Categories
Berita Semasa

Tentera Penjajah Menyerbu Nablus Dan Bertempur Dengan Pejuang Palestin

Isnin, 22-05-2023 – Pasukan penjajah Israel pada Selasa (16/5/2023) malam menyerbu wilayah timur Nablus sebagai persiapan untuk penyerbuan penduduk pendatang Yahudi ke Makam Yusuf.

Sebuah sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan besar tentera penjajah Israel disertai dengan dua jentolak menyerbu wilayah timur Nablus ketika berlaku pertempuran berdekatan persimpangan Al-Ghawi dan Jalan Amman di daerah tersebut.

Para mujahidin menghadapi pasukan penjajah dan mensasarkan jentolak dan menembusi kenderaan militan dengan alat peledak di Jalan Amman sebelah timur Nablus, selain mensasarkan mereka dengan tembakan peluru.

Pasukan penjajah Israel menembak peluru tajam dan pemedih air mata secara ekstensif dalam serangan tersebut.

Tentera penjajah Israel dan penduduk pendatang Yahudi melanjutkan serangan mereka terhadap rakyat Palestin di tempat-tempat suci mereka dan harta benda. Puluhan warga tercedera di Jenin, Jericho dan Hebron.

Pasukan penjajah Israel juga menangkap 18 warga Tebing Barat, menghancurkan dua buah rumah dan ruang pertanian di Bethlehem serta menyita 3 kenderaan di Hebron.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Agama Palestin Menyeru Jemaah Islam Untuk
Meramaikan Lagi Kehadiran Di Masjidil Aqsa

Isnin, 22-05-2023 – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin di Semenanjung Gaza telah memberi amaran terhadap bahaya yang serius yang sedang mengancam Masjidil Aqsa. Dilaporkan kumpulan kuil dan
peneroka Yahudi telah merancang untuk mencemarkan Masjidil Aqsa secara beramai-ramai semasa perarakan bendera di Baitulmaqdis yang diduduki pada hari esok, Khamis, waktu tempatan.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu yang lalu, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin menyeru jemaah Islam untuk meramaikan lagi kehadiran mereka di Masjidil Aqsa serta mengibarkan bendera Palestin di halaman masjid tersebut dan di tempat awam sehingga merentasi wilayah yang diduduki.

Kementerian itu mengecam sekeras-kerasnya pihak berkuasa pendudukan Israel kerana membenarkan perarakan peneroka provokatif sedemikian rupa dianjurkan di kota suci itu. Tambah kementerian itu lagi, mereka menegaskan bahawa akan wujud amalan agresif terhadap penganut Islam semasa perarakan berlangsung nanti.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses

Categories
Berita Semasa

Ketegangan di penjara Nafha berikutan serbuan ganas ke atas sel

Khamis, 18-05-2023 – Pasukan penjara Israel memecah masuk dan menggeledah sel di penjara Nafha pada hari Selasa, mencetuskan ketegangan dengan tahanan Palestin.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin, keadaan ketegangan dengan banduan berlaku di penjara Nafha selepas tentera dari perkhidmatan penjara Israel menyerbu sel seksyen 4 dan membuat keganasan terhadap banduan.

Pada hari Isnin, berpuluh-puluh banduan Palestin melancarkan mogok lapar sehari untuk menuntut pembebasan segera Walid Daqqa, yang menghidap kanser dan masalah kesihatan serius yang lain.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan warga Baitulmuqaddis menyeru penyertaan hari bendera Palestin

Khamis, 18-05-2023 – Satu kumpulan pemuda Palestin di Baitulmuqaddis telah menyeru agar menjadikan Khamis dan Jumaat depan sebagai hari-hari bendera Palestin sama ada di rumah dan luar negara.

Dalam kenyataan ringkas pada Selasa, Gerakan Pemuda Popular di Baitulmuqaddis menggesa masyarakat Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan serata dunia untuk mengibarkan bendera Palestin di jalanan dan setiap sempadan yang boleh dicapai.Tindakan itu diambil setelah sekumpulan pendatang Yahudi mengumumkan niat mereka untuk mencemarkan Masjid Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Khamis depan sebagai sebahagian perarakan yang mereka gelar Hari Bendera Jerusalem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kerugian $1.3 Juta Dalam Sektor Pertanian Gaza Akibat Pencerobohan Israel

Khamis, 18-05-2023 – Kementerian Pertanian Gaza telah berkata bahawa kerugian terhadap sektor pertanian akibat pencerobohan Israel baru-baru ini dianggarkan sekitar 1,300,275 USD. Kementerian juga memberitahu bahawa pemilik ternakan juga mengalami kerugian kerana sejumlah besar lembu dan kambing biri-biri mati akibat serangan udara Israel.

