjaya kerana terdapat banyak perkara-perkara asas perdamaian tidak dipenuhi.