Categories
Berita Semasa

Serangan Israel membunuh seorang pejuang, mencederakan seorang bapa dan dua kanak-kanak di Gaza

Isnin, 12/09/2011 – Seorang pejuang dari Briged Salahuddin telah terbunuh dan dua kanak-kanak dan bapa mereka cedera dalam serangan udara di kawasan Kissufim di timur Khan Younis pada petang Selasa.

Satu sumber perubatan memberitahu bahawa para mangsa dibawa ke hospital Naser di Khan Younis. Briged Salahuddin, sayap bersenjata jawatankuasa pejuang berkata bahawa Khaled Samhoud, salah seorang komander kanannya telah dibunuh dalam serangan ke atas kumpulan pejuang di timur Khan Younis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Khoudary alu-alukan lawatan Erdogan ke Gaza

Isnin, 12/09/2011 – Ahli Parlimen Palestin, Jamal el-Khoudary (Bebas) mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang telah memikirkan untuk melawat Gaza dalam masa terdekat. Khoudary, yang mempengerusikan jawatankuasa popular terhadap pengepungan Gaza dalam satu kenyataan pada Selasa lalu berkata jika lawatan itu berlaku, ia akan menjadi lawatan “bersejarah” dan mempunyai kesan ke atas sejarah Palestin dan rakyatnya serta menjadi “tamparan kuat” terhadap pengepungan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza sejak lima tahun yang lalu.

“Perdana Menteri Erdogan akan diterima di Gaza dengan sambutan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, terutamanya berdasarkan kedudukan beliau yang menyokong Palestin … dan dalam usaha memecahkan pengepungan di Gaza,” kata Khoudary.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Adakan Latihan Militan dan Penyelamat di Reaktor Nuklear Dimona

Khamis, 08-09-2011 – Israel melakukan latihan militan meluas di reaktor nuklear Dimona, wilayah selatan entiti Zionis Israel. Latihan ini sebagai usaha menghadapi kemungkinan serangan roket terhadap reaktor dan terjadinya kehancuran serta kemungkinan kebocoran radiasi nuklear.

Ini merupakan latihan pertama sejak latihan terakhir yang dilakukan Israel pada tahun 2004. Ia melibatkan pasukan militan Israel di samping kesatuan-kesatuan polis, kumpulan penyelamat dan para pekerja di reaktor nuklear Israel serta kakitangan di Badan Atom Israel.

Latihan ini mencakupi kemungkinan serangan roket terhadap reaktor nuklear dan kemungkinan terjadinya kebocoran radiasi nuklear sama ada disebabkan perang atau sebab lain seperti yang berlaku di Jepun demikian dinyatakan harian Israel Yedeot Aharonot.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Resheq: Perdamaian berjalan dalam landasan yang betul

Khamis, 08-09-2011 – Ahli biro Politik Hamas, Ezzet Al-Resheq berkata perdamaian antara kumpulan Palestin berjalan dalam landasan yang betul.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin lalu beliau berkata perhubungan antara pergerakan dan Fatah dijangka dibuat tidak lama lagi untuk menentukan tarikh mesyuarat susulan jawatankuasa untuk perdamaian .

Resheq berkata satu perjanjian telah dibuat dengan Fatah pada mesyuarat selepas Hari Raya Aidilfitri lalu, sambil menambah Hamas berkeras untuk meneruskan perdamaian atas alasan “kepentingan negara yang lebih tinggi”.

Beliau berkata proses damai tidak akan terjejas disebabkan PA membuat keputusan untuk pergi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapatkan pengiktirafan antarabangsa tentang sebuah negara Palestin yang merdeka Ramallah. Beliau berkata Hamas berminat menjayakan perdamaian tanpa mengira keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Davutoglu menjangkakan intifadah Arab besar-besaran terhadap Israel

Khamis, 08-09-2011 – Menteri Luar Turki, Ahmed Davutoglu memberi amaran kepada kerajaan penjajah Israel tentang kebangkitan besar-besaran dunia Arab lambat laun jika ia berkeras dengan polisi jenayahnya.

Davutoglu membuat kenyataan itu dalam satu mesyuarat tertutup melibatkan menteri-menteri luar Eropah yang diadakan Sabtu lepas di Poland, demikian menurut laporan berita Turki pada Isnin.