Mereka menyeru kepada masyarakat antarabangsa dan pihak berkuasa lain yang berkenaan untuk menarik balik kepungan Gaza sambil menambah nilai pampasan kepada petani dan pekerja dalam sektor pertanian.

“Pengeboman itu mengakibatkan penurunan mendadak harga produk pertanian sekaligus menyebabkan kerugian kepada petani,” tegas Kementerian itu sambil menjelaskan berkenaan akses kepada tanah yang terhad serta ketiadaan pasaran terbuka termasuk peluang eksport.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses

Categories
Berita Semasa

GMO: Detik-detik penutupan loji tenaga Gaza telah bermula.

Rabu, 17-05-2023 – Ketua Bahagian Media Kerajaan di Gaza, Salameh Maarouf telah melaporkan loji tenaga di Tebing Gaza akan kehabisan bekalan dengan serangan rejim Zionis Isrel berterusan dan penutupan semua jalan perhubungan.

Dalam satu kenyataan media pada hari Khamis, Maarouf mengesahkan detik penutupan loji hampir tiba dengan kehabisan bekalan dan akan memberi kesan kepada krisis kemanusiaan, terutamanya ke atas sektor kesihatan.

Serangan rejim Zionis Israel ke atas Tebing Gaza mengakibatkan kerosakan kepada infrastruktur, bekalan air dan elektrik  menurut Maarouf dengan industri perikanan telah terhenti.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Warga emas akhirnya tewas akibat kecederaan yang disebabkan oleh IOF di timur Tulkarem

Rabu, 17-05-2023 – Seorang warga emas Palestin pada petang Khamis akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialaminya ketika serbuan pagi oleh tentera rejim zionis (IOF) di timur Tebing Barat kota Tulkarem.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, Ghazi Shehab, 66, disahkan meninggal dunia setelah cedera di perut akibat tembakan peluru hidup oleh IOF di kem pelarian Nur Shams.

Terdahulu pada awal pagi, empat orang warga Palestin telah ditahan dan dua lagi cedera akibat peluru IOF ketika serbuan ketenteraan di kem Nur Shams, dan mencetuskan pertelingkahan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

2 warga Gaza meninggal di Khan Yunis

Rabu, 17-05-2023 – Sekurang-kurannya tiga warga Gaza meninggal dunia dan lainnya cedera, pada hari Khamis (11/5/2023) dalam kejadian pengeboman yang dilakukan oleh pesawat tempur penjajah Israel yang mensasarkan sebuah apartemen di Kota Hamad, Khan Yunis, Semenanjung Gaza selatan tanpa memberikan sebarang isyarat sebelumnya.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pesawat tempur penjajah Israel menembak tiga peluru berpandu ke tingkat lima sebuah bangunan tempat tinggal di Kota Hamad yang berpenduduk padat yang menyebabkan kerosakan teruk.

Menurut sumber, kakitangan perubatan ambulans menemui tiga warga meninggal dunia dan sejumlah yang lain tercedera di 4 rumah apartemen.

Pembunuhan yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel yang mensasarkan seorang pemimpin Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan Gerakan Jihad Islam.Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa di antara para syuhada ada dua orang bersaudara salah seorang adalah pemimpin terkemuka Brigade Al-Quds.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOA menutup dua sempadan Gaza

Jumaat, 12-05-2023 – Rejim zionis (IOA) menangguhkan kemasukan dan proses keluar dari Gaza melalui dua laluan sehingga dimaklumkan semula pada petang Selasa.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, keputusan Israel untuk menutup sempadan Beit Hanoun menyebabkan 142 orang pesakit dan lima kes kritikal tidak dapat menerima rawatan di Baitulmuqaddis dan hospital khas Tebing Barat.

Tindakan Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat, kementerian berkata.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bantahan umum di bandar Arraba dimana penduduk berkabung ke atas pejuang Gaza yang syahid. 

Jumaat, 12-05-2023 – Bantahan yang dilancarkan pada pagi Selasa di bandar Arraba, selatan Jenin dalam usaha berkabung oleh warga Palestin yang mati syahid dalam serangan udara di Semenanjung Gaza.

Perniagaan, sekolah dan beberapa kemudahan melancarkan bantahan dan menutup pintu mereka di beberapa mukim di bandar tersebut. Pada subuh hari Selasa, tiga pemimpin Jihad Islami dari Briged al-Quds dan beberapa warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak telah syahid kerana serangan udara rejim Zionis Israel ke atas kediaman mereka di Gaza. Salah seorang pemimpin Jihad Islami berasal dari bandar Arraba.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dilaporkan di Tebing Barat, serangan di Jerus Salem

Jumaat, 12-05-2023 – Seorang pemuda Palestin tertembak dan terluka, sementara yang lainnya menderita akibat terkena gas pemedih mata ketika serangan meletus di al-Khalil, Bethlehem, dan Jerusalem yang dijajah pada Selasa malam.

Serangan pecah di pintu masuk kampung Al-Aroub, sebelah utara al-Khalil, setelah Regim Zionis Israel (IOF) menembak bom gas pemedih mata ke arah penduduk setempat, menyebabkan beberapa orang terkena gas pemedih mata di kalangan mereka.

Konfrontasi serupa meletus di desa Husan, sebelah barat Betlehem, di tengah tembakan peluru logam berlapis karet. Seorang pemuda mengalami luka akibat terkena peluru karet dalam serangan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Dua kanak-Kanak Terbunuh Di Serang Pesawat Israel Ketika Bersiap Ke Majlis Sekolah

Jumaat, 12-05-2023 – Sekali lagi, mesin perang penjajah Zionis melakukan pembunuhan kanak-kanak, menabur kesedihan dan kematian di seluruh wilayah di Semenanjung Gaza yang terkepung, disekat dan dilaparkan. Selasa (9/5/2023) pagi secara tiba-tiba, 40 pesawat tempur penjajah Zionis Israel menyerang sasaran awam di Semenanjung Gaza. Serangan mendadak tersebut mengakibatkan kematian 13 warga Palestin termasuk 10 kanak-kanak dan perempuan.

Salah satu sasaran serangan udara penjajah Israel adalah seorang gadis kecil, Mayar Izzuddin dan adik laki-lakinya, Ali Izzuddin. Keduanya meninggal dunia setelah serangan udara penjajah Israel mengenai rumah kedua orang tua mereka di Kota Gaza, menjelang subuh iaitu ketika mereka sedang menikmati ketenangan rumah mereka sebelum pesawat tempur Zionis menghancurkannya.

Pesawat perang penjajah Zionis membunuh segalanya di Gaza. Membunuh kegembiraan dan ketenangan. Bahkan kanak-kanak menjadi sasaran jentera perang penjajah Zionis yang penuh kebencian.

Mayar dan adik laki-lakinya, Ali sedang bersiap untuk ke majlis yang diadakan sekolah mereka dengan penuh kegembiraan dan keriangan namun perjalanan mereka berubah menjadi temasya ke Rumah Abadi.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Gerakan Tahanan menyelar dakwaan Israel ke atas para tahanan PFLP

Rabu, 10-05-2023 – Gerakan Tahanan telah menyelar dakwaan Israel ke atas tiga orang pemimpin Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) yang ditahan adalah palsu.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin, Gerakan itu mendedahkan dakwaan Israel yang setiausaha agung PFLP Ahmad Saadat bertangggungjawab mengarahkan penentangan di penjara sebagai palsu, dan menambah yang dakwaan itu bertujuan menutup serangan Israel terhadap para pemimpin PFLP.

Jawatankuasa Tertinggi Kecemasan Kebangsaan bagi Gerakan Tahanan Kebangsaan pula mengesahkan yang mereka akan sentiasa bersedia untuk menghadapi kempen Israel yang dilancarkan untuk menyerang para pemimpin PFLP yang ditahan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peruntukkan 32 Juta Syikal Untuk Yahudisasikan Tapak Arkeologi Sebastia Di Nablus

Selasa, 09-05-2023 – Kerajaan Israel bercadang untuk memperuntukkan bajet sebanyak 32 juta syikal untuk Yahudisasikan tapak arkeologi Sebastia, di utara Nablus, Tebing Barat yang diduduki.

Laman web Haaretz berkata bahawa rancangan untuk pembangunan dan pemulihan tapak bersejarah Sebastia dalam tempoh 60 hari telah pun disediakan oleh Menteri Perlindungan Alam Sekitar, Idit Silman dan Menteri Warisan, Amichai Eliyahu dan akan dibincangkan hari ini, Ahad, semasa mesyuarat kabinet mingguan.

Sebastia telah ditadbir di bawah kawalan keselamatan dan pentadbiran Israel sejak Perjanjian Oslo pada tahun 1993.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses

Categories
Berita Semasa

Sheikh Sabri dipanggil untuk siasatan

Selasa, 09-05-2023 – Penceramah di Masjid Al-Aqsa Mosque, Sheikh Ekrima Sabri, pada Ahad telah dipanggil untuk siasatan berikutan  kempen Israel menyeru penahanannya.

Hamza Qutina, peguam Sheikh Sabri, melaporkan yang perkhidmatan perisikan Israel menyerahkan notis mengarahkan beliau pergi ke pusat soal siasat al-Mascobiyya pagi esok.

“Perkhidmatan perisikan selalu memanggil Sheikh Sabri untuk siasatan dan melarang beliau daripada memasuki Masjid Al-Aqsa Mosque ataupun melakukan perjalanan,” Qutina menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati