Selasa, 13/06/2006 –
Pergerakan Hamas menafikan mengeluarkan kenyataan berkabung diatas kematian ketua kumpulan Al- Qaeda di Iraq, Abu Musab Al-Zarkawi, akibat daripada serangan udara tentera Amerika Rabu lepas.
Selasa, 13/06/2006 –
Pakistan berkata akan menyumbang 3 juta dolar kepada kerajaan Palestin.
Jumaat, 09/06/2006 – Pergerakan Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima referendum daripada dokumen banduan walau apapun akibatnya, dan menegaskan referendum tersebut merupakan pencabulan keatas undang-undang dan kedaulatan Palestin.
Jumaat, 09/06/2006 –
PM Palestin, Ismael Haneyya menyambut baik penyataan Raja Jordan, Abdullah II yang menegaskan bahawa beliau menolak gagasan negara alternatif dan mendukung hak kembali pelarian Palestin ke kampung halaman mereka di Palestin terjajah.
Berikut adalan perincian daripada wawancara wartawan Infopalestina dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyyah.
Khamis, 08/06/2006 –
Menteri kesihatan Palestin, Dr. Basel Na’im menyatakan kesediannya untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi untuk berkhidmat terhadap rakyat dan pesakit-pesakit Palestin. Menteri itu cuba menganggu rejim Zionis dengan memberikan tekanan dan membuat kekacauan kepada sektor kesihatan Palestin dengan tujuan untuk menimbulkan huru-hara di Palestin, tetapi memberi amaran ia mungkin akan merebak ke seluruh negara.
Khamis, 08/06/2006 –
Hamas mengalu-alukan pelawaan Presiden Yemen menjemput Khaled Mishaal dan ketua PA Mahmoud Abbas berbincang dibawah tajaan Presiden Yemen di Sana’a.
Khamis, 08/06/2006 –
Sumber rapat kepada Mahmoud Abbas memberitahu perbincangan di antara semua kumpulan pejuang menemui kebuntuan dan Abbas akan mengadakan referendum untuk undi popular atas satu dokumen penjara.
Rabu, 07/06/2006 –
Gerakan Hamas mengajak Presiden Palestin, Mahmod Abbas agar melihat kembali gagasan referendum rakyat yang dinyatakan dalam piagam tahanan kerana tiada
sebab-sebab munasabah untuk melaksanakannya.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian .
Hari yang penuh kemuliaan ini , Marilah kita pertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Jalla wa A?la , Tuhan yang mencipta kita sekaligus membekalkan segala nikmat yang tidak ternilai buat kita .
Pada 29 dan 30 Mei 2006, Menteri Luar Palestin, Dr Mahmoud Zahar telah berada di Kuala Lumpur untuk persidangan NAM. Wartawan Palestinkini.info , Maszlee Malik telah berkesempatan untuk menemuramah beliau. Berikut adalah ringkasan pesanan beliau untuk rakyat Malaysia…
Selasa, 06/06/2006 –
Menteri Luar Zionis Israel, Tzipi Livni menyatakan beliau telah meminta negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) agar menghalang para menteri dan anggota
dewan legislatif Hamas untuk masuk ke negara-negara Eropah.
Selasa, 06/06/2006 –
Sheikh Tayseer Al-Tamimi, ketua hakim Syariah Palestin menegaskan rakyat Palestin mahu bersatu dan dengan itu sahajalah kemenangan dan kemerdekaan boleh dicapai dalam menentang penjajah Israel.

Sewaktu Mahmoud Zahar menghadiri persidangan NAM di Kuala Lumpur, wartawan palestinkini.info telah berpeluang untuk menemui beliau di lobi hotel Marriot Putrajaya. Beliau telah diwawancara mengenai pelbagai isu terkini Palestin selama hampir setengah jam. Berikut adalah perincian lanjut mengenai wawancara tersebut:
Isnin, 05/06/2006 –
Rektor atau ketua bagi Universiti Quds, Seri Nessaba, akan mengadakan mensyuarat dgn wakil universiti Israel dalam masa dua hari ini di Jerusalem, kenyataan dari sumber Palestin Ahad semalam.