“Oleh kerana kedegilan dan keangkuhannya, Israel telah menutup pintu harapan untuk kedamaian di rantau itu, maka besar kemungkinan dunia Arab yang sedang bangkit menuntut kebebasan dan demokrasi akan menentang Israel dengan bersungguh-sungguh, agensi berita Turki memetik kata-kata Menteri Luar itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pembakaran Masjid Pelanggaran Terhadap Undang-Undang Langit

Khamis, 08-09-2011 – Gerakan Pejuang Hamas mengutuk kejahatan Zionis kelmarin yang membakar Masjid Nurain di wilayah Qishrah selatan Nablus. Ia menganggap kejahatan tersebut sebagai kejahatan rasis dan penodaan terhadap undang-undang langit.

Dalam keterangan akhbarnya dari biro informasi Hamas yang disiarkan pusat info Palestin menyebutkan, “Kami mengutuk penodaan mereka terhadap Masjid Nurain yang merupakan pelanggaran besar terhadap undang-undang langit dan kesepakatan antarabangsa, selain tindakan rasis dan kejahatan pendatang Zionis.

Dengan ini, Hamas mengajak rakyat Palestin untuk bersatu merapatkan barisan dalam menghadapi kejahatan Zionis. Hamas juga menyeru Liga Arab dan Kerja Sama Islam serta semua organisasi hak-hak kemanusiaan untuk bekerja semaksima mungkin menghentikan kejahatan rasis Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis gempur Nablus, tangkap 6 penduduk

Rabu , 07-09-2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) menggempur sebuah kampung di Nablus dan Kem Pelarian Askar menjelang Subuh Isnin lalu dan menangkap 6 orang penduduk yang mana 5 daripadanya adalah penyokong Hamas, kata Institusi Antarabangsa Tadamun.

Ahmed al-Beitawi, seorang penyelidik di institusi berkenaan berkata bahawa IOF telah
menangkap 3 orang pemuda dari Kem Pelarian Askar yang terletak di timur Bandar Nablus. 2
orang daripanya adalah adik-beradik manakala seorang lagi adalah bapa kepada 3 orang kanak-
kanak.

Katanya lagi, IOF kemudiaannya menggempur Kampung Asira Qeblia di utara Bandar Nablus
dan menangkap 2 orang pemuda adik-beradik yang merupakan mahasiswa universiti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Netanyahu berkeras tidak mahu minta maaf daripada Turki

Rabu , 07-09-2011 – Perdana Menteri kerajaan haram Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan sekali lagi dalam mesyuarat kabinetnya pada Ahad lepas bahawa kerajaan haramnya itu tidak akan meminta maaf kepada Turki berhubung kes serangan maut komando lautnya ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2010.

Dalam mesyuarat tersebut, dia berkata bahawa kerajaan haram Israel “tidak perlu meminta maaf kerana tentera laut dan IDF nya hanya bertindak mempertahankan diri terhadap serangan ganas oleh aktivis flotilla kemanusiaan terbabit, ataupun kita sedang berusaha menyekat penyeludupan senjata kepada pengganas Hamas.”

Walaubagaimanapun, dia berkata bahawa kerajaan haram Israel “berdukacita atas kehilangan
nyawa yang berlaku dan berharap dapat menemui jalan untuk memperbaiki hubungan dengan
kerajaan Turki.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas: Kemusnahan di Migron cetuskan kekeliruan

Rabu , 07-09-2011 – Pemusnahan tiga buah rumah di penempatan Yahudi Migron, utara Baitulmuqaddis telah dicipta untuk mengelirukan dunia, kata ahli parlimen Palestin dari parti Hamas dalam satu kenyataan bersama.

Tentera Zionis Israel telah merobohkan tiga buah rumah di penempatan yang dibina atas kampung Mukhamas Palestin, timur bandar Ramallah di bawah perintah Mahkamah Agung Israel. Peneroka bertindakbalas atas perobohan itu dengan membakar sebuah masjid di kampung Qusra, selatan Nablus.

Ahli Parlimen Hamas di Ramallah yang memandang rendah pemindahan penempatan berkata Mahkamah Agung Israel mengarahkan perobohan seluruh bandar hanya buat sementara sahaja dan selepas itu beberapa buah bangunan akan dibina semula dalam tempoh yang singkat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pembakaran Masjid Merupakan Perlanggaran Hukum Suci

Rabu , 07-09-2011 – Hamas mengutuk kejadian pembakaran Masjid Al-Nourein di Kampung Qasra dekat Nablus di utara Tebing Barat, dan menyifatkan perbuatan itu jenayah perkauman dan melanggar undang-undang suci.

“Kami di Hamas mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Masjid Al-Nourein dan menyifatkan ia sebagai perlanggaran hukum suci dan kebiasaan serta lanjutan jenayah perkauman oleh pihak Zionis dan pendatang,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Biro Media Hamas.

Hamas juga menyeru perpaduan menentang penjajahan Israel serta menyeru Liga Arab, OIC dan kumpulan hak kemanusiaan agar bekerjasama menghentikan jenayah perkauman Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

30 penduduk Palestin terkorban, kira-kira 400 yang lain ditahan dalam operasi Israel Ogos lalu

Rabu , 07-09-2011 – Yayasan Perpaduan Antarabangsa Hak Asasi Manusia telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa 30 rakyat Palestin terkorban dan hampir 400 orang ditahan bulan lepas dalam operasi pendudukan Israel di wilayah Palestin.

“Hampir tiada hari yang berlalu tanpa memerhatikan operasi pembunuhan dan penangkapan puluhan rakyat Palestin, apatah lagi serangan tanpa henti oleh tentera Zionis terhadap rakyat Palestin,” menurut laporan tersebut.

Tiga daripada rakyat yang dibunuh adalah dari Tebing Barat, dua daripada mereka berumur awal dua-puluhan, seramai 27 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan mortar dan serangan udara yang mensasarkan Semenanjung Gaza bulan lalu. Lima daripada mereka adalah di bawah umur 18 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis menahan 3 rakyat Palestin termasuk wanita muda

Rabu , 07-09-2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) menahan tiga rakyat Palestin Ahad lalu, dua pemuda di Al-Khalil dan seorang wanita muda di Ramallah.

Polis Palestin berkata tentera IOF menangkap Raufa Hamed berusia 24 tahun dari Silwan, Ramallah ketika melintas di persimpangan kampung Sharqiya Mazra’a.

Sebuah kereta peronda IOF menahan dua remaja Palestin di Al-Khalil juga pada awal pagi Ahad lalu, menurut sumber-sumber tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tembok didirikan untuk keselamatan kedutaan Israel di Kaherah

Rabu , 07-09-2011 – Sebuah tembok didirikan di Jambatan Universiti kaherah untuk melindungi kedutaan Israel daripada protes besar-besaran yang menuntut pengusiran kedutaan tersebut.

Seorang pegawai yang enggan dinamakan, memberitahu bahawa tembok 3 kaki tinggi dan 70 meter lebar itu dibina atas arahan Jawatankuasa Tertinggi Badan Bersenjata.

Jawatankuasa itu juga memastikan keselamatan kedutaan dengan meletakkan kawat berduri di sekeliling premis sewaktu keadaan tenang selepas tercetusnya demonstrasi-demonstrasi di kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ucapan ‘Idul Fitri oleh staf Palestinkini

“taqabbalallahu minna wa minkum semoga kita terus istiqamah membebaskan al-Quds” Arif Ateed

“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga Ramadhan berlalu menatijahkan ketaqwaan kepada kita semua. Salam kita adalah salam pejuangan. Takbir kita adalah takbir kemenangan.” – Osman

“Semoga Ramadhan yang baru berlalu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita
kepada Allah dan semoga Aidilfitri yang menjelma, disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.”

Lisan terkadang tak terjaga,
Janji terkadang terabaikan,
Hati terkadang berprasangkan,
Sikap terkadang menyakitkan,
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita,
Syawal bakal menjelang,
Mohon maaf zahir dan batin..

Selamat Hari Raya semua…

– Nurul Husna

“Moga University of Ramadhan menjadikan kita lebih bersemangat dan konsisten dalam memperjuangkan dan membebaskan bumi wakaf umat Islam , Palestin daripada penjajah rejim Zionis. Selamat Hari Raya ‘Idul Fitri kepada semua pengunjung Palestinkini.” – Rizal Gunx

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin cedera dalam serbuan Israel

Jumaat, 26/08/2011 – Dua rakyat Palestin telah tercedera apabila pesawat pejuang Israel mensasarkan motosikal yang mereka tunggangi di tengah Gaza, menurut sumber dari bahagian perubatan.

Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu wartawan PIC bahawa salah seorang dari mereka mengalami kecederaan sederhana manakala yang lain mengalami luka-luka kecil.

Serangan udara lebh awal membunuh seorang komander sayap bersenjata Jihad Islam dan mencederakan dua daripada rakan-rakannya pada awal subuh pagi Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada