Categories
Berita Semasa

Para tahanan meneruskan mogok lapar hingga berjaya

Selasa ,19-02-2013 – Para tahanan yang mogok mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan mogok lapar sehingga tuntutan mereka dipenuhi meski Israel memberi tekanan untuk menghentikan mogok dan memandang rendah kesungguhan mereka.

Peguam PPS menegaskan, setelah melawat Samer al-Issawi, Jafar Ezzedine dan Tarek Kaadan di klinik penjara bahawa mereka bertekad untuk meneruskan mogok walau keadaan kesihatan yang semakin meruncing.

Peguam tersebut mengesahkan bahawa para tahanan yang mogok berada di dalam keadaan kesihatan membimbangkan di mana pentadbiran klinik penjara cuba memindahkan mereka ke hospital namun mereka menolak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Haneya Bertekad Jayakan Kerjasama

Selasa ,19-02-2013 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan, bahawa ketika ini adalah amat penting menyelamatkan Al-Quds dengan cepat. Al-Quds amat memerlukan perlindungan dan bantuan dari semua pihak(antarabangsa dan domestik) bagi menyelamatkan dari kerakusan dan kezaliman Zionis. Zionis-Israel sekarang ini bersungguh-sungguh membangunkan kuil mereka berhampiran masjid al-Aqsa.sangat penting segera menyelamatkan Al-Quds dengan serius.

Haneya turut menerangkan tawanan Palestin yang kesihatan mereka kini berada amat kritikal.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Hamas seru rakyat Palestin mendaftar bagi menyertai pilihanraya

Jumaat ,15-02-2013 – Hamas menyeru rakyat Palestin untuk mendaftar bagi menyertai pilihanraya Palestin akan datang (untuk Jawatankuasa Kebangsaan Palestin, Jawatankuasa Perundangan dan Presiden)

Gerakan tersebut menekankan dalam kenyataannya pada Selasa bahawa pendafataran itu merupakan keperluan bagi membolehkan rakyat Palestin menyertai pilihanraya akan datang. Ia berkata, pemilihan itu nanti menandakan fasa baru bagi kesungguhan rakyat Palestin dan melengkapkan usaha perjuangan membebaskan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penjajah Zionis merampas tanah warganegara Jerussalem

Jumaat ,15-02-2013 – Kakitangan Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis, beserta Angkatan Khas, telah menyerbu tanah yang dimiliki oleh Khaled al-Zeer warganegara di Bir Ayyub di Silwan, dan menyerahkan kepadanya suatu perintah pengusiran.

Khaled al-Zeer memberitahu Pusat Maklumat di Wadi al-Hilwa bahawa pasukan penjajah memberitahunya bahawa mereka akan merobohkan bilik, di mana di bilik itu dia tinggal bersama isterinya yang sedang mengandung dengan lima kanak-kanak. Penjajah mendakwa bahawa tanah itu adalah “milik Negeri Israel ”

Beliau menegaskan bahawa kira-kira dua minggu yang lalu, Pihak Berkuasa Antikuiti telah menyerbu tanahnya, yang terdiri daripada 11 dunum (keluasan), dan mendakwa kewujudan monumen Yahudi dikebumikan di tanah itu, walaupun telah dinafikan oleh Al-Zeer.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pelan Terbaru Israel Bagi Menawan 120 Dunum Tanah Palestin di Utara Baitulmaqdis

Jumaat ,15-02-2013 – Suruhanjaya Kristian Islam bagi mengawal Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci mendedahkan pelan Israel untuk menambah 120 dunum tanah di Shufat dan utara Beith Hanina di daerah di duduki Baitulmaqdis untuk membina jalan bagi menghubungkan petempatan lain.

Dalam siaran akhbar pada hari rabu, suruhanjaya berkata, perluasan penempatan Israel dan pencabulan terhadap tanah Palestin telah melanggar obligasinya dibawah pelan halatuju dan perjanjian Annapolis.

