Categories
Berita Semasa

Lapan Negara Eropah Tolak Rancangan Penjajahan Gaza oleh Israel

Khamis, 14/08/2025 – Lapan negara Eropah — Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta, Norway, Portugal, Slovenia dan Sepanyol — mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk rancangan kerajaan Israel untuk memperhebat serangan ke atas Gaza dan menduduki Bandar Gaza. Mereka memberi amaran bahawa langkah itu akan memburukkan krisis kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengubah demografi wilayah Palestin yang diduduki.

Negara-negara ini menegaskan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada Negara Palestin, bersama Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, serta amaran bahawa pendudukan Bandar Gaza akan menjadi halangan besar kepada penyelesaian dua negara. Pesuruhjaya Kesamarataan dan Pengurusan Krisis EU, Hadja Lahbib, turut menuntut gencatan senjata segera, pembebasan semua tebusan, dan penghantaran bantuan kemanusiaan berskala besar.

Sebelum ini, sembilan negara Barat termasuk Jerman, UK, Itali, Australia, New Zealand, Austria, Perancis, Kanada, dan Norway juga mengecam peluasan perang di Gaza. Mereka memberi amaran terhadap pengusiran paksa dan perampasan tanah yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel dengan sokongan Amerika Syarikat telah melancarkan perang genosid di Gaza, mengorbankan lebih 61,000 rakyat Palestin, mencederakan lebih 153,000 orang, dan memaksa hampir seluruh penduduk menjadi pelarian, di tengah kemusnahan yang disifatkan PBB sebagai terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

WHO: Kematian berkaitan kebuluran  meningkat di Gaza.

Isnin, 11/08/2025 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran tentang krisis kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza, mengesahkan bahawa kematian akibat kelaparan dan kekurangan zat makanan semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan di tengah-tengah sekatan Israel yang berterusan dan kesukaran untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO, berkata dalam sidang akhbar, “Masalah pemakanan berleluasa di Gaza, dan kematian berkaitan kelaparan semakin meningkat; ini amat membimbangkan masyarakat antarabangsa.”

Organisasi itu mendedahkan bahawa pada bulan Julai sahaja, kira-kira 12,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun telah didiagnosis dengan kekurangan zat makanan akut, meletakkan mereka berisiko tinggi kematian atau kerosakan kesihatan jangka panjang.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Indonesia Buka Pusat Rawatan Rawat Rakyat Gaza

Isnin, 11/08/2025 – Presiden Indonesia mengumumkan Khamis bahawa ia sedang menyediakan kemudahan perubatan di Pulau Galang yang tidak berpenghuni untuk menerima dan merawat kira-kira 2,000 rakyat Palestin yang cedera dari Semenanjung Gaza. Kemudahan itu akan berfungsi sebagai pusat sementara untuk rawatan perubatan, selepas itu pesakit dijangka pulang ke Gaza sebaik sahaja mereka pulih.

Jurucakap Presiden Hassan Nasbi memberitahu pemberita, “Indonesia akan memberikan bantuan perubatan kepada kira-kira 2,000 penduduk Gaza, mangsa perang, termasuk yang cedera dan mereka yang ditarik dari runtuhan,” sambil menekankan bahawa “inisiatif ini bukan operasi pemindahan.”

Nasbi menjelaskan, kemudahan di Pulau Galang, yang terletak di selatan Singapura dan di luar pantai Sumatera, kini tidak berpenghuni dan justeru sesuai untuk kegunaan sementara bagi menempatkan mangsa yang cedera dan ahli keluarga yang mengiringi mereka.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Lazzarini: Kebuluran Pembunuh No. 1 Gaza

Jumaat, 08/08/2025 – Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), berkata pada hari Selasa bahawa kebuluran kini telah menjadi pembunuh terbaharu di Semenanjung Gaza, menggesa penyampaian bantuan yang selamat dan tidak terhalang kepada penduduk.

Dalam catatan di platform “X,” Lazzarini menulis, “Selepas lima bulan percubaan berterusan untuk menggantikan tindak balas PBB yang diselaraskan dengan empat titik pengedaran tentera Zionis, kebuluran telah menjadi pembunuh terbaru di Gaza.”

Beliau menegaskan bahawa “pusat pengedaran komuniti, disokong oleh rakan kongsi, telah menyediakan makanan dan bantuan kepada hampir dua juta orang sebelum kebuluran merebak ke seluruh Semenanjung.”

Ketua UNRWA menegaskan, “Sudah tiba masanya untuk menyampaikan bantuan dengan selamat, tanpa halangan, dan dengan bermaruah,” menekankan keperluan mendesak untuk membenarkan PBB dan rakan-rakannya menjalankan kerja mereka.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Beberapa Rakyat Palestin Cedera di Barat Salfit

Jumaat, 08/08/2025 – Beberapa penduduk Palestin cedera pada petang Selasa lalu dalam satu serangan oleh peneroka di kawasan barat Deir Ballut, barat Salfit di utara Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa serangan itu berlaku berhampiran tembok apartheid yang didirikan di tanah Palestin di barat Deir Ballut.

Menurut sumber, peneroka menyerang penduduk dan menyembur semburan lada yang terbakar sehingga menyebabkan muka dan mata melecur. Mereka yang cedera dirawat di lokasi.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 wartawan jurufoto dan koresponden perang menuntut akses masuk segera ke Gaza

Jumaat, 08/08/2025 – Lebih 100 orang wartawan, jurufoto, dan koresponden perang peringkat antarabangsa telah menandatangani satu petisyen yang menuntut akses segera dan tanpa sekatan ke Semenanjung Gaza untuk membuat liputan perang yang sedang berlangsung.

Petisyen itu  dilancarkan di bawah inisiatif “Hak untuk Melindungi” oleh jurugambar perang yang memenangi anugerah, Andre Liohn, menggesa kedua-dua Israel dan Hamas untuk memberikan akses penuh dan bebas kepada media untuk melaporkan dari lapangan.

Penandatangan petisyen termasuk tokoh-tokoh terkemuka dari saluran global terkemuka seperti Alex Crawford dari Sky News, wartawan Mehdi Hassan, Clarissa Ward dari CNN, dan jurugambar perang terkenal Don McCullin. Mereka menekankan bahawa larangan semasa terhadap wartawan asing sejak perang bermula pada tahun 2023 merupakan pelanggaran yang jelas terhadap hak orang ramai untuk mengetahui.

“Ini bukan hanya tentang Gaza,” petisyen itu memaklumkan. Ini adalah mengenai perlindungan kebebasan akhbar di seluruh dunia. Hak kebenaran tidak boleh dijadikan sebagai domain eksklusif bagi mereka yang menggunakan senjata dan mengawal naratif.”

Inisiatif “Hak untuk Melindungi” berjanji untuk menyokong kemasukan wartawan ke Gaza “melalui sebarang cara yang sah,” sama ada secara bebas atau dengan kerjasama organisasi kemanusiaan atau masyarakat sivil. Petisyen itu menegaskan bahawa kehadiran media bukan sahaja perlu untuk mendokumentasikan kekejaman, tetapi juga penting untuk mengelakkan manipulasi suasana realiti di lapangan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam konflik.

Hamas mengalukan inisiatif itu dan mengutuk dasar berterusan Israel yang menghalang wartawan antarabangsa daripada memasuki Gaza sebagai usaha yang disengajakan untuk menutup kebenaran dan menyembunyikan jenayah perangnya.

Ezzat al-Resheq, seorang anggota biro politik Hamas, menyifatkan larangan itu sebagai “jenayah tambahan di dalam senarai panjang jenayah kuasa pendudukan Israel  terhadap profesion media di Gaza, Tebing Barat, dan Baitulmaqdis yang diduduki.”

Al-Resheq menyatakan bahawa sejak permulaan perang, 233 wartawan dan pekerja media Palestin telah syahid, dia menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan hukuman jenayah bagi tindakan tersebut dan memastikan wartawan dibenarkan untuk menyaksikan dan melaporkan realiti sebenar jenayah pembunuhan beramai-ramai, kebuluran, dan kemusnahan yang dilakukan ke atas rakyat Gaza.

Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah melancarkan perang genosid di Gaza dalam bentuk tindakan pembunuhan secara beramai-ramai, pemindahan paksa, kebuluran sistematik, dan kemusnahan infrastruktur awam.

Walaupun menerima  kecaman dari pihak antarabangsa dan juga terikat dengan keputusan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa, perang itu masih berterusan dengan sokongan penuh daripada US. Sehingga kini, lebih 210,000 rakyat Palestin telah syahid atau cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 9,000 rakyat masih hilang di dalam suasana krisis kebuluran yang menjejaskan ratusan ribu rakyat Gaza.

Penterjemah : Hj Fariz

Categories
Berita Semasa

UNICEF: 28 kanak-kanak terbunuh di Gaza setiap hari akibat pengeboman dan kebuluran

Jumaat, 08/08/2025 – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata bahawa kira-kira 28 kanak-kanak terbunuh setiap hari di Semenanjung Gaza akibat pengeboman dan kebuluran Israel yang telah berterusan selama lebih 660 hari.

Organisasi itu menjelaskan dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa kanak-kanak di Gaza menghadapi kematian akibat pengeboman, kekurangan zat makanan, kelaparan, dan kekurangan bantuan dan perkhidmatan penting. Dia menambah, “Di Gaza, purata 28 kanak-kanak terbunuh setiap hari, saiz satu bilik darjah.”

Pertubuhan PBB menekankan bahawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza memerlukan makanan, air, ubat-ubatan, dan perlindungan. Paling penting, mereka memerlukan gencatan senjata, sekarang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa lebih 1,500 orang telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak Mei lalu ketika cuba mendapatkan makanan, di tempat pengagihan bantuan yang dimiliterisasi oleh Israel, dan di sepanjang laluan bantuan PBB.

Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan pada hari Isnin bahawa angka kematian dalam kalangan pencari bantuan kelaparan yang terbunuh akibat kebakaran Israel di Semenanjung telah mencecah 1,516, dengan 10,067 cedera sejak 27 Mei. Lebih daripada 180 orang, termasuk 93 kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan akibat sekatan dan perang kebuluran yang dilancarkan oleh penduduk Semenanjung Gaza yang dilancarkan oleh Israel.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan Gaza : Tiada Rawatan Untuk Sindrom Guillain-Barré, Amaran Risiko Kematian Besar-besaran

Jumaat, 08/08/2025 – Dr. Munir Al-Bursh, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, berkata bahawa air yang tercemar merupakan punca utama Sindrom Guillain-Barré (GBS), sambil menegaskan bahawa rawatan untuk penyakit ini tidak tersedia di wilayah itu.

Bercakap kepada Al Jazeera, Al-Bursh menjelaskan bahawa penyakit ini bermula dengan kehilangan keupayaan pergerakan otot secara tiba-tiba, lazimnya bermula dari bahagian kaki dan merebak ke atas, dengan kanak-kanak menjadi golongan yang paling terjejas.

Menurut angka rasmi, seramai 95 orang termasuk 45 kanak-kanak telah dijangkiti ini di Gaza. Pesakit mengalami kehilangan tindak balas refleks dan kesukaran bernafas yang teruk, menyebabkan mereka berada dalam keadaan kritikal yang boleh membawa maut.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Israel sengaja mencetuskan kebuluran di Gaza, menghalang 22,000 trak bantuan

Jumaat, 08/08/2025 – Pegawai kanan Hamas Osama Hamdan berkata pada Isnin yang jumlah warga Palestin yang dibunuh oleh serangan Gaza terhadap mereka yang mencari bantuan di Gaza telah mencapai 1,487 orang syuhada, 10,000 lagi cedera, akibat polisi kejam Israel.

Dalam kenyataan akhbar, Hamdan berkata, 96% daripada keluarga di Gaza sedang menderita akibat kekurangan makanan, menandakan betapa serius krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.

Beliau menambah, yang situasi menjadi semakin teruk dengan kekurangan susu bayi dan bekalan perubatan penting yang diperlukan untuk mengatasi kelaparan dan malnutrisi.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serang Masjidil Aqsa Tidak Padam Identiti Islam

Jumaat, 08/08/2025 – Pergerakan Hamas telah mengutuk serbuan besar-besaran di Masjidil Aqsa pada hari Ahad oleh peneroka haram Zionis, diketuai oleh menteri pelampau Zionis Itamar Ben-Gvir dan anggota Knesset Amit Halevi, mengisytiharkan bahawa pencerobohan sedemikian tidak akan berjaya mengubah watak Islam Masjid itu.

Dalam satu kenyataan akhbar, Hamas menyifatkan serbuan itu sebagai “jenayah” dan sebahagian daripada pencerobohan Zionis yang lebih luas ke atas rakyat Palestin, tanah mereka, dan tapak suci mereka.

Pergerakan itu berkata, peneroka haram memasuki halaman Masjid di bawah kawalan ketat oleh pasukan polis pendudukan Zionis, mengibarkan bendera dan sepanduk Zionis yang menggambarkan apa yang dipanggil “Kuil Ketiga,” selepas secara paksa menghalau jemaah Masjid dan mengetatkan kawalan tentera di Kota Lama.

“Pencerobohan berulang kali ini, terutamanya semasa perayaan Yahudi, tidak akan mengenakan status quo baharu ke atas Aqsa atau memadamkan identiti Arab dan Islamnya,” kata kenyataan itu.

Hamas menganggap kerajaan Zionis bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan beramai-ramai di Gaza, keganasan di Tebing Barat, dan pencabulan sistematik di Baitulmaqdis, memberi amaran bahawa dasar sedemikian mengancam kestabilan serantau dan global.

Pergerakan itu menyeru masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan terhadap jenayah Zionis yang sedang berlaku. Ia juga menggesa negara-negara Arab dan Islam untuk bertindak segera untuk menghentikan pelanggaran di Aqsa dan semua tempat suci Islam dan Kristian di Palestin yang diduduki.

Hamas menyimpulkan dengan menyeru rakyat Palestin, puak penentang, dan pemuda untuk terus menghadapi rancangan Zionis, dengan menegaskan bahawa perjuangan akan berterusan sehingga pembebasan tanah dan penubuhan negara Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Peluncuran Peluru Mortar: Briged Qassam Membedil Tentera Israel Di Timur Gaza

Jumaat, 08/08/2025 – Briged Izz ad-Din al-Qassam yang merupakan sayap tentera Gerakan Pertahanan Islam (Hamas), mengumumkan pada petang Ahad bahawa ia telah membedil perhimpunan askar penjajah Israel di timur Kota Gaza. Dalam catatan di Telegram tersebut, Briged Qassam berkata ia telah membedil perhimpunan askar dan kenderaan Israel berhampiran Sekolah al-Hashemia, timur kejiranan al-Tuffah di timur Kota Gaza, dengan beberapa peluru mortar.

Sebagai info, sejak pencerobohan Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023, kumpulan pejuang, yang diketuai oleh Briged Al-Qassam, terus menghadapi penjajah menggunakan segala cara yang mungkin, sehingga mengakibatkan korban.

Manakala tentera penjajah Israel telah terus-menerus melakukan pencerobohannya di Semenanjung Gaza, dengan sokongan penuh Amerika semenjak itu. Ini telah menyebabkan kira-kira 208,000 rakyat Palestin mati atau cedera di mana kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wanita manakala lebih 9,000 yang lain dilaporkan hilang. Beratus-ratus ribu orang pula telah kehilangan tempat tinggal dengan situasi yang semakin memburuk apabila kebuluran telah menjadi satu ancaman yang meragut banyak nyawa mangsa peperangan.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Meninggal Dunia di Penjara Israel

Selasa, 05/08/2025 – Pihak Berkuasa Hal Ehwal Sivil Palestin telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan mengenai kematian tahanan pentadbiran, Ahmed Saeed Saleh Tazzazaa, 20 tahun, yang meninggal dunia di Penjara Megiddo, tempat beliau ditahan sejak 6 Mei 2025. Tiada maklumat terperinci didedahkan setakat ini mengenai punca sebenar kematiannya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, suruhanjaya itu menyatakan bahawa Penjara Megiddo merupakan antara penjara paling terkenal dengan pelanggaran hak asasi yang teruk, termasuk penyebaran penyakit kudis (scabies) secara meluas — sesuatu yang didakwa telah dijadikan alat pembunuhan perlahan oleh pihak pentadbiran penjara.

Dengan kematian Tazzazaa, jumlah tahanan dan banduan Palestin yang telah syahid sejak bermulanya genosid meningkat kepada 76 orang, kesemuanya dikenal pasti walaupun berdepan dengan jenayah berterusan penghilangan paksa. Menurut rekod rasmi, jumlah keseluruhan tahanan Palestin yang meninggal dunia dalam tahanan sejak 1967 kini mencecah 313 orang.

Kenyataan itu menekankan bahawa peningkatan luar biasa dalam kadar kematian tahanan membuktikan bahawa sistem penjara Israel sedang melaksanakan dasar hukuman mati secara perlahan terhadap rakyat Palestin yang ditahan.

“Tiada satu bulan pun berlalu tanpa penambahan nama baru dalam senarai syuhada dari kalangan gerakan tahanan. Dengan jenayah yang berterusan di dalam penjara, jumlah korban dijangka terus meningkat kerana ribuan masih ditahan dalam keadaan yang sangat tidak berperikemanusiaan dan diseksa setiap hari,” menurut kenyataan tersebut.

Antara bentuk penderaan yang dinyatakan termasuk seksaan fizikal dan mental, kebuluran, serangan berterusan, pengabaian perubatan, penderaan seksual, serta penempatan dalam keadaan yang menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit dan berbahaya, seperti scabies, disamping dasar penyeksaan yang bersifat sistematik dan terancang.

