Jumaat, 07/07/2006 –
22 rakyat Palestin telah terbunuh Khamis lalu akibat serangan dari Rejim Zionis dalam kempen mereka di Semenanjung Gaza. 17 lagi di laporkan cedera.
Engkau bumi persinggahan,
Para nabi dan anbiya’,
Sinar satu perjuangan,
Qalam Rabbul Alamin,
Jumaat , 07/07/2006 –
Salah seorang pemimpin senior pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Dr Hussein Abu Ajwa (gambar) telah dibunuh oleh beberapa penyerang bersenjata yang tidak dapat dipastikan jumlahnya. Pemerhati berpendapat bahawa tragedi ini adalah usaha Israel dalam memperhebatkan serangannya.
Jumaat , 07/07/2006 –
Ketika fokus kebanyakan media dan umat tertumpu kepada World Cup 2006, Israel telah mengambil peluang untuk meneruskan rancangan keganasannya ke atas rakyat Palestin.
Jumaat , 07/07/2006 –
Yayasan Al-Aqsa memberi amaran bahawa pertubuhan-pertubuhan pengganas Zionis telah merancang beberapa kempen untuk menyerang masjid suci Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada 3/8/2006.
Khamis, 06/07/2006 –
Pihak Keselamatan Awam Israel merancang untuk membunuh 12 orang pimpinan Hamas di dalam dan di luar Palestin.
Khamis, 06/07/2006 –
Seorang pegawai Zionis-Israel mengecam sikap kerajaannya yang tidak ambil peduli untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi masalah roket-roket al Qassam yang terus menggempur bandar-bandar Israel. Dia menegaskan lagi, jika masih tidak ada penyelesaian, akan mengundang pelbagai masalah kepada rakyat Zionis-Israel.
Khamis, 06/07/2006 –
Ismail Haneyya, Perdana Menteri PA mengumumkan perpaduan dengan Universiti Islam di Gaza yang telah menjadi sasaran serangan udara Israel untuk kali kedua dalam masa kurang daripada seminggu.
Khamis,
06/07/2006 –
Gabungan perikatan perdagangan Norway mmeperbaharui sokongan berterusan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka. Di dalam mesej yang dihantar gabungan tersebut, pekerja-pekerja warga Norway menjelaskan, “ Perikatan kami mengikuti perkembangan yang berlaku di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan penuh rasa kebimbangan terhadap Israel. Namun, ia menyerlahkan perpaduan seluruh warga Palestin dalam ikhtiar mereka mendapatkan sebuah negara yang merdeka.”
Rabu , 05/07/2006 –
Bilamana Perdana Menteri Palestine Ismail Haniya merayu supaya pejuang Palestine tidak mengapa-apakan askar Zionis yang ditahan, perdana menteri Israel pula mengumumkan “perang yang panjang” terhadap Semenanjung Gaza pada Selasa 4 Julai.
Rabu , 05/07/2006 –
Hamas berkata desakan Amerika terhadap kerajaan Syria menahan Mishaal (gambar) memberi laluan yang jelas bagi Israel untuk meningkatkan lagi siri kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.
Rabu , 05/07/2006 –
Helikopter rejim Zionis semalam telah melancarkan serangan ke arah Universiti Gaza pasa waktu subuh yang mengakibatkan kebakaran yang besar pada bahagian kaunsel pelajar yang juga merupakan
pusat pergerakan akademik HAMAS.
Rabu , 05/07/2006 –
Kesatuan Peguam Tahanan Palestin, Faiz Al-Zarba memberitahu yang Rejim Zionis merancang untuk memindahkan kesemua Menteri Kabinet Palestin yang di tahan di Kem Hawara, selatan Nablus ke Penjara Ofer berdekatan Ramallah.

Serangan pejuang Palestine pada 25 June ke atas pos tentera Zionis berdekatan dengan sempadan Gaza-Mesir telah menyebabkan Zionis ‘terpaksa mempertahankan diri’, umum wartawan BBC News.
Selasa, 04/07/2006 –
Hamas mengesahkan hak untuk menawan askar-askar Israel di medan peperangan kerana askarnya melaksanakan serangan bersenjata ibarat ‘kehilangan maya’. Berikutan penangkapan seorang corporal rejim Zionis, Hamas menambah bahawa dakwaan Israel terhadap pemimpin politik Hamas di luar Palestin membayangkan kegagalan tindakan ketenteraan Israel dan cuba untuk mengekspot kegagalan tersebut ke luar nagara.