Ia menambah bahawa pemindahan peneroka yang tinggal di wilayah Palestin di bawah pendudukan Israel juga merupakan pelanggaran konvensyen Geneva keempat dan peruntukan yang berkaitan dengan undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Arahan Israel atas perobohan di al-Khalil, Baitulmuqaddis

Khamis ,14-02-2013 – Regim zionis Israel menyerahkan beberapa arahan terhadap keluarga Palestin atas perobohan rumah mereka di bahagian yang berlainan di al-Khalil, selatan Tebing Barat yang diduduki secara haram.

Regim zionis telah memberitahu perobohan terhadap 11 kemudahan di Beit Ainun timur al-Khalil, dan menerima pakai beberapa skim penyelesaian dalam pelbagai bahagian di wilayah tersebut.

Di bandar-bandar Deir Somit dan Beit Awa di al-Khalil, pasukan penjajah menyerahkan lima arahan perobohan kepada rakyat Palestin yang memiliki pelbagai kemudahan di bahagian timur dua pekan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis pamerkan replika kuil di al-Aqsa

Khamis ,14-02-2013 – Beberapa pelampau Zionis telah membawa masuk replika kuil yang akan mereka dirikan di atas runtuhan al-Quds. Replika itu telah di bawa masuk secara seludup. Di samping itu, pelampau Zionis itu turut memberikan penerangan yang menyatakan kuil itu sepatutnya menggantikan Qubbah Sakhrah. Fakta para pelampau itu jelas palsu dan tiada fakta sejarah. Tindakan itu sengaja ditimbulkan bagi menimbulkan provokasi dari kaum Muslimin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) cetus kekacauan di perbandaran Palestin

Khamis ,14-02-2013 – Rejim Zionis menyerbu kampung Beit Ola pada subuh Khamis dan mencetuskan kekacauan di situ. Satu sumber yang dipercayai dari kawasan barat daya Al-Khalil berkata bahawa tentera-tentera itu terus sahaja memecah masuk kediaman-kediaman. Beliau berkata bahawa pihak tentera memusnahkan ruang dalam dan luar sebelum menggeledah dan turut memusnahkan perabot-perabot.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pemerintah Bantah Peraturan Kunjungi Gaza

Khamis ,14-02-2013 – Thaher Nunu, jurucakap pemerintah Palestin menyambut baik kunjungan sejumlah pemimpin Arab mahupun Islam ataupun antarabangsa ke Semenanjung Gaza dalam rangka menyokong perjuangan warganya dan bersepakat dalam menghadapi tindakan rasis Zionis.

Beliau membantah secara rasmi tindakan mengadakan peraturan khusus berkait Gaza. Beliau juga mengatakan, dalam waktu dekat ini akan ada kunjungan rasmi dari presiden Lebanon, Najib Miqoti ke Gaza. Sementara itu, menteri wakaf dan urusan Islam, Ismael Ridwan dalam pernyataannya mengundang presiden Lebanon ini dan sangat menghargai kesempatanya untuk bertemu dengan perdana menteri Palestin, Ismael Haneya.

Nunu mengatakan, pintu masuk Gaza selalu terbuka untuk semua pemimpin negara. Tercatat, sejumlah pemimpin negara yang telah berkunjung ke Gaza dalam satu tahun terakhir, seperti perdana menteri Malaysia, Amir Qatar Hamdan Alu Tsani dan lainya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim mempertingkatkan serangan di pelbagai kawasan Tebing Barat

Jumaat ,08-02-2013 – Biro Perlindungan Tanah Kebangsaan berkata dalam laporan mingguannya bahawa pihak rejim Israel masih meneruskan polisi pembersihan etnik di Baitulmuqaddis dan Lembah Jordan.

Laporan itu menyebut bahawa pihak rejim ingin mengambilalih sepenuhnya tanah di kawasan itu dengan memusnahkan harta benda warga Palestin.

Ia berkata, pihak rejim telah mengumumkan niatnya untuk memusnahkan kediaman-kediaman di daerah Fahidat di timur bandar Anata, timur laut Baitulmuqaddis kerana kedudukannya yang hampir dengan kem latihan Israel. Pihak tentera rejim menyerahkan notis pemusnahan 13 rumah dan 10 pondok dalam perancangan untuk menjadikan kota Baitulmuqaddis milik Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Al-Masri menyeru pemimpin negara untuk menyokong pembebasan Palestin.

Jumaat ,08-02-2013 – Ahli Majlis Perundangan Palestin bagi blok Perubahan dan Pembaharuan, Mushir al-Masri menggesa pemimpin dan rakyat negara Arab dan Islam untuk mengambil bahagian dalam merancang strategi Pembebasan Palestin dan menyokong penentangan menggunakan senjata.

Al-Masri menegaskan semasa menyertai sambutan di Tunisia, tahap penting sejarah yang disaksikan oleh negara Arab dan Islam dan punca kebangkitan Arab telah menarik ciri-ciri baru dalam konflik Arab Israel Palestin.

Beliau disambut pemimpin dan rakyat Tunisia , sambil mengatakan bahawa revolusi Tunisia adalah langkah pertama ke arah pembebasan Palestin, serta menunjukkan slogan yang dinyatakan oleh rakyat Tunisia dalam revolusi mereka, “rakyat mahu membebaskan Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Waed: Penjajah Zionins masih menghalang lawatan beberapa keluarga banduan

Jumaat ,08-02-2013 – Persatuan banduan dan bekas banduan Waed berkata bahawa kuasa IPS terus menghalang sebilangan keluarga banduan daripada melawat anak-anak mereka di penjara Regim Zionis.

Persatuan Waed menunjuk dalam satu kenyataan pada hari Ahad bahawa program lawatan, yang telah digantung selama enam tahun itu, telah kembali selepas mogok lapar besar-besaran yang telah diperjuangkan oleh banduan pada Mei tahun lepas yang berlangsung selama hampir sebulan. IPS mula membenarkan lawatan keluarga bagi sesetengah banduan, tetapi beberapa keluarga tawanan lain masih tidak dibenarkan.

Ia menambah bahawa pihak regim zionis tidak memberitahu keluarga yang sudah melawat anak-anak mereka mengenai tarikh lawatan seterusnya. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang paling asas kemanusiaan antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bersatu menyokong banduan di penjara Israel

Selasa, 05/02/2013 – Puluhan rakyat dan institusi negara serta hak asasi manusia telah menganjurkan duduk bersama berpadu dengan tahanan Palestin di penjara Israel terutamanya pemogok kelaparan. Mereka duduk beramai-ramai di hadapan ibu pejabat Palang Merah Antarabangsa di Nablus.

Wakil-wakil puak Palestin dan PPS dan keluarga banduan telah mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu, menyeru Palang Merah Antarabangsa untuk campur tangan dalam memberi tekanan kepada kerajaan Israel.

Semasa sesi tunjuk perasaan, peserta menekankan keperluan untuk mengaktifkan isu banduan ‘dalam forum-forum antarabangsa, untuk lebih memberi sokongan terhadap banduan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Luaskan Kawasan Penempatan Efrat

Isnin ,04-02-2013 – Rejim Zionis telah meratakan tanah untuk meluaskan penempatan Efrat di tanah Palestin dekat wilayah Bethlehem.

Sumber berita memberitahu PIC, rejim Israel mula meratakan tanah berdekatan jalan utama yang menghubungkan Bethlehem dan Al-Khalil bagi meluaskan penempatan tersebut.

Pihak berkuasa tempatan Israel bersetuju untuk membina 7500 unit rumah di Wilayah diduduki Baitulmaqdis dan tebing barat dalam masa 60 hari termasuk 194 unit di Gush Etzion, selatan Bethlehem dan berdekatan dengan penempatan Efrat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Haaaretz: Lebih 166 kediaman di penempatan Eli dibina di atas tanah rakyat Palestin

Isnin ,04-02-2013 – Akhbar Haaretz menyebut bahawa ia memiliki satu peta penempatan Eli di Tebing Barat yang menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 166 rumah dibina di atas tanah milik warga Palestin. Kandungan peta yang disahkan itu bertentangan dengan dakwaan pentadbiran awam rejim Israel.

Pada tahun lepas, rejim itu mendakwa bahawa cuma 2 rumah dibina di atas tanah peribadi itu. Menurut akhbar tersebut lagi, pentadbiran awam Israel akhirnya mengaku bahawa sekurang-kurangnya terdapat 166 kediaman di penempatan Eli, Tebing Barat dibina atas tanah peribadi warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati