Selasa , 12-11-2024 – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan bahawa pusingan kedua kempen vaksinasi polio di Semenanjung Gaza telah selesai, dengan keseluruhan 556,774 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun telah divaksin dengan dos kedua vaksin polio.
Vaksinasi polio di utara Gaza berakhir pada hari Rabu dengan 105,558 kanak-kanak menerima dos kedua dan 83,876 kanak-kanak menerima suplemen vitamin A – di tengah-tengah pergolakan yang berterusan, Ghebreyesus menjelaskan di X.
Sekitar 88% liputan berjaya dicapai di utara; 7,000-10,000 kanak-kanak tidak dapat dihubungi untuk dos kedua mereka dan dengan itu terdedah kepada polio, tambahnya.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Jumaat , 8-11-2024 – Ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempertahankan usahanya dalam mendapatkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan yang lain, menekankan keperluan untuk tindakan tepat pada masanya dalam menyiasat jenayah perang di Gaza.
“Perlukah saya menunggu sehingga semua orang mati?” Karim Khan berkata dalam temu bual dengan akhbar mingguan German, Der Spiegel, menolak dakwaan bahawa beliau membuat keputusan tergesa-gesa berhubung waran tangkap untuk ahli politik Israel dan tiga pemimpin Hamas.
“Jika ayah kamu, ibu kamu, datuk kamu menjadi tebusan, adakah kamu benar-benar mahu saya menunggu? Jika ini anak kamu atau adik perempuan kamu, adakah kamu mahu saya tunggu?” katanya sambil menekankan kepentingan campur tangan undang-undang segera dalam konflik yang berterusan itu.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Jumaat , 8-11-2024 – Pertubuhan Pertahanan Awam Palestin (PCDS) melaporkan pada hari Selasa bahawa mereka telah menerima banyak rayuan berkenaan orang yang terperangkap hidup-hidup di bawah runtuhan rumah dan bangunan kediaman yang musnah akibat serangan tentera Israel di Beit Lahia, Gaza utara.
“Kami menerima permohonan segera tentang wukidnya mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan beberapa rumah dan bangunan kediaman yang telah dimusnahkan oleh rejim Israel di kawasan projek Beit Lahia di Utara Gaza,” kata PCDS dalam satu kenyataan.
PCDS menyeru “pertubuhan hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa agar campur tangan segera untuk membenarkan akses pasukan penyelamat bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.”
Ia juga memberi amaran tentang “kesunyian antarabangsa yang berterusan terhadap pencerobohan dan keangkuhan Israel, yang boleh menyebabkan pelaksanaan hukuman mati terhadap warga yang masih hidup tetapi terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka yang musnah,” yang disifatkannya sebagai “pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Selasa, 05-11-2024 – Keputusan Israel untuk mengharamkan UNRWA akan memutuskan akses kepada pendidikan untuk ratusan ribu kanak-kanak Palestin, meninggalkan mereka terdedah kepada “keputusasaan, kemiskinan, dan radikalisasi”, kata ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin pada hari Ahad.
Amaran itu disampaikan oleh Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA), selepas Knesset Israel meluluskan dua rang undang-undang yang mengharamkan UNRWA pada hari Isnin. Rang undang-undang pertama menghentikan secara efektif aktiviti agensi tersebut di dalam Israel dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki, manakala rang undang-undang kedua melarang sebarang interaksi antara institusi Israel dengan organisasi itu.
Namun, impak paling segera adalah terhadap pendidikan kanak-kanak Palestin, kata Lazzarini dalam satu hantaran di X. “Sehingga Oktober tahun lalu, UNRWA menyediakan pembelajaran kepada lebih 300,000 pelajar lelaki dan perempuan di Gaza, menjadikan mereka separuh daripada jumlah pelajar sekolah di sana. Kini mereka kehilangan tahun kedua pendidikan.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Isnin , 04-11-2024 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) melaporkan yang para tahanan di pusat tahanan Etzion Israel berada dalam situasi kehidupan dan kesihatan yang sukar.
