
oleh : Maszlee Malik
Jika ditanyakan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia, siapakah hero di dalam peperangan Zionis-Lubnan 2006, pastinya lebih 90% akan menjawab: “Syed Hassan Nasrullah dan Hizbullah”. Kemunculan pemimpin Hizbullah yang berwajah muda ini telah menjadi tumpuan dan penantian sepanjang sebulan terletusnya peperangan di bumi Lubnan. Kemunculan beliau dengan ucapan yang penuh tenang, pandangan yang kritis dan juga mesej yang tegas amat dinanti-nantikan. Beliau menjanjikan rakyat Lubnan dan Palestin dengan kejutan-kejutan. Sesiapa pun tidak boleh melupakan ketika beliau muncul di stesyen TV al-Manar dengan gambar Hizbullah melepaskan roket ke arah kapal perang milik tentera Zionis di perairan Lubnan. Serangan tersebut telah memusnahkan kapal perang berkenaan. Gambar tersebut telah mendapat sorakan, tepukan dan juga teriakan takbir dari seluruh dunia. Siapakah Syed Hassan Nasrullah yang begitu karismatik ini?, siapakah ulama muda Syiah Lubnan yang telah berjaya menggegarkan bumi “Israel” dan para pemimpin mereka ini?




Khamis ,24/08/2006 –
Khamis ,24/08/2006 –
Khamis ,24/08/2006 – Sheikh Tayseer Al-Tamimi, Kadi Besar Palestin, Isnin lepas, memberikan taklimat kepada Menteri Wakaf Mesir, Mahmoud Zakzok tentang tindakan pihak penceroboh Israel yang berterusan melakukan onar untuk meng-yahudi-kan bandar suci tersebut dan memisahkannya dari kawasan penduduk Palestin.
Rabu ,23/08/2006 –
Rabu ,23/08/2006 – Ketua Kumpulan Hizbullah menyatakan keengganan untuk berundur dari kubu kuat mereka selagi tentera Lubnan tidak menguatkan pertahanan mereka di negara itu. Di dalam temubual bersama stesyen TV Al-Jazeera, Sheikh Naeem Qasim menyatakan bahawa Hizbullah akan terus bertahan dan sentiasa di dalam berjaga-jaga sehingga mereka pasti tentang keupayaan askar gantian berupaya mengawal kekejaman Zionis di Lebanon. Dalam masa yang sama Hizbullah akan membantu askar Lebanon dalam mempertahankan Lebanon dari serangan Israel
