Categories
Berita Semasa

Amoudi: Tahanan Palestin tidak akan terhalang oleh tindakan Israel

Selasa, 12-09-2023 – Ali al-Amoudi, ketua jabatan media Hamas di Gaza, telah menyatakan bahawa tahanan Palestin tidak akan terhalang oleh tindakan penindasan yang dikenakan oleh Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel, Itamar Ben Gvir.

Dalam satu temu bual dengan Saluran Al-Aqsa pada hari Ahad, Amoudi mengesahkan bahawa isu tahanan Palestin adalah keutamaan utama bagi Gerakan Hamas, menekankan bahawa Gerakan akan menyokong tahanan tersebut dengan apa cara sekalipun.

Amoudi menyeru rakyat Palestin untuk menyokong tahanan dalam perjuangan mereka dan mendedahkan jenayah-jenayah Israel terhadap tahanan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Israel Terbitkan Video Ledakan Bom yang Mecederakan Tenteranya di Nablus

Selasa, 12-09-2023 – Media Israel menerbitkan dokumentasi ledakan bom berangkai terhadap tentera penjajah Zionis Israel di Nablus beberapa hari yang lalu yang menyebabkan 4 orang tentera penjajah Zionis tercedera.

Kejadian tersebut terakam melalui kamera di helmet seorang tentera Israel di lokasi kejadian menunjukkan momen ketika bom berangkai tersebut meledak ketika tentera Israel berjalan kaki. Letupan bom tersebut berlaku pada akhir bulan lalu.

Chanel 14 Israel mengatakan bahawa bom tersebut meledak ketika pasukan tentera dari unit khas “Egoz” yang bertanggungjawab untuk mengawal serbuan penduduk pendatang Yahudi berkawal di kawasan Makam Yusuf pada malam itu.

Channel 12 Israel melaporkan bahawa bom tersebut seberat 20 kilogram dan diklasifikasikan sebagai buatan tempatan dan diledakkan dari jarak jauh.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin ditahan setelah operasi tikaman di Jerusalem.

Isnin, 11-09-2023 – Tiga peneroka haram Yahudi cedera dimana satu kritikal pada petang Rabu bila seorang remaja Palestin menjalankan operasi menikam berdekatan Bab al-Khalil di kota lama Jerusalem.

Menurut media Yahudi , seorang peneroka haram berumur 56 tahun mengalami kecederaan serius di dalam Kota Lama Jerusalem setelah di tikam bahagian atas badan dan seorang remaja turut cedera selepas mengalami kecederaan di bahagain perutnya.

Seorang wanita berumur 50 an telah menjalani rawatan akibat trauma dari serangan tersebut menurut laporan media Yahudi.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Papua New Guinea Buka Kedutaan Di Jerusalem

Isnin, 11-09-2023 – Jurucakap Hamas, Hazem Qasem, mengecam sekeras-kerasnya tindakan Papua New Guinea membuka kedutaan di Jerusalem.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau menganggap tindakan itu mencabul hak rakyat Palestin, undang-undang antarabangsa, dan resolusi PBB yang mengiktiraf Jerusalem sebagai bandar Palestin.

Qasem menambah, ia tidak akan memberikan legitimasi kepada negara pendudukan Israel, sekaligus menggesa untuk menarik balik tindakan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Ben Gvir Ceroboh Masuk Kampung Ras al-Amoud di Silwan al-Quds

Khamis, 07-09-2023 – Menteri Keamanan Nasional Zionis, Itamar Ben Gvir ceroboh masuk kampung Ras al-Amoud di kota Silwan di Al-Quds yang diduduki pada Selasa (5/9/2023).

Sebuah klip video menunjukkan Ben Gvir berjalan sekitar kampung tersebut sebagai pemimpin sejumlah penduduk pendatang Yahudi.

Kunjungan ini terjadi ketika ancaman besar daripada para penduduk pendatang Yahudi dan organisasi terroris mereka untuk mengadakan serangan besar-besaran terhadap Masjid Al-Aqsha pada peringatan hari besar Yahudi yang sering terjadi pada bulan September.

Ben Gvir telah tiga kali menceroboh Masjid Al-Aqsha yang diberkahi dan terlibat dalam perarakan penduduk pendatang Yahudi di sekitar Masjid Al-Aqsha.

