
Isnin, 14/09/2009 – Ghufran Zamel telah diletakkan dalam soal siasat berterusan yang kejam selama 12 hari di penjara pihak rejim Zionis , menurut Pertubuhan Tadamun Antarangsa (perpaduan) untuk hak asasi manusia pada Ahad lalu.

Isnin, 14/09/2009 – Ghufran Zamel telah diletakkan dalam soal siasat berterusan yang kejam selama 12 hari di penjara pihak rejim Zionis , menurut Pertubuhan Tadamun Antarangsa (perpaduan) untuk hak asasi manusia pada Ahad lalu.

Isnin, 14/09/2009 –Zionis-Israel telah memindahkan Syaikh Jamal Abu Haija ke kawasan isolasi di penjara Raimon serta segala kunjungan adalah dilarang. Hukuman terbaru ini merupakan hukuman yang berat dan penjara Raimon merupakan tempat yang paling buruk untuk tahanan. Tidak ada sebarang alasan pemindahan di lakukan.

Jumaat, 11/09/2009 –Kerajaan haram Israel merasmikan pembinaan 455 buah rumah haram untuk penduduk haram Israel di kejiranan Mafseret Adumim berhampiran Maaleh Adumim di Timur Jerusalem.

Jumaat, 11/09/2009 – Menteri Luar Mesir, Ahmad Abu Al-Gheit membuat satu kenyataan pada Selasa, bahawa terdapat kemungkinan berlaku hubungan baik Israel dan Negara Arab tetapi bergantung juga kepada rundingan keamanan Palestin-Israel, dan pemberhentian terus segala aktiviti penempatan baru Yahudi di Wilayah Palestin. Sewaktu dalam satu sidang media bersama rakan sejawatannya di Sepanyol, Miguel Angel Martinos, Al-Gheit memberitahu bahawa hubungan baik ini bakal membantu lagi dalam menjernihkan hubungan kedua-dua belah negara yang bertelagah, Palestin-Israel.

Jumaat, 11/09/2009 – Ratusan rakyat Palestin terdiri daripada kaum keluarga para syuhada’ dan orang-orang hilang dalam tahanan regim Zionis telah mengadakan demonstrasi pada hari Selasa di bandar Nablus. Mereka menuntut dikembalikan mayat anak-anak mereka dan orang-orang yang yang hilang dalam tahanan regim Zionis sejak puluhan tahun lalu.

Jumaat, 11/09/2009 – Pihak berkuasa Israel Selasa lalu telah merobohkan semua khemah di kampung tidak dikenali, Tawil Abu Jarwal untuk kali ke-31 sambil meninggalkan para penduduk di bawah panas matahari.

Jumaat, 11/09/2009 – HAMAS menyatakan masih belum ada koordinasi dari Fatah dalam rangka lawatan mereka ke Gaza. Dalam satu kenyataan, wakil HAMAS Fauzi Barhum menegaskan beberapa syarat dan peraturan haruslah dipenuhi oleh Fatah. Ini kerana kunjungan tersebut dimaklumkan adalah untuk membincangkan permasalahan yang masih tertunggak.

Rabu, 09/09/2009 – Beberapa pembangkang Israel dari kumpulan ‘Peace Now’ adalah satu-satunya pembangkang yang hadir untuk bersama-sama dengan ratusan peneroka-peneroka Israel, menteri-menteri kerajaan dan ahli-ahli Knesset(Parlimen) yang menjalankan upacara pecah tanah Isnin lalu, di bawah perlindungan dan sokongan penuh polis Israel, mereka merancang penempatan baru yang dipanggil Mevaseret Adumim.

Rabu, 09/09/2009 – Seorang pimpinan HAMAS dan ahli parlimen dalam Majlis Perundangan Palestin, Mushir al-Misri menegaskan bahawa cadangan Mesir adalah pandangan seimbang yang boleh menjadi titik tolak kepada perdamaian dan penamatan sebarang konflik Palestin.

Rabu, 09/09/2009 – Hatem Abdul Qader, merupakan petugas untuk Isu-isu Baitulmaqdis dalam Wilayah Palestin, dipetik sebagai berkata semasa beliau di Ramallah pada Isnin, Amerika Syarikat ( AS ) terus lemah dan tidak mampu menghentikan aktiviti penempatan haram Yahudi di situ.Abdul Qader menambah, negara-negara Arab mesti membawa isu penempatan ini ke Kaunsel Keselamatan atas sebab keengganan Israel menghentikannya.

Rabu, 09/09/2009 – Para peneroka Israel Isnin lalu telah mencabut 50 pokok zaitun berhampiran pusat bandar Ramallah, Tebing Barat, menurut sumber Palestin.

Rabu, 09/09/2009 – Pegawai penjara Israel Negev enggan benarkan rawatan kepada tahanan Palestin yang menghidap penyakit gangren selama lima bulan demikian didedahkan saudara tahanan tersebut.

Selasa, 08/09/2009 – Menurut sumber di kem pelarian Al Jalazoun, timur bandar raya Tebing Barat melaporkan bahawa pada petang Sabtu lalu,dua adik-beradik dari keluarga Ayyash telah ditembak dan dibunuh dalam satu konflik antara mereka dan keluarga Al Masry.

Selasa, 08/09/2009 – Seorang pimpinan HAMAS, Dr Solah al-Bardawil (gambar) berkata pusingan dialog akan datang akan menyaksikan pandangan dan cadangan Mesir yang akan dibentangkan kepada semua fraksi Palestin sebagai percubaan bagi mendekatkan pandangan mereka dan menamatkan perpecahan yang berlaku.

Selasa, 08/09/2009 – Gerakan yang diberi nama, “The Peace Now”, pada hari Ahad mengumumkan bahawa Kerajaan Zionis-Israel telah memulakan pembinaan penempatan baru kaum Yahudi di Lembah Jordan. Gerakan yang tertua di Israel dan mendapat sokongan Parlimen itu menyatakan, Kerajaan Israel telah menyiapkan pembinaan sebuah yayasan bagi menampung penempatan ini di mana merangkumi 100 buah rumah baru.