
Khamis, 17/01/08 –Pemimpin senior politik Hamas dan juga ahli biro politik pergerakan itu, Sami Khater pada Rabu lalu berkata keganasan rejim Zionis di Semenanjung Gaza adalah “terjemahan praktikal” yang difahami antara Israel dan AS.
Khamis, 17/01/08 –Rejim Zionis mengakui berlaku kerosakan yang besar
di daerah Sedrot setelah di bom secara besar-besaran oleh pihak pejuang Al-Qassam, sayap Hamas.

Rabu, 16/01/08 –Gerakan Hamas mengecam keras serangan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin yang menyebabkan 17 rakyat Palestin dan puluhan lainnya cedera di kampung Zaitun, timur Semenanjung Gaza pagi Selasa (15/1).

Rabu, 16/01/08 –
Ismail Haneyya, pemimpin kerajaan sementara Palestin pada Selasa lalu mengutuk pembunuhan beramai-ramai rejim Zionis di Gaza bermula pada waktu subuh dan mendakwa 17 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan 50 yang lain.

Selasa, 15/01/08 –
Keluarga tahanan Saleh Dar Mousa telah menghubungi Pertubuhan Nafha, yang mempertahankan Hak Tahanan Palestin dan Hak Asasi Manusia serta merayu untuk menyelamatkan nyawa Saleh yang kini mengalami kemerosotan kesihatan di penjara Israel.

Selasa, 15/01/08 –Sumber media Hamas melaporkan Isnin lepas Pasukan Keselamatan Palestin menahan 8 ahli pergerakan pada hari Ahad di beberapa bandar Tebing Barat.

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK
Prof Emma Murphy di School of Government and International Relations, University of Durham merupakan seorang yang prihatin kepada isu Palestin. Pengalaman beliau melakukan kajian di Tebing Barat telah memberikan beliau pengalaman “first hand†di “medanâ€. Kesengsaraan rakyat Palestin di bumi sendiri yang dijajah menjadikan beliau insaf. Tidak hairanlah, di dalam ucapan-ucapan beliau sebagai pensyarah subjek konflik Palestin-Israel, beliau bersikap bias. Bukan bias kepada Palestin, tetapi bias kepada keadilan, kemanusiaan dan naluri keibuan.

Selasa, 15/01/08 –3 rakyat Palestin telah terbunuh awal Isnin lepas (14/1/08) setelah jet pejuang rejim Zionis telah menyerang kereta berhampiran rumah pemimpin Hamas yang merupakan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyya bertempat di bandar Gaza. Serangan berlaku sebaik sahaja pemimpin Palestin dan Israel di atur bagi rundingan keamanan di Jerusalem.

Isnin, 14/01/08 –Pemimpin kerajaan Hamas yang dilantik secara demokrasi di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyya, memberi amaran kepada penduduk Palestin agar todak mempercayai ucapan Presiden AS George W Bush semalam yang dipangil ‘penghujung kepada pencerobohan’. Haniyya menyatakan lawatan Bush di rantau itu adalah berbahaya terhadap mana-mana proses damai antara Palestin dan Israel, sera menutup peluang rakyat Palestin untuk mendapatkan hak bagi menentukan nasib mereka sendiri di peringkat antarabangsa.

Isnin, 7/1/08 – Kem El-Barij: Korban syahid akibat serangan Israel di Kem El-Barij Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir terus meningkat. Ahad, (6/1) seramai 6 warga Palestin, gugur akibat serangan senjata berat Israel.
Jumaat, 4/1/08 – Damsyik: Ahli jawatankuasa Persiapan Persidangan Nasional Palestin, Thilal Naji menyatakan bahawa pihak panitia telah menetapkan jadual Persidangan Nasional Palestin yang akan dijalankan di Damsyik, Syira pada 23 Januari depan.

Jumaat, 4/1/08 – KHAN YOUNIS, (PIC)– Lima rakyat Palestin telah terbunuh dalam kepungan Rejim Israel di daerah Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza termasuk empat sekeluarga bersama seorang pejuang penentang.

Isnin, 31/12/07 – Pergerakan Hamas pada hari Ahad menyeru pihak berkuasa Mesir untuk membenarkan 2,400 orang jemaah Palestin melintasi masuk Semenanjung Gaza melalui pangkalan Rafah, menegaskan jemaah haji dalam kem-kem sementara akan memburukkan penderitaan mereka.

Isnin, 31/12/07 – Gaza: Jurucakap Hamas di Parlimen Palestin, Dr. Shaleh Bardawil menegaskan akan tiba masanya Salam Fayadh dan menterinya Riyadh Maliki dihadapkan ke muka pengadilan.

Jumaat, 28/12/07 – Khan Yunis: Sekurang-kurangnya 6 pejuang Palestin gugur syahid dalam dua peristiwa berbeza. Tiga pejuang gugur dalam serangan udara pesawat perisik Rejim Zionis Israel dan 3 lainnya syahid ketika berlaku pertempuran dengan pasukan penjajah Zionis Israel yang memasuki daerah Abasan, Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza. Serangan ini berlaku ketika bermulanya pertemuan antara Presiden Palestin Mahmud Abbas dengan PM Israel, Ehud Olmert di Jerusalem (al Quds), Khamis (27/12).