Persatuan itu berkata, peguamnya melawat pusat tahanan itu minggu lepas, dan mendapati 115 orang tahanan sedang ditahan di Etzion. Mereka mengalami kesukaran akibat polisi tidak adil yang telah berterusan lebih setahun.Ia turut menerangkan yang para tahanan menerima layanan yang tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan. Mereka dipukul dan dihina tanpa sebab, dan tentera-tentera melayan mereka dengan kebencian dan perkauman.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Isnin , 04-11-2024 – Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal, berkata bahawa lebih daripada 100,000 rakyat Palestin di kawasan Jabalia, Beit Hanoun, dan Beit Lahia sedang menghadapi pengepungan dan pengeboman oleh Israel.
Beliau menegaskan bahawa pendatang Israel membunuh sesiapa sahaja yang cuba memberikan bantuan kepada penduduk di Gaza Utara, sambil menambah bahawa nasib ramai orang masih tidak diketahui sehingga hari ini kerana pihak penjajah tersebut melaksanakan dasar pembersihan etnik di Gaza Utara.
Basal turut menyatakan bahawa selama 22 hari, tidak ada setitik air atau roti yang masuk ke Gaza Utara, dan beliau mengecam tindakan antarabangsa yang tidak bertindak terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza Utara.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Isnin , 04-11-2024 – Osama Hamdan, pemimpin Gerakan Hamas, berkata bahawa sebarang percubaan serius untuk membebaskan tahanan yang ditahan oleh penentangan mesti bermula daripada gencatan senjata.
Dalam ucapan pada petang Khamis, Hamdan mendedahkan bahawa pengantara telah memaklumkan delegasi gerakan itu bahawa terdapat data untuk memajukan rundingan, tetapi delegasi Hamas adalah berdasarkan keputusan konsisten gerakan itu.
Beliau berkata delegasi Hamas telah pergi ke Kaherah untuk mendengar pandangan, tetapi tiada perubahan dalam kedudukan gerakan itu.
Beliau menekankan bahawa “jika pendudukan percaya bahawa ia boleh mencapai keuntungan dalam pembunuhan beramai-ramai dan membunuh, ia adalah khayalan, dan kita tidak akan menjadi pihak yang letih sebelum pendudukan.”
“Pejuang penentangan di utara Gaza berikrar setia kepada mati syahid dan bertekad untuk meneruskan penentangan,” katanya. Pemimpin Hamas itu menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai di Lubnan dan Palestin mengesahkan sifat entiti ini, yang cuba disembunyikan oleh sesetengah orang.
Beliau menjelaskan bahawa lawatan delegasi Hamas ke Moscow datang dalam rangka usaha untuk menghentikan pencerobohan Israel ke atas Gaza, dan bahawa gerakan itu meminta Rusia, China dan Algeria untuk berusaha menghentikan pencerobohan itu.
Israel meneruskan perang pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza untuk hari ke-384 berturut-turut, di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai yang kejam, pembunuhan, perpindahan paksa dan penangkapan ratusan orang dari utara Semenanjung Gaza.
Sejak subuh pada Khamis, 31 rakyat telah terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, 23 daripadanya di tengah dan selatan kedua-dua jalur Gaza, manakala pendudukan meletupkan 11 rumah di utara Semenanjung Gaza, menyebabkan sebilangan besar syahid dan cedera.
Jumlah pencerobohan tentera Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 42,847 syahid, selain 100,444 cedera, sejak 7 Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza pada Khamis.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Isnin , 04-11-2024 – Gerakan Hamas menyeru penduduk Arab, penganut agama Islam serta rakyat di seluruh dunia untuk mengambil bahagian secara besar-besaran dalam protes Friday of Rage for Gaza.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis, Hamas menyeru rakyat Palestin untuk turun ke jalan raya sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di utara Semenanjung Gaza.