Suruhanjaya dan Kesatuan Tahanan Palestin menyifatkan kematian Tazzazaa sebagai satu lagi bukti kepada “sistem kebiadaban” Israel yang menggunakan penjara sebagai alat dalam kempen genosid berterusan terhadap rakyat Palestin.

“Ketika dunia sibuk menuntut pembebasan tawanan Israel, mereka menutup mata terhadap pembunuhan sistematik dan penyeksaan kejam yang berlaku terhadap tahanan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi.

Suruhanjaya tersebut menegaskan bahawa rejim Israel harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kematian Tazzazaa, dan sekali lagi menggesa badan-badan hak asasi antarabangsa agar mengambil tindakan tegas untuk menghentikan kekebalan luar biasa yang dinikmati Israel.

Pihaknya juga menuntut agar sekatan yang jelas dikenakan terhadap Israel, demi mengembalikan peranan asal sistem hak asasi antarabangsa, serta menamatkan keadaan lumpuh semasa dalam menghadapi siri jenayah perang dan pelanggaran undang-undang kemanusiaan yang sedang berlangsung.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Dua pemuda meninggal dunia kerana malnutrisi kerana tindakan sekatan oleh rejim Zionis Israel di Gaza.

Isnin, 04/08/2025 – Dua pemuda dari Gaza meninggal dunia pada hari Khamis akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran yang telah mencengkam Semenanjung Gaza yang terkepung.

Sumber laporan dari ahli  keluarga mengesahkan kematian Karim Khaled Al-Jammal, 27, dari Gaza, yang mengalami masalah kesihatan yang memerlukan diet khas yang tiada bekalan selama berbulan-bulan. Keadaannya semakin merosot sehingga kematiannya. Awal hari ini, seorang lagi pemuda, Adel Fawzi Madi, turut disahkan meninggal dunia di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis.

Menurut sumber perubatan, Al-Jammal mengalamai lumpuh akibat kelemahan otot  dan memerlukan makanan khas, tetapi sekatan bantuan itu menghalangnya daripada itu, menyebabkan kemerosotan kesihatan,  Madi meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan yang disebabkan oleh pengepungan Israel yang berterusan.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Kementerian Dalam Negeri Gaza: Zionis Tingkat Kacau dan Curi Bantuan Parahkan Kebuluran

Isnin, 04/08/2025 – Kementerian Dalam Negeri di Gaza telah menuduh tentera Zionis sengaja menyebarkan huru-hara di seluruh Semenanjung dengan menyasarkan konvoi bantuan kemanusiaan dan menyokong rangkaian terancang perompak, dalam usaha yang dikira untuk menghalang bantuan daripada mencecah lebih dua juta orang awam yang kelaparan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Khamis, kementerian itu berkata tentera Zionis (IOF) secara sistematik menyerang kakitangan yang ditugaskan untuk menjaga trak bantuan, termasuk yang diawasi oleh agensi antarabangsa, untuk mengganggu penghantaran tersusun dan mengekalkan kekacauan.

“Pendudukan tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang keteraturan dalam masyarakat Gaza,” kenyataan itu berbunyi, memberi amaran bahawa tindakan sedemikian adalah sebahagian daripada kempen yang lebih luas untuk menjadikan kelaparan suatu senjata.

Usaha oleh keluarga dan puak tempatan untuk melindungi konvoi bantuan juga dilaporkan digagalkan, kerana IOF menyasarkan dan membunuh berpuluh-puluh sukarelawan muda. Kementerian berkata ini usaha untuk mengagalkan  inisiatif akar umbi dan menyekat penyelesaian yang diterajui komuniti.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas Mengalu-alukan Penglibatan Antarabangsa yang Menyokong Hak Palestin

Isnin, 04/08/2025 – Gerakan Hamas menyatakan penghargaannya atas kedudukan positif yang diumumkan semasa persidangan antarabangsa peringkat tinggi yang diadakan di New York mengenai perjuangan Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Khamis lalu, Gerakan itu berkata ia amat menghargai setiap langkah yang boleh mencapai kemajuan positif dalam perjuangan rakyat Palestin merentasi pelbagai peringkat.

Hamas mengalu-alukan usaha dan kedudukan antarabangsa yang bertujuan untuk memulihkan hak rakyat Palestin ke atas tanah air mereka, dan menubuhkan negara merdeka mereka tanpa syarat, menganggap ini hak yang wujud secara semula jadi.

Penterjemah : Dr Nurul