
Jumaat, 29/06/07 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin telah memberi jaminan perlindungan penuh kepada penduduk Kristian Palestin di Gaza dan menyatakan orang-orang Kristian Palestin adalah sebahagian struktur sosial penduduk Palestin yang tulen. Pengesahan Haneyya hadir semasa beliau menerima kunjungan Manuel Musallam, paderi Gereja Latin Semenanjung Gaza di pejabatnya dan menekankan kepentingan peranan penduduk Kristian Palestin dalam mempertahankan isu penduduk Palestin.

Jumaat, 29/06/07 –Perdana Menteri negara haram Israel sedang menghadapi tekanan hebat dari rakyatnya untuk meneruskan rundingan pembebasan Gilad Shalit yang masih dalam tahanan di Gaza selama setahun.

Khamis, 28/06/07 –Komandan Brigade al Aqsa, sayap militan gerakan Fatah, di Tebing Barat,
Zakaria Zubaidi mengumumkan pembubaran Brigade al Aqsa dan menyerahkan senjata
mereka ke pihak keselamatan presiden yang dipimpin Mahmud Abbas dan menghentikan
tindakannya melawan penjajah Zionis Israel.

Khamis, 28/06/07 –
Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Qardhawi menyampaikan seruan kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas (Abu Mazen) yang meminta presiden Palestin itu untuk mengadakan dialog dengan Hamas dalam rangka menyelesaikan krisis yang sedang melanda negeri para syuhada itu.

Rabu, 27/06/07 –Dr. Ghazi Hamad, jurucakap kepada kerajaan sementara Palestin, melahirkan rasa pesimis diatas hasil mesyuarat Sharm Al-Sheikh diantara Mahmoud Abbas, pemimpin Israel, Mesir dan Jordan.

Rabu, 27/06/07 –Dr. Khalil Abu Laila, pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza telah menyatakan bahawa tujuan utama sidang kemuncak kuartet di Sharm Al-Sheikh diadakan adalah untuk mengkaji cara-cara bagi menghapuskan Hamas dan memberikan sokongan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dengan pelbagai cara.

Selasa, 26/06/07 –Qassam Brigades, sayap bersenjata pergerakan Hamas , pada hari Isnin menyiarkan satu rakaman anggota tentera yang ditangkap Gilad Shalit ,
supaya meminta kerajaan Israel menerima tawaran HAMAS bagi membebaskan rakyat Palestin yang ditangkap sebagai balasan terhadapnya pembebasannya.

Selasa, 26/06/07 –Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh menegaskan pentingnya dialog antara dua gerakan, Hamas dan Fatah sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan perselisihan dan mendapat persetujuan bersama. Keduanya perlu berdialog dalam rangka memberikan
komitmen penuh kepada kesepakatan Mekah sebagai kewajipan kepada kedua-dua belah pihak tanpa prasyarat demi kepentingan bangsa Palestin dan isu Palestin secara adil.

Sabtu, 23/06/07 –Bekas perdana menteri Israel, Jeneral Ehud Barak hari ini memulakan tugasnya yang baru sebagai Menteri Pertahanan Israel dalam rombakan dari kabinet. Barak mengangkat sumpah malam semalam selepas menang dengan mendapat 46 undian di kalangan angota Knesset.

Sabtu, 23/06/07 –Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menuduh Hamas merancang untuk menguasai Semenanjung Ghaza. Beliau mengumumkan keengganannya untuk melakukan sebarang rundingan dengan pertubuhan itu yang menganggap keenganannya itu adalah untuk lari dari menghadapi kenyataan.

Sabtu, 23/06/07 –Presiden Amerika, George Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dalam mesyuarat mereka berdua.telah menegaskan sokongan mereka terhadap Presiden Palestin serta kerajaan barunya.

Sabtu, 23/06/07 –Kerajaan Palestin yang telah dibubarkan diketuai Ismail Haniyeh serta kehadiran menteri-menteri Hamas telah mengadakan mesyuarat mereka yang pertama di Ghaza selepas insiden di Ghaza berlaku baru-baru ini.
![]()
Sabtu, 23/06/07 –Sumber perisikan Israel berkata hari ini bahawa Israel bimbang terhadap penjualan pesawat gempur Rusia jenis MIG 31kepada Syria dalam satu perjanjian senjata cangggih.

Sabtu, 23/06/07 –Keputusan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memecat kerajaan perpaduan kebangsaan dan mengumumkan darurat serta menubuhkan kerajaan sementara menimbulkan reaksi berbeza dari institusi undang-undang.

Sabtu, 23/06/07 –Kesatuan Eropah telah mengumumkan dalam mesyuarat menteri-menteri luar di Luxemburg mengenai penyambungan semula bantuan kepada kepada kerajaan Palestin yang baru.