Ahli Biro Politik Hamas, Hussam Badran menegaskan bahawa Friday of Rage for Gaza adalah peluang yang sesuai untuk menggesa rejim itu dan sekutunya menghentikan serangan sengit terhadap penduduk Palestin di utara Semenanjung Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Isnin , 28-10-2024 – Gerakan Hamas menyeru penduduk Arab, penganut agama Islam serta rakyat di seluruh dunia untuk mengambil bahagian secara besar-besaran dalam protes Friday of Rage for Gaza.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis, Hamas menyeru rakyat Palestin untuk turun ke jalan raya sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di utara Semenanjung Gaza.
Ahli Biro Politik Hamas, Hussam Badran menegaskan bahawa Friday of Rage for Gaza adalah peluang yang sesuai untuk menggesa rejim itu dan sekutunya menghentikan serangan sengit terhadap penduduk Palestin di utara Semenanjung Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Jumaat , 25-10-2024 – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Ghebreyesus, berkata lebih daripada 181,000 kanak-kanak telah divaksin dalam fasa kedua kempen vaksinasi polio di Semenanjung Gaza. Ghebreyesus berkata dalam kenyataan yang diterbitkan di platform “X”, pada Khamis, yang dilihat oleh “Agensi Berita Sanad”, bahawa fasa kedua kempen vaksinasi di tengah Semenanjung Gaza bermula pada 14 Oktober, dan berakhir pada Rabu, sambil menambah bahawa 181,429 kanak-kanak telah divaksin dengan vaksin anti-lumpuh.
Pada Isnin, Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengumumkan permulaan pusingan kedua kempen vaksinasi polio di bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza. Pada 12 September, fasa pertama kempen vaksinasi polio di Gaza berakhir, Pemberian vaksin kepada lebih daripada 560,000 kanak-kanak Palestin.
Pertubuhan antarabangsa dan PBB menyeru pendudukan Israel untuk mewujudkan tempoh ketenangan kemanusiaan untuk melaksanakan kempen vaksinasi polio di seluruh Semenanjung Gaza, tetapi yang terakhir tidak mematuhi gencatan senjata ini dan terus mengebom dan mengepungnya, terutamanya di wilayah utara.
Dengan sokongan mutlak AS, tentera pendudukan Israel telah melancarkan sejak 7 Oktober 2023, perang pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan lebih daripada 140,000 syahid Palestin dan cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih daripada 10,000 hilang, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kebuluran yang membunuh berpuluh-puluh kanak-kanak, dalam salah satu bencana kemanusiaan terburuk di dunia.
Tanpa menghiraukan masyarakat antarabangsa, Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikannya serta-merta dan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai dan untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan yang dahsyat di Gaza.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Jumaat , 25-10-2024 – Gerakan Hamas berkata dakwaan Israel tentang penggunaan Sekolah Abu Hussein untuk tujuan penentangan hanyalah pembohongan sistematik yang bertujuan untuk membenarkan jenayah genosid terhadap penduduk yang dipindahkan.
Tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang kejam pada petang Khamis, di mana 24 rakyat terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak, selepas mengebom Sekolah Abu Hussein di kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, yang menempatkan ratusan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Hamas menganggap pembunuhan beramai-ramai Sekolah Abu Hussein sebagai “jenayah pembunuhan beramai-ramai di mana rejim itu perlu memikul tanggungjawab dan akibat sepenuhnya.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Selasa, 15-10-2024 – Rejim Zionis (IOF) menyerahkan notis perobohan pada Selasa lalu untuk merobohkan empat bangunan timah di bandar Edhna, barat Al-Khalil.
Sumber tempatan berkata bahawa IOF menyerbu kawasan Wadi Risheh dan menyampaikan notis untuk merobohkan empat struktur yang digunakan untuk mengitar semula barang buangan milik keluarga Abu Juhaisheh.
IOF baru-baru ini telah merobohkan lebih daripada sepuluh bangunan di bandar itu sebagai sebahagian daripada dasar hukuman Israel terhadap rakyat Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Selasa, 15-10-2024 – Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa rejim Israel telah menyerang 65% daripada institusi kesihatan di Gaza, dan secara sengaja menghalang ribuan pesakit daripada menerima rawatan perubatan selama setahun penuh akibat genosida Israel.
Laporan ini dikeluarkan sempena memperingati 7 Oktober, iaitu tarikh bermulanya perang pemusnahan oleh Israel terhadap Gaza.
Kenyataan itu menegaskan, “Hampir 65% institusi kesihatan, termasuk hospital kerajaan, swasta, dan kemudahan UNRWA, telah diserang. Baki yang masih beroperasi pula terpaksa berfungsi dalam keadaan sesak dengan kadar penggunaan 300%, terutamanya di unit rawatan rapi dan wad bayi.”
Selain itu, rejim Israel juga memusnahkan infrastruktur, rangkaian kumbahan, dan menghalang kemasukan bahan pencuci serta bahan steril, menyebabkan wabak dan penyakit seperti hepatitis, polio, dan penyakit kulit merebak di kalangan penduduk.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Rabu, 09-10-2024 – Pasukan Tentera Ansar Allah pada petang Khamis menunjukkan video yang dikatakan mendokumentasikan sasaran sebuah kapal minyak British di Laut Merah di barat Yaman.
Media ketenteraan kumpulan itu menyiarkan video di platform X yang menunjukkan apa yang dikatakannya sebagai “operasi yang menyasarkan kapal minyak British yang dikenali dengan Cordelia Moon.”
Kumpulan itu menegaskan bahawa serangan itu dilakukan oleh bot dron sebagai sebahagian daripada apa yang dipanggilnya “operasi ketenteraannya terhadap kapal Amerika dan British, dan sebagai kesinambungan sekatan tentera lautnya ke atas musuh Israel.”
Selasa lalu, kumpulan itu mengumumkan tiga serangan di Laut Merah, Laut Arab dan Lautan Hindi, yang menyasarkan dua kapal, salah satunya ialah “Cordelia Moon”, yang cedera parah. Tiada komen rasmi daripada Britain mengenai pengumuman itu.
Awal hari ini, ketua kumpulan itu, Abdul Malik al-Houthi, berkata dalam ucapan yang disiarkan di televisyen bahawa pasukan kumpulan itu yang menyokong Gaza telah menyasarkan 188 kapal di Laut Merah, Laut Arab dan Lautan Hindi sejak November 2023.
Dalam menghadapi perang pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, kumpulan Houthi sejak November menyasarkan kapal kargo Israel atau berkaitan di Laut Merah dengan peluru berpandu dan dron.
Sebagai tindak balas kepada serangan ini, Washington dan London bermula sejak awal tahun ini, melancarkan serangan udara dan serangan peluru berpandu ke atas kawasan kumpulan Ansar Allah di Yaman, yang bertindak balas oleh kumpulan itu dengan mengumumkan bahawa mereka kini menganggap semua kapal Amerika dan British antara sasaran ketenteraannya, dan memperluaskan serangannya kepada kapal yang melalui Laut Arab dan Lautan Hindi atau di mana-mana sahaja senjatanya boleh sampai.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Rabu, 09-10-2024 – Gerakan Hamas berkata bahawa pengeboman kejam sebuah kafe di kem Tulkarem oleh Israel yang menyebabkan berpuluh-puluh syahid dan mencederakan wanita dan kanak-kanak, adalah peningkatan pencerobohan berbahaya berterusan Israel di Tebing Barat.
Serangan itu adalah bukti kekejaman Israel berikutw kegagalannya melemahkan keazaman dan penentangan rakyat kita,” kata Gerakan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Khamis.
“Ketika kita meratapi para syuhada Tulkarem yang terkorban disebabkan pengeboman khianat itu, kita mengesahkan bahawa penentangan di Tulkarem dan pentadbiran gabenor Tebing Barat akan tetap teguh walaupun berlaku kekejaman.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina