
Sabtu, 23/06/07 –Menteri Kehakiman dan Penerangan di dalam kerajaan sementara Palestin, Riyadh Al Maliki berkata, kerajaannya akan meneruskan programnya di Palestin meskipun keadaan tersebut disifatkan sebagai luar biasa, berlaku di Ghaza. Sementara itu, Hamas menolak kerajaan itu yang disifatkannya sebagai tidak sah. Manakala Kesatuan Eropah pula menyambung semula bantuan kepada kerajaan Palestin.

Sabtu, 23/06/07 –Pertubuhan Hamas menolak ucapan Abbas. Wakilnya di Lubnan, Usamah Hamdan berkata, ucapan tersebut merupakan cubaan untuk menjadikannya selari dengan pendirian Amerika dan Israel, juga beberapa negara-negara lain di rantau itu.

Jumaat, 22/06/07 –Terdapat seorang Pesuruhjaya tinggi Amerika di Tebing Barat sekarang. Dia adalah Jacob Walles (Jake). Pada suatu masa dahulu kita diberikan Pesuruhjaya Tinggi British dan dia menyebabkan kita kehilangan 76% penduduk Palestin. Apa agaknya kehilangan kita kali ini pula yang disebabkan olehnya?

Khamis, 21/06/07 –Dua buah jentolak berat diiringi oleh anggota polis dan polis sempadan Israel pada Selasa lalu telah merobohkan sebuah rumah Palestin di Baitulmuqaddis atas alasan tiada permit.
Khamis, 21/06/07 –Jimmy Carter, bekas presiden Amerika meminta kepada pemerintah Amerika dan Israel serta Kesatuan Eropah agar menghentikan politik yang mendahulukan gerakan Fatah dari gerakan Hamas.

Khamis, 21/06/07 –Jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Redwan Rabu lalu menafikan khabar angin yang disebarkan baru-baru ini oleh Ketua Perunding PLO, Saeb Ereikat mengenai kemusnahan kemanusiaan yang teruk di Gaza.

Rabu, 20/06/07 –Ketua Parti Berhaluan Kiri di Parlimen Eropah, Francsis Wirz menegaskan Selasa (19/06) bahawa Israel adalah faktor utama kepada semua situasi krisis dan kekerasan di Timur Tengah.

Selasa, 19/06/07 –Seorang pemimpin politik Hamas di Gaza Isnin lalu mengatakan bahawa bekas orang kuat Gaza, Muhammed Dahlan sedang merancang untuk menghapuskan Hamas di Semenanjung Gaza dan melancarkan pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran.

Selasa, 19/06/07 –Gerakan pejuang Hamas meminta pihak luar termasuk negara-negara Arab agar tidak bekerjasama dengan pemerintahan tidak sah Salam Fayyad kerana melanggar
undang-undang negara.

Selasa, 19/06/07 –Insiden bunuh membunuh sesama rakyat Palestin di Ghaza mengunjur sehingga ke Tebing Barat dan jalan-jalan di Palestin. Ia menyaksikan pertempuran yang dahsyat berikutan gambar-gambar kegiatan membunuh dan merosak disiarkan di kawasan-kawasan berasingan di Ghaza.
Selasa, 19/06/07 –Knesset telah memilih pemimpin Parti Kadima, Shemon Prez sebagai Presiden Israel menggantikan Mosheh Kitsaf yang akan meletak jawatan pada pertengahan bulan depan.

Selasa, 19/06/07 –Pengerusi PLC pada hari Isnin lepas telah mengeluarkan satu kenyataan mengutuk pembakaran rumah speaker mereka, Dr. Aziz Dwaik yang telah ditahan di penjara Israel selama hampir setahun melalui tangan-tangan pihak keselamatan Palestin dan elemen AMB.

Isnin, 18/06/07 –Fawzi Barhoum, jurucakap pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Sabtu lalu menegaskan bahawa pegawai PA Mahmoud Abbas dan pegawai-pegawainya telah bercadang untuk melaksanakan konsep pengasingan antara West Bank daripada Semenanjung Gaza di mana tindakan tidak memihak kepada penduduk Palestin.

Isnin, 18/06/07 – Pihak berkuasa Palestin mengesahkan bahawa tindakan ketua pihak berkuasa Palestin Mahmoud Abbad menubuhkan kerajaan bagi melaksanakan pengumuman daruratnya di kawasan pemerintahan Pihak berkuasa Palestin sebagai pelanggaran undang-undang asas pihak berkuasa Palestin. Perdana Menteri Pihak berkuasa Palestin pada Ahad lepas melahirkan rasa terkejut terhadap kemahuan Abbas yang enggan membentangkan kerajaan baru ini di PLC.

Isnin, 18/06/07 –Presiden Palestin, Mahmud Abbas mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan perlembagaan untuk membentuk pemerintahan baru yang menentang kerajaan perpaduan nasional, Palestin yang telah dibentuk sebelumnya sesuai dengan
perlembagaan .