Hamas: Pernyataan Dougart Bukti PBB Memihak kepada Israel


Selasa, 02/10/07 –
Gerakan Hamas memuji pernyataan John Dougart berkait laporan Lembaga Hak Asasi PBB yang menganggap PBB memihak kepada kepentingan Israel dan pura-pura tidak tahu terhadap kejahatan Israel.

Rayyan : Dakwaan Terhadap Hamas Tidak Benar.


Isnin, 01/10/07 –Dr Nizar Rayyan, salah seorang pemimpin Hamas di Jalur Gaza menolak dakwaan bahawa dia membocorkan rahsia kekuatan Hamas kepada akhbar Kuwait.
Rayyan berkata beliau tidak bercakap kepada mana2 media beberapa bulan yang lepas dan dakwaan tersebut menurut beliau adalah khabar angin semata2.

Masjid Ditukar Menjadi Sinagog Yahudi ?


Isnin, 01/10/07 –
Ketua hakim Palestin, Sheikh Tayseer Al-Tamimi, pada Ahad lalu telah menuduh kerajaan Israel menukar Masjid Islam Ibrahimi yang terletak di tengah-tengah bandar Al-Khalil, Tebing Barat menjadi sebuah Sinagog Yahudi.

Abu Zuhri Minta Abbas Jadi Presiden yang Sebenar.


Isnin, 01/10/07 –
Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menyeru Presiden Palestin, Mahmud Abbas untuk mengkaji semula kesepakatannya berkait tindak ganas Israel terhadap Gaza.

Kesihatan Menteri Yang Dipenjarakan Kian Meruncing.


Isnin, 01/10/07 – Yasser Mansour, seorang anggota Hamas yang mempunyai kuasa mengubah dan menyusun semula blok berparlimen Rabu lalu telah memberitahu yang askar-askar rejim Zionis mengambil kesempatan atas sikap diam antarabangsa untuk melanggar kekebalan Ahli Parlimen (MP) Palestin serta menyerang mereka.

Israel Setuju Bebaskan 90 Tahanan Palestin.


Jumaat, 28/09/07 –
Kerajaan Israel bersetuju hari ini untuk membebaskan 90 tahanan penjara dalam rancangannya memperkaakan pendirian presiden Palestin, Mahmoud Ahmadinejas dalam menghadapi pertubuhan Hamas yang telah menguasai Ghaza.

Rice Tidak Kritik Israel ?


Jumaat, 28/09/07 –
Dalam siri lawatannya ke Timur Tengah, Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice tidak mengkritik keputusan Israel menganggap Ghaza sebagai entity musuh, cuba beliau menyatakan bahawa Ghaza akan bergabung dengan Tebing Barat bagi membantuk “negara Palestin akan datang.

Israel Larang Warga Palestin Solat di Masjid Al-Alqsa dan Hebron.


Jumaat, 28/09/07 –
Pejabat Pusat Hak Asasi Manusia Palestin, mengecam tindakan peraturan baru Israel yang melarang kaum muslimin melakukan syiar ibadah di dua masjid milik
kaum muslimin, Al-Aqsa dan al-Ibrahimi.

8 Rakyat Palestin Terbunuh di Gaza.


Jumaat, 28/09/07 –
Lapan rakyat Palestin telah terbunuh di Semenanjung Gaza petang semalam dalam dua serangan berasingan oleh Israel; 5 daripada mereka telah terbunuh dalam serangan udara Israel dan 3 lagi melalui kereta kebal.

Gaza Adalah Kawasan Yang Dijajah.


Rabu, 26/09/07 –Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza telah mengesahkan Selasa lalu bahawa Semenanjung Gaza adalah sebuah wilayah Palestin yang diceroboh oleh kerajaan Israel dan bukan satu “entiti musuh” sepertimana yang Israel katakan serta ingin menyakinkan dunia mengenainya.

Israel desak PBB larang Hamas sertai pilihan raya


Selasa, 25/09/07 – Al-Quds: Beberapa sumber Israel menegaskan, Menteri Luarnya Tsevi Leveni kini sedang berusaha untuk terlibat dalam sidang-sidang Majlis Umum PBB dengan tujuan agar dapat mengeluarkan keputusan yang melarang Hamas ikutserta dalam pilihan raya parlimen atau presiden Palestin yang akan datang.

Selamatkan Fathi Al-Karawi !


Selasa, 25/09/07 –Pertubuhan Nafha yang menguruskan banduan-banduan Palestin di penjara Israel telah menyeru semua pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia agar segera campur tangan bagi menyelamatkan nyawa MP Hamas, Fathi Al-Karawi selepas beliau pengsan dalam sel di penjara Magiddo, Israel.

Hamas Kritik Keputusan Israel.


Jumaat, 21/09/07 –
Pihak berkuasa kebangsaan Palestin menyuarakan kekesalannya terhadap keputusan Israel yang menganggap Ghaza sebagai “entity musuh” dan menyifatkan langkah itu sebagai penganiayaan, seterusnya akan menambahkan lagi penderitaan penduduk.

Iran Ugut Bom Israel Jika …


Jumaat, 21/09/07 –

Pegawai tertinggi tentera udara Iran berkata, pelancar peluru berpandu mampu mengebom Israel jika ia menyerang Iran.

Hamas Cadang Gencatan Senjata.


Jumaat, 21/09/07 –
Timbalan Menteri Pertahanan Israel, Matan Filnay memberi syarat kepada Hamas supaya menghentikan bedilan roket ke atas penempatan Israel jika mahukan perjanjian gencatan senjata sambil menegaskan bahawa perkara itu tidak mungkindin akan dapat dicapai sekarang ini.