Dia masih melakukan penghasutan terhadap Masjid Al-Aqsha dan para tawanan serta memimpin gerakan Zionis yang luas untuk melecehkan orang-orang Palestin.Sementara itu, pasukan pendudukan Zionis Israel menangkap dua pemuda dan seorang gadis di desa Al-Jib, barat laut Al-Quds yang dijajah.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas berkabung atas kematian pemuda Palestin dalam serangan rejim Zionis Israel.

Khamis, 07-09-2023 – Hamas telah berkabung ke atas kematian pemuda Palestin Muhammad Youssef Ismail Zubaidat yang telah mati dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis Israel di Lembah Jordan pada hari Selasa.

Hamass menegaskan perjuangan Palestin akan diteruskan di segenap bandar dan di setiap jalanan.

“Jerusalem adalah berharga dan darah rakyat Palestin juga berharga “ menurut Pergerakan tersebut sambil menunjukkan senarai penjajahan itu semakin bertambah dan perjuangan menentang penjajahan akan diteruskan sehingga tamat penjajahan rejim Zionis Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Pemuda Beita Umumkan Kembali Lakukan Aksi Kekacauan Malam

Rabu, 06-09-2023 – Pemuda revolusioner di kota Beita, selatan Nablus, Sabtu (2/9/2023) malam, mengumumkan bahawa mereka kembali melakukan aktiviti kekacauan malam atau irbak laili (untuk membuat kekacauan dan kebingungan pasukan penjajah Zionis Israel di malam hari) setelah pulangnya para penduduk pendatang Yahudi ke penempatan Avitar yang dibangunkan di puncak Jabal Sabih.

Aksi ini dilakukan untuk menegaskan komitmen mereka untuk mempertahankan tanah mereka yang dirampas atas kepentingan penempatan Yahudi.

Para pemuda revolusioner Beita meminta untuk mengerahkan mobilisasi umum dan bergerak ke Jabal Sabih serta terlibat dalam menghadapi para penduduk pendatang Yahudi yang menyerbu wilayah timur Jabal Sabih di kota Beita.

Seruan para pemuda tersebut dilancarkan di Nablus untuk menghadapi dan menghadang serangan penduduk pendatang Yahudi, dan untuk melakukan kembali kekacauan malam di Beita dan desa-desa di selatan Nablus.

Penjaga Jabal Sabih mengumumkan kembalinya kehadiran dan aktiviti kekacauan malam di Beita dan desa-desa di selatan Nablus untuk menghadapi bahaya dari para penduduk pendatang Yahudi dan rancangan mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin cedera dalam serbuan rejim Zionis Israel di bandar al-Khalil

Rabu, 06-09-2023 –Ramai rakyat Palestin cedera pada hari Ahad dalam sserbuan buan oleh rejim Zionis Israel ke atas beberapa kawasan di Tebin Barat di bandar al-Khalil.

Beberapa warga Palestin cedera setelah rejim Zionis menyerang aktivis Palestin setelah menyerbu bandar Masafer Yatta di selatan al-Khalil dimana tercetusnya penentangan. Manakala,tentera  rejim Zionis menyamun traktor milik warga Palestin , Issa Mus’if setelah menyerang bandar Masafer Yatta.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Keluarga aktivis Abu Rashed menyeru beliau dibebaskan segera

Isnin, 04-09-2023 – Keluarga aktivis Amin Abu Rashed telah menyuarakan kebimbangan tentang tempoh penahanan Abu Rashed yang dilanjutkan di penjara Belanda.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis, keluarga Abu Rashed menekankan yang beliau telah ditahan lebih daripada dua bulan tanpa perbicaraan, mengesahkan yang mahkamah Belanda menolak tuntutan membebeaskan Abu Rashed sehingga perbicaraan bermula.

Keluarganya mengesahkan yang lanjutan penahanan Abu Rashed walaupun keadaan kesihatannya semakin teruk merupakan pelanggaran serius ke atas undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bulldozer Israel meruntuhkan rumah-rumah Palestin di kawasan Negev

Isnin, 04-09-2023 – Pada pagi Khamis lepas, bulldozer Israel meruntuhkan rumah-rumah Palestin di kawasan Negev.

Bulldozer tersebut merosakkan rumah-rumah yang dimiliki oleh keluarga al-Ghannami dan Abu Hlayyil selepas memasuki kampung Abu Qrenat di Negev.

Walid Hawashleh, wakil Negev dalam Senarai Arab Bersatu, menyatakan bahawa pemusnahan rumah-rumah Palestin di Negev adalah sebahagian daripada dasar pembersihan etnik yang diambil oleh Israel, dengan menekankan bahawa rakyat Palestin tidak akan dibiarkan terhalang oleh operasi pemusnahan yang semakin meningkat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

AI menyelar keputusan Israel untuk musnahkan rumah keluarga kanak-kanak

Isnin, 04-09-2023 – Amnesty International (AI) menyelar keputusan mahkamah Israel untuk memusnahkan rumah seorang kanak-kanak Palestin Mohammed al-Zalbani yang ditahan reman selama enam bulan.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, AI berkata, keputusan Israel untuk memusnahkan rumah Zalbani adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang dan konvensyen antarabangsa dan juga satu jenayah perang.

Terdahulu pada Isnin, Mahkamah Agung Israel mengambil keputusan untuk memusnahkan rumah Zalbani walaupun petisyen telah diserahkan oleh organisasi hak asasi manusia Israel, HaMoked untuk menentang keputusan itu. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamada: Ancaman untuk membunuh Al-Arouri mengesahkan kegagalan Israel

Rabu, 30-08-2023 – Jurucakap Hamas untuk Baitulmuqaddis, Muhammad Hamada, mengesahkan yang ancaman Israel untuk membunuh Sheikh Saleh al-Arouri dan menyasarkan pemimpin

Dalam satu kenyataan pada petang Ahad, Hamada berkata yang rejim zionis gagal berdepan dengan perjuangan Palestin yang teguh.

“Sebarang pembunuhan hanya akan menguatkan rakyat dan pemimpin Palestin untuk terus berjuang,” beliau menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOA akan musnahkan rumah dua syahid Palestin

Isnin, 28-08-2023 – Rejim zionis (IOA) mengambil keputusan untuk memusnahkan rumah keluarga dua warga Palestin, Muhannad Shehadeh dan Hassan Qatnani, yang dibunuh oleh tentera rejim ketika melakukan serangan anti rejim.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan pada petang Rabu tentang arahan pemusnahan rumah Shehadeh kerana terlibat dengan tembakan anti penjajah di Nablus pada 20 Jun, 2023.Satu arahan pemusnahan dikeluarkan terhadap rumah keluarga Qatnani kerana terlibat dalam operasi tembakan pada 7 April, 2023 di Lembah Jordan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Rakyat Palestin tidak akan terkesan oleh ancaman Israel

Khamis, 24-08-2023 – Jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata, ancaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak akan melemahkan mereka daripada menentang rejim.

Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Selasa, Qassem menekankan yang Israel melancarkan perang terbuka terhadap rakyat Palestin, namun rakyat Palestin akan terus menentang rejim zionis sehingga tiada lagi tempat untuk penceroboh.Qassem mengesahkan yang kumpulan-kumpulan pejuang Palestin sedang melindungi rakyat Palestin daripada rejim, dan rakyat Palestin berhak untuk mempertahankan diri.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Rakyat kami akas menentang rejim Zionis Israel dengan lebih hebat lagi.

Khamis, 24-08-2023 – Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haneyya berkata rakyat Palestin akan menentang pengepungan Israel, penutupan kawasan dan perluasan penerokaanharam di Tebing Barat dengan lebih hebat dan semangat waja.

Tiada penyelesaian politik atau keselamatan di Tebing barat selepas proses melalui saluran politik gagal dan perjanjian Oslo telah bertebaran merata-rata , kenyataan Haneyya dalam satu sidang media dalam saluran rasmi web

Pergerakan Hamas pada hari Selasa lepas. Rakyat kami tidak lagi menuruti saluran politik dimana telah memberi kesan terhadap perjuangan Palestin dan hak turun temurun di Palestin menurut Ketua Biro Politik Hamas.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul